Arkib 09/2019

Ingatnya tengahari tadi dapat la susun cecomey ngan ambik gambar sebelum pegi pos

Ingatnya tengahari tadi dapat la susun cecomey ngan ambik gambar sebelum pegi pos.
10 botol MMG untuk Ejen Kuantan Nur Marini Hazira . 10 paket Pekasam Daging untuk Ejen Rawang Azimah Mohamad Said . Sekali bateri tepon habis terus.
Petang pulak, elok nak merayap kat fesbuk terus mabuk laut. Last last baring je sapu sapu MMG kat dahi dengan hidung. Mak pulak goreng cekodok durian. Pitamsss haku. ?
Ni dah malam sejuk sikit. Dah jamah nasik lima suap. Ok tipu beno lima suap. Baru rasa reda angin kus kus dalam perut ni. Sel otak pun ada sambung sikit.
Cek wasap tengok Ejen Pekasam Daging Selayang Hidayah Hamdan restok lagi 20 paket. Semalam baru Azie pos 20 paket. Habis licing dahh. Ni berhantu ke bersaka ni. ?
Ejen Sungai Buloh Nadzrah Othman pun nak restok 10 paket malam ni. Alhamdulillah. Dalam pahit mulut ada manis pak rimau. Ehh. Bab merosak bahasa nombor satu kann. ?
#StokisMinyakUrutModenMMG
#StokisAquadaPekasamDaging

Bab picky eater dan masuk benda dalam mulut ni saya nak kena juga educate dan buat ceramah

Bab picky eater dan masuk benda dalam mulut ni.... saya nak kena juga educate dan buat ceramah.
✏️Picky eater dan memasukkan benda dalam mulut.
Ada correlation. This is due to Gustatory Sensory Processing Disorder atau Issues yang mereka ada.
Lidah adalah organ yang utama membawa maklumat mengenai rasa dan tekstur makanan ke otak. Bagi anak yang picky eater,mereka kurang mendapat rangsangan rasa dan tekstur makanan yang berbeza-beza jadi mereka akan ‘mencari’ tekstur dan rasa melalui tingkah laku eksplorasi memasukkan benda ke dalam mulut.
Tapi... anak Tuan/Puan tiada correlation pun pasal yang ini ☝?
Mungkin disebabkan....
✏️Mereka tidak tahu fungsi barang. Sebab tu asyik nak membaling barang aje kerjanya. Ini sangat related with their cognitive abilities. Bagi kanak2 Autism & ADHD,kedua dua ini adalah masalah besar dan symptom ketara bagi mereka.
✏️Picky eater dan masalah kelewatan pertuturan dan pelat:
Ada kaitan. Sebab kanak2 tidak mengunyah dengan baik (dalam erti kata,berbalik kpd point yang pertama tadi... dia tak mengeksplorasi rasa dan tekstur makanan) menyebabkan fungsi oral motor (pergerakan sendi dan otot mulut termasuk lidah) terganggu.
Namun begitu... tak semuanya berkait rapat. Ya. Tapi yang tu kena tengok la kpd punca punca lain yang terlibat....
Saya memang nak buat ceramah berkenaan topik ini sahaja. Sebab nak explain dlm fb memang susah. Ini saya dah cuba nak explain tapi masih banyak salah faham dan teori yang harus disampaikan dengan betul.
Begitu juga dengan cara mcm mana nak mengatasi masalah picky eater dan masuk benda dalam mulut ni dengan betul. Ada cara. Saya jenis praktikal punya orang. Jangan risau... saya akan ajarkan tekniknya.
Untuk maklumat berkenaan ceramah ini,sila rujuk kpd maklumat di bawah:
Bila dan di mana?
?Sabtu 6 Oktober 2018:
Moms n Tots Shoppe, 3A-2,Jalan PPS1,Pusat Perdagangan Selaseh,Batu Caves,Gombak.
Masa: 9 pagi-1 tengah hari
?Sabtu 20 Oktober 2018:
Pusat Tenun & Batik Melaka,Perkampungan Hang Tuah,Duyung,Melaka (berdekatan dengan Perigi Hang Tuah).
Masa: 9 pagi- 1 tengah hari
Yuran peserta:
??RM95/seorang
??RM160 untuk 2 orang
??Diskaun akan diberikan sekiranya mendaftar untuk 3 orang atau lebih
Seminar dianjurkan oleh LiyanaRaya Training&Consultancy.
Tempat adalah terhad!
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran,boleh hubungi 0187658488 atau wassap di www.wasap.my/60187658488/pickyeater

Dulu saya cukup minat program ni, The Biggest Loser

Dulu saya cukup minat program ni, The Biggest Loser. Setiap episod saya tunggu.
Salah satu dari episod tu memberi kesan yang cukup mendalam, sampai ke hari ini saya ingat.
Peserta dalam program tu kan semuanya obese. Seorang tak kurang 100kg. Gila punya la besar badan diorg.
Orang US cukup suka makan donut. Donut pula bersalut dengan macam² jenis gula dan coklat. Alaa, yang macam kat JCo, Dunkin's, Big Apple tu.
So dalam episod yang satu ni, penuh meja dengan pelbagai jenis donut. Peserta tersengih² suka sebab katanya ada kenduri donut. Ala² reward day gitu.
Trainer kata kat depa, silalah ambil donut² tu.
Maka tunggu bapak lagi, masing² serbu meja buffet, ambil donut yang cukup mengiurkan tu.
Tetapi syaratnya, mereka hanya boleh mula makan setelah diberi arahan.
Debar la juga tunggu nak dapat ngap. Orang yang tengah berdiet, nampak donut tu dah macam makanan dari syurga. Menitik air liur.
Kemudian arahan kebenaran makan pun diberi.
Baru dua kali kunyah, trainer suruh luahkan dan letak sisa donut dalam pinggan. Jangan telan. Kena keluarkan perabih.
Peserta kecewa dan tertanya². Kenapakah rezeki yang baik ini perlu dibuang? Apakah muslihat trainer kali ini?
Dok tak dok, tiba-tiba trainer suruh peserta² yang gilakan donut ni, makan balik sisa yang diorg muntahkan tadi.
Eyerkkkk!!
Muka masing² macam ternampak taik...hahaha!
Trainer sebenar nak para peserta tengok donut dengan perasaan yang jijik, geli dan kotor.
Supaya mereka tidak lagi kempunan nak makan donut. Supaya setiap kali mereka membayangkan donut, terbayang sekali donut hancur yang disaluti air liur yang melekit² tu.
Ye, macam tu lah ye cara nak padamkan NAFSU pada makanan yang sedap tetapi menggemukkan. Masukkan dulu ke mulut, kunyah perlahan², jangan telan, luahkan ke atas pinggan, tenung sisa makanan, cuba makan balik.
Haha..
Ada bran?

Majoriti kita di sini dah dewasa

Majoriti kita di sini dah dewasa. Pandai urus diri sendiri.
Bila demam, pandai cari panadol. Sakit perut, pil cikitekon. Sakit tekak beli strepsil.
Dan kalau yang ada kencing manis, sudah tahu bagaimana nak guna glucometer. Juga pandai administer insulin jab sendiri.
Mereka yang ada penyakit buah pinggang pula, cukup time pergi dialisis.
Masing² tahu bagaimana untuk merawat diri dari seringgan² penyakit, sehinggalah ke yang lebih kronik. Sebab apa? Kita dah dewasa. Mahu terus sihat dan berusaha ke arahnya.
Kalau boleh kita tak nak orang tahu kita sakit sebab banyak lagi urusan yang perlu kita selesaikan. Sakit itu cuma sedikit gangguan tetapi bukan penghalang. Selagi boleh, kita nak buat semua sendiri. Tak nak harap orang lain.
Ya kan?
Sebab kita sudah dewasa, matang dan bertanggungjawab.
Now...
Kenapa bila kita ada penyakit mental, suddenly kita jadi keanak-anakan, naif dan mahu lepas diri dari tanggungjawab? Apakah penyakit mental ini tiket untuk kita menyusahkan orang lain?
Jika kita tahu kita ada masalah mental, rawat sepertimana kita rawat penyakit lain. Jangan salahkan orang lain.
Kamu demam salahkan siapa?
Kamu kena kencing manis salahkan siapa?
Kamu kena kanser salahkan siapa?
Jadi kenapa bila kamu ada mental illness, kamu mahu salahkan orang lain pula?
-TRIGGER-
Orang yang menghidap penyakit mental ni suka menggunakan perkataan 'trigger' untuk membenarkan diri sendiri sakit. Dah tahu triggernya tu apa, belajarlah untuk mengelak. Bukan redha je, atau rajin terlebih pergi cari trigger. Kau dah kenapa?
Pesakit kencing manis sudah maklum, lebihan gula dalam diet akan menyebabkan penyakit mereka semakin teruk. Kurang pun jadi masalah. Maka, pandai² lah nak seimbang pengambilan manisan dalam makanan.
Pesakit kanser lagi power. Habis semua benda makanan dipantangnya. Why? Supaya sel kanser mati, dan nyawa dipanjangkan lagi.
Tetapi kenapa pesakit mental contohnya kemurungan, suka cari benda untuk trigger penyakit sendiri. Tak faham saya.
Saya dah beri nasihat kepada beratus orang tentang kemurungan. Tapi nampaknya ramai yang selesa bermurung dan terus mencari perhatian.
Sebab itulah penyakit ini menjadi stigma. Dah tahu sakit tapi tak nak berusaha untuk rawat. Masih dedahkan diri dengan trigger factor. Lepas tu minta dikasihani. Aduhai...
Dulu trigger factor saya, media sosial (fb). Saya padam akaun yang telah saya guna selama 10 tahun. Takdenya saya nak sayang memori yang ditulis dalam tu. Saya lebih sayang otak saya yang mula tidak stabil. Fb bukan tempat yang baik untuk kembali pulih.
Hanya selepas 2 tahun, baru saya buka semula fb. Akaun baru, tahap kesihatan yang baru. Itupun sebab saya dah pulih. Jadi saya gunakan peluang ini untuk bantu orang lain yang betul² nak sihat semula.
Saya rasa selepas ni saya kena letakkan consultation fees kalau nak tanya tentang penyakit kemurungan. Sebabnya bila saya tulis panjang², kamu tak baca. Beria nakkan private session.
Saya akan charge RM100 untuk sebulan. Berminat?
Tapi kamu mahu yang percuma kan? Boleh.
Baca sahaja apa yang saya tulis di wall. Banyak dah saya tulis. Scroll saja ke post² terdahulu.
Berhentilah menggunakan alasan 'saya ada kemurungan'. Orang yang beralasan dan malas berusaha ini tak akan ke mana.
Allah dah kata, setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Bukan kecuali penyakit mental.

Nota hakak masa layan KL Special Force

Nota hakak masa layan KL Special Force.
-bank mana boleh buka area zero occupancy
-macam mana kereta penjahat boleh masuk dalam bank?
-nak rompak parking kemain jauh, atas petak kuning lak tu ?
-sampul duit ada stiker?
-polis tahu dah 3 hari letak bom, tapi biar je sampai meletup?
-buat restoran macam bapak kau punya..haha!
-budak kecik tu kejenya nangis je ?
-duit dalam bonet, ketua boleh biar je?
-rifle placement atas katil? Goyang la oii ?
-sound effect masa scene lawan dah macam mercun CNY meriahnya
-ratus juta simpan dalam thumb drive je?
-kenapa perlu letupkan kereta? Bukan ada keperluan pun.
-muka Ashraff muda sama dgn muka Zul. Confuse hakak.
-terbayang Ashraff pakai kopiah masa tahan tebusan..haha. Panjang betul tarbiahnya ?.
......
Lakonan Datuk Rosyam Nor sumpah lima bintang tak kurang! Patut bagi standing ovation kat beliau. Serius kagum sungguh!
.....
Masa Fattah Amin nangis, satu pawagam ketawa. Dah kenapa korang ni ??
... . .
Hari ini saya tengok filem Tomb Raider dan KL Special Force. Saya lebih suka KLSF. Tomb Raider membosankan.

Saya jarang sekali menolak permohonan bantuan

Saya jarang sekali menolak permohonan bantuan. Jauh atau susah macam mana pun saya cuba bantu jika terdaya.
Kalau saya tak mampu, saya panjangkan perkara kepada sahabat² aktivis yang lain. Kalau saya tak boleh, ada lah sebabnya.
Tapi saya cukup marah bila pemohon kurang adab dengan saya kerana saya ni orang yang begitu pentingkan tatasusila ketika berurusan.
Kalau bantuan lambat dihantar, ada la halangannya. Samada jadual saya padat atau saya tak jumpa wakil untuk sampaikan bantuan.
Marah² saya sampai guna HURUF BESAR tu untuk apa? Adab mohon jaga.
Tolonglah berbudi bahasa. Saya sendiri pun hormat orang yang saya bantu, kenapa tidak kamu?
Biar miskin harta, ada yang akan menderma.
Tapi jika miskin budi bahasa, siapa pun tak suka.

Cara2 Mengesan Jin Pada Badan Mengikut Pandangan Pengamal Perubatan Tradisional Dari Indonesia :, 1

Cara2 Mengesan Jin Pada Badan Mengikut Pandangan Pengamal Perubatan Tradisional Dari Indonesia :
1. Kalau berada di dalam rumah, muka arah kiblat, dongak ke atas beberapa saat.
2. Pejam mata rapat2, baca Bismillah, dan niat nak tengok jin apa di badan kita. Tarik nafas dengan pelahan.
3. Tundukkan kepala dan dengan perlahan buka kedua2 mata.
4. Lihat bahagian pinggang kebawah.
5. Sekiranya ada jin pada tubuh kita boleh mengetahuinya semasa membuka mata tadi dengan cara mengesan jenama jin tersebut samada Lee, Levi's, Edwin, Lee Cooper, GA Blue, Wrangler dan seumpamanya.
6. Teruskan membaca istighfar, jangan marah.. kalau marah2 dah bukan jin, setan dah tu.
#copypaste

Pengalaman saya bersama dengan so call LGBT dan liberalist serta bergaul rapat dengan asatizah dan perkumpulan agama membolehkan saya melihat dari dua sudut pandang

Pengalaman saya bersama dengan so call LGBT dan liberalist, serta bergaul rapat dengan asatizah dan perkumpulan agama, membolehkan saya melihat dari dua sudut pandang.
Orang agama melihat golongan LGBT dan liberalist ini sebagai musuh yang paling besar dan perlu dimusuhi. Jangan berikan mereka ruang untuk bercakap, jika jumpa tepi jalan jangan peduli, sisih dan pulau, hukum mereka dengan hukuman paling berat. Mereka ini jangan didakwah, takut ustaz pula tergoda.
Di sisi LGBT , golongan agamawan dilihat syaitan besar yang berserban, hipokrit dan hanya tahu menghukum. Mereka enggan menerima dakwah dan nasihat dari golongan yang melihat mereka jijik dan terkeluar dari agama.
Pemikiran kedua-duanya membentuk dua kutub yang mustahil bertemu. Orang agamawan membiarkan golongan LGBT dan liberalis dari sasaran dakwah, pada masa sama LGBT dan liberalis tidak melihat agama mahukan mereka. Selesaikah masalah?
Akhirnya ada pihak yang memulakan langkah merapatkan dua kelompok ini. Sahibus Samahah Dato' Mufti Wilayah dan Ustaz Ebit Liew misalnya, mengambil langkah mendekati, bukan hanya dengan lisan, tetapi sentuhan fizikal. Dan inilah yang cuba diformalisasikan oleh Menteri agama, malangnya idea besar ini disanggahi dengan hujah sepele katanya kita mengiktiraf mereka dengan memanggil mereka 'she' instead of 'he'.
Jadi masyarakat kita mahu apa sebenarnya? Mahu semua golongan ini ditangkap, dipenjara, dibotakkan kepala, segala kopek palsu dan kemaluan diganti semula? Atau mahu mereka direjam dengan batu dan disula kerana mereka ini tidak mungkin lagi bertaubat?
Selama ini kita (baca : golongan normal) harus mengakui, bahawa kita sendiri tidak punya jawapan. Mengiktiraf kewujudan kelompok LGBT ini, tidak sama dengan mengiktiraf hak yang dituntut mereka. Kerajaan belum lagi membina tandas khas untuk mereka, membenarkan perkahwinan sejenis, atau meluluskan permohonan mereka menukar status jantina di kad pengenalan.
Ruang yang diberikan adalah untuk berdiskusi, mendengar pandangan dan cadangan mereka serta melihat kepada ruang penyelesaian. Cukup-cukuplah ahli agama lari dari realiti di depan mata dengan ugutan hukuman, seksaan api neraka atau azab kubur. Beranilah berhadapan dengan mereka dengan hujah dalil dan dakwah.

Topik Jaga Adab Aku selalu Dapat mesej macam mana nak betul kan si Polan si polan

Topik :”Jaga Adab”
Aku selalu Dapat mesej..”macam mana nak betul kan si Polan si polan...”
Aku seringkali mengelak utk menjawab sebab..
sebab aku sendiri ada hari gagal kawal kemarahan.... sebab aku sendiri masih tak mampu senyum setiap kali dibaling dengan tohmahan..
.
jom la fokus betulkan diri sendiri. toksah tanya pasal macammana nak tegur orang.
.
sbb barangkali satu dosa yang buat dia rasa malu dan hina di mata الله itu jauh lebih berharga dari pahala kita yang buat kita rasa cukup bagus di mata الله.
.
Jaga adab..., menegur dengan kasih sayang.. Jangan Gigih menegur dekat ruangan komen seolah nak menjatuhkan orang tersebut.
Before menegur, pandang diri dulu...”are we perfect enough?”
Kita semua ni masih jauhhhhhhh dari sempurna
Let’s focus on ourselves dan ubah diri sendiri perlahan2..
Jom la tido.. dah lewat..
Laila Saeda’

-How Low Can You Go-, Ini rahsia kejayaan perniagaan zaman internet

-How Low Can You Go-
Ini rahsia kejayaan perniagaan zaman internet. Semakin buruk cerita yang dijaja, semakin laris jualan.
Trend ini bermula dengan kejayaan seorang stylist, Kim Kardashian yang tiada bakat seni lakonan mahupun nyanyian. Pada permulaannya dia hanyalah perunding imej untuk Paris Hilton dan Lindsay Lohan. Tetapi sejak video seks-nya tersebar di internet, nama Kim menjadi bualan Hollywood.
Kini Kim mempunyai empayar perniagaan yang berjaya yang bernilai jutaan dollar dan tersenarai di dalam Forbes 2017.
Untuk menarik lebih ramai pengikut, beliau membawa seluruh ahli keluarganya masuk dalam industri ini. Maka terhasillah siri realiti Keeping Up With The Kardashian. Bilangan pengikut Kim di Instagram setakat hari ini ialah 108 juta manakala di Twitter pula 59 juta.
Ayah tirinya Bruce Jenner juga tidak ketinggalan dengan membuat kejutan. Dalam salah satu episod siri berkenaan, beliau membuat pengumuman untuk menjadi transgender. Tindakannya itu menaikkan rating siri berkenaan yang sudah mula lemau².
Taktik ini juga telah digunakan oleh beberapa founder produk kecantikan tempatan yang menggunakan perubahan jantina sebagai marketing tool (S & S contohnya)
Semakin rendah maruah, semakin tinggi jualan.
Kalau anda mahu terus menyokong cara perniagaan kotor begini, berikut adalah kaedah yang boleh dilakukan:
1. Teruskan berkongsi cerita mereka. Tekan butang share bila nampak video joget gedik lintas lalu di timeline. Ajak kawan kutuk mengutuk supaya ramai akan ingat nama produk. Founder akan berterima kasih kepada anda (dalam mimpi).
2. Penulis blog boleh ulaskan tentang berita selebriti/founder yang menjengkelkan tu. Sebutkan nama mereka ketika membawang. Pembaca anda akan jadi pelanggan baru mereka.
3. Sila gunakan nama mereka secara sarkastik ketika menulis komen atau berborak di kedai kopi. Setiap kali nama mereka disebut, anda telah berjaya membuat marketing secara percuma untuk mereka.
4. Tak puas hati dengan produk mereka, sila rakamkan video anda membakar, memijak, menyapu tahi pada produk tersebut dan kemudiannya sebarkan di media sosial. Ini juga marketing.
Stunt yang dilakukan oleh peniaga zaman ini adalah untuk mencapai beberapa target. Antaranya ialah:
- Supaya ramai menjaja cerita mereka
- Membuatkan peminat semakin menggila
- Membuatkan kritik semakin berkata²
- Pelukis akan menghasilkan memes untuk mereka
Setiap tindakan yang dibuat oleh peniaga² ini telahpun dibincangkan bersama team members yang terdiri daripada jentera publisiti. Ianya telah dipersetujui, skrip dikarang kemas dan didokumentasi, dan kemudiannya seluruh team bersedia dengan tindakan untuk damage control.
Mereka mahu their internet nightmare bertukar menjadi publisiti dan dari publisiti kepada income buat company.
Jadi usah hairan jika semakin hari semakin banyak iklan/cerita menyakitkan hati lalu lalang di newsfeed anda. Mereka² ini sedang berniaga.
Dan mereka perlukan anda. Ya anda.
Untuk menjadi pekerja pengiklanan percuma mereka.