Arkib 10/2019

Kalau kau orang perasan, aku selalu menggunakan sahabat, kawan, sepupu, mak angkat, kakak angkat ataupun orang lain dalam tulisan aku

Kalau kau orang perasan, aku selalu menggunakan sahabat, kawan, sepupu, mak angkat, kakak angkat ataupun orang lain dalam tulisan aku.
Dan kalau kau orang memang kaki perasan, sebenarnya aku adalah orang yang ditemani oleh orang yang meminta kata-kata nasihat.
Aku pula sangat perasan bahawa aku ini selalu kehairanan mengapa orang lain meminta aku nasihat sedangkan aku sangat perlukan nasihat daripada orang lain.
Ah, kadangkala rimas kerana aku kena berfikir bagaimana mahu menjawab soalan demi sebuah masalah.
Macam semalam, kawan aku menelefon. Biasanya aku tak angkat orang 'call' malam-malam. Bagi aku, apabila dirumah, ia sudah masa untuk berehat dan aktiviti lain. Menulis, membaca buku, menyemak kerja yang tertangguh dan sebagainya.
Aku mendengar suaranya semacam sedang bersedih. Macam lepas menangis. Berdebar jugalah aku.
Jarang sekali orang call aku begini ;
"heiiii. Yariba yaribaaa andree. Aku dapat dua juta masuk bank tadi. Happynya aku. Sebab itu aku call kau".
Urghh. Memang taklah!
Biasanya orang call akan cakap begini;
" bolehkah aku meluah? Sekurang-kurangnya kau bagilah aku nasihat. Sob. Sob ".
Fine. Forget it.
Semalam kawan itu menelefon kerana dia merasakan bahawa hubungannya dengan bakal suaminya tidak mampu diteruskan. Lalu dia memutuskan bahawa hubungan itu perlu dilepaskan agar tidak membawa persengketaan antara mereka berdua.
Ah. Ini kacau!
Aku, hal begini memang mengelak untuk komentar. Bayangkan, kalau aku tersilap hadiahkan sepatah dua kata ketika orang bergaduh, nanti mereka berbaik semula, aku pula jadi buruk.
Jadi dalam hal yang sebegini, aku meminta masa untuk memberikan sebarang komen dan kata-kata.
Tadi, dia call lagi dan bertanya;
"bagaimana pendapat kau? Aku tidak yakin dengan hubungan kami. Aku rasa dia sangat komited dengan kerjayanya dan famili sahaja. Dengan aku, dalam seminggu kadangkala 3 hari sahaja dia hubungi. Sudahlah kami ini berjauhan. Baguslah kami berpisah terus. Putus tunang".
Hurm. Aku terkedu.
" Kau putuskan sahaja". Jawabku.
"Jadi, kau setuju?"
Dia pula menyoal aku setuju atau tidak. Pancing sudah mengena!
" Bukankah itu yang kau mahukan?" Aku menyoal dia. Suaranya berubah jadi bergetar. Menangis.
Ah, sudahhhh.
" Macam inilah. Aku rasa kau perlu membuka hati seluasnya. Bagi aku, kalau kau mahukan seseorang, kena terima keluarganya. Ingat kawan, kalau mak ayah dia tiada, dia tidak lahir ke dunia ini. "
" Tapi dia tu. Mak diaaaaaa sahaja!". Tiba-tiba ngongoinya jadi pula.
" Eh, baguslah. Itulah tandanya lelaki yang ada iman. Yang takutkan Tuhan. Nanti dia akan ajarkan anak kau orang benda yang sama. Dia didik bagaimana anak sayangkan kau. Kau akan jadi mak suatu hari nanti. Takkanlah kau nak anak layan awek dia sampai lupakan kau?"
Nampak tak? Confident aku bagi jawapan pada kawan aku.
"Iyalahhhh. Nanti aku call kau semula."
Suaranya mendatar. Dari 'tone' suaranya, aku rasa dia mengalah dengan jawapan keramat dari aku.
Perfect !
#ninjakecik

Teringat perbualan aku dengan kakak angkat

Teringat perbualan aku dengan kakak angkat. Dia telahpun bernikah dengan seorang lelaki berstatus duda. Kehidupan mereka tidak mewah. Sederhana, tetapi yang baiknya dia ini, tidak pernah mencela kekurangan suaminya.
Keinginan nakalku menderu. Bertanya kepada beliau asbab suaminya berpisah dahulu. Riak wajahnya berubah muram.
Aduh! Penyibuknya aku.
Dalam kalut aku menanti jawapannya, dia memegang tanganku.
"Deanna, rumahtangga ini unik. Ada amanah di dalamnya. Mulut kita adalah senjata mempertahankan rumahtangga ataupun sebagai peluru yang merobohnya. Kita harus pandai memilih".
Berkerut keningku. Terlalu 'deep'. Tak larat untuk aku capai maksudnya. Macam tengah 'loading' capaian internet. Macam itulah keadaan fikiranku ketika itu.
"Tak faham, kak. He he he ".
"Jangan buka aib pasangan. Hal dalam rumah jangan telanjangkan. Aib suami ialah air muka kita dan ibu bapa suami".
"Ohhh...". Jawab aku.
"Deanna, dalam rumahtangga perlu ada isteri yang menenangkan suami. Jika suami miskin, kayakan dengan cinta dan bantuan. Jika dia runsing, ceriakan dengan pujukan. Suami, akan tercabar apabila dicanang ke sana dan ke mari dengan 'gendang kemiskinan'. Bagi aku, Deanna, walaupun kami tidak kaya dengan harta benda, tapi kami selalu bersama".
Aku masih belum mendapat jawapannya. Entahlah. Dia terus mengasakku dengan nasihat.
"Deanna, kita ini perhiasan dunia. Jika sudah berkahwin, kita buat segalanya untuk suami. Bukan untuk lelaki lain. Kau faham, kan?"
Yang ini aku faham dan angguk. Ah, yang 'part' ini mudah faham. Tetapi part mula-mula tu macam payah sedikit.
"Kalau kau mahukan jawapan, aku sudah berikan."
Laaa...yang nasihat tadi itu rupanya jawapan kepada soalan aku. Kena 'ayam' pula aku petang itu.
#ninjakecik

"Hubby, tengok ni

"Hubby, tengok ni. Hadam!"
"Yunk, baca ni. Sebagai pedoman!"
Tiba-tiba pasangan balas pula;
"Eh, kenapa tag nama Bi hal macam ini? Tak eloklah".
Aku selalu terbaca komen sebegini apabila ada sesuatu kes ataupun musibah. Lebih-lebih lagi berkaitan dengan rumahtangga dan kehidupan.
Baiklah. Setelah dipetik nama pasangan, apakah orang lain akan berfikiran positif ketika melihat situasi begini? Mungkin ada dan tidak.
Ada buruknya. Bagi aku, jika kisah itu terlalu buruk sehingga menyebabkan orang lain menyangka pasangan itu bermasalah, jangan petik nama pasangan.
Yang malu adalah pasangan. Suami atau isteri kau orang juga, kan ? Mesti orang lain berprasangka begini;
"barangkali suami dia ni pernah buat macam ini " atau " isteri dia pernah macam ini".
Jika ada hal terkait dengan hantaran kontroversi tersebut, elakkan petik nama pasangan kau orang. Bukannya tak boleh hantar dengan mesej atau WhatsApp. Bawa bincang, atau screenshot hantaran tersebut. Berikan kepada pasangan.
Iya, aku setujulah ia sebagai pedoman. Tetapi harus diingat, orang lain membaca komen itu, bagaimana? Pandangan mereka apa pula?
Lainlah kalau petik nama pasangan untuk melihat gambar taman bunga, masakan, baju lawa, 'make up'.
Ah. Sebenarnya banyak yang terlalu di'expose' ke luar kelambu. Hairan pula aku apabila situasi petik nama pasangan. Macam tak boleh berhubungan secara personal.
Mesej tak boleh? WhatsApp susah?
Boleh juga, kan ?
Itu belum lagi beritahu suami tak mampu belikan periuk. Petik nama suami di Facebook.
"Bilalah awak mampu belikan I periuk Noxxa ni?"
Belum lagi kes gambar awek lawa, suami petik nama isteri.
"Saya suka you berhias macam ini".
Takkah memalukan? Tujuannya apa? Supaya orang tahu pasangan kau orang lemah?
Come on, babes!
Maruah pasangan tanggungjawab kau orang. Facebook ini selagi tak kiamat, pasti terus memekar kemajuannya. Boleh jadi sehingga 7 keturunanpun boleh dibaca.
Fikir-fikirkan dan selamat bermuhasabah. MuhaSabah yaaa. Bukan MuhaSarawak.
#ninjakecik

Beberapa hari yang lalu, mood menulis aku agak turun

Beberapa hari yang lalu, mood menulis aku agak turun. Bukan kerana dilanda kesakitan yang amat. Alhamdulillah, kesakitan otak aku agak kurang setelah melalui fasa rawatan terakhir tempoh hari.
Kau orang pernah baca dan kongsikan cerita aku tentang bagaimana sepasang suami isteri yang tabah menghadapi ujian Allah Taala dengan kesakitan, itulah yang membuat aku sedikit berdiam beberapa hari ini.
Sebenarnya asbab mengapa aku tidak menulis di dinding Facebook aku, kerana itulah.
Iya. Setelah membaca kisah Allahyarhamah Nurliyana yang meninggal dunia, aku dilanda down. Bukan aku tidak menerima takdir, walhal arwah bukan saling mengenali denganku. Cuma...aku ini sejenis manusia yang tinggi simpatinya.
Mungkin begitu, kan ?
Tidak sengaja dua hari yang lalu, aku terbaca di dinding Facebook suami arwah yang tertulis, isteri kesayangan beliau meninggal dunia setelah beberapa komplikasi usai pembedahan. Aku menangis. Kasihannya arwah.
Membaca ruangan dinding Facebook beliau yang berkongsi bait bait kata arwah dari laman blog, ia cukup meluluhkan hati wanita aku. Bagaimanapun keras lasaknya aku, apabila membaca tulisan blog arwah, airmata gagalku tahan.
Bayangkan, sebelum itu, mereka kehilangan anak. Dan anak itu sudah ke syurga, InshaaAllah. Setelah itu, ibunya pula meraih jemputan Ilahi. Berehat setelah menelusuri sakit dan kepedihan di dunia asbab penyakit Para Tiroid itu.
Duhai Tuhan, kami ini masih bertuah di saat ini. Masih boleh ketawa. Ada masa tersenyum. Sedangkan manusia lain, menangis kerana derita.
Apakah kami masih bukan yang bertuah?
Untuk semua yang sakit, semoga tabah dan kuat hati. Dan untuk yang sedang berduka, jangan takut kerana Tuhan masih ada.
#ninjakecik

Komponen terbesar manusia bernama wanita Muslim ialah aurat

Komponen terbesar manusia bernama wanita Muslim ialah aurat.
Tidak kiralah apa bangsanya. Cina, India, Melayu, Kadazan, Murut ataupun lain-lain.
Jagalah maruah dengan menutup komponen tersebut.
Bukan susah. Cuma jangan seksi. Kalau dibuka sangat, takut disengat tebuan.
#ninjakecik

Kenyataan Media Presiden PAS PENINDASAN KAUM ROHINGYA DUNIA JANGAN MEMBISU

*Kenyataan Media Presiden PAS*
*PENINDASAN KAUM ROHINGYA: DUNIA JANGAN MEMBISU*
http://www.harakahdaily.net.my/…/2666-penindasan-kaum-rohin…
Misi penghapusan etnik Rohingya masih berterusan tanpa penyelesaian, bahkan kerakusan tentera regim Myanmar dan pelampau Buddha Rakhine semakin mengganas tanpa perikemanusiaan.
Terbarunya serangan di perkampungan Maungdaw Buthidaung dan Rathidung di Myanmar telah membunuh lebih kurang 500 orang tanpa mengira lelaki, perempuan, orang tua mahupun kanak-kanak, rumah-rumah dibakar dan jumlah ini semakin meningkat. Kini mereka menderita tanpa tempat tinggal dan mereka tidak mempunyai tempat untuk pergi. Mereka terpaksa menjadi pelarian dalam negara sendiri. Nyawa mereka diancam setiap masa dengan tujuan mereka dihapuskan dari peta Myanmar.
Masyarakat dunia perlu sedar dan bangkit bahawa isu penindasan rakyat Rohingya adalah isu kemanusiaan, dibelakangnya tersingkap beberapa isu yang melatari jalan cerita; isu hak asasi manusia, diskriminasi kelompok majoriti terhadap kelompok minoriti, penghapusan etnik masyarakat Islam, kisah kegagalan organisasi-organisasi antarabangsa dan serantau dalam menyelesaikannya, kisah keganasan pihak tentera dan sifat tidak bertamadun masyarakat moden dalam melakukan penindasan sesama manusia. Perhatian bangsa dunia amat diperlukan.
Negara-negara yang menandatangi Piagam Hak Asasi Manusia, Piagam Geneva, negara-negara ASEAN, PBB, negara-negara Islam OIC, negara Islam Serantau dan semua pejuang hak asasi manusia perlu berganding bahu memberi amaran kepada kerajaan Myanmar yang melanggar hak asasi manusia dan menafikan hak kerakyatan masyarakat Rohingya.
Kerajaan Malaysia wajib bekerjasama dan bertindak lebih proaktif dengan negara-negara lain, parti-parti politik, NGO-NGO dan agensi antarabangsa bukan sahaja menghantar misi kemanusiaan, bahkan semestinya memberi tekanan politik kepada kerajaan Myanmar agar menghormati hak kemanusiaan. Kuasa politik amat penting untuk menghentikan penindasan ini.
Islam lebih mendahului dalam menjaga hak orang Islam dan bukan Islam serta pelarian negara asing yang hidup bermasyarakat majmuk dalam negara Islam. Pembinaan Masyarakat Madani yang saling memerlukan di antara satu bangsa dengan bangsa lain, satu kaum dengan kaum lain menjadi asas keharmoniaan di bawah pemerintahan Islam dengan mendahulukan perdamaian dan mengambil langkah diplomatik dan diplomasi, sehingga kedatangan Islam ke negara lain dikira penyelamat bukannya penjajah.
PAS akan menghantar misi kemanusiaan melalui PASRelief dan NGO-NGO dan berunding dengan pihak kerajaan dan agensi antarabangsa untuk menghentikan kezaliman yang tidak bertamadun ini dengan kembali ke meja rundingan.
Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa, marilah kita bersatu dan berganding bahu atas dasar kemanusiaan. Marilah kita mendesak kerajaan Myanmar agar menerima kerakyatan masyarakat Rohingya dan menyelesaikan konflik ini secara aman dan damai.
Sabda Rasulullah SAW:
مَن لَمْ يهتَمَّ بأمرِ المُسلِمينَ فليس منهم
_“Barangsiapa yang tidak peduli dengan urusan kaum muslimin maka dia bukan sebahagian dari mereka”_
_“Sejahtera Bersama Islam”_
*ABDUL HADI AWANG*
Presiden PAS
_Bertarikh: 8 Zulhijjah 1438H / 30 Ogos 2017_
----------------------------------------
[English version]
*Press Release PAS President*
*THE OPPRESSION OF THE ROHINGYA: THE WORLD SHOULD NOT SILENT*
The mission of the Rohingya ethnic cleansing is still going on without solutions, even the gluttony military regime of Myanmar and the Rakhine Buddhist extremists terrorize without humanity.
The latest attack in the village of Buthidaung and Maungdaw Rathidung in Myanmar has killed more than 500 people; men, women, old people and children, the houses burned and the number is growing. They now suffer from homelessness and they have no place to go. They were forced to become refugees in their own country. Their lives are threatened every time with the goal to wipe off them from map of Myanmar.
The world must realize that the issue of Rohingya’s oppression is a humanitarian issue, where it exposed several issues that underlie the story; the issue of human rights, discrimination against minority groups of the majority, the ethnic cleansing of the Muslim community, the failure of international organizations and regional solve it, the military violence and barbaric nature of modern society in oppressing people. The attentions from the world are needed.
Countries that signed the Charter of Human Rights, the Charter of Geneva, the countries of ASEAN, the United Nations, the Islamic countries of the OIC, the Islamic State Councils and all human rights defenders must work together to warn the government of Myanmar whose violate the human rights and deny the citizenship of the Rohingya community.
The Malaysian government is have to cooperate and proactively act with other countries, the political parties, NGOs and the international agencies, which not only to send a humanitarian mission, but also to give political pressure on the government of Myanmar in respect of humanitarian rights. Political power plays an important role to stop this persecution.
Islam is more precedent in safeguarding the rights of Muslims and non-Muslims as well as the foreign refugees which living in the Islamic country with multiracial populations. Cultivating a civil society requires mutual understanding and respect between nations and races are the basis of harmony under the rule of Islam, by giving precedence to peace and take diplomatic and diplomacy, so that the arrival of Islam to other countries is considered savior instead of colonialist.
PAS will send a humanitarian mission through PASRelief and NGOs and negotiate with governments and international agencies to put an end to this barbaric cruelty to return to the negotiating table.
I urge all Malaysians and the international community, let us unite and work together on humanitarian grounds. Let us constrain the government of Myanmar to accept the rights of Rohingya community and resolve this conflict peacefully.
Prophet Muhammad SAW said:
مَن لَمْ يهتَمَّ بأمرِ المُسلِمينَ فليس منهم
_"Whoever does not care about the affairs of the Muslims then he is not part of them"_
_"Harmony with Islam"_
*ABDUL HADI AWANG*
PAS President
_Date: 8th Zulhijjah 1438H / 30th August 2017_
Xem bản dịch

Juara Sukan Paralimpik Rio Mohamad Ridzuan Puzi dan Abdul Latif Romly terus mengharumkan nama negara selepas masing masing mencipta rekod dunia baharu di Sukan Para Asia 2018 di Jakarta hari ini

Juara Sukan Paralimpik Rio, Mohamad Ridzuan Puzi dan Abdul Latif Romly terus mengharumkan nama negara selepas masing-masing mencipta rekod dunia baharu di Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, hari ini.
Mohamad Ridzuan menampilkan aksi cemerlang dengan catatan 11.87 saat mengatasi catatan 11.90s milik atlet Rusia, Evgenii Shvetsov dalam acara 100m T36 (cereberal palsy) untuk meraih pingat emas.
Abdul Latif mengekalkan penguasaan dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) selain berjaya melakukan lompatan sejauh 7.64 meter mengatasi catatan 7.60m yang dilakukannya di Sukan Paralimpik Rio, dua tahun lalu.
Tahniah untuk mereka berdua.. Malaysia Boleh..

KENAPA AKU MASIH HIDUP Kemalangan 26 Mac yang lalu sudah cukup kukuh menjadi asbab kematian

KENAPA AKU MASIH HIDUP?
.
Kemalangan 26 Mac yang lalu sudah cukup kukuh menjadi asbab kematian.
.
Akan tetapi,
Itu bukan asbab kematian, ia hanya asbab takdir kecacatan.
.
Aku perlu terus hidup,
Aku terlalu diperlukan oleh keluarga,
Aku terlalu diperlukan dalam pendidikan,
Aku terlalu diperlukan sebagai sumber inspirasi.
.
Aku masih hidup,
Diberikan kesempatan untuk bertaubat dan beribadah,
Diberikan kesempatan untuk berbakti kepada keluarga,
Diberikan kesempatan untuk mendidik anak bangsa.
Diberikan kesempatan untuk berkongsi inspirasi.
.
Aku akan terus hidup,
Mencari reda Illahi,
Menjadi insan istimewa,
Agar menjadi ingatan kepada manusia,
Syukurilah dan terus mensyukuri nikmatNya,
Kelak aku meraih habuan nikmat di Akhirat.
.
Nikmat dan hikmah tiada terkira,
Hilang dan lenyap segala duka,
Hingga tak terucap limpahan rahmatNya,
Diambilnya sedikit diberinya infiniti.
.
Sehingga aku berkata "Oh Tuhan, ini rupanya yang Engkau mahu berikan, sungguh tangan yang engkau ambil itu tidak terbanding dengan nikmat yang Engkau kurniakan untukku hari ni. Sungguh aku hambaMu yang terlalu beruntung".
.
#gurunovis
#guruoku
See Translation

Nikmat Ukhwah Satu perkara yang saya sentiasa bersyukur ketika bermusafir adalah apabila disantuni sahabat yang sudah seperti adik beradik kita

Nikmat Ukhwah
Satu perkara yang saya sentiasa bersyukur ketika bermusafir, adalah apabila disantuni sahabat yang sudah seperti adik beradik kita.
Berayahandakan Guru Dato' Roslan Ab Hamid, Berbondakan Datin Ruzita Jaafar.
Mereka akan hadir beri sokongan, semangat dan paling best, bawa makan ditempat istimewa. Hihuhe.
Supaya kita tidak terasa keseorangan berada jauh dari keluarga. Tidak terasa asing di bumi lain.
Sambil berkongsi cerita dan bertukar pengalaman perniagaan. Kadang masa berlalu pantas hingga larut ke malam hari.
Terimakasih adinda kanda. Santunan masa dan tenaga, terpatri dalam log budi.

Perjalanan terakhir seorang sahabat Tengah malam semalam apabila dapat perkhabaran seorang sahabat HafeezJauhari AbuThalhah semakin tenat terus ke Institut Kanser Negara IKN di Putrajaya

Perjalanan terakhir seorang sahabat. Tengah malam semalam, apabila dapat perkhabaran seorang sahabat HafeezJauhari AbuThalhah semakin tenat, terus ke Institut Kanser Negara (IKN) di Putrajaya.
Sebelum ini beliau dimasukkan ke Hospital Melaka. Setelah disahkan penyakit, beliau dipindahkan ke IKN untuk rawatan seterusnya. 2 hari lepas, beliau mengalami sesak nafas dan 'dipengsankan' untuk bernafas menggunakan mesin oksigen.
Ketika melihat dan memegang jasad beliau semalam buat kali terakhir, hanya doa mampu dititipkan.
Pagi tadi beliau telah meninggalkan kita semua bertemu Sang Pencipta yang kekal abadi. Mudah-mudahan kesulitan dan kesakitan yang dialami diganjari Syurga buat sahabat ini.
Ketika ini, jasad beliau sedang dibawa ke Kota Bharu dan dijangka dikebumikan di Kg Baung, Pengkalan Chepa.
See Translation