Arkib 07/2020

Orang lain tu, bahagianya dengan kekayaan

Orang lain tu, bahagianya dengan kekayaan. Yang kaya itu pula, diuji dengan ketiadaan zuriat dan kurangnya ketenangan di dalam hati.
Ada orang lain, duitnya banyak tetapi diuji dengan sakit. Tak rasa bahagia juga, sebab selalu merasa rimas semasa datangnya kesakitan.
Ada orang tu, ada keluarga nukleus yang bahagia. Duit pula tak banyak. Makan pun kena catu. Pun, merasa tak bahagia.
Habis itu, bagaimana?
Memang itulah rezeki bahagia yang Allah tentukan. Cuma kita ni, kalau tak mahu desak diri untuk bersyukur dengan rezeki bahagia yang DIA kurniakan, memang tetap tidak akan merasa bahagialah.
Bila aku belajar mendesak diri untuk bahagia dengan sakit sebagai kurnia, barulah aku merasa dunia ini luas. Menerima bahawa, di luar sana ada cantiknya alam Tuhan. Ada manusia lain boleh di ajak berkawan. Masih ada udara segar yang boleh di hirup.
Dan, aku harap kita sama-sama redha untuk bahagia ada di bumi Tuhan yang sama.
#ninjakecik

Kadangkala kita bising sangat bila tak dapat bonus raya

Kadangkala kita bising sangat bila tak dapat bonus raya. Tetapi itulah ... masa buat kerja, kita tak amanah. Kalau di timbang - timbang, gaji sebenarpun tak layak kita dapat.
Cubalah bayangkan, gaji sepatutnya RM 3800, tetapi kita rehat lebih daripada banyak buat kerja. Bila tak dapat bonus raya, macam kitalah pekerja yang teraniya tu. Padahal, kitalah yang menganiaya majikan.
Tak apalah kalau tak dapat macam yang kita harapkan. Ada dapat RM 400 tu, terima sajalah. Kalau tak mahu, bagi pada aku.
Senang.
#ninjakecik

Assalamualaikum peminat ( ? )

Assalamualaikum peminat ( ? ). Maafkan aku sebab baru hari ini berada di dalam radar Facebook.
Maaf kepada peminat yang menghantar mesej ke dalam peti mesej aku. Sebenarnya aku tak ada Messenger.
Kepada yang bertanya dan berkata aku sudah 'block' namanya di dalam Facebook, jangan risau, aku masih Wakanda Forever. Tak ada block sesiapapun.
Ah, kau orang ni. Husnudzon lah!
Aku cuma berada di dalam wad. Berehat-rehat bersama peminat di dalam hospital pula. Adillah sedikit, kan?
Tak sangka pula, orang tak secomel aku ni orang cari. Eh, secomel ! Tersasul jari.
Apapun, aku doakan kau orang sihat dan dimudahkan urusan setiap hari. Jangan buat jahat, nanti berdosa masuk neraka.
Tahu, kan ? Jika kurang amalan kita yang baik-baik, maka kita akan takut 'pulang' berjumpa Tuhan.
Salam hormat untuk kau orang. Jaga diri dan kesihatan.
#ninjakecik

Kalau tak mampu melakukan kebaikan, jangan berusaha membawa orang lain melakukan keburukan

Kalau tak mampu melakukan kebaikan, jangan berusaha membawa orang lain melakukan keburukan.
Sifirnya ringkas. Walaupun aku lemah baca sifir sampaikan masa sekolah menengah kena panggil depan perhimpunan, tetapi sifir tentang ini aku hafal.
Takkanlah bulan inipun tak mampu mendidik kita menjadi sebaik-baik insan?
Boleh, kann ?
#ninjakecik

Kakak ni ada seorang anak perempuan

Kakak ni ada seorang anak perempuan. Baik budaknya. Biarpun autisme, tetapi dia bijak di dalam akademiknya. Kakak ni selalu menghargai dan menyanjung kebijaksanaan anak itu.
Suatu hari, anaknya ini tak berpuasa. Balik daripada sekolah, anaknya mengadu sakit kepala dan gastrik. Katanya, tak tahan untuk meneruskan puasa hari itu.
Kakak ini sangat berang sehingga mencerca anaknya sebagai pemalas dan mengada-ada. Anaknya menangis dan meluahkan kepadanya lebih kurang begini;
" Mengapa masa adik dapat 8A, ibu peluk adik? Kenapa masa adik sakit, ibu marah-marah adik?"
Kakak ini tersentap!
Ketika kakak ini meluahkan kekesalannya kepada saya, dia sebak dan berkata ;
" Apa jenis ibu aku ni, kan ? Masa anak berjaya aku puji dia. Masa dia lemah, aku hina dia. Padahal sebagai seorang ibu, aku berikan dia semangat dan pujukan."
Aku angguk. Aku tak geleng.
Bagi aku, sepatutnya begitulah. Tetapi manusia ini, kebanyakkannya akan menghargai orang lain ketika 'happy' saja. Masa orang 'down' dan luluh, mana dia nak peduli.
Kau pernah buat macam itu tak?
#ninjakecik

Ya Allah

Ya Allah. Makcik betul-betul marah bila saya ceritakan yang saya berkongsi menu berbuka puasa selama dua hari.
" Jangan buat macam itu. Nanti orang terliur. Tak bagus."
"Iyalah."
" Kalau masak sardin mungkin ndak juga orang terliur. Sardin ni, kita masak campur halia yang dihiris, potong cili padi, masukkan air asam jawa dan kicap sedikit. Tambah lada besar, tomato dengan bawang Holland, mungkin orang tak terliur."
"Pedas-pedas, kan babu?"
"Iya. Pedas-pedas sedap makan sama nasi."
Itulah. Hari ini, aku tak berkongsi apa-apa menu. Rasa bersalah berkongsi hari itu.
Maafkan saya, okey??
#ninjakecik

? Dan sebenarnya kita ini perlukan nasihat

? Dan sebenarnya kita ini perlukan nasihat.
? Dan sebenarnya kita harus mendengar nasihat.
? Dan sebenarnya kita perlu melakukan tindakan mengikut nasihat.
? Dan sebenarnya kita ada pilihan sama ada mahu menerima atau mengabaikan nasihat.
? Dan sebenarnya kita tidak perlu banyak berfikir untuk menerima kebaikan dengan mendengar nasihat.
#ninjakecik

Maaflah

Maaflah. Semalam aku mengaktifkan kuasa bayangan perihal Nasi Mandy Saba'.
Rasa kasihan pula kepada yang terliur ( termasuk aku ). Iyalah, hari ini aku tak buat lagi.
Aku tak akan berkongsi menu aku hari ini iaitu Nasi Ayam Hainan untuk berbuka puasa.Buat nasi ayam ni agak susah dan renyah tetapi hasilnya umphhhh!
Cuba bayangkan, jika kau orang berjaya hasilkannya, ayam yang direbus dan dicelup ke dalam ais itu akan diperap sekejap dengan ramuan.
Selepas itu dibakar. Kulitnya berkilat dek madu dan sos tiram itu, seakan-akan menjadikan setiap gigitan itu berbaloi. Manis, masin dan harum.
What is the perfect marinade?
Dan kalau nak tahu, setelah siap, ia dihidang bersama nasi yang sudah dimasak dengan campuran butter, halia, daun pandan dan serai.
Ah. Harumnya nasi itu, kan ?
Oh ya. Dua sos yang sinonim dengan nasi ayam dicurahkan ke atas ayam panggang yang telah dipotong tadi .
I can't believe it!
Memanglah nasi ayam sangat. Hurmm.
#ninjakecik

Bersyukurlah kita berada pada bulan Ramadhan

Bersyukurlah kita berada pada bulan Ramadhan. Bulan ini adalah bulan penuh barakah. Bulan seribu hikmah.
Pada bulan yang mulia inilah kita memerlukan latih tubi melakukan kebaikan, pembersihan jiwa dan pembentukan sistem kehidupan yang baharu.
Apa maksud saya tentang latih tubi melakukan kebaikan ?
i. Menunaikan perkara wajib seperti solat 5 waktu dan berpuasa jika tidak mempunyai keuzuran serta menunaikan zakat jika mampu.
ii. Bersedekah dan melakukan ibadah sunat sebagai penampal lompong pahala.
Perkara selain ini, yang membawa kebaikan kepada diri, perlu di latih ketika ini. Biasanya, pada bulan ini juga , kita lebih fokus dan istiqamah.
Apakah maksud saya perihal penyucian jiwa?
i. Mendidik hati dan jiwa ke arah lebih baik. Mengikis keladak hitam di dalam hati supaya lebih baik di dalam banyak perkara seperti zikrullah dan istighfar.
ii. Banyakkan muhasabah.
Apa pula ertinya membentuk sistem kehidupan yang lebih baharu?
i. Jika sebelum ini, kita bekerja dengan tidak agresif dan amanah, ubah diri menjadi sebaliknya. Pada bulan Ramadhan ini, berusaha mengubah sistem bekerja supaya lebih amanah dan bertanggungjawab.
ii. Lakukanlah kerja bergaji Rm200 seperti melakukan kerja bergaji Rm400. Dengan itu, kita lebih gigih dan efisyen.
Bulan Ramadhan ini, bulan perubahan. Yang buruk menjadi baik. Yang lemah menjadi lebih tabah.
Lakukanlah perubahan!
#ninjakecik

Kakak angkat saya ni, baik orangnya

Kakak angkat saya ni, baik orangnya. Selalu saya puja puji dalam hantaran Facebook saya.
Dia kata,
"Harapan terbesar aku, nak sangat makan kambing dekat Saba' bertemankan nasi mandy."
Tiba-tiba rasa geram.
Kenapa pula keinginan kami sama pada kali ini?
Aduh.Terbayang nasi mandy kambing. Kambing itu di masak sempurna dan penuh perisa.
Isinya terlerai dengan mudah dari tulang. Dengan sos asam tomato yang umphhhh!
Bertemankan air sirap yang sejuk. Dan di dalam sirap itu pula ada biji selasih sebagai hiasan.
Wahhhh!
*********
Astaghfirullah. Terlebih imaginasi. Maaf. ?
#ninjakecik