I`m not Malays/Chinese/Indian, I`m Malaysian

I`m not Malays/Chinese/Indian, I`m Malaysian. Therefore, i want your Felda, your Uitm, Abolish Jakim, Equality in Religion, Majlis Raja-Raja perlu dikaji semula and so on... whatever you have as a Malay, hand it to us and whatever ours, is not your business... (I`m not Malays/Chinese/Indian, I`m Malaysian, retorik yang mengelabui mata insan)
Pertama sekali, kita kena tahu, Malays itu kaum (race), Malaysian itu kewarganegaraan (nationality), Islam itu agama (religion). Adalah suatu perkara yang kurang cerdik apabila kita menafikan sebahagian acuan identiti peribadi ini dan hanya mengambil salah satu darinya sahaja untuk mengambarkan latar belakang kita.

Menurut catatan Jerry D

Menurut catatan Jerry D. Gray, seorang bekas Tentera Udara US yang kini telah memeluk Islam, cita-cita Iluminati dan Kumpulan 300 adalah :
Membentuk Pemerintahan Dunia Baru atau New World Order dengan gereja dan sistem kawalan di bawah pemerhatian mereka. Pemerintahan NWO telah mendirikan gereja sejak 1920-an lagi. Ini kerana Iluminati menyedari agama adalah sebahagian daripada keperluan yang perlu wujud dalam diri manusia. Namun 'gereja' yang mereka maksudkan adalah bagi mewujudkan keyakinan masyarakat kepada kumpulan ini demi mencapai cita-cita mereka.
Menghilangkan nilai kebangsaan dan kenegaraan dalam diri manusia supaya fahaman NWO mudah untuk difahami dan disebarkan.
Memberi sokongan dan membenarkan penggunaan ubat-ubatan dan memfilemkan pornografi sebagai seni. Perkara ini membuatkan ia diterima secara terbuka dan normal bagi masyarakat.
Menyusup masuk dan menumbangkan semua kerajaan dan bekerja dari dalam bagi menghancurkan integriti kedaulatan sebuah kerajaan.
Ini adalah antara sebahagian tujuan kumpulan Iluminati ini.

Faith (kepercayaan) - hope (harapan) – charity (derma), biasa dengar ucapan atau taktik ini? Ucapan freemason buat peringkat darjat satu dimana...

Faith (kepercayaan) - hope (harapan) – charity (derma), biasa dengar ucapan atau taktik ini? Ucapan freemason buat peringkat darjat satu dimana ditanam kepercayaan kepada apa yang dibuat semua betul biarpun hakikatnya kedustaan atau atas fitnah semata-mata, kemudian ditanam harapan (terutamanya dalam bab duniawi) dan seterusnya diambil kesempatan atas nama derma (derma ini bukan sahaja tujuan mengambil keuntungan tetapi untuk menanam perasaan pengorbanan kalangan pengikut atas mainan emosi).
Fahaman Illuminati atau freemason adalah dengan mempromosikan liberalisme dan ia dibuat atas pelbagai nama seperti hak asasi manusia, hak golongan minoriti, kemajuan, globalisasi, kemiskinan serta wacana intelektual dan pencerahan. Ramai ahlinya serta ramai juga yang terikut-ikut atas kejahilan mereka.
Mereka ini hendak menunjukan bahawa mereka adalah manusia yang ikut trend dan universal dalam mana kalangan umat Islam yang banyak terpengaruh dengan mereka, apabila hendak mengkaji agama dan al-Quran pun mereka mengunakan standard yang digunakan oleh fahaman ini untuk mengkaji Islam atas nama akademik atau ilmiah.
Maka mengikut kriteria Barat yang dinamakan “sapere aude” atau pemikiran bebas sedangkan orang menyatakan mereka berfikiran bebas tetapi tidak bebas sebenarnya. Nama sahaja bebas dan hak asasi tetapi mereka terikat dengan pemikiran Hegelian Dialectic. Budak-budak muda sekarang ramai yang terpengaruh dengan pemikiran bebas tetapi mereka tidak tahu hakikatnya mereka tidak bebas.
Bila Thesis dan Anti-Thesis bertembung, akan berlaku perkara-perkara brutal dan sengsara seperti peperangan, kekecohan awam, kegawatan ekonomi, kebuluran dan seterusnya dimana semua perkara-perkara ini akan memberikan lesen kepada Tuan Besar dan Tuan Kecil untuk memaksa perubahan kepada ikan-ikan bilis penduduk dunia atau negara-negara tertentu. Cara atau method ini ialah “Hegelian Dialectic”.
Menurut buku Dajal dan Simbol Setan – Drs H. Toto Tasmara, mereka melakukan kegiatan-kegiatan yang boleh diistilahkan dengan ‘gerakan 7 F’, (financial, food, friction, freethinking, freedom of religion, film / mass media, fashion / life style, faith dll) iaitu seperti menghancurkan kekuatan kewangan (Financial) umat Islam, merosakkan pola makan (food), menciptakan adu-domba atau perpecahan di kalangan umat beragama mahupun di dalam tubuh umat Islam (friction), menyebarkan cara berfikir bebas (freethinking), menebarkan ideologi yang membebaskan manusia dari tata cara pemikiran beragama (freedom of religion), menguasai filem, TV, dan media massa (film), menumbuhkan dan mengoda masyarakat agar berbudaya dan bersikap mengikuti cara mereka (fashion/life style), membuat beberapa aliran mistik untuk menghancurkan agama (faith, sect, occultism, dll.), menumbuhkan rasa kecewa (frustrasion).
Dato Hussien Onn pernah menyeru agar pengikut Freemason ini bertaubat kerana ajaran Freemason yang berlandaskan pluralisme agama adalah bertentangan dengan pegangan ASWJ.

Hari ini dalam sejarah, segalanya telah termaktub dan anak-cucu nanti akan membaca sejarah kita sebagaimana kita membaca sejarah Melaka, namun yang...

Hari ini dalam sejarah, segalanya telah termaktub dan anak-cucu nanti akan membaca sejarah kita sebagaimana kita membaca sejarah Melaka, namun yang malangnya, bila anak-cucu kita akan membaca sejarah kita nanti akan penuh kekalutan dimana PM ke-4 dan juga PM ke-7, sejarah pemerintahan beliau penuh fitnah-menfitnah, tikam belakang, cantas mencantas, kroni dan kekayaan anak-anak mereka diutamakan dari rakyat sendiri hatta sehingga sejarah kaum Melayu mempunyai pemimpin kalangan kaum Luth (dimana pemimpin ini dibawa kemuka pengadilan sebagai kaum luth oleh pm ke-4/7 kerana mendedahkan korupsi beliau dan dibebaskan kembali oleh pm ke-4/7 yang sama juga bila dilihat membantu beliau kembali berkuasa).
DSAI sewajarnya membersihkan nama beliau dahulu sebelum mengantikan Tun dimana Tun wajar memohon keampunan secara terbuka pada beliau dan seluruh masyarakt dunia.

Penyakit Donald Trump yang berjangkit ke Malaysia

Penyakit Donald Trump yang berjangkit ke Malaysia.. kepada semua yang kehilangan kerja terutama Hari Raya semakin hampir, bersabarlah.. Allah bersama mereka yang dizalimi dan salah satu doa yang diterima terus oleh Allah adalah doa mereka yang dizalimi...

Sudah tiga hari terlantar sakit tidak hadir ke sekolah

Sudah tiga hari terlantar sakit, tidak hadir ke sekolah. Badan lemah, tidur tidak lena. Menangkup di susunan dua tiga bantal.
Selesa sedikit. Kekadang tercunggap menarik nafas, agak sukar. Disertai batuk yang bertalu, demam dan selsema. Ia menjadi lebih parah.
Kebiasaannya Abah atau Yang (arwah emak), akan tidur siang malam di kiri kanan. Bergilir mengurut belakang dengan sebelah tangan mereka.
Sekali diserang asma, tercunggap, sukar bernafas. Hanya mampu berzikir gerakan hati, tidak boleh dilafaz.
Terasa sejuk di belakang, diurut untuk melegakan kesesakan nafas. Lega, selesa. Buka mata sedikit.
Lihat Abah lena tidur sebelah kiri. Lihat sebelah kanan, Yang bertelekung menandakan tengah solat.
Diam memikir. Siapa yang mengurut tadi. Situasi Yang dan Abah, tidak mungkin mereka. Terus sambung berehat, tidur sambil meneruskan zikir.
Semenjak hari itu, mula terlihat beberapa bayangan berpakaian putih. Ia berlaku ketika minda bawah sedar, diserang asma atau tidur susah hati.
Perkara itu berlaku sehingga kini. Ia mengajar sesuatu yang baik (tidak semestinya diikuti serta percaya). Membaca beberapa surah atau permulaan ayat surah-surah tertentu al-quran.
Selidik, cari taksir ayat disuruh amal. Jika ia sesuai sebagai amalan, teruskan. Sebaliknya, tinggalkan berserta memohon petunjuk dari-Nya.
Ummi Nur,
Berani takut menghadapinya
#InilahKisahkuPuteriNurHidayah (2)
#WanitaMistik (1)

Asy ari tiada kelas fardhu ain Melihat Asy ari pulang sekali dengan kakak Nur Maisarah pelajar tahun enam

"Asy'ari tiada kelas fardhu ain?"
Melihat Asy'ari pulang sekali dengan kakak Nur Maisarah, pelajar tahun enam.
"Demae," jawap Ayah ringkas.
Pagi tadi Asy'ari dan Masturina sibuk bercerita, mahu kehadiran penuh ke sekolah. Dapat hadiah katanya.
Sedangkan badan Asy'ari sudah suam-suam kuku. Diserta batuk selesema.
Semalam, selepas pulang kelas fardhu ain. Kemas beg, cepat-cepat buat kerja sekolah. Terus pergi main.
Balik hampir pukul tujuh malam. Baju lencun kena hujan. Tidak ingat diri itu sensitif, silap cara sering dijangkiti.
Petang sebaik sahaja dengar namanya diseru,
"Asy'ari! Asy'ari!"
Bagai lipas kudung, bingkas bangun. Buat projek 'payung terjun'.
Lihat Asy'ari dan kawannya terkial-kial menghasilkannya. Ayah terus menunjuk ajar. Teringat zaman kanak-kanak lah tu.
"Ayah! Selipar Rina tercabut," teriak Masturina minta perhatian pula.
"Bawa sini, Ayah tengok."
Masturina bawa sebelah seliparnya yang rosak.
"Senang je ni. Pergi ambil alatan jahit kain," arah Ayah.
Tanpa bertanya lanjut, Masturina tanya Ummi.
"Alatan jahit kain mana?"
"Jarum dengan benang. Tanya Ayah hendak guna jarum besar atau kecil," arah Ummi pula.
Tukar sedikit penggunaan nama lain untuk alatan jahitan, Masturina sudah pening. Belum lagi ajar jenis fabrik atau alatan jahit mesin. Mahu pitam gamaknya.
Petang ini Ayah ajar dua kraftangan, menggunakan barang terpakai. Layan sajalah karenah anak-anak. Cipta memori untuk mereka.
Ummi Nur,
Pemerhati untuk menulis
#pramatangkelahiranmusatuanugerah
#potensicemerlangpramatang
#CeritaAsy'ari
#MyPremBabyTeenagerMalaysia

Perihal hutang Malaysia, kepada siapa kita berhutang dan perlukah dibayar sekaligus?, Bila kerajaan menerbitkan bon dan sekuriti (MGS, MGII, MITB),...

Perihal hutang Malaysia, kepada siapa kita berhutang dan perlukah dibayar sekaligus?
Bila kerajaan menerbitkan bon dan sekuriti (MGS, MGII, MITB), yg membeli hutang2 kerajaan ini adalah KWSP, KWAP, GLC2, pelabur tempatan dan juga asing. Sebab itu kerajaan sebenarnya berhutang dgn kita sendiri.
Jadi kalau kita cuba turunkan hutang nominal kerajaan ini, maka ekonomi akan hancur sebelum hutang itu terhapus secara total. Kenapa?
Kerana ini bermakna kerajaan kena run budget surplus setiap tahun tanpa gagal. Surplus kepada kerajaan bermakna defisit kepada sektor private. Peningkatan GDP akan perlahan. Malah mungkin hutang/GDP akan menaik walaupun hutang menurun. Ini boleh menjadi pencetus kepada recession.
Adakah hutang kerajaan tinggi?
Tinggi atau rendah itu relatif. Hutang/GDP pada 51% dan dianggar turun kepada 48% tahun ini. Ini kerajaan peningkatan GDP lebih laju dr peningkatan hutang kerajaan kerana pengurangan defisit.
Adakah kita bayar terlalu banyak setiap tahun untuk servis hutang?
Kita bayar 12% daripada revenue kerajaan setiap tahun utk servis hutang. Tp lewat 80an angka ini jauh lebih tinggi iaitu sekitar 31%. Ini pada zaman Tun Mahathir menjadi PM ke 4.
Pada peringkat global, Jepun 13%, Amerika Syarikat 14%, Spain 15%.
Bagaimana dgn off the books liabilities?
Jika diteliti, mid 80s hingga mid 90s, hutang kerajaan Malaysia turun secara mendadak sepanjang 10 tahun pada era PM ke 4. Ini terjadi kerana kerajaan pada masa itu memulakan dasar privatization kepada aset2 nasional. Secara tak langsung ini telah mengurangkan hutang kerajaan dan meletakkan byk aset dan perbelanjaan negara off the books.
Dasar ini diteruskan oleh kerajaan seterusnya. Tujuannya mengurangkan beban kerajaan dan memberi lebih ruang kepada kerajaan utk meningkatkan expenditures terutama kepada projek2 infrastruktur.
Jika diambil kira liabiliti kepada GDP Malaysia adalah 80%. Amerika Syarikat pula pada hampir 500%.
Ada sebab kenapa Moody's memberi Malaysia AAA credit rating. S&P pula memberi A-. Dalam laporan mereka, telah dinyatakan bahawa mereka telah mengambil kira contigent liabilities termasuk anak syarikat kerajaan yg tidak mampu membayar hutang. Malaysia mendapat rating yg baik kerana secara keseluruhannya hutang adalah manageable pada tahap baik.
Mmg OPEX/GDP negara semakin naik dan ini juga selari dgn negara2 lain di dunia. GDP growth Dunia perlahan selepas financial market crisis 2008 namun penduduk dunia masih terus berkembang. Ini adalah masalah di seluruh dunia bukan unik kepada Malaysia saja.
Caranya adalah keep spending and increase taxation.
Nampak kerajaan kini mahu ke arah austerity measures dan buang taxation. Ini akan menjadi kesilapan paling besar kita
Dari blog thekl-chronicle.blogspot

Tiang ditengah jalan, Apakah tiang itu tersilap dipacak, atau jalan yang salah dibina, namun yang pasti pembina jalan baru ini yang setengah tiang

Tiang ditengah jalan
Apakah tiang itu tersilap dipacak, atau jalan yang salah dibina, namun yang pasti pembina jalan baru ini yang setengah tiang. Sudah elok-elok dibina tiang dan jalan boleh di adjust sedikit tetapi lantaran perasaan dan fikiran dihimpit oleh sesuatu maka itu lah jadinya.
Beginilah situasi dunia politik di Malaysia, sudah elok-elok diperancangkan dan Malaysia semakin maju kearah negara pertama berpendapatan tinggi sehingga dunia mengakui ekonomi Malaysia berkembang pesat dengan nisbah hutang Malaysia hanya diparas 50.7% daripada RM1.3 trilion KDNK negara, (dimana ia adalah pada kedudukan ke 92 negara dalam senarai negara yang mempunyai hutang tinggi seperti Singapura, Jerman, USA, UK dan lain-lain. Dalam mana 50.7% adalah jauh lebih rendah daripada paras hutang 103.4% iaitu yang terjadi pada Malaysia pada 1986), kini tikus membaiki labu jadinya
Kerajaan dahulu yang dituduh sebagai kerajaan penyamun, hakikatnya telah meninggalkan RM430 billion rizab Bank Negara, RM600 billion rizab Petronas, RM700 billion rizab KWSP, dan RM70 billion rizab Tabung Haji. Malaysia juga tidak berhutang satu sen pun daripada Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), jadi siapakah orang yang akan buatnya bankrap? Apakah kerajaan terkini sudah ketandusan idea untuk mentadbir ekonomi Malaysia yang sebelum ini telah mendapat penarafan tinggi daripada agensi-agensi antarabangsa seperti Standard & Poor's atau Moody's dan Fitch?
Dikatakan Malaysia akan bankrap, sedangkan selama 9 tahun Dato Najib yang sentiasa difitnah dan serta dalam keadaan harga minyak waktu itu jatuh merundum boleh melaksanakan ke atas kesemua kesukaran yang dinyatakan Tun Mahathir dan Guan Eng tanpa menjejaskan ekonomi dan kewangan negara, apatah beliau terpaksa membina negara dari kesan-kesan pemerintahan 22 tahun Tun Mahathir.
Kini keadaanya seakan tidak terkawal, segala janji-janji pilihanraya cuba dialihkan kepada isu-isu yang direka agar rakyat terbuai dengan alasan-alasan yang diciptakan sedang pelabur setiap hari semakin menjauhkan diri. Airmata murahan tumpah seperti lakonan pelakon Bollywood pun dilakukan. Apakah mereka membina jalan yang ditengah-tengahnya ada tiang letrik yang mana akan menyebabkan kemalangan yang tragik nanti?
Dan yang paling trajedi, satu persatu hak keutamaan Islam dan Melayu hilang atas tanah-airnya sendiri. Lihatlah nanti sejauh mana game mereka ini.....

Welcome to dunia hasutan, welcome to machine, Welcome my son, welcome to the machine

Welcome to dunia hasutan, welcome to machine
Welcome my son, welcome to the machine.
Where have you been? It's alright we know where you've been.
You've been in the pipeline, filling in time,
provided with toys and Scouting for Boys.
You bought a guitar to punish your ma,
And you didn't like school, and you know you're nobody's fool,
So welcome to the machine.
Welcome my son, welcome to the machine.
What did you dream? It's alright we told you what to dream.
You dreamed of a big star, he played a mean guitar,
He always ate in the Steak Bar. He loved to drive in his Jaguar.
So welcome to the machine.