MESIR & PERPADUAN FATAH - HAMAS , Facebookers sekalian,, 1

MESIR & PERPADUAN FATAH - HAMAS
Facebookers sekalian,
1.Semalam 3 Oktober 2017 adalah satu tarikh yang bersejarah di mana Ketua Perisikan Mesir, Jeneral Khalid Fauzi telah mengadakan kunjungan rasmi ke Palestin termasuk Gaza selain Ramallah untuk pelaksanaan pembentukan Kerajaan Perpaduan Palestin dan Perpaduan PERGERAKKAN FATAH & HAMAS.
2.Kunjungan ini adalah arahan dari Presiden AL SISI sebagai melaksanakan pembentukan semula KERAJAAN PERPADUAN di Palestin antara FATAH dan HAMAS demi masa depan Palestin.
3.HAMAS telah menerima inisiatif PERISIKAN AM MESIR untuk pembentukan semula Kerajaan Perpaduan Palestin dua minggu lalu dengan menerima syarat - syarat berikut :
3.1 Menyerahkan pengganas - pengganas yang terlibat dalam serangan kem-kem tentera Mesir melalui terowong-terowong Gaza - Mesir.
3.2 Menutup terowong-terowong yang dikenali menyeludup senjata dari Gaza.
3.3 Membenteras kegiatan menyelinap terowong GAZA - MESIR untuk aktiviti pengganas.
4.Sebagai lambang penerimaan inisiatif penyatuan Kerajaan Perpaduan Palestin (FATAH - HAMAS), Ismail Haniah telah membubarkan JAWATANKUASA PENTADBIRAN HAMAS atau LAJNAH IDARIAH di Gaza dan menerima cadangan Kerajaan Perpaduan Palestin.
5.Jeneral Khalid Fauzi bertemu Ismail Haniah di GAZA mengadakan sidang video bersama Presiden AL SISI, turut memenuhi undangan majlis makan tengahari dan diakhiri dengan penyerahan jemputan rasmi ke atas Haniah untuk kunjungan ke Kaherah seterusnya memetrai perjanjian perpaduan yang dijangka selasa depan.
6.Pembentukan semula Kerajaan Perpaduan ini adalah usaha Mesir dalam memastikan perjanjian damai Palestin termetrai dan pembentukan Negara Palestin menjadi kenyataan selain mengembalikan keamanan yang menyeluruh di Utara Sinai dan memastikan Utara Sinai bersih dari unsur pengganas.
7.Pada minggu hadapan, dunia akan menyaksikan FATAH dan HAMAS menandatangani PERJANJIAN PEMBENTUKAN PERPADUAN FATAH DAN HAMAS di Kaherah.
RUMUSAN :
1.Berita ini bukan berita yang mengembirakan Ikhwan Muslimin terutama di Mesir.
2.Apa yang zahir ialah "Terowong yang digunakan untuk pengganas", tapi ada maksud tersirat iaitu "Terowong untuk bekalan kemanusiaan" dibenarkan, tapi ia adalah perkara yang amat sulit dan tidak mungkin sampai ke pengetahuan umum.Itu hanya antara HAMAS dan PERISIKAN AM MESIR.So, jangan emosi setiap kali ada isu "terowong yang dihapuskan" apabila disiarkan di Malaysia yang mana medianya suka bergantung dengan sumber AFP atau REUTERS.
3.Sebab itulah kematian pemimpin Ikhwan Muslimin adalah rahmat dan ia adalah masa depan keamanan yang cerah dan luas di Timur Tengah.
21/09/2018
Facebook: https://www.facebook.com/ezoegypt
4 Komen:
Yeop Skudai
30-03-2018, 10:50:46
Moga berjaya dan mendapat bantuan Allah swt..
Mohd Faizal Sabhon
30-03-2018, 10:50:46
kita saksikan di Kaherah minggu depan, perjanjian akan termetrai insyaallah.
Abi Alid
30-03-2018, 10:50:46
Tahniah utk negara islam mesir n palestin. Smg perjanjian yg akn dibuat menguntungkan umat islam, bkn sebaliknya.
Azmi Amir Hasan
30-03-2018, 10:50:46
agak ustaz dari pemerhatian ringkas di dunia fb ni, ada geng2 haraki yang bergembira dengan berita ini?

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *