Arkib 06/2020

Orang kata mahar untuk ke syurga amat tinggi

Orang kata mahar untuk ke syurga amat tinggi.
Harga untuk menyatakan kebenaran juga amat mahal.
Kadang-kadang ia bererti menyerahkan jiwa & raga, meninggalkan anak & isteri, hatta nyawa dalam menyatakan kebenaran untuk orang lain.
Ada yang mengerti, tidak kurang juga mengeji..
Itulah pahit maung yang kalian & aku tempuhi selama ini dalam dunia kewartawanan di zon konflik & bencana.
Semalam diberikan kesempatan untuk kongsi sedikit pengalaman mencari berita di wilayah bergolak.
Sepentas dengan wartawan veteran yang aku segani, Datuk Chamil Wariya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute di program Talk Show Ruang Bicara di Bernama News Chanel
Perkongsian penuh "Harga sebuah berita" ada di link di bawah:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1813612855325597&id=167047123315520
Buat abangku, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, aku masih menyelusuri jalan sama dengan pena tapi cara berbeda.
Aku akan menyusul kemudian, pasti. Al fatihah.
#livefree #liveunited #lelakitanpanegara

Dalam siaran persnya Selasa 12 6 2018 Hamas menyebut kunjungan itu sebagai tindakan tercela dan merupakan penghinaan bukan hanya terhadap bangsa Palestina dan pengorbanannya melainkan juga terhadap bangsa Indonesia dan sejarahnya yang panjang dalam menduk

Dalam siaran persnya, Selasa (12/6/2018), Hamas menyebut kunjungan itu sebagai “tindakan tercela” dan merupakan “penghinaan bukan hanya terhadap bangsa Palestina dan pengorbanannya, melainkan juga terhadap bangsa Indonesia dan sejarahnya yang panjang dalam mendukung urusan Palestina.”
Hamas menyebutkan bahwa kunjungan ini sangat menguntungkan rezim fasis Israel.
“Kunjungan ini menjadi dukungan besar bagi musuh yang fasis ini dan statusnya, memberinya alasan untuk meningkatkan kejahatan terhadap bangsa dan kesucian kami, dan membuka pintu lebar-lebar bagi setiap orang yang menginginkan normalisasi hubungan dengan rezim pendudukan ini,” tegas Hamas.
Secara terpisah, Kemendagri Palestina juga mencela kunjungan tokoh senior NU tersebut dan menilainya sebagai “pukulan bagi Palestina dan al-Quds serta bagi Indonesia sendiri sebagai negara Islam terbesar di dunia.”
Otoritas Palestina juga mengingatkan bahwa kunjungan ini bertolak belakang dengan “sikap pemerintah dan rakyat Indonesia yang selalu menegaskan penolakannya terhadap rezim pendudukan dan politiknya.”

Hati hati!, Scammers pun dah pandai buat fb ads dan tulis copywriting cantik cantik dengan diskaun jualan yang mencairkan hati

Hati hati!
Scammers pun dah pandai buat fb ads dan tulis copywriting cantik cantik dengan diskaun jualan yang mencairkan hati.
Antara produk yang lalu di wall saya ialah gimbal dan drone.
Modus operandinya ialah menawarkan produk hot dengan diskaun luar biasa sempena year end sale contohnya.
Jika sesuatu itu "too good to be true", besar kemungkinan ia menang satu penipuan.
Ada mangsa memberi komen di post berkenaan mengatakan barang yang diposkan ialah barang murahan dan berbeza daripada yang diiklankan.
Jadi, berhati hati lah. Scammers kini sedang rakus mencari mangsa baru setiap hari melalui page yang pelbagai tetapi masih mengekalkan copywriting, produk dan harga tawaran yang sama.

Penuh wall saya seminggu yang lepas berkenaan aktiviti anak kedua saya yang telah menyertai nyanyian nasyid

Penuh wall saya seminggu yang lepas berkenaan aktiviti anak kedua saya yang telah menyertai nyanyian nasyid.
Alhamdulillah, email saya kepada pihak penganjur telah diambil perhatian serius dan mereka juga telah mengadakan mesyuarat tergempar untuk mengumpulkan semua pandangan daripada ahli jawatankuasa yang terlibat.
Kami telah meminta agar juri juri yang dipilih mempunyai kelayakan dalam bidang muzik atau sekurang kurangnya berpengalaman luas dan pernah telibat aktif dalam bidang muzik.
Usaha kami ini bukan untuk mengubah apa yang telah berlaku, sebaliknya ia adalah untuk memastikan tragedi ini tidak akan berulang lagi pada masa hadapan. Isu penjurian adalah isu yang perlu diberi perhatian serius.
Jika juri tiada "sense of pitch" sesebuah nyanyian, maka tak ada gunalah lagi penilaian yang dibuat olehnya. Dalam istilah teknikal, pendengaran mereka terhadap muzik "is out of calibration".
.

Penuh wall saya seminggu yang lepas berkenaan aktiviti anak kedua saya yang telah menyertai nyanyian nasyid

Penuh wall saya seminggu yang lepas berkenaan aktiviti anak kedua saya yang telah menyertai nyanyian nasyid.
Alhamdulillah, email saya kepada pihak penganjur telah diambil perhatian serius dan mereka juga telah mengadakan mesyuarat tergempar untuk mengumpulkan semua pandangan daripada ahli jawatankuasa yang terlibat.
Kami telah meminta agar juri juri yang dipilih mempunyai kelayakan dalam bidang muzik atau sekurang kurangnya berpengalaman luas dan pernah telibat aktif dalam bidang muzik.
Usaha kami ini bukan untuk mengubah apa yang telah berlaku, sebaliknya ia adalah untuk memastikan tragedi ini tidak akan berulang lagi pada masa hadapan. Isu penjurian adalah isu yang perlu diberi perhatian serius.
Jika juri tiada "sense of pitch" sesebuah nyanyian, maka tak ada gunalah lagi penilaian yang dibuat olehnya. Dalam istilah teknikal, pendengaran mereka terhadap muzik "is out of calibration".
.

Assalamu Alayka

Assalamu Alayka......
Video klip persembahan oleh Kumpulan Nasyid Tabika Kemas Arau, Perlis. Sudilah sudilah tonton persembahan anak anak cilik ini ye. Thanks :)
Gabungan Tabika kemas Ppak Arau & tabika kemas 4 RRD Taman Intan Arau, di bawah Dun Pauh, Parlimen Arau.
Nota : Video dan audio asal telah melalui proses editing untuk tujuan menambahbaik kualiti video dan audio akhir.
.

Straw bukan satu masalah besar sebenarnya

Straw bukan satu masalah besar sebenarnya.
Sebaliknya yang menjadi masalah besar ialah tabiat jelik sebahagian kita yang tidak segan silu membuang sampah merata rata.
Kita yang mengaku dewasa tetapi masih mengambil sikap budak budak kecil yang tidak tahu membuang sampah ke dalam tong sampah, sebaliknya menjadikan tempatnya berdiri sebagai medan pembuangan segala objek termasuklah bungkusan plastik, puntung rokok, kotak minuman, dan tidak terkecuali straw yang kini menjadi topik hangat.
Kalau lah kita memiliki sikap membuang sampah di tempat yang sepatutnya selepas digunakan, sudah tentulah ia tidak akan hanyut ke laut sehingga berpotensi mencederakan pelbagai hidupan yang ada di dalamnya. Sudah tentulah isu straw seperti ini tidak akan berbangkit.
Tentu kita masih ingat kisah kucing yang dibunuh di dalam mesin pengering di sebuah kedai dobi baru baru ini. Ramai daripada kita bersetuju perbuatan ini tidak berperikemanusiaan dan sangat kejam.
Malangnya sentimen ini kurang senada apabila gambar gambar haiwan yang tercedera akibat straw ditunjukkan. Kita tiba tiba terlupa kisah kucing tersebut. Sedangkan pengajaran yang terdapat disebaliknya sangat mirip, iaitu kita mengancam nyawa haiwan haiwan lain disebabkan perbuatan dua tangan kita ini.
Kita lihatlah lantai pasar malam atau lantai tapak pesta selepas tamat waktu beroperasi. Segala macam jenis sampah boleh didapati. Pun begitu mujurlah sampah di tempat begini akan dikutip oleh pekerja perbandaran. Tetapi individu yang mempunyai tabiat jelik ini akan pergi melancong, beriadah dan berjalan jalan di sesuatu tempat. Dan seperti biasa, di mana dia berdiri, di situlah medan pembuangan sampahnya. Jika sedang memandu, kaki lima jalan akan menjadi mangsanya.
Ini semua adalah kerja orang dewasa. Bukan perbuatan budak budak mentah yang belum matang akalnya. Saya sangat pasti. Saya pernah saksikan sendiri. Suatu masa dahulu ada satu majlis anjuran kerajaan yang saya turut hadiri. Ia dihadiri oleh orang orang dewasa (wakil wakil jabatan kerajaan dan penduduk berdekatan). Sesudah majlis tamat,sekian banyak sampah boleh ditemui di merata rata tempat. Pantas keadaan berubah dari pemandangan yang cantik kepada pemandangan yang kotor. Mereka cukup kreatif dalam menghasilkan sampah untuk dibuang. Ya, mereka ini orang dewasa.
Panjang pula mengarang. Terkhusyuk ?
Jadi, itu lah pendapat saya. Straw bukan satu masalah besar. Tidak sama sekali. Sebaliknya sikap kita lah yang menjadikannya satu masalah besar. Sudah jadi tabiat. Melekat. Berakar. Biarlah penguatkuasaan ini sedikit sebanyak mengikis tabiat jelik ini.
-Kamarul Zaman-
.

Alhamdulillah Allah rezekikan kami untuk tidak takut dan tidak gentar

- - -Alhamdulillah. Allah rezekikan kami untuk tidak takut dan tidak gentar. Nasihat buat admin page ustaz Zamihan al-Ghari jangan ganggu program dakwah yang saya dan sahabat saya rangkah dan atur. Terutamanya program di tanah tumpahnya darahku di Pulau Jambongan. Orang Jambongan pesan " Ayau kau mataud hinang bang dik ekau makahati unu-unu".
Ustaz Khairul Ikhwan antara pendakwah yang behati kental dan berani sampai ke Pulau Jambongan. Ujian dan risiko perjalanan itu sudah pasti. Risiko Sungai yg ada buaya, lautan sulu yg berombak, bot bersaiz kecil yang hanya sejengkal daripada permukaan air, risiko lanun dan sebagainya.

Alhamdulillah Program Perkampungan Sunnah Siri 2 sudah pun selesai dgn jayanya

- - -Alhamdulillah.
Program Perkampungan Sunnah Siri-2 sudah pun selesai dgn jayanya. PS-2 kali ini mempunyai sedikit kelainan iaitu pihak MADS dan rombongan penceramah memasuki 3 buah kampung dalam Pulau Jambongan iaitu Kg.Hujung, Kg. Malalin. Kg.Limau-limau. InShaaAllah selepas ini ke Kampung yg lain lagi.
Alhamdulillah. Semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan. Tidak lupa juga jazakumullahu khairan kepada pihak penyumbang, masyarakat Pulau Jambongan dan sahabat2 rombongan penceramah yang sanggup korbankan masa dan tenaga walaupun Pulau Jambongan ini jauh di pedalaman. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 4 jam setengah daripada Bandar Sandakan ( Kereta 3 jam Bot 1 jam lebih). Selain itu, walaupun mereka org bandar tetapi sanggup tidur dan bermalam di Pulau Jambongan yang mana tiada elektrik, tiada internet, dan serba kekurangan. Namun atas dasar dan misi dakwah semuanya diketepikan. Semoga Allah merahmati kita semua. Ameen

Bercampur baur perasaan melihat gambar ini

Bercampur baur perasaan melihat gambar ini.
Mereka ada sesuatu yang saya tidak miliki pada usia mereka, iaitu seorang ayah di sisi.
Moga mereka akan menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat apabila dewasa kelak.
.