Aku tak malu dan segan mengakui aku seorang manusia autistik

Aku tak malu dan segan mengakui aku seorang manusia autistik. Dan kerana itulah, aku senang sekali berkomunikasi dengan insan autistik .
Bukan tak pernah, ada insan ' so called ' normal mempertikai cara aku yang suka bertanya banyak kali sesuatu hal. Bila aku tak faham sesuatu, aku akan bertanya lebih dari TIGA kali pada lain-lain masa.
" Patutlahhhh. Autisme rupanya kau."
Aku tak marah dia berkata seperti itu. Bagi aku, itulah takdir. Bukanlah aku nak berbangga ( yang ini klise ), tapi ... autisme inilah membawa aku memegang Master In Early Childhood Edu.
Sama kisahnya seorang budak autisme berkecil hati apabila temannya mengejek dia sebagai orang cacat.
Aku terangkan bahawa akupun seorang autisme seperti dia. Dia tak layan seolah-olah dia tak mendengarinya. ( Sampai hati. Huhuhu).
Apabila aku menjelaskan kepadanya bahawa dia bukanlah seorang yang cacat tetapi istimewa, nampaknya tak berkesan. Makin kuat tangisnya. Biasalah, insan autistik ini memang manja. Hi hi hi.
" Kamu comel?"
Aku bertanya kepadanya.
" Iya.'
"Kamu pandai?"
"Iya."
" Kamu rajin?"
"Rajin."
"Nah. Orang autisme ini seorang yang rajin, pandai dan comel. Buat apa kamu menangis lagi?"
Aku cuba menenangkannya. Nampaknya ayat beli jiwa ini berhasil. Bijaknya aku!
#ninjakecik
31/07/2020
Facebook:
45 Komen:
Khaizura Khalid
24-06-2018, 22:41:05
Wah. Bijaknya NK
Nur Deanna
24-06-2018, 22:41:05
Huggggggg!
Syuhada Ahmad
24-06-2018, 22:41:05
Benar. NK memang bijak.
Nur Deanna
24-06-2018, 22:41:05
Saya gurau. Ha ha ha.?
Syiza Hasan
24-06-2018, 22:41:05
Bijak rajin pandai comel ?
Nur Deanna
24-06-2018, 22:41:05
Hurreyyy ???
KJ Khairunnisa Jamali
24-06-2018, 22:41:05
♡♡♡♡♡☆☆☆☆☆
Nur Deanna
24-06-2018, 22:41:05
?????
Izwan Ruslim
24-06-2018, 22:41:05
my little sister pun autistik. walaupun dia tak excel in academic, kurang-kurang dia dah boleh jaga diri. paling penting, tak dicop bodoh sebab berlainan daripada orang lain.
Nur Deanna
24-06-2018, 22:41:05
Yes! Autistik berdaya saing. Hebat!
Rye Naiyuki
24-06-2018, 22:41:05
Golongan austisme pun ciptaan Tuhan jugak.. Mesti ada kelebihan di sebaliknya
Nur Deanna
24-06-2018, 22:41:05
Setuju?
Hariyate Mayatah
24-06-2018, 22:41:06
Sangat benar.. anak buah kakak pun serupa.. & sangat bijak.. moga nanti dia boleh jadi macam #ninjakecik Nur Deanna
Nur Deanna
24-06-2018, 22:41:06
Semoga dia lebih kuat???
Hariyate Mayatah
24-06-2018, 22:41:06
Nur Deanna InsyaAllah.. aamiin
Suzie SHahida
24-06-2018, 22:41:06
Adikninjakecik yg tak pernah tak comell.. Ayat pn da menambat hati..apatahlagi raut wajah.. Kerana akak pcya, dari kata2 dpt mgambarkan luaran n dalaman seseorg itu..
Nur Deanna
24-06-2018, 22:41:06
Aduh. Tersipu-sipunya saya, kakak manis??
Faizal Zafri Idrakhi
24-06-2018, 22:41:06
Comel (kenit)?
Nur Deanna
24-06-2018, 22:41:06
#haketot
Mohd Fadli Salleh
24-06-2018, 22:41:06
Rajin? Mungkin. Bijak? Mungkin. Comel? Mustahil!
Rasis Jalil
24-06-2018, 22:41:06
Kau saje carik pasal dengan aku ke Li? ?
Mohd Fadli Salleh
24-06-2018, 22:41:06
Deanna comel? Kalau macam tu comel, memang xde orang hodoh atas dunia.
Rasis Jalil
24-06-2018, 22:41:06
Kakaka. Cilake
Khaizura Khalid
24-06-2018, 22:41:06
Tu ayat kaver. Biasa lelaki, kalau dia suka perempuan tu dalam diam, dia kutuk perempuan tu. Saja je cari gaduh. Haha
Nur Deanna
24-06-2018, 22:41:06
Hitam? Iya.Handsome?Tak berapa.Korea? Langsung tak.Itulah Mohd Fadli Salleh
Khaizura Khalid
24-06-2018, 22:41:06
NK 1 - CK 0Kahkah
Nur Deanna
24-06-2018, 22:41:06
Huggg Kak Tipah???❤
Khaizura Khalid
24-06-2018, 22:41:06
Nur Deanna hug
Mohd Taufik AB Aziz
24-06-2018, 22:41:06
Ya kamu bijak membeli hati ❤️
Nur Deanna
24-06-2018, 22:41:06
Untuk kanak-kanak, saya suka sekali.
Irda Liza
24-06-2018, 22:41:06
Terbaik..budak autistik pun boleh berjaya...Biasa la sis..Saya bwak ank gi beli kasut..dia nangis2 mengamuk xnak kasut baru..Org yg jaga kedai tu sound perlahan2."kalau adik aku dah lama aku lempang,biar aku ajar Kan skit"..
Nur Deanna
24-06-2018, 22:41:06
Dapat kat saya pekerja itu, saya lempang dia sedikit pipi belah kiri. Ha ha ha
Irda Liza
24-06-2018, 22:41:06
Hihihi..suami sy pergi bgtau bos kat situ...siap tunjuk kad OKU...BOS TU Minta maaf Dan akan ambil tindakan pada pekerja tu
Nur Deanna
24-06-2018, 22:41:06
Kasihan anak akak. Saya faham, mereka akan tantrum tidak mengenal waktu dan keadaan.Sabarlah kakak.
Irda Liza
24-06-2018, 22:41:07
Terima kasih adik yanna??
Masturah Musa
24-06-2018, 22:41:07
Really?? True story??
Nur Deanna
24-06-2018, 22:41:07
Based on my true story ???
Masturah Musa
24-06-2018, 22:41:07
Really? Mild autistik? Tengku suka penulisan awak.????
Nur Deanna
24-06-2018, 22:41:07
Mild autism, Tengku. ???
Masturah Musa
24-06-2018, 22:41:07
Ya.itu maksud mas.???hahaaha
Mohd Azzrull Abd Razak
24-06-2018, 22:41:07
Autism tu apa sbnrnye ye.sorry brtya.penyakit atau apa ye?
Allan Jacho
24-06-2018, 22:41:07
Aku hensem. Iya Aku macho. Iya Aku tampan. IyaAku kacak. Iya juga.Ini bukan autisme. Ini kebetulan sejak azali. ?
Jutina Po'at
24-06-2018, 22:41:07
Nk memang comel.. baca ayat pun tau NK comel. Hikhikhik
Musfarah Ahmad
24-06-2018, 22:41:07
Walau ada kelemahan/kekuranganKau ada kelebihan dan keistimewaan beb.
Norlida Mohd Adnan
24-06-2018, 22:41:07
Dik, anak buah akak mild autistik juga ?Bijak? YaComel? YaUlat buku? Pon ya ???

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *