Arkib 02/2020

Sudut Santai Raya di Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang Uitm Cawangan Pahang mendapat sambutan hangat dengan adanya permainanan uji minda dan...

Sudut Santai Raya di Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang Uitm Cawangan Pahang mendapat sambutan hangat dengan adanya permainanan uji minda dan hilangkan tekanan pelajar kita musim-musim hampir minggu peperiksaan ini.

Sukacita dimaklumkan bahawa, Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) bersama Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang akan menganjurkan Program World Quran Hour...

Sukacita dimaklumkan bahawa, Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) bersama Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang akan menganjurkan Program World Quran Hour peringkat Uitm Cawangan Pahang seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 07 Jun 2018 (Khamis)
Masa : 11.00-12:00 tengahari
Tempat : Ruang Legar Perpustakaan Al-Bukhari
Pembimbing : Al-Fadhil Ustaz Ibrahim bin Mohd Sobki
Seluruh warga UiTM cawangan Pahang adalah dijemput untuk bersama-sama seluruh warga malaysia dan dunia meluangkan masa selama 1 jam bersama Al-Quran pada masa dan waktu yang sama. Penyertaan mahasiswa juga sangat dialu-alukan.
Kehadiran akan dikira sebagai jam latihan

Sukacita dimaklumkan bahawa, Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) bersama Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang akan menganjurkan Program World Quran Hour...

Sukacita dimaklumkan bahawa, Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) bersama Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang akan menganjurkan Program World Quran Hour peringkat Uitm Cawangan Pahang seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 07 Jun 2018 (Khamis)
Masa : 11.00-12:00 tengahari
Tempat : Ruang Legar Perpustakaan Al-Bukhari
Pembimbing : Al-Fadhil Ustaz Ibrahim bin Mohd Sobki
Seluruh warga UiTM cawangan Pahang adalah dijemput untuk bersama-sama seluruh warga malaysia dan dunia meluangkan masa selama 1 jam bersama Al-Quran pada masa dan waktu yang sama. Penyertaan mahasiswa juga sangat dialu-alukan.
Kehadiran akan dikira sebagai jam latihan

jom santai-santai

jom santai-santai..
Cari benda tersembunyi, berapa pantas korang dapat teka binatang apa, yang bersembunyi?? ??
dah jumpa jangan Screen Shot bagi peluang yang lain mencari.
Komen "Dah JUMPA " jika dah nampak binatang tersebut.

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil staf Perpustakaan sempena Ramadhan Al-Mubarak yang akan disambut esok

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil staf Perpustakaan sempena Ramadhan Al-Mubarak yang akan disambut esok. Timbalan Ketua Pustakawan turut menyampaikan amanat agar semua staf saling bermaafan sebelum menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan sentiasa mengambil usaha memperbaiki diri dan amalan-amalan untuk mendapat redha Allah SWT.

KENYATAAN MEDIA FEDERASI KEBANGSAAN PEKERJA BELIA FKPB 18 MEI 2017 21 SYAABAN 1438 H Dasar Belia Malaysia DBM yang telah disemak dan dilancarkan pada tahun 2015 adalah sebuah dokumen falsafah pembangunan belia yang komprehensif dalam mempersiapkan belia s

KENYATAAN MEDIA
FEDERASI KEBANGSAAN PEKERJA BELIA (FKPB)
18 MEI 2017 / 21 SYAABAN 1438 H
Dasar Belia Malaysia (DBM) yang telah disemak dan dilancarkan pada tahun 2015 adalah sebuah dokumen falsafah pembangunan belia yang komprehensif dalam mempersiapkan belia sebagai aset berharga Negara mendepani masa hadapan dengan pendekatan pembangunan belia positif dan pembinaan aset luaran serta dalaman belia. DBM mengandungi empat komponen utama termasuklah komponen “Holistik dan Berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara”. Di bawah komponen ini memperuntukkan 9 bidang keutamaan belia termasuklah “Profesionalisme Kerja Belia”.
Menurut DBM 2015 – 2035 ini, Profesionalisme Kerja Belia merupakan bidang baru yang memberi fokus utama dalam membangunkan keupayaan dan kompetensi Kumpulan Pelaksana Belia dalam hal berkaitan belia. Ini bertujuan supaya pihak pelaksana pembangunan belia berkeupayaan memastikan segala pelaksanaan DBM sebenar-benarnya memenuhi keperluan pembangunan belia dan menyumbang kepada pembangunan strategik Negara di masa hadapan.
Daripada sudut yang lain pula, selaras dengan citra Wawasan 2020 dan aspirasi Transformasi Negara 2050, Malaysia akan menjadi sebuah Negara maju menjelang 2020 dan menjadi bangsa hebat menjelang 2050 dan sudah tentu kelompok belia merupakan tonggak utamanya. Belia adalah cerminan masa hadapan Negara dan nasib Negara bergantung kepada kesediaan dan kesiapsiagaan mereka.
Justeru kelompok belia atau generasi muda ini harus dipersiapkan dan diserlahkan potensi mereka bagi berhadapan dengan cabaran ini oleh sekelompok aktivis dan pekerja yang mempunyai nyalarasa dan elemen profesionalisme dalam bidang kerja belia.
Bagi menyahut seruan dan tanggungjawab ini, Federasi Kebangsaan Pekerja Belia (FKPB) telah ditubuhkan bagi memenuhi tuntutan dan keperluan profesionalisme kerja belia. FKPB telah pun digerakkan oleh sekumpulan pemimpin Majlis Belia Malaysia (MBM) semenjak akhir 2015 dan telah mengambil langkah proaktif mendaftarkannya ke Pendaftar Pertubuhan (ROS). FKPB telah pun diluluskan pada 10 April 2017 atas nama Federasi Kebangsaan Pekerja Belia Malaysia dengan nombor pendaftaran PPM-004-14-10042017.
FKPB juga telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pertamanya pada 15 Mei 2017 yang lepas di Marriot Putrajaya bersempena hari kebesaran belia yang signifikan iaitu Hari Belia Negara yang disambut pada setiap 15 Mei. FKPB akan memperlengkapkan senarai pemegang jawatan sedikit masa lagi.
Secara umumnya FKPB akan berperanan sebagai platform untuk pendidik informal (informal educator) iaitu pekerja belia ini bagi menjalankan agenda membangun dan mendidik belia secara lebih fokus dan profesional. Selaku pendidik informal, pekerja belia diyakini mampu memperlengkapkan lagi sistem pendidikan Negara menjadi feeder kepada pendidik formal iaitu para guru dan pensyarah di sekolah dan institut pengajian dan kemahiran. Pekerja belia berpotensi menjadi salah satu bidang kerjaya profesional setanding peguam, doktor dan arkitek kerana usaha membangun dan mendidik wajar dilakukan secara sepenuh masa dan profesional. FKPB merupakan platform terbuka untuk individu berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai minat mendalam dalam kerja belia. FKPB tidak terikat dengan takrifan umur belia 15 sehingga 30 tahun seperti terangkum di dalam DBM.
Buat masa ini, FKPB akan memfokuskan membangunkan aspek kerja belia manakala aspek profesionalisme kerja belia akan dibangunkan secara bersama dan rapat dengan pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia. Aspek profesionalisme merangkumi pembangunan dan penyusunan sistem kelayakan akademik, latihan dan pengalaman dalam bidang kerja belia kaedah pengtauliahan atau certification.
Semoga kehadiran FKPB akan merancakkan lagi ekosistem pembangunan belia Negara sebaris dengan KBS dan MBM.
Di kesempatan ini, pihak FKPB memohon dokongan dan sokongan semua pihak khususnya pihak Kerajaan, belia dan masyarakat untuk sama-sama menjayakan agenda yang penting demi memartabatkan harakat dan perjuangan dalam membangunkan belia Negara.
Sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh berhubung dengan Setiausaha FKPB Hasnul Haniff Harun di talian 013-2504920 atau Ketua Pegawai Eksekutif FKPB Mohammad Rizan Hassan di talian 013-7733676.
JUFITRI BIN JOHA
Pengerusi
Federasi Kebangsaan Pekerja Belia (FKPB)
s.k.: Hasnul Haniff Harun Rizan Hassan M.y. Thai Md Izzuddin Mohd Shah Mata Hati Muhamad Hanapi Jamaludin Saiful Munir Bidin Azizulhakim Bin Azizan Sheera Haiza Hashim Suhazlina Mohamed Samsudin Nicholas Tan Check Foong Izzat Afifi Abdul Hamid Zaidi Mbm Ahmad Saparudin Yusup Mua'amar Ghadafi Aizad Roslan
Xem bản dịch

Menjawab tulisan Asiah Abd Jalil Oleh Bintang Kartika 1 Setelah Islam datang wanita diangkat setingkat demi setingkat

Menjawab tulisan Asiah Abd Jalil
Oleh : Bintang Kartika
1) Setelah Islam datang, wanita diangkat setingkat demi setingkat. Allah berpesan kepada para lelaki agar menjagai wanita, hormati dan memberikan hak-haknya, di mana sewaktu jahiliah hak wanita tidak pernah ada. Zaman ketika itu janda ataupun perawan mereka sangat ingin dinikahi dan tiada istilah ketakutan jika menjanda.
Jika kak Asiah mengatakan Nabi menikahi Saudah untuk dapat menjaga anak-anak baginda saw, sungguh itu sangat dusta. Kerana semua anak-anak Rasulullah meninggal sebelum Khadijah meninggal (Khadijah meninggal di tahun 9 Hijrah) kecuali Fatimah. Ada yang mati kecil dan ada yang mati setelah bernikah. Anak-anak lelakinya meninggal sewaktu kecil manakala Ruqayyah dan Ummu Kalsom sudah remaja. Ummu Kalsom yang menikahi Uthman bin Affan (pada tahun ke 3 Hijrah) setelah Ruqayyah meninggal dan Ummu Kalsom meninggal enam tahun kemudian (sebelum ibunya meninggal).
Fatimah ketika itu berusia sekitar 5-6 tahun. Nabi menikahi Saudah setelah 3 tahun Khadijah wafat dan usia Fatimah ketika itu 8-9 tahun. Fatimah diberi julukan Ummu Abiha. Ibu kepada bapanya kerana dialah si kecil yang tegar menjaga dirinya sendiri dan bapanya. Jika Nabi membutuhkan seks dan perlukan pengasuh untuk anaknya (Fatimah), dia tentunya telah bernikah sebelum sempat kubur Khadijah hilang merahnya, bukan menunggu setelah 3 tahun.
Nabi saw menikahi Saudah selepas peristiwa Isra’. Mari kita lihat bagaimana dan kenapa Nabi menikahi Saudah yang disifatkan ahli sejarah seorang wanita tua, gemuk, pendek, hodoh dan miskin.
Suatu hari Khaulah, (isteri Uthman bin Madh’um) bertanya kepada Nabi mahukan dia bernikah. Ada 2 calon, janda dan perawan. Calon jandanya adalah Saudah binti Zum’ah dan perawannya adalah Aisyah binti Abu Bakar. Rasulullah telah memilih Saudah binti Zum’ah – wanita janda, tua, pendek, gemuk dan hodoh itu. Kalaulah dikatakan buat mengasuh anaknya, sudah tentu Saudah tidak berkelayakan apalagi untuk seks kepada lelaki yang sudah 3 tahun menduda, lebih baik dia memilih Aisyah waktu cadangan diberikan oleh Khaulah itu.
Jadi, kenapa Nabi memilih Saudah sebagai penganti Khadijah? Kerana Saudah antara wanita pertama memeluk Islam, mempunyai keimanan yang tinggi dan selepas suaminya meninggal, Saudah terpaksa tinggal dengan bapanya yang masih musyrik. Inilah mendorong Nabi mengambil Saudah menjadi isterinya – menjaga ketauhidan Saudah.
2) Tentang ayat surah Annisa:128,
“Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya nusyuz (nusyuz suami bukan nusyuz isteri – masukan oleh penulis Bintang Kartika), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka membuat perdamaian di antara mereka berdua, kerana perdamaian itu lebih baik; sedang sifat bakhil kedekut itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik, dan mencegah diri, maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.”
Ini bukan cerita pasal Nabi, tapi jawapan Allah kepada orang yang bertanya kepada Nabi. Ayat ini bukan kepada Nabi dan bukan tentang Saudah.
i) Hadis dari Ibnu Jarir dari Said bin Jubir juga mengisahkan asbabul nuzul ayat di atas turun ketika seorang wanita berkata kepada suaminya; “Aku ikhlas mendapat nafkah lahiriah saja darimu, sekalipun tidak mendapat nafkah batin, asalkan tidak diceraikan. Aku izinkan untuk menikah dengan wanita lain jika perlukannya”. Dengan kata-kata seorang isteri itu Allah menurunkan ayat ini, bahawa seorang isteri diperbolehkan memberikan gilirannya kepada isteri lain atau persilakan suaminya menikah lagi, sekiranya si isteri sudah tidak mampu melayani kehendak batin si suami.
ii) “Dia (Aisyah) berkata: “Ada seorang lelaki (suami) yang memiliki isteri yang tidak merasa puas (hubungan batin) dari isterinya, dan ingin menceraikan isterinya. Kemudian dia (lelaki tersebut) berkata: “Saya jadikan kamu bebas dari urusanku (tidak menggaulinya – menusyuz isterinya). Maka turunlah dalam hal itu Ayat ini (an-Nisa’: 128)
Hadis di atas turut di riwayatkan Muslim, Tirmidzi dan sunannya, Abu Dawud, Al-Hakim, al Hafizh dan sahih menurut persyaratan Bukhari dan Muslim
Sangat tidak logik, menyalahi sifat pengasih seorang Nabi dan jauh dari kemaksuman Nabi yang Allah peliharanya dari segala khilaf untuk berniat ceraikan isteri kerana telah renta, begitu tega Nabi yang dikenali tinggi nilai ihsannya. Sedang dia saw dengan penuh kesedaran telah memilih Saudah yang tua dan buruk dari memilih Aisyah ketika itu. Sudah tentu seorang Nabi lebih dari sedar Saudah akan melalui zaman menopausenya lebih cepat. Sudah tentu dia saw dengan sifat terpujinya akan menjaga, memelihara Saudah sehingga akhir hayatnya.
3) Surah At Tahrim:1-5:
Ayat ini sama sekali bukan tentang Mariah dan kemarahan Habsah tetapi tertuju khas kepada Aisyah dan Hafsah. Cerita-cerita memburukkan Nabi yang bergerak secara halus sangatlah bertentang dengan kemaksuman dan apa yang Allah menyebutnya dalam Quran: “Dan sesungguhnya engkau benar-benar berbudi pekerti yang luhur” dan hadis,; “Akhlak Rasulullah adalah Quran.”
i) Dalam Bukhari & Muslim pada Bab Cerai hadis 853: “Diriwayatkan dari Aisyah katanya: Sesungguhnya Nabi saw berada di rumah Zainab binti Jahsyin, baginda meminum susu, aku dan Hafsah bersepakat, sesiapa di antara kami berdua yang akan ditemui oleh Nabi nanti, dia mesti mengatakan kepada Rasulullah: ‘Sesungguhnya aku mencium bau getah pokok urfuth (bau getah yang sangat busuk) darimu. Adakah kamu baru saja memakannya?’ Kemudian baginda menemui salah seorang dari kami, pertanyaan tersebut diajukan kepada baginda. Tetapi baginda menjawab: ‘Aku baru sahaja minum madu di rumah Zainab binti Jahsyin, aku bersumpah tidak mengulanginya lagi.’ Lalu Allah berfirman: sehingga ayat yang bermaksud: ‘Mengapa kamu mengharamkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah kepada kamu.’ Hingga kepada firman-Nya yang bermaksud: ‘Jika kamu berdua bertaubat,’ kepada Aisyah dan Hafsah. Adapun sebab turun firman Allah yang berbunyi: Yang bermaksud: Dan ingatlah ketika Nabi membicarakan secara rahsia kepada salah seorang dari isteri-isterinya iaitu Hafsah mengenai satu peristiwa ialah kerana sabda baginda: ‘Bahkan aku minum madu.’”
Boleh dibaca dari hadis 853 sehingga hadis 857 menceritakan hal ini tentang mereka (Aisyah dan Hafsah) yang hampir diceraikan akibat perangai mereka. Sila rujuk Sahih Bukhari dan Muslim pada Bab Cerai.
ii) Pada jilid 6, hadis 438 kitab Shahih Bukhari (Arab-English), surah at Tahrim ayat 5 itu; “Boleh jadi, jika dia menceraikan kalian, Tuhannya akan ...”
Diriwayatkan dari Umar bin Khattab; “Isteri-isteri Nabi kerana kecemburuan mereka, saling membantu untuk melawan Nabi, sehingga aku berkata kepada mereka, ‘Boleh jadi, jika dia menceraikan kalian, Allah akan memberinya isteri-isteri pengganti yang lebih baik dari kalian!’ Maka demikianlah ayat ini (66:5) diturunkan.”
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, “Aku bertanya kepada Umar, maka aku katakan, ‘Siapakah dua orang perempuan yang cuba saling membantu dalam menentang Rasululllah?’ Aku hampir tidak melanjutkan perkataanku ketika dia berkata, ‘Mereka adalah Aisyah dan Hafsah.”‘ - Sahih Bukhari
Boleh turut merujuk dari tafsir Ibnu Kathir.
Pembetulan:Ada silap sedikit.
Baginda bukan minum susu, tetapi madu;
Aisyah dan Hafsa dalam Sahihayn bertanya kepada Rasulullah S.A.W. adakah baginda telah makan maghafir; Maghafir adalah getah/ tree sap dari pohon urfut. Ianya mempunyai rasa yang manis tetapi bau yang tidak enak.
Apabila Rasulullah S.A.W. menyatakan bahawa Baginda tidak memakan Maghafir dan hanya minum madu lebah, Aisyah dan Hafsa membalas bahawa kemungkinan lebah itu mengambil madu dari pohon urfut. (Oleh Ibn Abdil Barr Al-athari)
2.Saya (Abu Amru Radzi Othman)belum jumpa ada kalam ulama yang menggambarkan Saudah itu buruk.
Yang sering ditemukan adalah badannya besar dan tinggi. Kalau orang Melayu mengistilahkannya besar ragam.
Dan kulitnya sedikit gelap.
Gelapnya itu bukan seperti kulit orang Habasyah, kerana Saudah itu berbangsa Arab.
Aisyah berkata:
"Sesudah turun ayat hijab keluarlah Saudah di waktu malam untuk menunaikan hajatnya. Dia adalah wanita yang berperawakan tinggi besar sehingga mudah sekali dibedakan dari wanita yang lainnya. Saat itu Umar melihatnya dan berkata, “Wahai Saudah demi Allah kami tetap bisa mengenalimu,” maka lihatlah bagaimana Engkau keluar, maka Saudah segera kembali dan menuju kepada Rasulullah yang waktu itu di rumah Aisyah. Pada saat itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sedang makan malam, di tangannya ada sepotong daging, maka masuklah Saudah kepadanya seraya berkata, “Wahai Rasulullah sesungguhnya aku keluar untuk sebagai keperluanku dalam keadaan berhijab tetapi Umar mengatakan ini dan itu,” maka saat itu turunlah wahyu kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Sesungguhnya telah diizinkan bagi kalian para wanita untuk keluar menunaikan hajatmu" (HR Al Bukhari & Muslim)
3. Usia Aisyah ketika itu sudah 15 tahun
4. Harus diketahui penulis artikel adalah pendokong Syiah
Xem bản dịch

MITOS PROMETHEUS INSPIRASI BAGI GOLONGAN LIBERALIS

MITOS PROMETHEUS, INSPIRASI BAGI GOLONGAN LIBERALIS.
Terdapat kisah mitos lagenda Yunani, yang menggambarkan bahawa konflik antara makhluk dan Tuhan sememangnya wajar. Tuhan digambarkan sebagai pembuli, manakala manusia pula adalah mangsa buli yang perlu memberontak bagi mendapatkan hak mereka.
⚫ Konflik Antara Tuhan & Manusia.
Mitos perkelahian antara Dewa Zeus dan Prometheus berpunca dari penciptaan manusia yang dianggap tidak adil. Zeus sengaja mencipta manusia dengan sifat serba lemah dan bodoh.
Lantas Prometheus muncul sebagai hero mengajarkan manusia tentang survival hidup. Bahkan, Prometheus sanggup mencuri cahaya syurga dari Zeus untuk menerangi kebodohan manusia. Cahaya adalah simbolik kepada ilmu.
Ekoran itu, Zeus merasa terancam berikutan manusia sudah terlalu pandai menyaingi dirinya selaku pencipta manusia. Maka Prometheus dihukum oleh Zeus atas kesalahan cuba membantu manusia dari terus menjadi mangsa diskriminasi Zeus.
⚫ 'Tuhan' Yang Berwatak Antagonis.
Mitos ini bukan dicipta untuk suka-suka. Sebaliknya ia direka untuk mendidik manusia agar sentiasa tidak puas hati dengan Tuhan. Ia adalah doktrin yang menuduh Tuhan sentiasa membuli, sementara manusia tidak cukup menjadi manusia selagi mereka tidak melawan Tuhan.
⚫ Manusia Wajar Melawan Pencipta Mereka.
Muhammad Qutb ketika mengupas akar fahaman jahiliyyah di dalam bukunya 'Ru'yah Islamiyyah Li Ahwal al-'Alam al-Mu'asir (Penelitian Senario Dunia Menurut Perspektif Islam), merumuskan:
"Mitos ini menggambarkan perasaan manusia yang seharusnya memberontak. Potensi diri manusia tidak akan berhasil melainkan mereka mesti membangkang Tuhan. Fahaman kononnya manusia wajar melawan Tuhan dan manusia tidak akan maju selagi tidak membangkang Tuhan, merupakan akar kepada kerosakan manusia zaman berzaman"
⚫ Iblis Liberalis Yang Pertama.
Jika kita merujuk al-Quran, Allah telah menceritakan babak awal penciptaan Adam dengan konflik yang tercetus dari Iblis. Penulis telah menerangkan plot ini dalam tulisan yang bertajuk 'Iblis Liberalis Yang Pertama'.
Secara ringkasnya, Iblis cuba meliberalkan dirinya dari Allah. Bahkan Iblis cuba meletakkan syarat kepada Allah jika mahu keluarkan perintah, biarlah rasional. Jika tidak rasional, syariat itu tidak perlu diikuti.
Maka Liberalisme merupakan doktrin kekufuran paling awal yang diceritakan oleh al-Quran. Disebabkan ideologi tersebutlah, Iblis menjadi Iblis.
⚫ Liberalisme Barat.
Julian Huxly di dalam buku 'Man In The Modern World' (Manusia di Dalam Dunia Moden) mengatakan:
"Kisah Prometheus tetap hidup dalam jiwa orang-orang Eropah dan terus mempengaruhi perilaku manusia. Kononnya Eropah Moden adalah Sang Prometheus baharu yang membangkang autoriti Tuhan. Manusia dahulu tunduk kepada Tuhan, lantas mereka jadi lemah dan bodoh. Maka datanglah saat mereka mengambil alih autoriti dan keupayaan Tuhan, yang dahulunya mereka tidak mampu buat lantaran lemah dan bodohnya mereka. Sehingga manusia kemudiannya merasa layak, berdikari menjadi Tuhan untuk diri mereka sendiri"
⚫ Menjawab Teka-teki.
Jika kita amati mitos Prometheus, sedikit sebanyak menjawab persoalan mengapa golongan liberal sentiasa membangkang aturan dan lunas agama. Asalkan datang dari Allah, pasti mereka bangkang penuh rakus.
Walaupun serba dongeng lagi mengarut, rupa-rupanya mereka sangat terkesan dengan mitos Prometheus vs Zeus. Namun hakikatnya, sikap mereka hanyalah evolusi dari fahaman yang dirintis oleh Iblis.
Abdul Mu'izz Muhammad
16 Oktober 2017.
Xem bản dịch

ALI MOERTOPO SANG INTELIJEN PEMANGSA GERAKAN ISLAM

ALI MOERTOPO, SANG INTELIJEN PEMANGSA GERAKAN ISLAM.
Lt. Jeneral Ali Moertopo (1924-1984) merupakan seorang watak penting dalam sejarah dunia perisikan, khususnya di Indonesia. Kaca mata hitam menjadi identitinya, terkenal sebagai seorang yang nekad melaksanakan misi-misi gila. Sifat tersebut menjadi faktor kepada siri-siri kejayaan onarnya.
⚫ Tangan Kanan Soeharto.
Beliau mendapat gelaran tersebut ekoran dari peranannya membuka laluan kepada Soeharto berkuasa setelah tersingkirnya Soekarno. Tidak keterlaluan jika dikatakan Ali Moertopo merupakan arkitek kepada Orde Baru bawaan Soeharto. Sekaligus menjadi pemain di balik tabir yang menukar kiblat Indonesia dari Soviet kepada Amerika.
Dikatakan kepakaran Ali Moertopo dalam merancang dan merisik adalah hasil dari pengalamannya yang pernah menjadi perisik Angkatan Laut Belanda (Netherland Information Service)
⚫ Memperguna Mahasiswa.
Pada tahun 1965, Ali Moertopo berkali-kali meminta kesediaan Soeharto menggantikan Soekarno. Ketika itu, Ali Moertopo menggunakan mahasiswa untuk merusuh ke atas pemerintahan Soekarno.
Ali Moertopo menyediakan markas Komando Tempur bagi Kesatuan Aksi Mahasiswa Indonesia bersembunyi. Semangat anak muda digunakan. Bahkan beliau juga memberikan bantuan senjata kepada kelompok mahasiswa sebagai perangsang untuk merusuh, walaupun sebahagian senjata yang diberikan gagal berfungsi.
⚫ Mencetak Berita Harian Palsu.
Dalam rangka mensabotaj Soekarno yang sedang menjalankan kempen Ganyang Malaysia, Ali Moertopo menjadi dalang menyebarkan propaganda yang berfungsi mengendurkan senario konfrantasi antara Indonesia dan Malaysia.
Antaranya dengan mencetak 5000 naskhah akhbar Berita Harian palsu pada September 1965. Bahan propaganda 8 mukasurat itu dibawa dengan 6 buah tongkang nelayan dan mendarat di Pontian, Johor lalu disebarkan.
⚫ Penubuhan CSIS.
Setelah berjaya menaikkan Suharto, Ali Moertopo menubuhkan pusat kajian Strategic & International Studies (CSIS) pada 1971. Pusat kajian yang terletak di Tanah Abang, Jakarta itu berfungsi sebagai lembaga pemikir kepada Orde Baru. Ia juga dikenali sebagai CIA cabang Indonesia. Terdapat banyak kajian dan pendapat yang mengkaitkan Ali Moertopo dengan pihak CIA.
⚫ Bermodalkan Dana.
Demi melangsungkan kerja-kerja rahsianya termasuk melobi pihak-pihak tertentu, sudah pasti memerlukan dana yang banyak. Itulah modal utama untuk membeli mangsa-mangsa politik Ali Moertopo.
Sekitar tahun 60an hingga 70an, beliau pernah menerima sejumlah wang SGD 35 juta, USD 100 juta dan USD 17 juta hasil dari aktiviti pencairan wang dari bank luar negara dan penyeludupan.
⚫ Strategi Pancing & Jaring Kumpulan Islam.
Untuk menangani 'trend' kebangkitan Islam, Ali Moertopo mempunyai caranya tersendiri yang cukup licik memerangkap kumpulan Islam. Beliau menubuhkan pelbagai kumpulan Islam, lalu diprovok agar masing-masing terbakar semangat. Apabila perangkapnya telah penuh, maka operasi penangkapan dilancarkan.
Tuan Guru Hj Abdul Hadi kerap menceritakan bahawa Ali Moertopo merupakan dalang kepada wujudnya lambakan kumpulan Islam di Indonesia. Lantas masing-masing hilang fokus, menyebabkan kekuatan umat gagal disepadukan.
⚫ Mengkader Ejen Berpengajian Agama.
Ali Moertopo mewujudkan sebuah kumpulan yang dikenali Jamaah Imran. Pemimpinnya bernama Imran dibiaya oleh Ali Moertopo untuk melanjutkan pelajaran ke Libya selama 5 tahun. Watak seperti Imran penting demi menjayakan perancangan memerangkap anak muda yang bersemangat Islam. Memandangkan kepercayaan masyarakat Islam kepada tokoh agama sangat tinggi.
Dalam kes yang membabitkan Jamaah Imran pada 1981, mereka telah merampas sebuah pesawat yang akhirnya berjaya ditumpaskan oleh tentera. Yang lebih menghairankan, kesemua yang terbabit ditangkap. Sementara Johny atau Najamudin yang merupakan aktor penting dalam drama rampasan tersebut berjaya meloloskan diri. Rupa-rupanya dia adalah ejen yang ditugaskan oleh Ali Moertopo agar menyusup masuk ke dalam Jamaah Imran untuk menjalankan kerja provokasi. Lantas dari aksi tersebut membenarkan tuduhan Islamphobia bahawa wujudnya kumpulan pengganas Islam.
Begitu juga seorang tokoh kumpulan Islam di Indonesia yang bernama Hilmi Aminuddin. Diperakui oleh ayahnya bahawa beliau dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Madinah adalah dengan bantuan biaya dari Ali Moertopo.
⚫ Tawarkan Projek.
Dalam peristiwa lumpuhnya kumpulan Darul Islam (DI), turut membabitkan peranan Ali Moertopo. Beliau menugaskan ejen-ejennya supaya menyusup masuk ke dalam DI. Seterusnya mendorong pimpinan DI agar segera melakukan perancangan secara agresif sehingga tertubuhnya skuad tenteranya sendiri yang digelar Komando Jihad.
Akhirnya pemimpin utama DI bernama S.M. Kartosoewirjo ditangkap dalam satu serbuan, sementara pendamping-pendampingnya lenyap.
Selepas itu tokoh-tokoh DI dipujuk untuk berpaling tadah dengan tawaran projek-projek lumayan sebagai imbalan. Ada di kalangan mereka memperolehi projek menguruskan minyak, membangunkan jalan raya dan pasar. Semangat Islam yang berkobar-kobar habis terkulai layu setelah disua projek. Oleh kerana itu Ali Moertopo pernah berkata angkuh:
"Rakyat seperti singa sarkas. Jika perut mereka kenyang, mereka sanggup diperintah apa sahaja. Tetapi jika perut mereka lapar, mereka tidak segan-segan memangsakan pawangnya sendiri"
⚫ Sosok Penuh Rahsia.
Hakikatnya banyak lagi cerita Ali Moertopo yang masih belum tersingkap. Apa yang pasti, cabaran ke atas gerakan Islam cukup pelbagai. Sejarah mengajar kita betapa musuh amat licik dan tekun memerangkap gerakan Islam. Persoalan yang selalu kita tanya setiap kali membelek sejarah. Jika dahulu musuh boleh buat, mustahil mereka tidak buat pada hari ini.
Abdul Mu'izz Muhammad
24 Disember 2017.
Xem bản dịch

Pindaan AKTA 164 bercanggah Perlembagaan Oleh Dato Zainul Rijal bin Abu Bakar Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia PADA persidangan Parlimen baru baru ini suatu pembentangan Rang Undang Undang RUU bagi meminda Akta Membaharui Undang Undang Perkahwina

Pindaan AKTA 164 bercanggah Perlembagaan
Oleh,
Dato' Zainul Rijal bin Abu Bakar
Presiden,
Persatuan Peguam Muslim Malaysia.
PADA persidangan Parlimen baru-baru ini suatu pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) telah pun dibaca untuk bacaan kali pertama. Sebagai salah seorang pengamal undang-undang, saya melihat pindaan yang dicadangkan dari konteks undang-undang.
Pada umumnya, terdapat beberapa cadangan yang dibawa kerajaan dalam RUU tersebut. *Pertamanya* jika selama ini orang yang memeluk agama Islam tidak dibenarkan untuk memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan melalui Seksyen 51 akta berkenaan, pindaan ini mengusulkan agar mualaf turut diberikan hak untuk *membubarkan perkahwinannya mengikut undang-undang sivil.*
*Keduanya* *agama anak mualaf ini kekal agama asalnya* dan hanya boleh ditukar agama kanak-kanak ini jika mendapat persetujuan kedua belah pihak. Dan *ketiganya* pindaan yang dicadangkan itu dikatakan mempunyai *kesan terkebelakang atau retrospektif.*
Saya mengalu-alukan jika mualaf diberikan hak untuk memfailkan pembubaran perkahwinan mereka. Selama ini begitu banyak kezaliman dilakukan terhadap mualaf yang tidak diiktiraf hak mereka dalam Akta 164. Malah mualaf ditohmah ingin melarikan diri dari tanggungjawab menyara keluarga sedangkan tanggungjawab menyara keluarga dalam hukum syarak tidak bertukar walaupun sudah berbeza agama. Yang lebih menyedihkan, *Seksyen 51 Akta 164 dilihat seolah-olah menghukum mualaf kerana keislaman mereka.*
Berkaitan dengan agama anak mualaf yang dicadangkan kekal agama asalnya atau hanya ditentukan atas persetujuan kedua ibu bapa pula, isu ini perlu dilihat dari sudut Perlembagaan Persekutuan. *Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan menyebut agama bagi seseorang yang berumur kurang daripada 18 tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya.* Dalam kes Subahsini lawan Saravanan Mahkamah Persekutuan telah mentafsirkan bahawa Perkara 12(4) ini *bermakna mana-mana ibu atau bapa atau penjaga boleh menentukan agama seseorang di bawah umur 18 tahun.* Oleh itu sebarang undang-undang yang *mengehendaki kedua ibu bapa bersetuju bagi menentukan agama anak di bawah 18 tahun adalah tidak berperlembagaan dan berisiko akan dibatalkan.*
Jika kita telusur sejarah melalui *Ordinan Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 1952* kita akan dapati bahawa *apabila seseorang itu memeluk agama Islam anak mualaf tersebut secara automatik akan beragama Islam.* Kini kedudukannya telah berubah apabila *Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003* diluluskan di mana keperluan untuk *mendaftar keislaman anak tersebut diperlukan dan hendaklah salah seorang ibu atau bapa tersebut bersetuju atas pemelukan Islam anak.*
Namun kini, *undang-undang baharu ingin diperkenal yang memerlukan kedua-dua ibu bapa bersetuju.* Sudahlah ia *bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan* umat Islam mundur ke belakang lagi daripada keislaman yang bersifat automatik ke arah pelbagai syarat dikenakan untuk pemelukan Islam.
Persoalannya *di manakah kedudukan istimewa agama Islam dan orang Islam di Malaysia?* Adakah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan Islam sebagai ‘agama bagi Persekutuan’ dan Undang-Undang Tubuh semua negeri di Malaysia selain Sarawak juga menjadikan Islam sebagai ‘agama bagi negeri’ hanya sekadar dekorasi sahaja dan tidak mempunyai apa-apa kesan perundangan?
Isu *ketiga* yang ingin saya ulas di sini adalah *sifat retrospektif* pindaan yang dicadangkan. Difahamkan kesan pindaan tersebut adalah *bersifat ke belakang.* Kenapakah pendekatan ini diambil? Terdapat pelbagai kes yang telah diputuskan mahkamah dan *kesan pindaan ini hanya akan memperlekeh keputusan yang telah dibuat.* Adalah amat jarang pendekatan ke belakang sebegini diambil dalam pindaan undang-undang kerana ia akan menjadikan sesuatu perkara yang sah menjadi tidak sah. Pendekatan sebegini juga haruslah dielakkan.
*Kesimpulannya,* bagi saya *cadangan pindaan Akta 164 ini adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.* Sekiranya kerajaan begitu berhasrat mengehadkan hak mualaf ini di sisi undang-undang dan tidak menerima kemasukan Islam anak di bawah umur, Kerajaan harus melakukan pindaan Perlembagaan Persekutuan terlebih dahulu bukan sekadar berpolemik meminda Akta 164 sahaja.
Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan agar semua undang-undang berkaitan isu ini dipinda dan suatu badan atau tribunal yang bebas dari mahkamah sivil atau mahkamah syariah diwujudkan bagi menangani isu kekeluargaan mualaf ini secara mediasi. Melalui mediasi kes-kes tidak akan disensasikan dan persetujuan secara menang-menang dapat diperoleh bersama.

Xem bản dịch