Arkib 06/2019

ANDA PELANGGAN INTERNET JALUR LEBAR MAHU MENONTON RIBUAN MOVIE TV SERIES BOLA DAN BERMACAM2 LAGI PADA WAKTU MENGIKUT KESESUAIAN ANDA

ANDA PELANGGAN INTERNET JALUR LEBAR?
MAHU MENONTON RIBUAN MOVIE, TV SERIES, BOLA DAN BERMACAM2 LAGI PADA WAKTU MENGIKUT KESESUAIAN ANDA?
HARGA DARI RM 270-DEMO AVALIABLE
➡WHATSAPP KAMI
+60182420485
YANG PENTING TIADA BAYARAN BULANAN!!
Hanya Perlukan Android Box Edaran Kami & Line Internet Unlimited Dengan Kelajuan Sekurang Kurangnya 4mbps
Lagi Banyak Channel Boleh Tengok Dari @sterok
Beribu Movies
Beribu rancangan TV
Beratus Sports Channels
Siaran & Rancangan Tempatan Dan Antarabangsa
Dokumentari
Rancangan Masak-masak
Kartun, konsert... Macam-macam lah!
YE BROOOOO, TIADA BAYARAN BULANAN
FREE SEUMUR HIDUP !!!
➡WHATSAPP KAMI
+60182420485
Dapatkan X96 - Android Box Edaran Kami Yang Terbaru Dengan Chipset Amlogic Terkini Dan Android 6.0 Marshmallow - STABIL & PANTAS
➡Latest Amlogic Chipset S905X
➡Android 6.0 Marshmallow
➡GPU Penta Core Mali 450
➡ARM Cortex A53
The Cortex-A53 delivers significantly higher performance than the highly successful Cortex-A7 - rujukan website ARM Cortex
Melebihi Spesifikasi Kebanyakan Android Box Di Pasaran Sekarang Dengan Harga Yang Jauh Lebih Murah
➡➡ HARGA X96 EDARAN KAMI HANYA RM270!! ⬅⬅
Untuk lebih informasi dengan maklum balas pantas
➡WHATSAPP KAMI
+60182420485

Curang I Sekali berlaku buat pasangan jadi batu

Curang I : Sekali berlaku, buat pasangan jadi batu.
Lewat petang itu saya menerima mesej dari seorang sahabat, “Sis, boleh tak saya beri nombor telefon sis pada kawan lama kita yang perlukan nasihat undang-undang?”. Saya lantas menjawab boleh. Ya, nombor telefon saya ini bukan lagi peribadi. Untuk bisnes Shaklee, Thai Silk dan konsultasi percuma. Semua nombor yang sama.
Keesokan paginya, saya menerima panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali. Dia perkenalkan diri. Seorang lelaki yang masih bergelar suami. Dia mahukan nasihat dari saya kerana isterinya mahu mohon fasakh. Antara alasannya kerana kegagalan suami memberi nafkah, suami mendera secara mental dan suami curang. Adakah suami mengakui alasan? Ya, tetapi dia juga punya pernyataan pembelaan.
Sebagaimana yang saya sering ingatkan, suami perlu isytiharkan pendapatan bulanan anda pada isteri. Supaya isteri boleh buat kira-kira berapa peratusan pendapatan anda yang anda belanjakan untuk keluarga dan diri sendiri. Walau isteri anda mungkin sedikit dungu dalam matematik seperti saya, tetapi kami boleh faham tentang hal ehwal duit sebegini. Isteri, perlu faham tentang keutamaan carta perbelanjaan suami ialah diri dia, isteri, anak, kemudian barulah dituruti oleh ahli keluarga lain. Maknanya, kalau suami ada hutang kad kredit, personal loan, hutang belajar dan segala hutang piutang lainnya, maka dia perlu lunaskan hutang piutang tersebut, kemudian barulah menyempurnakan nafkah kepada isteri dan anak-anak. Tapi, suami juga jangan ambil kesempatan atas prinsip ini. Maka duit gaji dia digunakan bayar hutang piutang motor besar bagai, manakala isteri tanggung semua hal ehwal rumahtangga. Konsep biar papa asal bergaya itu, sila aplikasi masa kalian bujang. Bila dah kahwin, kepapaan kalian menyusahkan isteri dan anak-anak. Ukur baju di badan sendiri kalau nak ambil motor besar mahupun personal loan.
Ok. Kita balik kepada isu kisah tadi. Antara punca si isteri merasakan suami kurang dan tak beri nafkah ialah kerana membandingkan kehidupan mereka dengan ipar duai yang lebih selesa kehidupannya. Sebab itu, tidak salah kita kenal pasangan kita sebelum berkahwin. Jika anda menerima dia sebagai orang yang tidak punya apa-apa suatu masa dahulu, maka janganlah menaruh harapan bahawa dia akan menjadi ‘somebody’ suatu hari nanti. Bersedia untuk terima dia sebagaimana dia yang anda kenal. Jika anda menerima dia dengan anggapan dia akan mewarisi harta keluarga, maka niat anda itu mungkin boleh buat anda kecewa suatu hari nanti.
Dari kisah isteri pula, suami curang bukan sekali tetapi dua kali kedapatan. Alasan, kerana isteri beri silent treatment dan menjadi ‘batu’. Tidak berkongsi rasa. Tidak mahu bergurau senda. Para suami, sebenarnya jangan curang walau sekali. Kerana curang yang pertama kali boleh jadi sumpahan yang menukar isteri anda kepada batu. Isteri cuba keraskan hati dan diri, kerana itulah cara mengubat hati. Sebenarnya isteri pada fasa ini adalah memerlukan para suami untuk mengambil hati dan berubah menjadi setia. Isteri pula, sepatutnya mencari titik punca di mana ruang curang itu terbuka. Faktor tolakan isteri (bersikap dingin) serta factor tarikan pihak ketiga (bersikap prihatin dan mendengar keluhan). Kadang kala ianya adalah bermula dengan luahan rasa, “isteri aku selalu balik lambat. Tak masak” atau “isteri aku selalu sibuk, tiada masa nak solat Jemaah”. Jika kita terlalu sibuk, atur semula jadual dan beri sedikit kelapangan untuk aktiviti keluarga. Jika kita selalu letih, tiada masa melayan suami, cari sedikit masa untuk beri rawatan dan belaian pada diri. Jika benar kita sayang pada suami, maka carilah jalan semula untuk tawan hati dia. Ya, ini solusi terbaik untuk ruang curang kali pertama. Kad peluang ini hanya ada 2 kali untuk para suami gunakan. Kadangkala ianya hanya satu kad sahaja. Bergantung kepada tahap kecurangan anda. Jika ianya tahap zina, maka wajar wujudkan satu kad sahaja. Jika ianya masih di tahap teman tapi mesra, mungkin 2 kad peluang boleh digunakan. Jangan persiakan kad peluang. Kebanyakan masa, 2 kad adalah limit. Jika suami/isteri mengulangi perbuatan curang, maka cukuplah memberi peluang. Sayangi diri sendiri.
Si isteri juga mengadu tentang segala-galanya atas tanggungan dia. Walau si suami ada menyumbang, tetapi dia tetap inginkan cash money di tangan. Saya cuma menasihatkan suami untuk bersedia menunjukkan ke arah mana pendapatan bulanan dia dihabiskan. Jika terbukti untuk berjoli katak, maka habislah nasib dia. Tadi dia tunjukkan saya komitmen dia. Nyata, hidup kita masa kita terpaksa membayar bulanan yang besar untuk sekeping kad plastic. Tetapi kadang kala atas sekeping kad plastic inilah kita mampu survive hidup zaman ini.
Paling kasihan, si suami sebenarnya adalah punya OCD. Isteri menyatakan bahawa suami sering memberi tekanan padanya. Semua serba tak kena. Marah-marah kerana tak cuci pinggan atau cuci pinggan tak bersih. Orang OCD memang tidak boleh nampak benda tidak teratur. Dia perlu semua nampak kemas dan sistematik. Kadang kala kita akan delay basuh pinggan sekejap atau terhenti sebab mengejar sesuatu yang lain (macam madam sebab kejar cerita k-drama lah jadi delay..ahahhaa) tapi bagi suami itu buat dia risau dan membebel. Saya nasihatkan si suami untuk pergi terapi bagi mengawal OCD dengan lebih baik.
Si suami benar mahu selamatkan perkahwinan. Si isteri keras mahu menamatkan hubungan. Permohonan fasakh telah difailkan. Saya hanya mampu menasihatkan beliau untuk satu sesi kaunseling bersama isteri, berusaha tawan isteri semula serta taubat dan minta dengan bersungguh-sungguh akan kesejahteraan rumahtangga sampai ke syurga. Saya tidak punya tongkat sakti untuk menjadi ibu peri dan merubah segalanya ikut kemahuan emosi dia sebagai suami. Tetapi saya punya sedikit ilmu dalam bidang syariah dengan emosi sebagai wanita untuk bantu dia mencapai kebahagiaan rumahtangga dunia dan akhirat.
Akhir pesan saya pada dia, tetapi sekiranya sakinah dan mawaddah itu telah benar-benar tiada..maka bersedialah untuk melepaskan dia secara perlahan-lahan dengan baik.
Yang sentiasa mencari sakinah mawaddah
Madam Khairiah Hameed
Xem bản dịch

Pagi-pagi lagi si Cikgu Korea Mohd Fadli Salleh bising pasal ada ibu bapa yang sanggup gadaikan maruah menipu jumlah pendapatan keluarga semata-mata...

Pagi-pagi lagi si Cikgu Korea Mohd Fadli Salleh bising pasal ada ibu bapa yang sanggup gadaikan maruah menipu jumlah pendapatan keluarga semata-mata nak ambik Bantuan Awal Persekolahan RM100.00.
Yang menipu tu pulak bukan sembarangan. Kereta berbuah-buah. Rumah sana sini tapi ngaku pendapatan bawah RM3000.
Sanggup tipu payslip yang akhirnya menjejaskan hak mereka yang sepatutnya terima bantuan tu.
Ni aku nak cadang sesuatu kat cikgu yang jaga APDM. Orang macam ni jangan bagi muka sangat. Kalau ngelat nak bagi maklumat pendapatan, cikgu letak pendapatan dia RM9999.99 dalam sistem tu. Biar padan muka dia!
Like ? Puaka Bersekutu
#ahboonohahboon
- Geramji!

Sesape yang perasan, semalam aku ada post tentang pertemuan antara Puaka dan Naga

Sesape yang perasan, semalam aku ada post tentang pertemuan antara Puaka dan Naga.
Ye...semalam aku berpeluang jumpa salah seorang geng Naga Pencen si Wan Ahmad Faiz Marzuki
Borak punye borak... aduhh.. mak aiii. Baru aku tau yang brothers dalam geng Naga Pencen ni bukan calang-calang orang weyhh. Hebat-hebat belaka.
Semuanya jenis orang yang berjaya. Almost semua mereka ni bakal jutawan dan dah ada pun antara mereka ni memang betul-betul jutawan.
Jeles? Ya. Memang aku jeles dengan kejayaan diorang. Semalam aku rasa kecik sangat dengan geng naga pencen ni.
Dengar-dengar tak lama lagi diorang nak buat trip ke China. Hebat betul. Harapnya satu hari nanti aku pun berjaya juga macam diorang. Kau tolong la doakan ya!
Dalam aku dok cemburu diorang nak ke China tu, Alhamdulillah. Allah bagi aku sedikit penenang hati. Tak semena-mena ada pulak hamba Allah kongsi kat aku satu platform komuniti bisnes yang ada kaitan dengan bisnes borong di China.
Jadi, walaupun aku belum berkesempatan ke China, ia bukan satu halangan untuk aku berniaga barangan dari China macam orang yang dah ke sana.
*****
Pernah dengar Foxee? Foxee ni ada menyediakan platform komuniti bisnes yang sistematik.
Kat Foxee ni mereka kumpulkan peniaga-peniaga online di satu tempat.
Dalam Platform Komuniti Perniagaan Foxee ada 2 keahlian utama iaitu:-
1) Foxee LUNA (Lubuk Shopping China) di mana kalian boleh belajar cara borong barang dari China secara online tanpa perlu ke sana.
2) Foxee UNITY (Hanya untuk Advance Level) di mana ahli UNITY dapat menajamkan kemahiran sedia ada melalui eLearning Centre. Antara ciri-ciri yang akan ada didalam eLearning adalah Courses, Tutorial, Video Tutorial, Webinar serta UNITY Directory.
Dengan yuran promosi serendah RM100 (diskaun dari harga asal RM180) kalian berpeluang untuk :
1. Belajar cara membeli barang dari negara pengeksport terbesar dunia iaitu China.
2. ‎Mempelajari teknik asas bisnes online.
3. ‎Sertai komuniti peniaga-peniaga online yang lain untuk mengembangkan lagi bisnes anda.
Untuk mendaftar kalian boleh
KLIK SINI: www.foxee.my/lubukshoppingchina
KLIK SINI: www.foxee.my/lubukshoppingchina
KLIK SINI: www.foxee.my/lubukshoppingchina
atau
Boleh juga ke Whatsapp
www.wasap.my/+60183146194/FOXEEPROMO
#paidpromo
#puakabersekutu

Semalam Ah Boon terbaca post Datin Norazlin Haji Abusman tentang Sambal Pak Leman yang dia selalu bawa bila travelling ke oversea

Semalam Ah Boon terbaca post Datin Norazlin Haji Abusman tentang Sambal Pak Leman yang dia selalu bawa bila travelling ke oversea.
Nampak gayanya lepas ni Datin ada lebih pilihan untuk dibawa. Ye la, bukan mudah sebenarnya nak mencari makanan yang sesuai untuk tekak melayu kita di negara orang.
Terima kasih la kepada brother Ikram Al-Banjari atas inisiatif sebegini.
Kepada kawan-kawan yang ada plan nak travel tu...tak kira la atas apa tujuan sekalipun, jemput la jengok wall Brother Ikram ni ya!
Adios!
LIKE ? Puaka Bersekutu
#ahboonohahboon

Kawan-kawan

Kawan-kawan...
Kalian tahu tak sekarang ni geng Puaka Bersekutu ada kendalikan satu kelas tuisyen online? Kelas ni kami jenamakan sebagai Kelas Tuisyen Cikgu Korea. Kenapa Korea? Sebab kelas ini diajar penuh oleh Cikgu ala Korea pantai Si Mohd Fadli Salleh tu.
Kat bawah ni aku ada screenshot salah satu testimoni jujur lagi ikhlas dari ibu bapa yang dah pun mendaftar dan dah pun hadam video-video PdP yang kami kongsikan.
Sungguh! Testimoni ni memang benar. Aku sendiri pun ajar anak-anak aku guna cara yang Cikgu Korea ni tunjuk. Alhamdulillah, bertambah minat anak-anak aku nak belajar matematik.
Hashtag kami #matemateeth tu selain refer kepada gigi si Fadli yang besar batu cincin tu, ia juga kami rujuk sebagai matematik + senyuman (orang senyum kan nampak gigi, betul tak??).
Simboliknya kami nak orang melihat matematik ni sebagai satu matapelajaran yang menyeronokkan untuk dipelajari. Bukan lagi cliche orang lama yang menganggap matematik ni susah.
Jadi, kalau kalian nak anak-anak kalian enjoy belajar matematik...meh join Kelas Tuisyen Cikgu Korea ni. Pasti MANTAP!
LIKE ? Puaka Bersekutu
#ahboonohahboon

Hari ni pagi-pagi lagi kakak aku ada kongsikan dalam grup whatsapp family aku satu amalan yang baik untuk sama-sama kita amalkan

Hari ni pagi-pagi lagi kakak aku ada kongsikan dalam grup whatsapp family aku satu amalan yang baik untuk sama-sama kita amalkan.
Dikhabarkan sesiapa amalkan dua ayat ni sebanyak 7 kali setiap selepas solat fardhu, Insya Allah biiznillah:
1. Jika dia seorang yang hina, akan Allah angkat darjatnya
2. Jika dia seorang yang kalah, akan Allah berikan pertolongan kepadanya
3. Jika dia seorang yang kesempitan, akan Allah berikan kelapangan
4. Jika dia seorang yang berhutang, akan Allah permudahkan dia melunaskan hutang-hutang
5. Jika dia seorang yang berada di dalam kesusahan, akan Allah hilangkan kesusahannya
6. Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupannya, akan Allah kurniakan kelapangan dalam hidup.
Bacalah Surah At-Taubah
Ayat 128
“Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAlaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem”
Ayat 129
“Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem”
*Sebaiknya baca yang jawi untuk elakkan kesilapan sebutan ya.
Yang rasa amalan ni bermanfaat untuk dikongsi, silakan. Yang baik kita dahulu-dahulukan. Yang kurang baik tu sama-samalah kita tinggal-tinggalkan.
LIKE ? Puaka Bersekutu
#ahboonohahboon

Ramai yang bertanya kurang minum air di bulan Ramadan ni ada kesan buruk pada buah pinggang ke jika terus makan supplemen

Ramai yang bertanya, kurang minum air di bulan Ramadan ni ada kesan buruk pada buah pinggang ke jika terus makan supplemen?
Meh saya kongsikan jawapan dari Dr. Norman Nawawi akan isu yang sama.
Dr Norman cakap,
"Tak. Minum la air banyak waktu malam. Suplemen tak merosakkan buah pinggang. GULA la yang rosakkan buah pinggang."
Saya harap kita dapat sama-sama ingat bahawa gula pemanis MEMBUNUH!
Seterusnya, dapat suntik kekuatan diri untuk kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman kita seharian. Boleh?
Moga teman teman lebih yakin untuk terus istiqomah amalkan suplemen.
Selamat berjuang dan selamat malam semua.

Kami yang paling selamba Parti lain sibuk melobi nak jadi calon kami relax jer dah confirm bertanding

Kami yang paling selamba.
Parti lain sibuk melobi nak jadi calon kami relax jer dah confirm bertanding .
Parti lain sibuk berkempen ceramah sana sini hadir berbagai Majlis kami elok jer lepak kedai mamak.
Parti lain sibuk tabur bermacam janji manis mu bagi itu dan ini kami pulak dok tunggu orang belanja makan.
(Calon / wakil atau agent dilarang untuk memberi atau belanja untuk meraih Undi).
Parti lain sudah mengeluarkan Manisfesto kami akan merangkumi semua sekali menjadikan satu dlm Manisfesto kami.
Falsafah Perang Sun Tzu:
'Sembunyi di balik muka cerdik mu , mabuk atau gila utk menyebabkan mereka kebingungan tujuan dan moif anda.
Perangkap lwn anda ke dlm sikap meremehkan kemampuan anda sampai pada akhirnya terlalu yakin angkuh sombong sehingga menurunkan tahap pertahanannya '.
'Pada situasi ini dan ketika saat itu anda akan menyerang sehingga mereka lari lintang pukang'.
'.Pak lu cap ko lu '
Fb: Azam Aziz
#buzze4pandan

6 Julai 2018 Jumaat 22 Syawal 1439 Hijrah Tahun Vilambhi Bulan Aani Hari 22 戊戌年5月初23日 9 00 mlm KRT Taman Perumahan Wakaf Tembesu Daerah Kuala Nerus ب س ـــــــــم ٱلله ٱلر ح ـم ـ ن ٱلر ح ـــــــيم

* 6 Julai 2018 (Jumaat)
* 22 Syawal, 1439 Hijrah
* Tahun Vilambhi Bulan Aani Hari 22
* 戊戌年5月初23日
9.00 mlm
KRT Taman Perumahan Wakaf Tembesu
Daerah Kuala Nerus
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
大家好
Vanakam
SALAM PERPADUAN
PENGALAMAN HADAPI BANJIR 2014 BINA IKATAN KEJIRANAN KOMUNITI YANG KUKUH
Kesejahteraan dan keharmonian penduduk di sini telah diperkukuhkan dengan pengalaman banjir besar yang tidak dapat dilupakan sehingga hari ini.
Banjir yang melanda tanpa mengira latar belakang dan ideologi politik, status mobiliti dan sebagainya telah membina ikatan kejiranan yang kukuh kerana wujud perasaan kasih sayang serta semangat tolong menolong yang tinggi di kalangan penduduk .
Penduduk yang mengakui bahawa hubungan mereka yang semakin erat seperti sebuah 'keluarga' ini telah berjaya dipupuk dan dikekalkan melalui banyak aktiviti anjuran KRT dan NGO yang ada. Ada aktiviti yang mereka laksanakan ini telah dijadikan sebagai aktiviti tahunan.
Gabungan kerjasama yang seharusnya dipuji dan dicontohi melibatkan KRT, persatuan pendududuk, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysis (PBSM) dan Surau.
Majlis ini juga tidak banyak menggunakan perbelanjaan kerana sebahagian jamuan yang disediakan ini adalah hasil sumbangan / 'potluck' jiran tetangga di sini.
Tahniah Encik Alias b. Abd Aziz - Pengerusi KRT Taman Perumahan Wakaf Tembesu, Encik Muhammad Azmi b. Mohamad - Pengerusi Taman Desa Darul Iman dan Tuan Hj Muhamad Ramli b. Nuh - Pengerusi PBSM Daerah Kuala Nerus.
Turut hadir Puan Noor Aida Yusniza bt. Yusoff - PPP Kuala Nerus mewakili PPD dan Encik Zulkifli - Pengarah PBSM Terengganu.
Terima kasih
"PERPADUAN DI HATI"
Perpaduan Negara Tanggungjawab Bersama
国民团结, 人人有责
தேசிய ஒற்றுமை நமது தலையாயக்கடமை
Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh
团结就是力量
ஒன்றுப்பட்டால் உயர்வு இல்லையேல் தாழ்வு