Arkib 07/2019

apa bising tu kacau betul orang solat jerkah seseorang di belakang saya semasa sedang mendirikan solat Isya berjemaah di sebuah masjid besar di Bangi

"apa bising tu? kacau betul orang solat!" jerkah seseorang di belakang saya semasa sedang mendirikan solat Isya berjemaah di sebuah masjid besar di Bangi. Saya terkejut dan menyumpah di dalam hati kerana sejujurnya jeritan tersebut yang mengganggu solat para jemaah, bukannya bunyi anak-anak bermain yang dimarahi oleh suara tersebut,
Selepas selesai memberikan salam, saya lantas menoleh ke belakang bimbang jika anak2 saya yang dijerkah ketika saya sedang solat tadi. Rupanya ada dalam 3 orang kanak-kanak lain yang berada di belakang, mereka terduduk statik tidak bergerak. kasihannya mereka, mesti tengah trauma baru lepas kena jerkah.
Selepas selesai solat, saya nekad menegur perbuatan tersebut. Tetapi sayangnya teguran saya langsung dijawab dengan kasar dan masam muka. alasannya beliau adalah ajk yg mendapat arahan dari imam supaya mengawal keadaan masjid dan itu adalah perkara biasa yang tidak perlu saya kisahkan.
Huh, tak hairan lah masjid tersebut lenggang daripada kanak2 jika beginilah caranya kanak2 dilayan. Saya sendiri pernah ditampar di bahu dengan kasar "dah azan ni, tutup handphone! " oleh ajk yang sama beberapa bulan yang lepas.
Di kala rumah2 ibadat lain melakukan pelbagai perkara untuk menarik org ke rumah ibadat mereka, kita menjauhkan umat islam sendiri daripada masjid.
Berbeza sungguh dengan suasana surau di kawasan perumahan saya, anak2 dilayan dengan sangat baik. mereka bebas berlari dan bermain di dalam surau. setiap kali saya menyatakan akan ke surau, mereka akan melompat2 gembira tidak sabar2 nampaknya nak ke sana.
Teringat ceramah seorang ustaz "tak pelik kanak2 berlari2 bermain dalam masjid sebab itu memang fitrah mereka, yang pelik adalah bila kita yang sudah matang ni menyuruh mereka duduk diam dan melawan fitrah mereka."
See Translation

ABANG PILIH YANG MANA PERAWAN ATAU JANDA Apa Salahnya janda mungkin 2x ganda lg berbaloi dari perawan ye x

ABANG PILIH YANG MANA,
PERAWAN ATAU JANDA???
=========================================
Apa Salahnya janda, mungkin 2x ganda lg berbaloi dari perawan... ye x...
Kalau Reza, Reza pilih janda.....YYY???
Jom kita terjah...Zasssss~~~
----------------------------------------------
Tahun ni genap 3 tahun Sarip Dol berkahwin dengan ASBF beliau, atas nasihat consultant bertauliah ,... Sarip Dol menJandakan ASBF nya yg bernilai 100k ... dulu pon cuma 1 tahun je si Sarip ni bayar ASBF dia, tahun ke 2 n 3 dia buat rolling dvden je...
Jd Sarip dol dapat 3 bnde dari menJandakan ASBF nya:
1] Dividen 2016 = 6,750
2] Surrender value = 6,000
3] Bonus = 350
Total = RM13,100 cash in hand
Sekarang Sarip Dol rujuk semula dgn ASBF beliau dan menyulam kembali cinta lama dengan nilai yg lebih besar 200k ASBF dan dibayar dari hasil skill Janda (Rm13,100)
Harus diingatkan, Sarip x menambah dah modal untk ASBF dia.... apa yg dapat cash in hand(13,100) tu je dia refinance ASBF n buka ASBF yg 200k ni...
Maka cinta si Sarip kembali mekar dan lebih berbunga 2 kali ganda dari sebelumnya....
Masakan tidak, kalau dia x menjandakan ASBF dia,
Kalau pencen nnt dapat 100k je, tp Sarip bijak dan menggunakan skill janda bergetah dan dapat 200k...
Sarip bersyukur, ... dipertemu skill Janda Bergetah...
Tuan Puan kurang faham bolehlah rujuk kepada Ikma Rizal... akan disuluh kefahaman dlm malam yg gelap khusus buat anda...
-REZA-

Live Analisis dan Perbahasan 1 Isu Penempatan Mangsa Kebakaran di Kampung Darau Kota Kinabalu

Live: Analisis dan Perbahasan
1) Isu Penempatan Mangsa Kebakaran di Kampung Darau, Kota Kinabalu.
Mengapa orang-orang UMNO-BN mahu halang kerajaan Warisan menyelamatkan warganegara Malaysia yang mahu diberi penempatan kekal?
2) Isu Pemutihan Pekerja Asing
Mengapa UMNO-BN dan parti STAR serta Gabungan Sabah menganggap Program Pemutihan ini adalah projek pemberian MyKad sedangkan ia adalah isu mengemaskini data dan maklumat Pekerja Asing di Sabah?
3) Dasar-Dasar Reformasi Pendidikan Malaysia
Mengapa UMNO-BN menggelapkan dan memperlekehkan usaha cemerlang Dr Maszlee Malik untuk meningkatkan kualiti sistem pendidikan nasional?
Jemput ahli-ahli penyokong pembangkang yang jahil memaki.
Checkmate!

Abdullah Abu Bakar Engku Zamri MENGAKU BERJUANG MENEGAKKAN DAULAH KHALIFAH

Abdullah Abu Bakar & Engku Zamri
MENGAKU BERJUANG MENEGAKKAN DAULAH KHALIFAH.
MENGAKU IKUT PERTUNJUK AL-QURAN DAN AL-SUNNAH.
Saya tidak ada masa untuk melayan orang yang bersifat munafik. Bercakap lembut gigi dari lidah, tetapi sebenarnya bertujuan untuk membangkitkan keraguan. Dalam masa yang sama juga penuh dengan prasangka jahat, menghina, mencerca semata-mata tidak sealiran dan sependapat dengannya.
Bertanyakan satu soalan tentang "Apakah Toghut", dalam masa yang sama terus menyumpah seranah, memaki hamun (keluar ayat menjadi bacol, munafik dan dah mampus) semata-mata tidak menjawab soalan yang mereka berikan. Seorang sahabat (Sawa Dikap) menegur dan mempersoalkannya, lantas di COP sebagai "Kamu bukan orang Islam". Adakah mereka ingat, Allah tidak akan soal mereka diakhirat kelak?
Inikah orang yang mengaku ikut pertunjuk Al-Quran dan Al-Sunnah? Inikah orang yang mengaku berjuang menegakkan Daulah Khalifah? Inikah akhlak Islam? Inikah akhlak yang diiteladankan oleh Nabi Saw?
Padanlah seorang lagi sahabat, (Mohammad Mulia) telah berhujah menasehati saya:- "Tak payah layan provoke puak2 ni. Depa nak suruh kita dengar cakap Depa tapi Depa sendiri menghina ulamak-ulamak dan mengkafirkan orang, ibarat nak pinang anak gadis tapi lempar najis kat muka bakal pak mentua..Akal takda!"
Sebenarnya dapat dibezakan orang yang bertanya untuk mengetahui apa yang tidak diketahui dan bertanya untuk menimbulkan syak. Kadang-kadang tidak puas hati itu sebab lain tetapi ditimbulkan keraguan dalam perkara lain. Ini bukan sangka buruk tapi hakikat.
Allah Swt telah mengingatkan manusia akan kecelakaan dan kehinaan yang akan menimpa sekiranya tidak dipelihara perhubungan yang sebaik--baiknya antara manusia dengan Allah dan antara manusia dengan manusia dari segi akhlaknya. Walaupun bangsa apa sekalipun. Agar perhubungan dengan Allah tidak terputus. Ia berakhlak dalam melakukan hubungan dengan Tuhan, ia berakhlak dalam melakukan perhubungan dengan manusia. Akhlak itu wajib jadi pakaian Muslim. Baik sebagai peribadi ataupun sebagai anggota masyarakat. Akhlak Islam ialah akhlak mulia sebagai yang diteladankan oleh Nabi Saw.
Taqwa dan Akhlak penjamin ke Syurga.

GEMOK GEMOK GEMOK Apa yang membuatkan anda gemuk Terlalu banyak kalori yang diambil atau tersalah mengambil kabohidrat

GEMOK! GEMOK! GEMOK!
Apa yang membuatkan anda gemuk?
Terlalu banyak kalori yang diambil atau tersalah mengambil kabohidrat?
wasap.my/60199084367/Puri5+RM38
Punca obesiti dan masalah berat badan yang sebenarnya adalah ketidak seimbangan tenaga atau, bahasa mudahnya, kalori yang di ambil dengan kalori yang digunakan, x balance.. makan bnyk, exercise kurang..
Actually, makan la apa benda pon, bukan stakat karbo je, even protein skalipun, kalau diambil secara berlebihan, tetap boleh merosakkan badan.. jadi, berpada2lah ketika makan! Bukankah Islam itu mengajar kita supaya mengamalkan kesederhanaan..
Jadi jangan salahkan nasik, jangan salahkan roti, salahkan tu, salahkan ni, tapi check balik apa yang kita makan dan apa yang kita buat hari2.. boleh?
wasap.my/60199084367/Puri5+RM38
wasap.my/60199084367/Puri5+RM38

Sebesar besar kawasan makan di sini satu sudut khas dikhususkan untuk Para Bujang yang datang

Sebesar-besar kawasan makan di sini, satu sudut khas dikhususkan untuk Para Bujang yang datang. Mungkin hanya 1/10 sahaja daripada keluasan keseluruhan tempat makan. Dinding penghadangnya dinaikkan lebih tinggi. Terlindung pandangan mereka.
Tahun ini tahun ke 8 kami bermukim di sini. Lalu kami semakin yakin, kisah-kisah yang sering didengari dan dilakonkan bagaimana kasarnya kaum lelaki Arab berurusan dengan wanita, betapa para isteri ditekan dan dilayan buruk para suami, betapa lelaki seperti raja sentiasa adalah kisah terpencil yang sengaja diperbesarkan.
"Rasanya lelaki yang being discrimanated kat sini," seloroh suami.
Sungguh...lelaki bujang (belum berkahwin mahupun jalan bersendirian) di sini dibataskan percampuran. Ia antara nikmat besar bagi kaum wanita.

Sempena bulan kemerdekaan kali ini Pemuda Isma mencadangkan kepada Menteri Belia dan Sukan Bro Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk menjalankan kempen semarak patriotisme dalam kalangan belia dengan melaksanakan program dan aktiviti penghayatan sejarah Tan

Sempena bulan kemerdekaan kali ini. Pemuda Isma mencadangkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Bro Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk menjalankan kempen semarak patriotisme dalam kalangan belia dengan melaksanakan program dan aktiviti penghayatan sejarah Tanah Melayu dan perjuangan menuntut kemerdekaan sepanjang penjajahan dan penjarahan British, Jepun dan Komunis secara interaktif dan menarik.
Kami yakin kempen seperti ini dapat melahirkan belia yang rasional dan berilmu seterusnya melahirkan kecintaan kepada agama, bangsa dan negara. Ia juga diyakini dapat mengeratkan kesatuan dan memupuk kedamaian dalam kalangan rakyat Malaysia.
Diharapkan Bro Saddiq sudi menerima cadangan dari kami.
Terima kasih.
#ininegaraperjuangan
Muslim Bin Abdullah Zaik
Exco Penerangan dan Kajian
Pemuda Isma

Isu sippy cup If it s me anak2 hanya gunakan sippy cup untuk minum air kosong

Isu sippy cup.
If it's me, anak2 hanya gunakan sippy cup untuk minum air kosong.
Air bergula bersusu tidak.
Air manis jarang2 minum dalam sehari.
Jika minum pun, anak2 lebih suka guna cup sama macam kakak2 dan abang mereka gunakan.
Penggunaan sippy or trainer cup/bottle sangat2 minimum dlm hidup diorang. Mungkin untuk beberapa bulan sahaja.
Atau sekali sekala bila travel.
Atau langsung tak guna.
Tempoh peralihan ke peringkat minum cara org dewasa agak singkat.
Saya dan suami memilih parenting yang back to basic.
Lebih senang untuk kami.
Lebih jimat juga untuk kami.
Kurang isu nak dirisaukan.
InshaAllah.
See Translation

Betul ke ketuk paku pada kayu boleh hilangkan sakit gigi

Betul ke ketuk paku pada kayu boleh hilangkan sakit gigi? ??.
Sungguh senang rupanya nak hilangkan sakit gigi. Hanya ketukkan saja paku, boleh terus hilang sakit gigi.
Tetapi masalahnya versi ketuk paku pada papan kayu ini pun ada banyak versi, yang mana satu pula kita hendak percaya? ?
1. Kaedah ini pernah diajarkan oleh Allahyarham Ustaz Haron Din. Kaedah Allahyarham lebih panjang kaedahnya daripada yang lain. Anda perlu melukis satu simbol (gambar) di atas kayu, kemudian niatkan gigi apa dan nama si polan yang sakit gigi.
Sebelum mengetuk paku, dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Anda boleh ketuk sehingga 3 batang paku dan yakinlah ia akan menyembuhkan. Kaedah ini disudahi dengan membacakan ayat-ayat suci Al-Quran pada air dan diminum serta disapukan air itu pada muka pesakit.
2. Sementara itu di Kelantan, seorang lelaki dikenali sebagai Pak Soh, dikhabarkan seluruh negeri mendapatkan khidmatnya. Pesakit perlu duduk di atas papan dan Pak Soh akan memaku papan tersebut sambil membaca aya-ayat suci Al-Quran.
Tindakan memaku papan tersebut adalah simbolik untuk mematikan "ulat" gigi.
3. Kaedah yang lebih kurang sama turut diamalkan di Negeri Sembilan. Pesakit perlu memberitahu nama penuh, dan Pak Rais akan memaku papan untuk menghilangkan sakit gigi. Kaedah Pak Rais ada pantang larangnya.
Paku tadi tidak boleh dicabut selagi rasa sakit pada gigi belum hilang. Jika dicabut awal, sakit gigi akan bertambah parah.
4. Lain pula ceritanya di Indonesia. Paku diletakkan pada gigi yang sakit. Niatkan kesakitan si polan (sebut nama) dipindahkan kepada paku, lalu paku diketuk kepada batang pokok pisang. Perawat perlulah melakukannya dengan niat menolong, bukan mengambil keuntungan.
Mudah kan? Anda tidak perlu lagi ke klinik gigi.
Tetapi adakah kaedah di atas berkesan? Entahlah. Tetapi saya yakin dan percaya sakit yang hilang itu hanyalah bersifat sementara.
Dalam kisah Pak Rais misalnya, dikatakan si pesakit sudah berguling-guling kerana kesakitan. Itu tandanya gigi sudah mengalami jangkitan yang teruk. Bagaimana sebatang paku yang tidak ada keena mengena dengan gigi tadi boleh merawat sakit gigi itu?
Begitu juga Pak Soh yang mahu matikan "ulat" gigi. "Ulat" atau mungkin yang mahu disebut ialah bakteria yang menjangkiti saraf gigi perlu kita "matikan" dengan antibiotik. Bukan dengan duduk-duduk sahaja.
Kalau pesakit sakit gigi dan kita bekalkan antibiotik, kita nasihatkan pesakit untuk datang semula supaya gigi itu boleh dirawat sama ada untuk dicabut atau perlu menjalani rawatan kanal akar. Kalau tidak, sakit boleh berulang kembali. Kerosakan pada gigi yang tidak dirawat boleh menjadi ruang untuk berlakunya jangkitan bakteria lagi.
Jadi, bagaimana dengan ketuk paku, boleh dikatakan sembuh dari sakit gigi, dan ada juga yang berkata tidak perlu lagi ke klinik gigi?
Sedangkan versi ketuk paku pada papan kayu ini pun ada pelbagai versi, yang mana satu pula kita hendak percaya?
Sumber:
1) Video Perubatan Sakit Gigi Alternatif oleh Prof. Dato' Dr. Haron Din
2) Artikel daripada Sinar Harian, Rawat Sakit Gigi Cara Tradisional tulisan Zumurni Hamzah
3) Artikel daripada Mastika. tulisan Khairunnisa Sulaiman
Xem bản dịch

Apakah masakan paling lazat yg berada di dunia

Apakah masakan paling lazat yg berada di dunia?
Semestinya masakan IBU.
Abang yakin, jika ditanya pada Isteri korang pun, dia akan jawab masakan ibunya yang paling lazat.
Sedekah kan Al-Fatihah utk ibumu yg sudah menghadap pencipta.
Jenguklah ibumu yang masih ada.
Ibu, ku ingat dahulu, menyisir rambutku..kemas selalu, sayang berpanjangan...membawa ke syurga...kasih nya ibu...
Ayah, menghantar ke sekolah, bergunalah ilmu bila dewasa...lapar dan dahaga.. rela berpayahan..setianya ayah.
*Khas buat semua yg masih punyai kenangan bersama ibu dan ayah....