" Anty tahukah saya benci dengan seorang kawan sebab dia sombong?", Ah

" Anty tahukah saya benci dengan seorang kawan sebab dia sombong?"
Ah. Budak berusia 10 tahun meluahkan begitu. Masa aku tengah berpuasa pula.
" Kenapa pula sampai benci?"
"Sebab dia selalu menayang harta dia pada kami di dalam kelas."
" Oh. Okey. Kenapa sampai berfikir dia sombong?"
"Sebab dia tidak faham perasaan kawan-kawan dia yang miskin."
" Oh, itu salah. Janganlah anggap dia sombong. Mungkin dia mahu berkongsi kegembiraan sebab ada barang-barang cantik."
"Dia sombong!"
Kanak-kanak itu masih terus teguh dengan pendapatnya. Untuk memberikan pendapat kepada kanak-kanak seusia dia, agak payah.
Sebenarnya, ada baik dan buruknya menayang kemewahan dan harta benda. Jika yang berhati sempit, mereka panggil itu berlagak. Untuk yang berhati putih, mereka akan beranggapan si polan yang menayang itu sebenarnya sebagai inspirasi dan misi untuk turut berjaya.
Pendapat berbeza. Memandang sesuatu perkara pun , kita tidak selalu sama.
Peranan hati ialah berbaik sangka. Jika tidak mampu, ada baiknya berdiam saja. Sebenarnya kita tidak mampu mengubah orang lain, kitalah yang kena ubah pemikiran dan mencuci keladak dalam jiwa.
#ninjakecik
31/07/2020
Facebook:
15 Komen:
Zakie Zamani
24-06-2018, 22:41:03
1st
Nur Deanna
24-06-2018, 22:41:03
Sikda adiah.?
Zakie Zamani
24-06-2018, 22:41:03
Sikdahal
Jaapar Qhuntom
24-06-2018, 22:41:03
Bukan semua faham atau mahu terima dengan baik
Nur Deanna
24-06-2018, 22:41:03
Setuju. Kadangkala, aku bergurau dengan kawan , " kau ni menayang jak."
Jaapar Qhuntom
24-06-2018, 22:41:03
Barulah hidup ini happy.
Nur Deanna
24-06-2018, 22:41:03
Ha, betul tu. Jangan stress sangat.
Hartini Harun
24-06-2018, 22:41:03
Agreed with u NK..
Nur Deanna
24-06-2018, 22:41:03
Menjawab kelada kanak-kanak agak payah, kak. ?
Rose Honey
24-06-2018, 22:41:03
Betul tu..In Sha Allah, maintain hati putih Dis #NK ???
Nur Deanna
24-06-2018, 22:41:03
Sama-sama kita kakak???
Shima Sidek
24-06-2018, 22:41:03
Sebab tu i selalu diam dan lihat je kelebihan orang dan berdoa dalam hati..
Faizal Zafri Idrakhi
24-06-2018, 22:41:03
Kita yang dewasa ni pun susah untuk menerapkan fikiran positif
Malisa Azil
24-06-2018, 22:41:03
Jadikan ianya inspirasi untuk kita lebih berusaha dalam mencapai sesuatu yang lebih baik... kesehatan kamu bagaimana NK?
Kasmah Pangagah
24-06-2018, 22:41:03
Berdiam?

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *