Arkib 11/2019

Catatan Parlimen Suara Ahli Parlimen PAS Berkenaan RUU Keganasan Rumah Tangga

Catatan Parlimen: Suara Ahli Parlimen PAS Berkenaan RUU Keganasan Rumah Tangga
1. Pada petang ini, Rang Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017 telah diluluskan setelah melalui proses Bacaan Kali Kedua dan Ketiga.
Tujuan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521) ini dipinda adalah untuk:
(a) Mempertingkatkan perlindungan kepada mangsa dengan mengadakan peruntukan:
(i) Bagi perintah perlindungan kecemasan sebagai tambahan kepada perintah perlindungan interim dan perintah perlindungan sedia ada; dan
(ii) perluasan tafsiran keganasan rumah tangga untuk membolehkan mangsa mendapat perintah perlindungan interim dan perintah perlindungan
(b) Membantu memulihkan institusi kekeluargaan dengan mengadakan program pemulihan
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim, ketika membentangkan RUU ini ada menyatakan statistik Polis Diraja Malaysia, bermula pada tahun 2014 sehingga Disember 2016, sebanyak 15,617 kes keganasan rumah tangga telah dilaporkan. Daripada jumlah ini, sebanyak 74 peratus adalah mangsa wanita dan selebihnya 26 peratus adalah mangsa lelaki termasuk suami.
2. Seramai 3 orang Ahli Parlimen PAS iaitu YB Rantau Panjang, YB Bukit Gantang, dan YB Temerloh membahaskan RUU ini.
Para Ahli Parlimen PAS yang berbahas telah menyuarakan perspektif Islam dalam menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga.
YB Rantau Panjang memohon penjelasan sejauh mana pindaan akta ini menjadi penyelesaian yang menyeluruh terhadap permasalahan yang ada dan memberi pembelaan terhadap terutama kepada kaum wanita khususnya.
Beliau berpandangan selain daripada undang-undang, penyelesaian dengan melalui pendidikan dan kefahaman turut perlu diutamakan.
3. YB Rantau Panjang turut menyatakan dalam Islam mengajar kita apabila berlaku pertembungan masalah kekeluargaan ini sepatutnya pihak ibu bapa sama ada pihak ibu bapa sendiri ataupun mertua seharusnya memainkan peranan untuk memastikan keluarga ini tidak terus menjadi mangsa keganasan.
Beliau turut menasihatkan kepada anak-anak muda yang berkahwin supaya membina rumah tangga dengan rasa “mawaddah warahmah”, rasa kasih sayang kerana Allah.
Itu sangat penting jangan jadikan kebiasaan menggunakan tangan ataupun penampar ataupun menggunakan aksi fizikal yang ganas untuk menyelesaikan apa-apa isu. Jadi dalam inilah perlunya pendidikan daripada rumah.
4. Beliau berpandangan pendidikan agama amat penting dan mengharapkan kerajaan boleh menyusun program-program pendidikan rumah tangga secara berkala selain daripada kursus praperkahwinan.
Sebagai contoh, program yang telah dibuat di Kelantan iaitu Hari Suami Isteri dapat dilaksanakan di peringkat negara untuk melahirkan rasa mawaddah kasih sayang di antara suami dan isteri.
5. YB Bukit Gantang pula dalam perbahasan beliau menyatakan antara punca berlakunya keganasan rumah tangga ialah sikap ego lelaki, bahana alkohol dan dadah, kurang pegangan agama, masalah ekonomi, berkahwin lebih tetapi tidak mampu, dan peranan pihak ketiga.
6. YB Temerloh pula menyatakan betapa pentingnya hak dan tanggungjawab dilaksanakan oleh pasangan suami isteri bagi mengelakkan keretakan institusi keluarga.
Antara punca utama keganasan rumah tangga ialah pengambilan alkohol dan dadah. Beliau mendesak agar Kerajaan mengawal ketat penjualan alkohol yang menjadi punca kepada segala kemungkaran. Pengedaran dadah yang masih berleluasa turut perlu diberi perhatian serius agar punca kepada masalah ini dapat diselesaikan, bukan sekadar meminda undang-undang sahaja.
Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
25 Julai 2017
Xem bản dịch

Catatan Khas Ucapan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Menyanggah Tun Dr Mahathir Berkenaan Tragedi Memali

Catatan Khas: Ucapan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Menyanggah Tun Dr Mahathir Berkenaan Tragedi Memali
1. Setelah DAP dan anak didik kesayangannya, PAN tampil membela Tun Dr Mahathir dalam isu Tragedi Memali, hari ini empunya badan sendiri pula yang bersuara.
Skrip yang sama digunakan, taktik 'diversion', iaitu mereka bersepakat untuk menyerang PAS dengan menggunakan 'Amanat Haji Hadi' sebagai punca Tragedi Memali.
Mereka ingin orang ramai melupakan hakikat sebenarnya yang berlaku pada era pentadbiran Tun Dr Mahathir iaitu tahanan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim itu hendak dikenakan terhadap Almarhum Ustaz Ibrahim Libya.
2. Dalam blog Tun Dr Mahathir hari ini turut memetik ucapan Tun Musa Hitam, Pemangku Perdana Menteri di Parlimen yang bertarikh 20 November 1985.
Timbul kemusykilan di sini, kerana Tun Musa Hitam pada tahun 2014 telah mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir berada dalam negara ketika Tragedi Memali berlaku dan Tun Musa menafikan beliau bertindak sebagai Pemangku Perdana Menteri.
Kelihatannya, episod tuding-menuding berlaku sesama mereka kerana pada tahun 1980an itu UMNO sedang mengalami konflik perbalahan dalaman antara Team A dan Team B. Tun Mahathir berganding dengan Tun Ghafar Baba dalam Team A manakala Ku Li berganding dengan Tun Musa berada dalam Team B.
3. Pada persidangan Parlimen Mac 1986, Kerajaan membentangkan 2 Kertas Putih iaitu isu Skandal Kewangan BMF dan Tragedi Memali.
Kertas Putih ini direkayasa Kerajaan bagi menghalalkan tindakan kejam mereka membunuh 14 orang penduduk Kampung Memali termasuk Almarhum Ustaz Ibrahim Libya.
Sejak dulu sehingga sekarang, PAS tidak pernah berganjak dalam menuntut penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja dan penarikan semula Kertas Putih yang hitam itu agar semua yang terbabit mendapat keadilan dan pembelaan yang sewajarnya.
4. Almarhum Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa bagi sesi Parlimen tahun 1982-1986.
Pada petang Jumaat 14 Mac 1986, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bangun membahaskan Titah Diraja.
Dalam ucapan ini, beliau tegas mempertahankan Almarhum Ustaz Ibrahim Libya yang dituduh oleh Kerajaan sebagai pelampau agama sedangkan Almarhum Ustaz Ibrahim adalah pejuang yang berani menentang ISA yang zalim sehingga terkorban nyawanya.
5. Berikut adalah teks penuh ucapan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz;
Tuan Yang di-Pertua,
untuk sama-sama membahaskan Titah Baginda Yang di- Pertuan Agong yang diucapkannya pada 10 hb Mac, 1986 baru lalu, saya ingin menyebutkan dengan ringkas bahawa satu Titah yang telah dilafazkan oleh Baginda-baginda Sultan Negeri ataupun oleh Yang di-Pertuan Agong, sebahagian besarnya disusun oleh Kerajaan-kerajaan Negeri dan juga Jemaah Menteri Pusat, kalau pun tidak kesemuanya sekali, ianya dikemukakan oleh Baginda Sultan dan Baginda Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong sebagai pandangan dan dasar Kerajaan yang sedang berkuasa.
Oleh itu, tidaklah mencemarkan Baginda sekiranya ulasan-ulasan yang saya akan buat ini memperlihatkan kelemahan-kelemahan atau kepalsuan amalan Kerajaan yang sedang
dijadikan landasan bertindak sekarang ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik apabila Baginda menyentuh mengenai cabaran terhadap negara oleh orang atau golongan yang menyalahgunakan agama untuk kepentingan peribadi
dan politik.
Tuan Yang di-Pertua, perkataan mempergunakan agama, menyalahgunakan agama dan sebagainya selalu ditonjolkan sekarang ini untuk mengelirukan dan menakut-nakutkan
rakyat yang sebahagian besarnya tidak mendalami pengajian agama. Kepala orang yang mempelajari agama dan mendalaminya yang bilangannya sekarang ini semakin membesar,
Alhamdulillah, kata-kata tadi akan menikam balik perut yang mengatakan itu sendiri.
Saya hendak tanya benda apakah yang digunakan oleh Rasullullah S.A.W. untuk menarik orang ramai supaya menyokong Baginda kalau tidak agama?
Benda apakah yang telah digunakan oleh Baginda Rasullullah S.A. W. untuk mendapat sokongan dan bantuan orang ramai kalau tidak kerana Qallallah dan Firman Allah.
Benda apakah yang menjadi daya tarikan orang ramai terhadap Baginda Rasullullah S. A. W.
kalau tidak kerana wahyu yang diterimanya sebagai firman dan tingkah laku Baginda, tutur kata Baginda dan kerja, buat Baginda sebagai Hadis dan pentafsiran wahyu, yang kesemuanya itu disebut agama.
Tidak ada apa pun yang menjadi daya menarik untuk Badwi Arab yang jakun itu terhadap Baginda Muhammad bin Abdullah s.a.w. selain daripada agama yang dibawanya.
Hendak dikatakan kerana hartanya menjadi daya tarikan maka beliau orang miskin yatim piatu. Hidupnya sendiri di bawah jagaan nendanya Abdul Mutalib.
Kemudian berpindah di bawah bapa saudaranya Abu Talib yang juga miskin.
Hendak dikatakan kerana kekuasaan yang diperolehi, beliau adalah Nabi Rahmah bukan dari golongan samseng yang bermaharajalela.
Kesimpulannya, benda yang dipergunakan sepenuhnya oleh beliau untuk menarik sokongan dan bantuan orang ramai sejak dahulu sampai hari ini, baik pun di bahagian ibadat ataupun di bidang pemerintahan, beliau hanyalah agama. Sabda yang keluar daripada beliau dan semua tindak-tanduk beliau adalah menjadi bahan turutan seluruh umat Islam sejak dahulu sampai
Kiamat.
Orang-orang yang menerimanya disebut Mukmin, yang tidak menerimanya ada yang disebut Munafik dan ada yang disebut Kafir.
Sungguhkah PAS telah menyalahguna agama seperti yang disebut-sebut, itu belum tentu! Kerana di depan kita ada dua, satu UMNO, satu lagi PAS. Mengikut kaedah biasa
bila berlaku bertengkaran di antara dua orang atau dua puak maka orang yang ketiga perlu dicari.
Sekarang segala kata-kata yang tidak sedap didengar yang dilemparkan ke atas PAS sama ada pelampau, pemecahbelah masyarakat, penyalahguna agama adalah tuduhan sebelah pihak sahaja, iaitu UMNO.
Puak yang ketiga belum lagi dicari sampai sekarang walaupun bagi orang Islam puak ketiga ini memang telah lama wujud kerana turunnya Adam alaihissalam ke dunia ini sejak zaman
purba pun adalah untuk membawa misi penyelesaian, yang bertugas sebagai puak ketiga,
Tuan Yang diPertua.
Oleh itu, kata-kata kesat dan tuduhan-tuduhan tadi sengaja dibesar-besarkan bagi melindungi keburukan mereka sendiri iaitu menolak puak ketiga sebagai misi damai, misi damai
yang dikirim sendiri oleh Allah, pencipta alam melalui para anbia alaimussalam, yang bermula daripada Adam terus-menerus kepada Nabi Musa a.h., Nabi Isa a.h. dan akhir sekali Nabi Muhammad S.A.W. Sila baca ayat seratus dua puluh tiga, Surah Thaha.
Tuan Yang di-Pertua, telah ada usaha sedikit-sebanyak ke arah meredakan keadaan dan kalau boleh menghapuskan keadaan tegang di antara UMNO dengan PAS sejak lama dahulu.
Saya sebutkan di sini bahawa hingga hari ini sudah empat kali ura-ura hendak mengadakan perjumpaan secara berdepan dengan PAS di bawah berbagai-bagai nama tetapi tidak
pernah jadi pun.
Yang pertama, semasa PAS masih di bawah pimpinan Datuk Mohd. Asri, ketika mana seorang pemimpin tertinggi Kerajaan berucap di sebuah kilang Butir Jagus, di Kampung Raja,
Besut, kira-kira empat lima tahun dahulu, dalam ucapannya itu beliau menyebut masalah-masalah muzakarah dengan PAS dan diulangi lagi di tempat-tempat lain tetapi tidak pernah menemui pemimpin PAS sendiri, menyebabkan Presiden PAS ketika itu membuat ulasan bahawa cara melaung-laungkan muzakarah di sebelah pihak sahaja tanpa menghubungi pihak yang kedua, serupalah orang yang hanya melaung di tengah market ikan bahawa dia mahu meminang anak gadis si anu, si anu tetapi tidak pernah berhubung dengan keluarga anak gadis itu sendiri.
Kali yang kedua, ialah bila isu debat ditimbulkan oleh orang yang sama tetapi tidak juga terlaksana.
Kali yang ketiga, ialah bila isu Memali meletus, timbul lagi isu dialog dengan PAS dan disambut oleh beberapa pihak yang ingin menyertai dialog itu seperti Persatuan Ulama Malaysia dan lain-lain. Inipun tidak sampai ke mana-mana juga.
Dan keempat ialah yang sedang heboh seminggu dua, sebulan dua ini daripada seorang Menteri dan kemudian dibentuk satu jawatankuasa yang terdiri daripada orng-orang yang
dikenali tidak mempunyai pengalaman dalam hal-hal kerja seperti ini dan sampai sekarang pun kami tidak terima apa-apa jemputan dan maklumat yang rasmi, kerana UMNO masih terus-menerus direndung bala dan kalau usaha membawa balik Menteri yang telah meletak jawatan baru-baru ini berjaya maka makin banyak lagi balanya yang akan menimpa.
Kesimpulannya tidak siapa boleh menerima tuduhan-tuduhan liar dari pihak pertama ke atas pihak yang kedua selagi misi damai pihak ketiga iaitu ajaran Nabi Muhammad s.a.w.
terus-menerus ditolak.
Tuan Yang di-Pertua, dalam jarak masa kira-kira 30 tahun negara ini diperintah oleh Kerajaan yang wujud sekarang ini, sudah acapkali cerita Kertas Putih ini dikemukakan kepada
rakyat. Dua Kertas Putih yang dikemukakan sekarang ini kalau tidak salah saya adalah kertas yang ke 6 dan kertas yang ke 7. Sesungguhnya acap sangat menggunakan Kertas Putih ini
memberi erti banyak kesilapan dan penyelewengan berlaku.
Pihak Kerajaan boleh meletakkan punca silap dan seleweng itu atas kepala rakyat, bahkan pihak Pembangkanglah yang tidak bertanggungjawab. Tetapi kalau mengikut ilmu pendidikan maka murid yang gagal dalam pelajaran itu tidak mestinya kerana mereka bebal.
Terdapat banyak kegagalan murid-murid itu berpunca daripada Cikgunya sendiri yang tidak pandai mengajar atau pihak pentadbiran itu sendiri yang cuai dalam tugas hariannya.
Dengan itu, mintalah tolong jaga sedikit status Kertas Putih ini supaya ianya terus putih melepak, tidak putih pucat.
Tuan Yang di-Pertua, bila kita bandingkan di antara isu Memali dan isu BMF kita dapati banyak rahsia-rahsia yang memalukan telah didedahkan oleh satu jawatankuasa yang hanya dibentuk oleh BBMB yang kuasa-kuasanya adalah terhad. Usaha- usahanya mencari dan meneliti fail-fail tertentu hanya terletak di atas ihsan balas kasihan pihak jabatan-jabatan tertentu. Apa kata kalau kerja-kerja penyiasatan ini ditugaskan kepada sebuah Jawatankuasa di Raja yang mempunyai kuasa-kuasa pembongkaran yang tidak terbatas sudah pasti banyak lagi
penyelewengan dan pengkhianatan yang akan terburai keluar.
Tetapi dalam kes Memali, usahkan Suruhanjaya Diraja yang dibentuk sepertimana yang kami tuntut selama ini, jawatankuasa kecil seperti yang dibuat oleh BBMB pun tidak ada.
Yang ada di hadapan kita hanya kenyataan sebelah pihak sahaja iaitu pihak Kerajaan, pihak Kerajaan sahaja yang bermaharajalela membuat kenyataan-kenyataan tertentu.
Tuan Yang di-Pertua,
Tambah buruk Iagi bila sebahagian daripadanya dibuat oleh orang-orang tertentu semasa mereka ditahan, yang besar kemungkinan mereka itu telah dilakukan sesuatu yang menjejaskan mental dan fizikal mereka. Dan dalam kes penangkapan apa yang dikenali sebagai kes "Tiga Abdul" dahulupun, ada di antara mereka yang telah membuat kenyataan terbuka bila mereka dibebaskan menafikan kesahihan kenyataan yang mereka buat semasa dalam tahanan dahulu.
Tuan Yang di-Pertua,
ada beberapa perkara penting di dalam kes Memali ini yang perlu dijelaskan iaitu:
Pertama, tidak terdapat pemeriksaan ke atas senjata dan peluru oleh Jabatan Kimia dan sebagainya sepertimana yang telah dibuat dalam kes pembunuhan Dato' Mokhtar Hashim. Penyiasatan ini selain daripada tugas biasa pihak yang berkenaan yang perlu dilakukan, ia juga boleh menentukan benar atau tidak teori peluru getah atau katakanlah peluru air sejuk yang digunakan oleh pihak pasukan bersenjata.
Dia juga boleh menentukan pembunuhan ke atas pegawai-pegawai bersenjata itu sama ada daripada pihak mereka sesama sendiri memandangkan gambar sketch yang ditunjukkan di muka depan sebuah akhbar berbahasa Inggeris di hari yang pertama kejadian itu berlaku menunjukkan kedudukan pasukan Polis itu adalah secara berdepan satu sama lain; satu.
Kedua, apa puncanya maka dalam kes pembunuhan Memali ini sahaja yang dikenakan kepungan dan tangkapan yang sampai luar daripada peri kemanusiaan, kecil-besar, tua-muda;
sedangkan semasa pembunuhan bekas Ketua Polis Negara dulu tidak ada apa-apa pun tindakan luar biasa seperti itu. Semasa ramai detektif-detektif kita yang dibunuh di jalan-jalan raya di Kuala Lumpur sendiri oleh perompak-perompak yang bersenjata juga tidak ada kepongan-kepongan dan tangkapan-tangkapan beramai-ramai dibuat.
Ketiga, sudah tidak adakah cara lain yang boleh dibuat selain daripada membawa pasukan bersenjata beramai-ramai, penuh dengan kelengkapan perang yang jelas datang untuk membunuh, bukan untuk berunding. Bukankah lebih baik menggunakan kepungan ketat, seketat-ketatnya supaya barangan makanan dan minuman kehabisan.
Dan bagi orang kampung Baling keseluruhannya yang terkenal miskin, sudah tentu tidak banyak simpanan bekalan makanan yang biasanya tidak lebih daripada untuk satu ke dua minggu sahaja; itu pun banyak. Bila mereka kelaparan dan kehausan, keadaan tidak lagi memerlukan peluru dan gas pemedih mata yang memakan korban harta dan nyawa.
Kalau dengan Chin Peng, Ketua Komunis, boleh diusahakan sungguh-sungguh sampai boleh berunding.
Kalau dengan pengganas-pengganas komunis pun Kerajaan lebih banyak menggunakan tektik mengepong, tidak tektik menyerang maka adalah seorang ustaz, yang Kertas Putih
sendiri mengakui ilmunya tinggi dan pihak Polis sendiri mengakui kebaikannya dengan memberikannya senapang patah yang berlesen, adakah ianya lebih buruk daripada Chin
Peng? Tidak masuk akal !
Kejadian Memali, Tuan Yang diPertua,
perlu menjadi pelajaran kepada pihak Kerajaan bahawa tidak semua manusia boleh tunduk kepada Akta ISA dengan sewenang-wenangnya.
Ada di antara manusia yang berpelajaran tinggi telah menggunakan ilmu dan akal yang dikurniakan kepadanya oleh Tuhan seperti Allahyarham Al-Syahid Ibrahim Libya misalnya, untuk menanya diri sendiri mengapa aku dikenakan ISA, sedangkan tidak ada orang yang aku bunuh sebelum ini.
Tidak ada wang negara yang aku gelapkan sebelum ini.
Tidak ada pengajaran ilmu salah yang aku sebarkan sebelum ini. Kerana beliau telah diakui berpelajaran tinggi di bidang Islam. Kerajaan yang menuduh almarhum itu mengajar ilmu salah, adalah Kerajaan yang tidak bermaruah kerana Kerajaan yang ada hari ini sendiri tenggelam dalam lubuk ilmu salah.
Kalau almarhum Ibrahim Libya salah kerana mengajar ilmu salah sekalipun, maka bukan tugas pasukan bersenjata menembak mati orang yang menyebar ilmu salah, ada pihak lain yang ditugaskan untuk membetulkan orang yang mengajar ilmu salah iaitu Majlis Agama Islam.
Dan kenapa tidak ditembak mati bekas Pengerusi PSRM yang mengeluarkan teori Hadis yang diakui salahnya oleh pihak Nadwah Islamiah baru-baru ini sendiri?
Pentadbiran Kerajaan yang wujud hari ini adalah sambungan daripada pentadbiran Inggeris yang sengaja membelah-duakan kuasa di antara Inggeris yang bukan Islam dan di antara Raja-raja Melayu yang memerintah dengan syariat Islam sebelum itu, mulai dari Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 hingga ke masa ini.
Kerajaan khususnya UMNO yang hingga ke hari ini menjadi tulang punggung pemerintah sekarang tidak berbuat apa-apa pun untuk menyatukan balik pembelahan tadi.
Bahkan meneruskan dasar sekular dan pengasingan Islam ini daripada pentadbiran negara.
Siapa sahaja yang membaca ucapan Yang Amat Arif Tun Haji Mohd. Salleh bin Abas dalam sidang pembukaan Seminar Perundangan Islam pada 9-2-1985, di Kuala Lumpur, anjuran Bar Council Malaya dan juga Kertas Kerja yang dikemukakan oleh Professor Dato' Ahmad Ibrahim, Dekan Fakulti Undang-undang Universiti Malaya, dalam Seminar Perundangan Islam
anjuran Jabatan Syariah, UKM pada 10-8-1981 di Bangi dengan jelas dapat mengetahui bahawa negara ini bukan negara Islam sepertimana yang ditonjolkan oleh golongan yang berkepentingan.
Itu tidak termasuk lagi ucapan-ucapan pemimpin neegara sendiri di merata-rata tempat dan disiarkan secara terang-terangan. Orang yang berkeras menyatakan negara ini sebagai negara Islam maka secara otomatis telah meletakkan Rasullullah s.a. w. sendiri sebagai ketua bagi negara yang bukan Islam, waizubillah.
Sebaliknya, orang yang menyakini dengan penuh iman bahawa Rasullullah s.a. w. itu ketua negara Islam dengan sendirinya menyakini bahawa negara ini bukan negara
Islam. Kerana kalau yang menggunakan perundangan buatan sendiri itu dikira Islam maka yang menggunakan perundangan Allah itu takkanlah hendak dinamakan Islam juga.
Kalau di antara negara sosialis dan negara demokrasi pun telah dibeza-bezakan hasil dari perbezaan perlembagaan masing-masing, inikan di antara wahyu langit dan keputusan
manusia di bumi takkanlah tidak ada beza.
Kalau kedua-duanya serupa maka serupalah pula taraf wahyu Allah dari langit dengan taraf keputusan manusia di bumi. Dan itulah namanya "syirik".
Mereka yang menyerupakan dua perkara yang tidak serupa inilah yang sebenar-benar pelampau, dan bukan Allahyarham Ibrahim Libya yang dicapkan sebagai pelampau atau pengkhianat dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua,
berhubung dengan isu fatwa; adalah diketahui umum bahawa negara ini bukannya negara fatwa. Bukan negara yang meletakkan fatwa sebagai asas aktivitinya. Bukan negara yang bertanya khabar fatwa terlebih dahulu baru menjalankan kerja-kerjanya.
Negara ini tidak pernah meminta fatwa terlebih dahulu sebelum menjalankan kegiatan ASN misalnya, yang melibatkan kewangan dan ekonomi rakyat yang melabur di tempat-tempat permodalan yang mengamalkan riba.
Tidak meminta fatwa terlebih dahulu sebelum membuka kegiatan judi dan maksiat-maksiat lain. Bahkan sebelum daripada melakukan pembunuhan beramai-ramai di Memali pun tidak juga terlebih dahulu meminta fatwa.
Meminta fatwa dan mengeluarkan fatwa dalam kes Memali sama ada "syahid makriqah" kah atau tidak adalah merupakan pertolongan cemas dari golongan yang sedang dirundung
bala yang mereka sendiri menimpanya.
Khalifah pertama, selepas RASULLULLAH S.A.W. dalam • ucapan sulungnya sebelum memegang jawatan ketua negara ada menyebut, yang bermaksud "hendaklah kamu sekalian taatkan saya selagi saya sendiri taatkan Allah."
Beliau sendiri mengeluarkan fatwa bahawa ketaatan
rakyatnya kepada beliau adalah bersyarat. Beliau sendiri mentaati Allah terlebih dahulu, sedangkan beliau adalah Khalifah yang pertama yang telah diberi mandat oleh Rasullullah S.A.W. supaya orang Islam sekalian taatkan Khalifah.
Maka kalau seorang Khalifah telah meletakkan syarat ke atas diri sendiri maka golongan yang tidak bertaraf Khalifah tidak usahlah bising, dan tidak usahlah risau sangat sekiranya ada sesiapa yang mempertikaikan pendapat dan fatwa mereka. Islam, alhamdulillah tidak tegap atas fatwa, tetapi tegap atas nas yang sah dan muktabar.
Zaman manusia sebelah sini menerima secara total semua pendapat orang atas dan menerima semua fatwa golongan tertentu telah pun berlalu masanya.
Zaman pengajian Islam telah mula menyuluhi alam dan generasi baru telah mula menguasai alam pemikiran yang jauh berbeza dengan "grand design" yang diatur oleh golongan Thaghut zaman-berzaman.
Generasi sekarang ini telah dengan selera memikul tugas jihad fillah biamwalihim waanfusihim seperti yang diajar oleh Allah s.w.t. Mereka menerima Allah sebagai Tuhan bukan kerana Allah itu dilantik oleh para Malaikat untuk menjadi Tuhan. Atau ditabalkan terlebih dahulu untuk Tuhan. Allah menjadi Tuhan pujaan mereka kerana ianya Tuhan yang penuh berhak dan berkuasa, termasuk di lapangan Syariah dan hukum.
Bukan seperti kekuasaan yang ada di tangan manusia yang lebih dahulu mesti dipilih, terlebih dahulu mesti dilantik, terlebih dahulu mesti ditabal baru berkuasa. Dan cerita fatwa yang
bercanggah sesama Mufti Mesir di atas isu berdamai dengan Israel adalah satu isu yang perlu difahami oleh kita sebelah sini.
Sesungguhnya kalau Kerajaan sekarang tidak berniat serong terhadap PAS khususnya Almarhum Ustaz Al-Syahid Ibrahim Libya tentunya banyak lagi ikhtiar yang boleh dibuat untuk mengelak daripada pembunuhan beramai-ramai.
Kalau Musa Ahmad, bekas komunis itu pun Kerajaan berjaya membawanya balik hidup-hidup, melintasi beberapa buah negeri, inikan pula Ibrahim Libya yang rumahnya hanya di tepi jalanraya, bukan di tepi hutan belantara, ia hanya dipagari dengan kawat berduri biasa sahaja, bukannya kubu-kubu kuat macam Mengganouk di Perancis atau Barlif di Terusan Siez.
Sesungguhnya, Tuan Yang diPertua, penyalahgunaan agama hanya berlaku bila agama dan saluran agama itu dipergunakan untuk mempertahankan sekularisme, untuk mengharuskan tindakan-tindakan zalim seperti yang diamalkan oleh Kerajaan hari ini.
Hatta golongan Paderi di Manila yang tidak melibatkan diri dalam proses politik pun tahu bahawa rejim Marcos adalah zalim dan menipu, inikan pula kita orang Islam di Malaysia yang sentiasa mengikuti politik untuk membentuk politik Islam makin mudah mengenali dan dapat merasai kezaliman-kezaliman yang berlaku di Memali.
Tuan Yang di-Pertua,
Dalam masalah BMF nampaknya tidak jauh bezanya dengan masalah Memali.
Sama-sama berlaku kecuaian dan penyalahgunaan kuasa. Yang saya hendak sebut di sini cuma hanya satu iaitu waktu kes ini mula heboh kira-kira 2-3 tahun lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang telah pun membuat ulasan terbuka bahawa kes ini adalah satu kes jenayah moral. Biasanya , jenayah moral ini tindakan ke atasnya pun berbentuk
tindakan moral dan tatatertib sahaja, tidak melibatkan fizikal atau kewangan yang banyak. Sekiranya begitulah bendanya, maka kehilangan wang yang amat besar ini tanpa tindakan selain daripada tindakan moral sahaja akan memberanikan lagi penjenayah-penjenayah lain bertindak dalam cara yang sama atau lebih sophisticated di masa akan datang.
Dan di masa itu kewibawaan Parlimen dan kedaulatan undang-undang tidak akan mendapat tempat lagi dalam nubari rakyat. Rakyat di masa itu akan bertindak secara mereka sendiri dan inilah yang merbahaya.
Kalau hujan menimpa kita di tengah padang,
kita lari berteduh di bawah pokok;
kalau pokok tidak dapat meneduhi kita,
kita lari balik ke rumah sendiri.
Tetapi kalau rumah sendiri mula bocor,
biasanya orang buang atap lama untuk ditukar dengan
atap baru.
Sekian, terima kasih
Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
23 Ogos 2017
Xem bản dịch

Kepada mereka yang baru mengikut perkembangan Syria dan kematian Sheikh Al-Buty, sayugia dimaklumkan bahawa Sheikh Al-Buty sebelum kematian beliau,...

Kepada mereka yang baru mengikut perkembangan Syria dan kematian Sheikh Al-Buty, sayugia dimaklumkan bahawa Sheikh Al-Buty sebelum kematian beliau, telah beralih arah menentang rejim Bashar. Malah beliau berhajat meninggalkan Syria. Lantaran itu, beliau dibunuh oleh regim Bashar.
Khutbah terakhir Shiekh al-Buty memperlihatkan kita bahawa beliau sudah beralih pandangan. Beliau sudah mula mengecam kezaliman yang berlaku di Syria. Sheikh al-Yaaqubi juga pernah mengutuskan risalah kepada beliau agar Sheikh al-Buty bangkit dari keadaan beliau yang menyokong regim Basyar. Sheikh al-Yaaqubi juga mendapat maklumat bahawa Sheikh al-Buty telah menerima risalah tersebut.
Allah swt menyelamatkan para Imam dan ulama’ yang ikhlas kepadanya. Beliau telah menamatkan akhir kalamnya dengan ijtihad yang baru, keluar dari menyokong Basyar dan berusaha untuk keluar dari Syria. Malah dua minggu sebelum kematian beliau,
Al-Habib Ali-Al-Jufri telah menghubunginya melalui talipon dan kata Sheikh al-Buty ; "Tidak tinggal lagi umur bagi aku melainkan beberapa hari yang boleh dikira. Sesungguhnya aku sedang mencium bau syurga dari belakangnya. Jangan lupa wahai saudaraku untuk mendoakan aku". Al-Habib juga mengatakan bahawa beberapa hari sebelum ini, al-Buty berkata "Setiap apa yang berlaku padaku atau yang menuduhku daripada ijtihadku, maka aku harap ia tidak terlepas dari ganjaran ijtihad (yang betul mendapat dua ganjaran dan yang tidak mendapat satu ganjaran)”

Antara Bani Israel, Yahudi dan Zionis - 1 Kaum Bani Israel adalah dari keturunan Nabi Yaakub a

Antara Bani Israel, Yahudi dan Zionis - 1 Kaum Bani Israel adalah dari keturunan Nabi Yaakub a.s. (cucu Nabi Ibrahim a.s) yang melahirkan 12 kelompok Bani Israel dari 12 orang anak baginda. Anak-anak Nabi Yaakub a.s seramai 12 orang yang turut dikenali dengan gelaran 'Al-Asbaath' (Bahasa Arab:الأسباط) iaitu Rubin, Sham'un, Lawi (levi), Yehudah (Judah), Zabulun, Yasakar, Dan, Jad, 'Ashir, Naftali, Yusuf, dan Bunyamin. Antara anak-anak baginda, ada antaranya yang diangkat menjadi Nabi adalah Nabi Yusuf a.s. Suku Bani Israel yang terbesar adalah dari suku Yehudah (Judah). Pada zaman Nabi Musa .a.s, suku Yehudah ini merupakan antara mereka yang amat taat pada agama dan lama-kelamaan kemudiannya agama yang mereka anuti digelar agama Yahudi.
Lantaran itu bukan semua Bani Israel adalah Yahudi namun semua Yahudi adalah dari Bani Israel kerana mereka menganggap bahawa agama Yahudi diturunkan hanya untuk mereka semata-mata iaitu hanya dari keturunan darah mereka sahaja. Nabi Yusuf a.s contohnya, adalah dari kalangan Bani Israel tetapi bukan dari suku Yehudah dan bukan penganut agama Yahudi kerana kehadiran baginda adalah sebelum agama samawi Nabi Ibrahim digelar agama Yahudi. Sebelum digelar agama Yahudi, agama samawi Nabi Ibrahim adalah Islam (Muslim)
وَوَصَّى بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللّهَ اصْطَفَى لَكُمُ الدِّينَ فَلاَ تَمُوتُنَّ إَلاَّ وَأَنتُم
مُّسْلِمُونَ

(QS 2.132) Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya’qub. (Ibrahim berkata): “Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam”.
مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلا نَصْرَانِيًّا وَلَكِنْ كَانَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Ibrahim bukan pula seorang Yahudi dan bukan (pula) seorang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi berserah diri (kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik. (QS 3:67)
Antara rasul-rasul yang tercatit namanya didalam Al Quran yang diutus untuk kaum Bani Israel adalah Nabi Yusuf a.s, Nabi Ayub a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Harun a.s, Nabi Zulkifli a.s, Nabi Daud a.s, Nabi Sulaiman a.s, Nabi Ilyas a.s, Nabi Ilyasa a.s, Nabi Yunus a.s, Nabi Zakaria a.s, Nabi Yahya a.s, dan Nabi Isa a.s. Manakala Nabi Ibrahim a.s datuk kepada Nabi Yaakub a.s dan Nabi Isyak a.s iaitu bapa kepada Nabi Yaakub a.s bukan berketurunan Bani Israel kerana Bani Israel wujud selepas Nabi Yaakub a.s.

Samada kapitalis atau komunis, samada block barat mahupun timur sedari dulu, dibelakangnya sentiasa cuba diatur oleh "shadow government", kerajaan...

Samada kapitalis atau komunis, samada block barat mahupun timur sedari dulu, dibelakangnya sentiasa cuba diatur oleh "shadow government", kerajaan bayangan dengan berbagai-bagai langkah dan berjuta helah semata-mata buat keuntungan kelangsungan kekuasaan ghaib mereka iaitu kaum Zionis.
Segala yang berlaku diatas dunia iaitu dari pergolakan disesuatu tempat hinggakan kepada kebudayaan kehidupan manusia dengan pemikiran yang dilalui harian, akan dianalisa dan diambil kesempatan buat perancangan atas prioritat kelangsungan kuasa pihak Zionis tanpa mengira korban mahupun kemusnahan yang terjadi, hatta korban dan kemusnahan itu terjadi keatas bangsa Yahudi sendiri seperti dalam perang dunia ke-dua.
NWO (new worls order) yang dibelakangnya adalah kerajaan bayangan Zionis bukan bermakna hanya disebelah block barat tetapi ianya juga keatas block Timur dan seterusnya merangkumi mana-mana sahaja kerajaan didunia yang dapat diperalatkan buat keuntungan pihak Zionis.
Hari ini, dunia melihat bagaimana pihak Zionis menghijack atau mencantas perjuangan bangsa Arab dalam membebaskan bangsa mereka dari belenggu sistem kediktaktoran yang sekian lama ditanam oleh pihak kolonel sebelum dimerdekakan dimana sistem kediktaktoran ini membuat bangsa Arab terutama diwilayah sekitar lautan mediterranean jauh ketinggalan dibelakang berbanding dengan benua Eropa yang hanya berjiran bersebelahan atau tidak mampu bangun seperti negara Islam lain yang telah maju seperti disekitar Gulf mahupun termasuk Malaysia dan Brunei.
Pihak Zionis ini menggunakan apa sahaja alat untuk mengawal dunia Islam terutama yang telah disediakan oleh mereka sekian lama tercatit dalam sejarah dunia Islam iaitu seperti alat pengaruh Syiah serta juga alat ekstrismis seperti pihak Khawarij dimana kini diolah atas nama Al-Qeadah serta IS (Daesh).
Sejarah peperangan Syria hari ini adalah bukti jelas dimana kebangkitan pihak yang berada dalam kebenaran iaitu rakyat Sunni Syria dihancurkan oleh Zionis dengan mengunakan alat Syiah dan Khawarij ekstirmis.

Bangsa Korean sebenarnya berasal dari Benua Sunda dan sebangsa dengan bangsa Melayu - 2, Early man grew out of Africa and started traveling to the...

Bangsa Korean sebenarnya berasal dari Benua Sunda dan sebangsa dengan bangsa Melayu - 2
Early man grew out of Africa and started traveling to the Korean Peninsula 60,000 years ago. The Negrito people still cling to the traces of their past. We study the lives of the Negrito Batek people, living as minorities in Malaysia’s rainforests, and also analyze the DNA of the first people to have come to Korea. The key to this lies in Sundaland, a land that is now buried underwater. Roughly 10,000 years ago, toward the end of the Ice Age, rising sea levels led to the submersion of a huge Southeast Asian peninsula, dubbed now as Sundaland. We look at advanced DNA research results from this area and try to determine its relationship to the migration of the first Koreans. With the end of the Ice Age 12,000 years ago, Sundaland, including areas of the Yellow Sea, sunk underwater. This phenomenon helps us to understand the impact to the earliest Neolithic Koreans.

Bangsa Korean sebenarnya berasal dari Benua Sunda dan sebangsa dengan bangsa Melayu - 1

Bangsa Korean sebenarnya berasal dari Benua Sunda dan sebangsa dengan bangsa Melayu - 1. Kajian menunjukkan kedatangan mereka bukanlah dari sebelah atas contohnya dari Siberia atau central Asia tetapi berasal dari selatan iaitu Benua Sunda dimana Bangsa Korean memiliki banyak iras-iras bangsa Melayu.
Dipercayai akibat bencana alam serta kenaikan paras air laut dibenua Sunda menyebabkan penghijrahan sebahagian dari bangsa Melayu dari Benua Sunda ini ke daerah utara iaitu Korean.
- This imigration theories of the Homo Sapiens from Africa (starting point) all the way across Sundaland 30,000-40,000 years ago. From around 10,000 years ago at the end of the most recent glacial ice age, sea levels began to rise with an increase in global temperatures.
These supposedly drastic rise in sea levels forced many of the people living in the once existent continent of Sundaland to migrate to all parts of Eastern Eurasia.
Most of the geneticists and paleoanthropologists that appear have divided these two groups into the Altaic(Northern) and Tai Kadai(Southern) tribes that existed as seperate entities from 40,000-30,000 years ago both of whom if you look in the video claim to have arrived in Northeast Asia ie Greater Mongolia, Greater Manchuria, Korean peninsula and Japanese archipelago en masse between 12,000-6000 years ago when the Yellow Sea and much of the East China Sea was in fact dry land and connected to the once great continent of Sundaland.
Apparently, a lectures on Hongsan Munhwa with Lee Hyun Goo Baksa also holds to the theory that Siberia and Central Asia was much too cold in previous glacial age and was sparsely inhabited and much of the present day inhabitants spread throughout Northeast, East and Southeast Asia though genetically diverse with different origins 40,000-30,000 years ago generally dwelled in warmer southern regions that had more favorable living conditions especially during the Ice Age.
However, due to sudden environmental catastrophe such as this flooding event some 12,000-6000 years ago, this caused the progenitors living in Sundaland to migrate and adapt to the environmental conditions of Northeast Asia which were considerably more harsh compared to the original proposed Sundaland homeland.

Namewee yang menggunakan stail provoke untuk publisiti murahan kembali dengan video "Oh My God" wajar dibawa kemuka pengadilan dan dihukum dengan...

Namewee yang menggunakan stail provoke untuk publisiti murahan kembali dengan video "Oh My God" wajar dibawa kemuka pengadilan dan dihukum dengan hukuman berat yang membuat dia insaf dan menjadi bijak sedikit. Namewee adalah spesis Alvin Tan, kekosongan idea lalu menggunakan tema murahan untuk publisiti. Haprak punya artis.
Agama adalah suatu isu sensitive dan setiap individu wajar menghormati agama. Tindakan Namewee yang mempermainkan nama Allah serta nama Tuhan agama lain dalam lagunya dengan disilangi perkataan yang tidak sepatutnya termasuk perkataan lucah wajar dikenakan tindakan berat agar menjadi pengajaran pada semua.

Keris, seni besi Nusantara yang berasal dari Kedah Tua, pusat pertama besi Nusantara abad-abad sebelum masihi, diperkenalkan oleh kerajaan Srivijaya...

Keris, seni besi Nusantara yang berasal dari Kedah Tua, pusat pertama besi Nusantara abad-abad sebelum masihi, diperkenalkan oleh kerajaan Srivijaya diserata alam dan kemudian diperhalusikan lagi seninya dizaman kerajaan Majapahit sebelum kembali kepada tamadun Melaka.

Out in the green

Out in the green... Here we are again and again, standing infront of Your door, keep knocking for begging Your merci, begging for Your forgiveness, begging for your guidance. Oh Allah, shower us with Your merci... forgives us... guide us.. help us.. protect us.. give us taufik to perform good deeds... Oh Allah, except our amal, our prayers, our fasting, our doa, our mujahadah, our cry, our hope... make us as asbab khair.. and let the hidayat spread to whole world...