Arkib 05/2020

Dulu saya selalu berdoa agar dapat ikut suami sambung belajar di Jepun dalam bidangnya

Dulu saya selalu berdoa, agar dapat ikut suami sambung belajar di Jepun dalam bidangnya. Saya akan berniaga jual nasi lemak dan adakan kelas bahasa Melayu kepada anak-anak Melayu.
Bila fikir-fikir balik gelihati.
Apa yang Allah aturkan, beliau tidak sambung pelajaran ke Jepun dan saya juga tidak berkesempatan nak masak-masak untuk jualan. ?
Tapi, saya pernah jual lempeng+sambal ayam, bubur ayam, bubur sayur, dan ada request untuk sambal pecel dan sambal goreng. Cukup puas bila dapat hasilkan sesuatu.
Sekarang, saya doakan impian kami berdua Allah lorongkan dan kami dapat bantu diri sendiri sebaiknya. Saya dalam bidang takaful dan perwarisan harta pusaka, dan suami dalam bidang harta intelek.
Impian bukan semestinya gah, cukup ada impian, kita akan hidupkan jiwa kita. Nak impian tersebut haruslah ada untuk menambah NILAI kepada kehidupan yang lain.
*Hujan di sini, seperti biasa, refresh impian.
2019 semakin hampir.

PESAN UNTUK MUSLIMAH 1 Solat Di Awal Waktu Berwudhu sebelum azan Mendorong suami saudara laki2 anak laki2 bapa untuk solat berjamaah di masjid

PESAN UNTUK MUSLIMAH
1. Solat Di Awal Waktu:
– Berwudhu sebelum azan.
– Mendorong suami, saudara laki2, anak laki2, bapa untuk solat berjamaah di masjid.
– Meninggalkan semua kegiatan waktu azan dikumandangkan.
– Memperbanyak solat2 sunat (rawatib, Isyraq, dhuha, tasbih, awwabin, tahajud dan witir).
2. Membaca Al Quran dan Zikir Pagi Petang secara Istiqamah- Mengusahakan membaca 1 juz setiap hari bagi yang sudah lancar membaca dan 3 juz sehari bagi yang hafizah:
– Paling kurang membaca As-Sajadah dan Al Mulk di antara maghrib dan Isyak.
– Membaca surah Yasin pagi dan petang
– Membaca Al Waqiah sebelum tidur
– Membaca Tasbihat, selawat dan istighfar masing2 100 kali di waktu setelah solat subuh dan setelah solat asar
3. Ta’lim wa Ta’allum:
– Menghidupkan ta’lim secara istiqamah setiap hari di rumah
– Menceritakan kisah para Nabi dan para sahabat dengan cara yang mudah difahami oleh anak2
– Mengajarkan cara solat, cara berpakaian secara sunnah dan sunnah2 nabi dalam keseharian (makan, tidur, safar, istinja, dll).
4. Mendidik anak Secara Sunnah:
– Memperkenalkan sunat kepada anak sejak sedini mungkin
– Mendidik mereka adab-adab, doa-doa nabi, cara bergaul.
– Beri contoh yang baik
– Mendidik solat ketikan usia 7 tahun dan membiasakannya untuk solat 5 waktu dan solat2 sunat
5. Hidup dengan Pola Sederhana:
– Kita harus mencontohi kehidupan Rasulullah SAW yang sederhana
– Jangan sembarangan membelanjakan harta suami secara berlebih2an dan tidak tepat, bermesyuaratlah untuk setiap pengeluaran.
– Belanja menurut keperluan bukan memenuhi keinginan nafsu.
– Mengatur kewangan keluarga
6. Menutup Aurat secara Sempurna: Aurat wanita di luar solat seluruh tubuhnya harus di tutup secara sempurna ketika keluar rumah dan ditemani dengan mahramnya
7. Melayani Suami:
– Mempersiapkan semua keperluan suami dan mengurus rumah dengan bersih dan rapi
– Mencuci pakaian, memasak,
– Diam ketika suami berbicara
– Mengantar suami apabila mahu pergi
– Berhias / rapi / bersih / wangi di hadapan suami
– Memakai wangi-wangian
– Memelihara bau mulut
– Menawarkan diri ketika mahu tidur

MENJAWAB KEMBALI PEMBELA UTHMANIAH MELAYU , 1 & 2) Adakah Dr yang menulis itu tahu atau nampak macam mana Sultan Salim I yang zalim itu mati? Apakah...

MENJAWAB KEMBALI PEMBELA UTHMANIAH MELAYU
1 & 2) Adakah Dr yang menulis itu tahu atau nampak macam mana Sultan Salim I yang zalim itu mati? Apakah sumber penulis? Jika betul, adakah ia boleh menjadikan bukti tindakan Salim I itu betul? Pembunuh yang bertaubat di akhir usianya, adakah kerana mati ketika membaca al quran, maka perbuatan bunuh itu betul dan menepati syarak?
3) Siapa ulama Uthmaniah tersebut? Atas dasar apa digelar Mujaddid? Membunuh sesama muslim yg terang dan jelas dilarang dalam AL QURAN layak digelar “mujaddid”? Atau.... ulama2 Turki pengampu uthmaniah?
4) Maaf, saya belum menemui alasan syiah atas pembunuhan Thoman Bey II.Jika syiah sekali pun, mengapa Sultan Salahuddin Al Ayyubi tidak membunuh Raja Fatimiy terakhir? Sejak bila Islam membenarkan pembunuhan sesama muslim yang bersyahadah walaupun berlainan Mazhab (jika betul).
5) Ini sangat mengarut kerana apa yang kita bincangkan ialah di Mesir bukan Baghdad.
6) Jika benar, mungkin ia strategi waktu itu.
7, 8 & 9) Apa sumber surat menyurat? Dari arkib mana? Mana fakta dari masyarakat tempatan yang mengaitkan rasuah di Giza dan mengapa tak dikaitkan dengan pembununan beratus2 tentera Mesir yang beragama Islam?
10) Sumber pemalsu sejarah mana yang anda ambil?Sultan Ghouri lah yang membina semula kubah Maqam Imam Syafei dan Menara AL AZHAR, yang kedua2nya ahli sunnah wal jamaah.
11) Apakah sumber yg mengatakan demikian? dari arkib mana? Atau hanya dari sebelah pihak.
Point no 12 dan seterusnya adalah mengarut dan tidak berbukti.
Alasan peperangan atas nama syiah walau di zaman Fatimiy mahupun di zaman Mamluk TIDAK BOLEH DITERIMA kerana penyebaran syiah tidak memberi kesan kepada masyarakat setempat dan mereka (Pemimpin Fatimiy dan Mamluk) tidak memaksa rakyat menganut ajaran syiah.Manakala syiah SHAFAWIAH yang disebutkan itu penyebarannya bukan di Mesir.
Penulis boleh ke Mesir dan melihat masjid Ghouri yang terdapat kesan pengajian empat mazhab.Jangan hanya ke Maqam atau kubur sultan yang zalim sahaja.
Nasihat : Jangan membaca rujukan bahasa inggeris oleh orang yang cenderung kepada Penjajah Uthmaniah, tapi selidik juga buku berbahasa arab dari cucu-cucu mangsa kezaliman penjajahan Uthmaniah.

KERAJAAN YANG ADIL LEBIH DITUNTUT BUKAN KESATUAN KHILAFAH, 1

KERAJAAN YANG ADIL LEBIH DITUNTUT BUKAN KESATUAN KHILAFAH
1.Sepanjang membaca komen post yang lepas, nampaknya banyak komen.Ada yang menyokong dan yang mengkritik.
2.Memang saya terkesan dengan sejarah Mesir dan perjuangan tokoh mereka seperti Gamal Abdul Nasir dan Anwar sadat tapi saya bukan taksub Mesir.
3.Saya juga tidak cuba mengetengahkan bahawa sistem demokrasi sepenuhnya adalah lebih baik dalam membicarakan isu Khilafah Uthmaniah sebagai penjajah.Walaubagai mana pun, tidak dinafikan saya memang amat cenderung dalam sistem demokrasi sepenuhnya selepas membaca perjuangan Gamal abdul Nasir, Anwar Sadat dan Mahatma Ghandi yang bagi saya, sistem republik adalah sistem pemerintahan terbaik namun ini tidak bermakna saya menentang negara yang mengamalkan sistem beraja.Selagi raja berpelembagaan, tidak zalim, dan ikut peraturan sama seperti rakyat, maka ia tidak bermasalah.
4.Bukan cara penguasaan sahaja yang saya setuju sejarawan Mesir persoalkan dan melabel Uthmaniah sebagai Penjajah, akan tetapi kezaliman dan corak penindasan khilafah Uthmaniah juga turut sama.
5.Maaf, sebelum kita melabelkan sejarawan Mesir sebagai “silap masa untuk menghukum” atau “salah melabel”, saya fikir kita kena kenal ketamadunan negara mereka dulu dan cermin diri kita.
6.Bila sejarah melayu bermula? Ada yang kata zaman Parameswara dan sebagainya dan bangga kesultanan melayu melaka.Bila semua ini bermula?
7.Yang pasti, sejarah melayu bukan bermula pada 20 Hijrah atau 600 masehi, akan tetapi zaman atau era ketamadunan Islam Mesir bermula pada tahun 642 Masehi bersamaan 21 Hijrah apabila Amru Bin Al ‘As mengalahkan tentera Rom Bizantin di Iskandariah yang mana pada masa itu ia merupakan Ibu Kota Mesir di zaman Rom.
8.Sebelum2 itu Mesir mempunyai ketamadunan mereka sendiri dengan zaman Firaunnya yang tertua dan ini bukan hanya tafsiran sejarawan sebaliknya dibuktikan dengan monumen2, artifak2 bahkan masih tertanam lagi banyak khazanah yang entah apa lagi akan dijumpai kelak.
9.Bermula 642 M, Mesir dikenali sebagai ketamadunan Islam.Dalam banyak2 sejarah khilafah di Mesir, tiada satu pun yang mereka label sebagai penjajah pada hal, Amru Bin Al ‘As adalah bangsa arab, manakala Bangsa Mesir adalah Bangsa Qibti yang mempunyai tulisan sendiri, budaya sendiri dan segala ketamadunan yang sesuai dengan peradaban saat itu, kecuali zaman Khilafah Uthmaniah.
10.Mengapa hanya sejarah pada 1517 - 1833 zaman Khilafah Uthmaniah dilabelkan oleh sejarawan di Mesir sebagai zalim?
11.Mengapa sejarah Fatimiy, Ayyubi dan sebagainya tidak dikritik oleh sejarawan mereka?
12.Jawapannya adalah kerana KEZALIMAN dan KEMUNDURAN MESIR adalah pada zaman sejarah KHILAFAH UTHMANIAH yang hanya pandai mengutip cukai dan cuba menturkikan arab Mesir yang telah pun menerima Islam sebagai agama dan bahkan cuba menukarkan identiti bangsa Mesir ke Turki melalui paksaan sama ada secara pendidikan, budaya dan sebagainya.
13.Jika tarikh jadi persoalan yang membenarkan perbuatan peluasan empayar Khilafah Uthmaniah ini dengan berbunuhan secara trajis, maka apa sebabnya kita di Malaysia marah dan melabel Portugis yang menjajah melaka (1511) Francis Light di Penang (1819) yang semua ini dilakukan sebelum REVOLUSI FRANCIS 1786?
14.Apa yang dilakukan oleh Uthmaniah lebih jijik lagi apabila sesama Islam? Adakah kerana zaman itu tiada PERJANJIAN GENEVA maka perbuatan mereka dihalalkan sementara zaman ini DAESH ditentang semata2 kerana telah ada PERJANJIAN GENEVA? Sebelum ada PERJANJIAN GENEVA, Al Quran telah turun lebih awal melarang pembunuhan sesama umat Islam.
15.Pasti jawapan kita hari ini yang mengkritik penjajahan
Portugis di Melaka dan Francis Light ini adalah kerana kezaliman dan usaha mengubah budaya penduduk asal.Itu yang kita sepakat dan ia sama seperti apa yang berlaku di Mesir apabila Uthmaniah menjajah Mesir.Tanah Melayu tidak pernah walau sehari duduk di bawah pemerintahan Uthmaniah, bagaimana boleh memuji melangit Uthmaniah Turki?
16.Jika lambanh kesatuan umat Islam semata-mata, sistem Khilafah bukan satu-satunya penyelesaian kerana ia lebih kepada sistem diktator sebenarnya dan sistem pemerintahan melalui warisan di mana jika kena pada waris raja yang baik, maka akan menjadi baiklah sistem pentadbiran, dan sebaliknya.
17.Apa yang penting ialah KESATUAN UMAT ISLAM melalui sistem kerajaan2 yang adil dan saksama di semua negara umat Islam, maka akan lahirlah kesatuan antara negara2 Islam walaupun dalam isu Al Quds dan sebagainya.
18.OIC, PBB dan segala jenis pertubuhan antarabangsa hanya wasilah.
19.Saya bukan orang yang menampilkan istilah2 Inggeris untuk menawan hati pembaca apalagi berbunga-bunga untuk menggayakan ayat agar kelihatan menarik.
20.Tapi saya percaya apa yang saya baca adalah benar dan apa yang saya terima bukan ketaksuban.
21.Penulisan ini tidak akan terhenti di sini, tapi saya akan membukukannya dengan lebih tebal kelak agar ia difahami dengan baik oleh orang melayu, semoga akan ada generasi masa depan yang akan memahami.
22.Terima kasih kerana menunjukkan kedangkalan cara fikir orang melayu dalam hal ini.

UTHMANIAH TURKI HANYA PENJAJAH , Assalamualaikum WBT, , 1

UTHMANIAH TURKI HANYA PENJAJAH
Assalamualaikum WBT,
1.Terima kasih kepada komentar2 yang mengisi ruang komen dalam post saya sebelum ini.
2.Terdapat pelbagai komen.Saya telah membaca dan akan terus membelek kembali bahan2 sejarah untuk diteliti dan diperhalusi.
3.Pada tahun 2012 adalah tahun pertama saya menulis tesis Master bertajuk IKHTIARAT atau Ijtihad Syeikh Al Bayjuri dalam isu Muamalat dan undang-undang keluarga : Kajian Perbandingan.
4.Bab pertama kajian adalah menyentuh profile kehidupan beliau yang mana ketika itu, amat sedikit tulisan mengenai beliau memandangkan beliau antara ulama mutakhir Mazhab Syafei.Dalam kajian tersebut, saya harus menyatakan suasana politik dan sosial zaman beliau di Mesir antara tahun 1783 - 1861 di mana secara tidak langsung kajian perlu menumpukan banyak rujukan berkaitan sejarah akhir penguasan Mamluki, Uthmaniah, Francis dan Inggeris di Mesir.
5.Dalam kajian tersebut, saya amat terkejut kerana selama sebelum itu, di mata saya Empayar Uthmaniah adalah empayar Islam yang maha hebat, menyatu padukan umat Islam, bersistem dan sebagainya kerana itulah yang ditiupkan oleh para guru di sekolah2 di Malaysia.Semangat kebangsaan arab atau Qowmiyyah arab yang menghapuskan empayar yang hebat tersebut.
6.Itu “fikrah” saya sebelum masuk ke Perpustakaan Utama Universiti Kaherah menemui banyak rujukan-rujukan yang selepas itu saya dapati fikrah yang diterima selama sebelum itu, tidak benar.
7.Mesir berada dalam jajahan Uthmaniah dari 1517 hingga 1867 atau sepatutnya lebih awal jika dikira kekalahan 1833 dalam Perang Yunan.
8.Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati, buku-buku rujukan tersebut yang ditulis oleh tokoh2 sejarawan dan pakar-pakar hampir kesemuanya meletakkan Turki Uthmaniah sebagai penjajah setaraf dengan British dan Francis.Ini amat bercanggah degan apa yang diterapkan di Malaysia.
9.Lebih malang lagi, penguasaan Uthmaniah ke atas wilayah-Wilayah yang juga dikuasai oleh orang Islam sendiri, dikuasai secara perang dan rasuah kepada penduduk asal supaya membai’ah atau hari ini “mengundi” pemerintah Uthmaniah.
10.Ini berlaku pada 1517 apabila Sultan Salim I menceroboh masuk ke Kaherah dan mengalahkan Tuman Bay II dengan ribuan askar dan menbunuh lebih kurang 50 ribu tentera Mesir saat itu sepanjang peperangan 4 malam berturut2.
11.Untuk mendapat sokongan, Sultan Salim I telah mengepong Kaherah dan merasuah penduduk2 asal padang pasir atau Badwi di Giza dengan rantai Emas dan makanan supaya tidak menentangnya dan tinggal sahaja tentera Mesir dibawah Tuman Bay II berperang di Boulak hingga ke Kaherah serta menewaskan para tentera Tuman Bay II yang kesemuanya beragama Islam.
12.Akhirnya, setelah kalah perang, Tuman Bay II pemerintah Mesir dan telah bergelar tawanan perang itu diperintahkan oleh Sultan Salim I Utmaniah untuk taat perintah dibawah Empayar Uthmaniah dan baginda enggan.Sejarah menyebut, Sultan Salim I Uthmaniah yang kononnya hebat penakluk Eropah ini, telah menggantung hingga mati Tuman Bay II yang juga beragama Islam itu di pintu masuk Kaherah, Bab Zuwaylah.
13.Jasad Thuman Bay II yang beragama Islam itu, dibiarkan tergantung berhari-hari supaya menakutkan rakyat di Kaherah dan pemaksaan membai’ah Sultan Salim I di Kaherah sekali gus menobatkannya sebagai Sultan Mesir dan memasukkan Mesir sebagai tanah jajahannya.
14.Dari aspek ini, jelas sekali, kekuasaan Empayar Uthmaniah ke atas Mesir adalah secara perang walaupun sesama Islam.Begitu juga dengan wilayah Syam (Syria), Hijjaz (Arab Saudi Hari ini) dan sebagainya.Maka, mereka adalah kaum penjajah sama seperti Inggeris dan Portugis.
15.Maka bermulalah bahasa dan budaya turki masuk ke Mesir secara perlahan-lahan.
16.Sepanjang penguasaan Empayar Uthmaniah di wilayah Arab dan utara Afrika, terdapat banyak kisah2 pembunuhan beramai2,peperangan merebut wilayah sesama umat Islam hinggalah disebutkan dalam buku2 sejarah ini, Khilafah Uthmaniah hanya pandai memungut cukai dari wilayah2 yang diperintah sementara rakyat terus miskin dan dikerah bertani dan bekerja untuk membayar cukai kepada Empayar Uthmaniah.
17.Jika ada melayu yang menukilkan kononnya pada tahun 1511 Armada laut Uthmaniah menghantar bantuan ketenteraan ke Nusantara untuk memerangi Belanda dipatahkan oleh Portugis di Yaman, ia satu kenyataan yang harus diteliti dan diperhalusi kembali kerana Uthmaniah pada tahun2 antara 1508 - 1513 sedang berperang di lautan Hindi dan Laut Merah hingga berjaya menguasai Bab El Mandeb di Yaman mengalahkan Portugal bagi menguasai laluan perdagangan dunia ketika itu.
18.Walaupun Portugis memenangi perang tersebut, namun Bab El Mandeb di Yaman berjaya dikuasai oleh Empayar Uthmaniah.Soalan yang berbaki, bagaimanakah Portugal memintas armada bantuan Uthmaniah ke Nusantara pada tahun 1511 sedangkan perairan berkenaan dikuasai oleh Uthmaniah sendiri? Adakah mereka senagaja membunuh diri membawa armada masuk ke kawasan melepasi Bab El Mandeb untuk kononnya ke Asia atau Nusantara untuk menghantar bantuan?
19.Walaupun Mesir membayar cukai kepada Empayar Uthmaniah pada sejak penguasaan Uthmaniah ke atasnya, tiada timbal balik pertahanan yang baik diberikan ke atas wilayahnya.Ini dibuktikan oleh penjajahan Francis pada tahun 1798 hingga 1801 ke atas Mesir.
20.Selepas tamat penjajahan Francis, pada tahun 1801, Francis membenarkan penguasaan Inggeris pula hinggalah kebangkitan rakyat yang diketuai Umar Makram pada tahun 1804! (Umar Makram sendiri akhirnya dibuang oleh Muhammad Ali Basha ke Dumyat, padahal beliaulah orang pertama yang membai’ah Muhammad Ali Basha).
21.Uthmaniah kembali berkuasa pada tahun tersebut dengan menghantar KHURSHID BASHA sebagai gabenor dan kemudian digulingkan oleh rakyat hingga akhirnya Muhammad Ali Basha yang juga sebagai Gabenor Uthmaniah.
22.Malang sekali, Muhammad Ali Basha sendiri akhirnya mengisytiharkan dirinya sebagai Raja di Mesir dan cuba keluar dari empayar Uthmaniah selepas Uthmaniah kalah perang dengan Yunan atau Greece pada tahun 1829 kerana kelemahan tentera Uthmaniah.
23.Selepas dari tarikh itu, berapa banyak peperangan sesama wilayah Uthmaniah dalam negara2 arab seperti Pertempuran Hams dan sebagainya, bukan kerana PERKAUMAN ARAB, akan tetapi kelemahan dan kegagalan Uthmaniah mempertahankan wilayahnya hingga mengundang campur tangan asing dan penjajahan Eropah atau bukan Islam di negara-negara Islam.
24.Kejatuhan khilafah uthmaniah pada 3 Mac 1924 bukan kerana kekuatan Mustafa Kamal sahaja, akan tetapi kerana kelemahan Empayar Uthmaniah terhadap wilayah2 yang dikuasai.
25.Sejarah Empayar Utmaniah di alam melayu perlu dibongkar kembali supaya tidak bercampur dengan tokok tambah dan tafsiran pihak yang berkepentingan.
26.Jika sejak 1798 Uthmaniah tidak mampu mempetahankan wilayah penguasaannya, bahkan hilang tanah jajahan di Eropah pada tahun 1828 hingga menyebabkan wilayah2 jajahannya yang dibuktikan membayar cukai, masuk secara peperangan dan pertumpahan darah itu pun mula membebaskan diri dari KEZALIMAN DAN CENGKAMAN UTHMANIAH, mengapa di dunia melayu Uthmaniah diangkat melangit sedangkan tiada satu bukti pun menunjukkan Empayar Uthmaniah mempertahankan Tanah Melayu? Bagaimana pula mereka boleh “menghantar” bantuan sedangkan mereka sibuk berperang dengan wilayah2 terdekat dan sering kalah dan culas?
27.Bagaimana sejarah Singapura jatuh ke tangan Stamford Raffles, Penang ke tangan Francis Light dan negeri2 melayu lain menerima residen - residen Inggeris dibaca? Tidak keterlaluan jika kita harus membaca semula dengan adil, bagaimanakah Malayan Union pada asalnya hampir dibentuk dan siapa yang menandatanganinya dan mujur ketika itu ada rakyat yang keluar menentang? Siapa pula yang berkata “we need British” di saat Tunku sibuk memperjuangkan kemerdekaan? Atau semua ini saling bercanggah antara satu sama lain? Mana betul mana salah?
28.Dikhuatiri, sikap tegar membangkitkan kejatuhan Khilafah pada 3 mac dengan membayangkan Islam mempunyai satu khilafah yang kuat di zamannya adalah sesuatu yang boleh dieksploitasi oleh pihak pengganas agar membenarkan peperangan atas nama “mengembalikan khilafah” seperti apa yang sedang dilakukan oleh DAESH saat ini.

SOALAN UNTUK PENCINTA EMPAYAR UTHMANIAH , 1

SOALAN UNTUK PENCINTA EMPAYAR UTHMANIAH
1.Hampir setiap 3 mac, ada pihak akan cuba menukilkan peringatan sejarah kejatuhan Khilafah Uthmaniah yang mereka anggap sebagai satu yang negatif dan punca perpecahan umat Islam.
2.Malang sekali, melayu paling rajin menulis dan cuba membangkitkan sentimen ini sedangkan negara bekas “jajahan” uthmaniah tidak gelojoh mahupun membangkit sentimen sebegini.
3.Bilakah negara tanah melayu berada di bawah Uthmaniah? Siapakah wali atau gabenor Uthmaniah di Tanah Melayu? Bagaimanakah cara penguasaan Uthmaniah ke atas tanah melayu? Paling penting, bagaimanakah corak pemerintahan semasa wali atau gabenor Uthmaniah memerintah tanah melayu bahkan bagaimana sumbangan Empayar Uthmaniah terhadap tanah jajahannya?
4.Oleh kerana saya pasti dan semua dari kita yang membaca akan turut pasti bahawa Tanah Melayu atau selepasnya bernama Persekutuan Tanah Melayu bahkan Malaya sebelum tertubuhnya Persekutuan Malaysia TIDAK PERNAH BERADA DI BAWAH EMPAYAR UTHMANIAH, apa kata saya mencadangkan dari kita semua membaca sejarah negara-negara yang pernah menjadi sebahagian dari empayar Uthmaniah dan mencari jawapan semua soalan yang telah saya kemukakan tadi.
5.Oleh kerana Mesir adalah negara yang paling dekat dengan sejarah ini dan banyak tulisan berkaitan dengannya, apa kata kita jadikan Mesir sebagai salah sebuah negara modul untuk mencari kesemua jawapan yang dilontarkan tadi.
6.Jika anda telah memperoleh bahan-bahan bacaan yang berkaitan sejarah Uthmaniah di Mesir, kita sama-sama bincangkan kembali soalan2 berkenaan dan sesudah itu jika anda bertegas dengan pendirian “kehebatan” Empayar Uthmianiah, saya akan berpuas hati kerana anda mempunyai pandangan yang berasas tapi saya juga akan mengemukakan apa yang telah saya jumpa.
7.Anda setuju dan sanggup sahut seruan? Atau terus dengan persepsi dan menjerit dengan hanya mengikut “suara ramai” yang belum pasti kebenarannya?

KENAPA mumia bermaksud EMAS ?, 1

KENAPA mumia bermaksud EMAS ?
1.Pernah pergi Muzium Negara Mesir? Tempat di mana letaknya segala mumia dan artifak lama tinggalan Firaun zaman Mesir Kuno.
2.Jika saya dapat projek private tourist guide, mulut saya akan gatal dan mengomel dengan lajunya bila menceritakan KOTA MESIR LAMA, KAHERAH FATIMIY, KAHERAH AYYUBIY, KAHERAH MAMALIK dan KAHERAH BASHAWAT.Lagi rare, bila ke Sinai.Lagi laju dengan sejarah EXODUS, AL MANNA WAS SALWA dsb....
3.Tapi bila ada request ke Muzium Kebangsaan Mesir atau Luxor mahupun Aswan, saya hanya akan serahkan kepada tourist guide egyptian yang memang pakar EGYPTOLOGIST kerana ia satu bidang yang bukan mudah.
4.EGYPTOLOGIST tuh pun biasanya dengan segala hormatnya akan “disekolahkan” beberapa saat oleh mulut saya ini, meminta jangan terlalu sebut nama-nama tuhan Mesir Kuno atau terlau totok dan gahirah menyebut nama-nama angka keturunan, sebab melayu hanya kenal RAMSES II sebab itulah firaun yang lawan Nabi Musa.
5.Saya akan minta sentuh lah ketamadunan Mesir Kuno yang amat banyak seperi ilmu falak mereka, ilmu perubatan mereka, forensik, undang2 dan sebagainya.
6.Bayarannya agak mahal.Terkini pada februari 2018 yang lepas, bayaran seorang pakar egyptologist sekitar LE 200 untuk satu jam.
7.Firaun ini bukan sebarang orang, tapi raja negara yang bertamadun di zaman itu dan mempunyai kekayaan.Maka, setiap firaun yang meninggal bukan diletakkan dalam keranda (tabut) kayu sahaja, tapi disalut dengan emas tulen dan kemudian diletakkan ke dalam sebuah batu bagi mengelakkan ia dicuri.
8.Bukan sahaja mayat diawet, tapi dihiaskan dengan segala emas dan hiasan selepas dikafan.
9.Sebab itu jika anda lihat di muzium Kaherah, keranda2 yang dipamerkan kurang sempurna, kerana semua keranda itu dijumpai oleh para petani di delta dan di lembah-lembah tertentu dan disembunyikan atau dicuri kerana ia penuh dengan emas dan perhiasan yang sangat bernilai.
10.Bukan sahaja mumia akan dijumpai dengan keranda emas sahaja, bahkan terdapat “barang-barang lain” yang merupakan “kemegahan” raja yang dipercayai untuk digunakan di alam lain kelak.
11.Makanya, satu mumia itu bukan ditanam di satu tempat sahaja, tapi dalam satu persegi yang luas bagi setiap satu dan sarat dengan barang berharga.
12.Menjumpai mumia bermaksud menjumpai himpunan emas yang bernilai yang semestinya milik negara pada hari ini.

Damascus Steel Ilmu Besi Islam Yang Hilang

"Damascus Steel" Ilmu Besi Islam Yang Hilang
Semasa perang salib, Salahuddin al-Ayyubi (1174-1193) sangat dihormati oleh pihak Kristian kerana membebaskan tahanan dan penduduk Kristian selepas dia menawan Jerusalem.
Selain daripada itu juga, "Crusader" juga kagum dengan pedang yang digunakannya iaitu Pedang Damascus yang mampu memecahkan baju perisai dan mematahkan pedang pihak mereka malah sangat tajam sehingga mampu memutuskan sehelai rambut yang jatuh pada mata pedang itu.
Pedang itu juga tidak perlu diasah dan sangat flexible walaupun sifatnya keras.
Teknik menghasilkan Pedang Damascus diguna seawal abad ke-11 tetapi teknik tersebut hilang pada abad ke-18.
Malah dikatakan Pedang Rasulullah juga sudah menggunakan teknik Damascus ini.
Untuk menghasilkan Pedang Damascus, sejenis besi yang dikenali besi Wootz yang berasal daripada selatan India diperlukan.
Berbanding Pedang Katana yang menggunakan teknik Lipatan Besi Berulang, Pedang Damascus menggunakan teknik Kimpalan Besi (Penyatuan Beberapa Lapisan Keras Lembut) sama seperti teknik menghasilkan KERIS.
Besi Wootz yang ditempa dengan teknik Damascus akan menghasilkan bebenang tiub karbon halus antara molekul besi yang mencorakkan pamor pada pedang tersebut.
Kandungan carbon yang tinggi dalam 1.6% - 2.0% yang berselang seli (blended) antara besi menjadikan ia sangat keras tetapi tahan (flexible).
Proses tempaan berulang dan penyejukkan menggunakan "Dragon Blood" akan menyusun struktur molekul Fe2C menjadi sebati.
Adapun asal usul teknik tempaan Damascus ini tidak dapat dikenalpasti.
Adakah teknik ini berasal daripada Tanah Melayu?
Tamadun Sungai Batu, Kedah wujud seawal 600 sebelum Masihi yang berfungsi sebagai tempat pemprosesan besi. Dan seawal itu hubungan perdagangan dengan dunia luar sudah berlaku.
Terasa nak kaji Teknologi Pembuatan Besi Kuno dalam sudut Material Engineering.
Boleh kaji antara Welding Forging (Damscus & Keris) vs Folded Forging (Katana).

Hari tanpa line telefon Terputus hubungan untuk membina hubungan dalam sinergi team building SPAN selama tiga hari

Hari tanpa line telefon.
Terputus hubungan untuk membina hubungan dalam sinergi team building SPAN selama tiga hari.
Pangkat, jawatan, dan ego, mereka sudah tinggalkan di luar pagar.
Komitmen luar biasa dari tim SPAN. Teruji segala mental dan fizikal.
Great team work!
Begitulah jika sudah sekapal.
Jika nampak anak kapal lain tak mainkan peranan, kita perlu tegur, supaya kapal tak karam.
Jika kita nampak kapal bocor, kita perlu baiki dan beritahu, supaya kapal tidak tenggelam.
Jika anak kapal leka, betulkan semula hala tuju.
Kapal itu adalah syarikat kita.
Terima kasih tim STRAT'18, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan Insight Partners Consulting.
Bulat air kerana pembentung.
-Zaim Zin, Inspirizer.

HARI ini Mesir umum jumpa 80 mumia lagi dengan 40 tabut atau keranda mumia entah keturunan nombor keberapa firaun menurut ilmu egyptologinya

HARI ini Mesir umum jumpa 80 mumia lagi dengan 40 tabut atau keranda mumia entah keturunan nombor keberapa firaun menurut ilmu egyptologinya.Bagi kita orang melayu yang memang tak nak amek tahu, malas membaca, banyak tonton movie berbanding cari benda baru, dok kat negara asas tamadun dunia tapi masuk dalam tempurung plastik jer nie, kita tak rasa apa lah... dengar begitu jer lah... tapi bagi yang ada sedikit amek tahu, sedikit membaca dan cuba2 cari bahan bacaan baru, pasti faham, bila jumpa “bendaalah” tuh bukan sekadar macam jumpa “bom lama”, “keris lama”, “meriam lama” di Tanah Melayu, tapi himpunan emas2 tulen, jongkong - jongkong emas yang harganya berjuta USD.Itu pada satu mumia... ini kan pula 40 tabut atau keranda!!!! Tambah pula 80 mumia !!!!!!!!
Allah kurnia rezeki macam2 bentuk kepada Mesir hari ini.... selain jumpa gas di laut, emas pun timbul di bawah padang2 pasir... dan tanah delta...