Arkib 05/2019

ب س ــــــــم ٱلل ه ٱلر ح م ـن ٱلر ح ـــــــي م

بِسْــــــــمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِـــــــيْمِ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
"KEMBARA MAHABBAH KLUANG :
MEMPERKASA AQIDAH"
[AL-FADHIL USTAZ MUHADIR BIN HJ JOLL AS-SANARIY HAFIZHOHULLAH]
————————————————————
( 1 )
"DAURAH KHAS BERKITAB : TAUHID SIFAT 20 SUATU ASAS PENGENALAN"
( InsyaAllah kupasan kulit ke kulit oleh Al-Fadhil Ustaz)
09 Februari 2018
JUMAAT (9.00 PAGI - 4.00 PTG)
Dewan TAFAQQUH As-Syafie,
Pondok Anwarul Mahabbah, Kg Rahmat Sri Lalang, Kluang.
Pendaftaran RM20
(sarapan dan makan tengahari disediakan)
Daftar ditalian 017 7200545
————————————————————
( 2 )
KULIAH MAGHRIB : ASAS PENGENALAN TAUHID SIFAT 20
09 Februari 2018
JUMAAT (7.30 mlm - 9.30 mlm)
Masjid Jamek Sri Lalang.
————————————————————
( 3 )
KULIAH SUBUH :
ASAS PENGENALAN TAUHID SIFAT 20
10 Februari 2018
SABTU (6.00 pagi - 7.00 pagi)
Madrasah Arabiah Kluang.
————————————————————
( 4 )
MULTAQA MUROBBI : PENDIDIKAN MEMPERKASAKAN AQIDAH
10 Februari 2018
SABTU (8.30 pagi - 12.00 tghri)
Tempat : Dewan Seminar Masjid Jamek Bandar Kluang.
Anjuran oleh : Unit pendidikan Islam,
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kluang
————————————————————
Muslimin Muslimat dijemput HADIR.
Pertanyaan lanjut : Whattsapp 017 7200545
Kembara Mahabbah dibawa oleh Pertubuhan Pengajian Anwarul Mahabbah Kluang

Wahai adik aqilah bersabar ya aunty kwn2 akn pnjgkan bantuan agar adik aqila dapat mbuat bilik khas pulang ke rumah

Wahai adik aqilah, bersabar ya.. aunty & kwn2 akn pnjgkan bantuan agar adik aqila dapat mbuat bilik khas & pulang ke rumah..
Kesian kat adik aqilah, sakit usus kronik..sejak lahir tak dpt lg pulang ke rumah shingga skrg 1tahun6bulan.. walaupun aunty tak kenal, terasa dekat dengan adik aqilah.. sbb aunty jugak ade ank bnma muhammad al-fateh.. kalau fateh demam sikit pun aunty da tak keruan..allahhh
bagaimana la ibu adik aqila merasainya.. tp yg pasti ibu, ayah & adik aqila kuat..kalau tidak, allah x akn uji adik & skeluarga..
Penderitaan adik ni pernah masuk kt tv1, tapi mungkin masih belum cukup.. Jom sama2 share & bntu.. walaupun RM1 sudah cukup bmkna utk adik ni.. lagi2 dibulan ramadhan ini.. in shaa allah besar gnjaran nya buat kalian.. allahumma amiinnnn
See Translation

Satu hari seorang pemuda menunggang motorsikal secara tergesa gesa

Satu hari seorang pemuda menunggang motorsikal secara tergesa gesa. Laju.. tak padan dengan motornya yang ber'cc' kecil. Mencelah celah jangan cerita lah..
.
Sampai di satu simpang empat, dari kejauhan lampu hijau masih marak jelas dan seperti biasa , kenderaan memecut laju..kereta..lori..bas sekolah..termasuk penunggang kenderaan beroda dua ini..
.
Apabila si pemuda masih tinggal lagi 150 meter untuk melepasi simpang empat..
.
100 meter.....50 meter...
.
" Blink " ...Lampu bertukar kuning..
.
Namun si pemuda terus memerah 'throttle' motorsikal 'Yamaha'nya lebih laju...
.
30 meter....20 meter...
.
" Blink "..Lampu tadi bertukar merah..
.
Namun kerana risaukan anaknya yang berumur 6 tahun menunggu lama di sekolah, dia teruskan tanpa menghiraukan lampu sudah bertukar merah..
.
.
Di toleh kiri, kenderaan masih berhenti..
Dia kata dalam hati..
" Sempat ni sempat ni "
10 meter...5 meter...lepas simpang 4
.
Fuhhhh.....Sempat juga akhirnya sambil tersenyum
.
Namun beberapa meter selepas lampu isyarat dia terlihat satu 'benda'. Benda tu memang familiar..
.
Dalam keadaan masih berfikir dia mencari jawapan..dan akhirnya..baru dia teringat...lalu getus hati.." Aduhh..Habis la aku.."
.
Dan seperti yang bermain di fikirannya di hujung jalan ada satu sekatan jalan raya. Lalu polis trafik yang seolah olah mendapat arahan melalui 'walkie talkie' itu memandang si pemuda itu..
.
" Berhenti berhenti..." Kata Polis Trafik..
.
" Kenapa Encik.." tanya si pemuda pura pura tidak berdosa..
.
" Encik telah melanggar lampu merah tadi. Encik nak kemana ni tergesa gesa? Keluarkan lesan dan IC dan mohon berhenti di tepi.."
Pemuda itu dengan spontan berkata, " saya nak.pergi amik anak ni Tuan.Dah lewat".
.
Sambung polis itu lagi..
.
" Encik, kami bukan nak saman, tapi bayangkan kalau ada kenderaan yang langgar encik. Encik yang buat pilihan untuk memperlahankan kenderaan di lampu kuning atau terus memecut melanggar lampu merah...nasib baik encik masih hidup.Kalau tak anak Encik jadi anak yatim tau!!! "
.
Tersentak pemuda itu mendengar bait kata terakhir anggota trafik tadi..ianya seolah olah punchline untuknya..
.
.
That's why dalam hidup, perlu mengetahui "Lampu Kuning" agar kita tidak terlepas daripada " Lampu Merah ".
.
Begitu juga dengan kesihatan.
Tahukah anda Diabetes adalah pembunuh nombor 2 di Malaysia.
.
Namun, apabila didiagnose sebagai pesakit Diabetes, kita seolah olah sudah melanggar lampu hijau. Cuba anda bayangkan, kita boleh kawal gula kita sebelum sampai ke tahap penghidap diabetes, apa perasaan kita? Lega ? Bersyukur ?
.
Justeru berita baiknya sebelum menghidap Diabetes kita boleh mengesan situasi kita sama ada kita adalah Pra-Diabetes atau Tidak. Pra diabetes ini adalah keadaan di mana kita bukan normal namun paras gula tidak sampai ke aras untuk dikategorikan sebagai pesakit diabetes. Kenapa ia penting?
Ia kerana hampir 30% penghidap pra diabetes berpotensi besar mendapat diabetes dalam tempoh hanya 5 tahun. Sekurang kurangnya kita tahu 'Lampu Kuning' kita. Dan langkah pencegahan boleh di ambil.
.
Hubungi 017 6060 558 untuk mengetahui tahap kesihatan anda.
Sayangi anak-anak kita. Mereka perlukan kita.
.
Ia percuma sahaja.
.

*MA63: PANDANGAN PM NAJIB LEBIH TEPAT BERBANDING PANDIKAR AMIN* WALAUPUN LEBIH TEPAT MENIPU JUGA

*MA63: PANDANGAN PM NAJIB LEBIH TEPAT BERBANDING PANDIKAR AMIN* WALAUPUN LEBIH TEPAT MENIPU JUGA.....ALASAN..
NATIONAL BUILDING ANJURAN MALAYA ADALAH ALASAN SEMATA MATA. UNTUK MENZAHIRKAN PENIPUAN, ROMPAKAN DAN PENINDASAN KEATAS SABAH, TIDAK BOLEH DITERIMA OLEH RAKYAT. SABAH HARUS MERDEKA. ITULAH JALAN TERBAIK.
*BAHAGIAN PERTAMA (SEJARAH)*
20 Mei 1882 – Pembentukan kerajaan North Borneo oleh kolonial British dan merdeka pada 31 Ogos 1963
24 September 1841 – Pembentukan kerajaan Sarawak oleh kolonial British dan merdeka pada 22 Julai 1963
1 Febuari 1948 – Tanah Melayu berkerajaan sendiri dan merdeka pada 31 Ogos 1957
3 Jun 1959 – Singapura berkerajaan sendiri, dan merdeka melalui penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.
27 Mei 1961, Hotel Adelphi, Singapura – Tunku Abd Rahman mencadangkan penubuhan Persekutuan Malaysia di Singapura
23 Julai 1961, Singapura – Lee Kuan Yew bertemu Donald Stephens menerangkan kebaikan menyertai pembentukan Malaysia. Kemudian Donald Stephens bertemu Tunku Abd Rahman di Kuala Lumpur dan memutuskan penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM). JPPM telah bermsyuarat 4 kali iaitu pada Ogos 1961 di Kota Kinabalu, September 1961 di Kuching, Januari, 1962 di Kuala Lumpur dan 3/4 Febuari, 1962 di Singapura
17 Januari 1962 – Suruhanjya Cobbold ditubuhkan untuk menilai suara dan pandangan orag Borneo Utara dan Sarawak.
3 Februari/April 1962 – Suruhanjaya Cobblod menemui lebih 4,000 dan menerima 2,200 emorandum
21/6/1962 – Suruhanjaya Coblod menghantar laporan kepada Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan laporan 1/3 setuju bergabung membentuk Malaysia. 1/3 setuju dengan syarat, 1/3 setuju tetapi mahu memerdekakan Borneo Utara terlebih dahulu sebelum menyertai pembentukan Malaysia
29/8/1962 – Menandatangi Perjanjian Perkara 20
Kata-kata Donald Stephens: “Kami menolak menyertai Malaysia sebagai negeri individu, kami mahu supaya Wilayah Borneo bersatu dahulu supaya kami boleh berunding dengan Persekutuan Tanah Melayu sebagai rakan kongsi bersama dan bukannya di bawah pemerintahan mereka… kerana kalau kami menyertai sekarang, mereka yang datang mengambil kebanyakan jawatan yang tinggi adalah orang Persekutuan Tanah Melayu… iaitu penjajah baru…”
2 Oktober 1962 – Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu berkata, “Saya melihat perkara yang penting mengenai Malaysia sebenarnya adalah untuk membolehkan wilayah Borneo berubah kedudukan daripada dijajah kepada memerintah sendiri sekali gus merdeka dalam Malaysia. Hari penjajahan sudah berakhir dan bukan hasrat Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) untuk meneruskan penjajahan, apabila Wilayah Borneo menjadi sebahagian Malaysia. Ia bukan dijajah tetapi menjadi sebagai rakan kongsi yang sama taraf.”
Lord Cobbold, pengerusi Suruhanjaya Cobbold berkata: “Dari mulanya adalah suatu syarat yang diperlukan bahawa Malaysia seharusnya dianggap oleh semua pihak yang berkenaan sebagai satu penggabungan ahli-ahli kongsi, dan bergabung untuk kepentingan bersama untuk menubuhkan satu negara baru tetapi masih mengekalkan hak-hak dan identitinya sendiri.”
9/7/1963 – Perjanjian Malaysia ditandatangani di London
16/9/1963 – Persekutuan baharu Malaysia ditubuhkan dengan dianggotai Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura.
*BAHAGIAN KEDUA (NATION BUILDING)*
27 Ogos 1976 – Parlimen Malaysia telah meluluskan pindaan Perlembagaan yang telah meletakkan Sabah dan Sarawak bukan lagi sebagai entiti yang berasingan daripada Persekutuan Tanah Melayu, tetapi sama taraf dengan negeri-negeri di Persekutuan Tanah.
Daripada kronologi ringkas di atas jelas membuktikan beberapa perkara yang disebut oleh Pandikar Amin Mulia adalah kurang tepat. Namun begitu, beliau mempunyai pandangan yang bagus dalam konteks nation building.
17 November 2017 – Sebenarnya kata-kata yang paling tepat ialah daripada Perdana Menteri DS Najib di mana baru-baru ini Najib berkata, “Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak berniat untuk mengambil apa-apa yang sememangnya menjadi hak negeri dan rakyat Sabah berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). “Kalau kita terambil, kalau terambil dahulu, kita kena pulangkan balik. Ini perjuangan kita. Bukan perjuangan Parti Bersatu Sabah (PBS) sahaja. Ini perjuangan kita bersama. Saya berkongsi sentimen anda,”
Memang benar dalam konteks negara moden bukanlah elok jika sesebuah negara mempunyai dua sistem pemerintahan. Pemimpin-pemimpin terdahulu telah menggunakan kebijaksanaan mereka dalam mempertahankan hak-hak rakyat Sabah yang telah bergabung di dalam Malaysia sebab itulah kita mempunyai Perkara 20 dan Sarawak Perkara 18. Itu adalah hak keistimewaan yang termaksud dalam Perlembagaan Persekutuan.
Pada zaman Pak Lah dan DS Najib, pematuhan kepada Perkara 20 dan Perkara 18 lebih baik berbanding Perdana Menteri terdahulu. Pada zaman Perdana Menteri terdahulu anda akan di ISAkan jika membuka mulut hal-hal berkaitan Perkara 20, Sabahan, Sarawakian dan seumpamanya. Hari ini anda menikmati kebebasan dan real democratic yang sebenarnya.
Bukan sahaja jawatan di peringkat persekutuan kini dimonopoli oleh Sabahan di negeri Sabah, malahan paling besar hadiah PM Najib yang tidak diberikan oleh Perdana Menteri sebelumnya ialah PAN Borneo tanpa satu tiang Tol. PAN Borneo ini akan memakmurkan lagi negeri Sabah di mana industri pesisir PAN Borneo pasti akan tumbuh seperti bandar-bandar baharu, kawasan industri baharu dan pelbagai lagi yang akan membuka banyak peluang pekerjaan. Ini sudah disebut oleh PM Najib semasa pertemuan degan saya di New York dua tahun dahulu. Bacaan ulangan anda di sini.
Untuk masa hadapan, saya mencadangkan Kerajaan dan NGO perlu membuat lebih banyak Seminar dan Forum terbuka untuk memberi penekanan kepada aspek nation building, patriotisme, keselamatan, dan jati diri sebagai sebuah bangsa dan negara Malaysia yang berdaulat. Saya sedia membantu.
Selamat Membaca.
KLIA
2 Disember 2017.
http://www.al-azharrisiddiq.com/…/ma63-pandikar-amin-separu…
Print Friendly Version of this pagePrint Get a PDF version of this webpagePDF
Filed in: Nasional, Politik, Topik Pilihan
Tags: Al-Azharri Siddiq

DALAM KEADAAN NEGARA BERBILANG KAUM YANG HIDUP AMAN DAMAI DAN HARMONI SEKARANG INI JANGAN ADA PULAK DALANG2 YANG MEMAINKAN ISU PERKAUMAN BAGAI,...

DALAM KEADAAN NEGARA BERBILANG KAUM YANG HIDUP AMAN DAMAI DAN HARMONI SEKARANG INI JANGAN ADA PULAK DALANG2 YANG MEMAINKAN ISU PERKAUMAN BAGAI, SUPAYA NEGARA MENJADI HURU HARA DAN KUCAR KACIR SEMATA2 INGIN TERUS MEMERENTAH DAN MELINDUNGI KESALAHAN2 RASUAH SALAH GUNA KUASA DAN MENCURI WANG RAKYAT..
KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG MEMULAKAN ATAU MENGAPIKAN ISU PERKAUMAN YG BOLEH MENJADIKAN NEGARA MENJADI HURU HARA DAN KUCAR KACIR KERAJAAN HARUS MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS DGN KADAR SEGERA TAMPA MENGIRA SIAPA. JANGAN MENGANGAP ISU INI SEBAGAI REMEH TEMEH..
KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA TERUTAMA AHLI2 UMNO JANGAN TERLALU PERCAYA DAN TAKSUB DENGAN PROPAGANDA MURAHAN IAITU MENAKUT2KAN ORG2 MELAYU TENTANG AKIBAT KEKALAHAN ATAU KEJATUHAN KERAJAAN UMNO/BN DIBAWAH KEPIMPINAN NAJIB RAZAK KETANGAN PEMERENAH BARU IAITU CINA DAP SEANDAINYA UMNO/BN TEWAS DLM PRU 14 NANTI...
INI ADALAH PROPAGANDA LAPUK YG ACAP KALI DIMAINKAN SETIAP KALI PRU TERUTAMA DIKAWASAN MAJORITI PENDUDUK MELAYU.. TAPI DI KAWASAN BANDAR YANG RAMAI PENDUDUK2 INTELIK DAN PENDUDUK CINA LAGU INI TIDAK PULAK DIMAINKAN...
HAKIKAT SEBENARNYA NAJIB SENDIRI TELAH MENGAKUAI DALAM UCAPANNYA DENGAN MASYARAKAT CINA DALAM SATU MAJLIS BAHAWA DAP SAMA SEKALI TIDAK AKAN MENJADI PERDANA MENTERI DAN MEMERENTAH NEGARA. BELIAU MENGINGATKAN KAUM CINA SUPAYA MENYOKONG BN DAN JANGAN PERCAYA DENGAN DAKYAH PENIPUAN YG DAP AKAN MEMERENTAH NEGARA... TAPI APA YANG NAJIB LAKUKAN SEKARANG NAMPAKNYA AKAN MENJURUS KEARAH ITU..
SEBENARNYA UNTUK PENGETAHUAN UMUM TERUTAMA BANGSA MELAYU UMUMNYA DAN AHLI2 UMNO KHASNYA,
DALAM DIAM2 DAN TAMPA PENGETAHUAN UMUM TERUTAMA BANGSA MELAYU NAJIB TELAH MENJUAL ATAU MEMAJAK BEBERAPA ASET PENTING DAN STRATIGIK NEGARA INI KEPADA GLC2 DARI NEGARA CHINA... SO, PLEASE STOP THE BULLSHIT....
JADI NAJIB JANGAN LAH BERMAIN WAYANG DAN BERSENDIWARA LAGI SERTA SANGGUP MEMPERBODOHKAN DAN MENGELABUKAN MATA, MEMEKAN TELINGA SERTA MENUTUP MULUT BANGSA MELAYU TERUTAMA SEKALI AHLI2 UMNO YANG TINGGAL DI KAW2 PENDALAMAN.. NAJIB JANGAN SAMA SEKALI MENGANGAP AHLI2 UMNO DAN BANGSA MELAYU YANG TINGGAL DI KAMPUNG2 DAN PENDALAMAN SEKARANG SENTIASA BOLEH DIPERBODOHKAN DAN PEKUNUNKAN...
NAJIB HARUS INGAT BAHAWA MEREKA SEKARANG DAH SEMAKIN CELIK DAN DAH MULA BUKA MATA SERTA SEMAKIN BIJAK MEMERHATI DAN MENILAI MANA YG BURUK DAN MANA YG BAIK.. YANG MANA INTAN DAN YANG MANA KACA..
INI ADALAH ANTARA PERBINCANGAN DAN RUMUSAN CENDIKIAWAN TENTANG APA YG SEDANG BERLAKU KINI... ?
1. Foreign Direct Investment (FDI) yg Najib buat langsung tidak menguntungkan rakyat malahan akan menggugat kedaulatan negara.
2. Jika dulu FDI ini hanya aliran modal, buat kilang, wujudkan peluang pekerjaan kpd rakyat, product dijual semula ke luar, ekonomi Malaysia berkembang pesat.
3. Tetapi sekarang Najib meminjam duit dari kerajaan komunis china dengan faedah yg tinggi mungkin melebehi dari kos sebenar, sebagai ganti mereka diberikan tanah (dijual sekeping demi sekeping) tanah Melayu ini oleh najib.
4. Antara contohnya projek tambakan laut di Melaka, Forest City di Johor, bandar baru China di Kuantan dan lain-lain.
5. Tembok 8ft high di bandar china kuantan, menutupi lebih 3,000 ekar tanah perindustrian milik komunis China, di mana pekerja, makanan, kontraktor, supplier juga diimport terus dari negara komunis China.
6. Mungkin Juga Tiada kebenaran utk pihak polis/pihak berkuasa Malaysia utk masuk ke dalam kawasan berpagar tersebut. Transaction jual beli di dalam kawasan kompleks tersebut juga mungkin menggunakan matawang negara komunis China. Anda boleh siasat sendiri...
7. Pembangunan ini dilakukan secara tersusun dan terancang, dalam tempoh kurang 10 tahun ini, mungkin seramai 3 juta (3,000,000) atau lebih penduduk dari negara komunis china mungkin akan dibawa masuk ke tempat-tempat ini dan tak mungkin ke tempat2 lain juga selepas ini...
8. Tempat lain, Signature tower di KL dan bandar Malaysia Sg Besi, disekelilingnya akan dibangunkan lebih 60 kompleks industri dan residen oleh kontraktor dari negara komunis China, dengan tujuan jualan khusus kepada rakyat negara china. Harga yang tinggi akan membuatkan rakyat malaysia (khususnya Melayu) tidak mampu memiliki hartanah di situ.
9. Ini akan membuatkan skop penguasaan "orang bandar" semakin membesar, menolak kuasa beli (Melayu khususnya) maka rakyat berbangsa melayu akan semakin ke luar bandar, dan pinggir hutan.
10. Dalam masa 10 ke 20 tahun sahaja, secara drastik mereka akan mengubah corak politik dan kepimpinan Malaysia nanti.
11. Ketika itu Mereka akan mencampuri semua urusan dalaman negara termasuk politik dan kenegaraan.
12. Dalam masa kurang dari 30 tahun landskap Malaysia akan berubah sama sekali, Malaysia akan jadi satu negara baru "CHINA".
13. Orang Melayu/Islam akan hilang kuasa sama sekali ketika itu.
14. Untuk itu, Najib/UMNO/BN mesti dikalahkan pada pilihanraya akan datang demi untuk selamatkan Negara dan bangsa melayu..
15. Pakatan Harapan (PH) akan ambil alih KERAJAAN dan pulihkan semula. Semua perjanjian najib dengan kerajaan komunis china akan dirunding semula/dibatalkan.
16. Tun M akan dilantik sebagai Perdana Menteri interim selama tiga tahun dan akan diserahkan kepada pemimpin PH yang layak (termasuk yang dipersetujui secara bersama ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim) selepas itu. Jumlah ahli parlimen Melayu dalam PH adalah lebih ramai dari BN sekarang.
17. Semua ahli gabungan dan pimpinan pakatan telah bersetuju secara bersama untuk kebaikan negara termasuk DAP yang juga bersetuju menolak apa yg najib lakukan sekarang.
18. Kebanyakan kepimpinan yang ada di sekeliling najib sekarang sebenarnya mungkin dalam keadaan diugut (sesetengahnya juga mungkin dirasuah dedak) untuk terus setia kpd najib, namun secara senyap sebahagian besar mereka telah menyatakan sokongan padu kpd Tun M dan Pakatan Harapan.
19. Tun M mengambil inisiatif menyampaikan mesej ini secara tertutup supaya kita lebih sensitif dengan hak kita. Siri-siri dialog secara tertutup akan diadakan secara berterusan, PRU dijangka akan diadakan kurang 6 bulan dari sekarang.
20. Sampaikan mesej ini kepada semua rakan-rakan anda termasuk dikalangan ahli2 umno supaya mereka lebih sedar dan buka mata...
SELAGI NAJIB MENJADI PRESDEN UMNO DAN PERDANA MENTERI WALAU SEBERAT MANA SEKALI PUN.. KITA TERPAKSA BERKORBAN UNTUK TUMBANGKAN BN/UMNO(Najib) MELALUAI SISTEM DEMOKRAS DEMI UNTUK SELAMATKAN BANGSA MELAYU DAN NEGARA MELAYU INI DARI TERGADAI SELURUHNYA..
DAN JUGA UNTUK SELAMATKAN BANGSA MELAYU DARI DIHINA DAN DICERCA DIKEMUDIAN HARI AKIBAT PERBUATAN SERTA TINGKAH LAKU NAJIB SELAMA INI...
TIDAK AKAN MUSTAHIL BAGI NAJIB AKAN MELAKUKAN PENJUALAN HAK DAN ASET NEGARA MENCURI WANG RAKYAT SERTA SALAH GUNA KUASA DAN PERKARA2 LAIN DENGAN LEBIH BESAR SEANDAINYA NAJIB TERUS DILANTIK DAN KEKAL MENJADI PERDANA MENTERI SELEPAS INI....
MAKA KITA SELAKU RAKYAT MALAYSIA WAJIB BERKORBAN UNTUK SELAMATKAN BANGSA MELAYU DAN NEGARA TERCINTA INI...
NEGARA KITA TANAH AIR KITA..
\\\ ... SEBARKAN ... ///

ISU BUGIS CUBA DIPERBESARKAN OLEH PEHAK TERTENTU UNTUK MERAIH SOKONGAN POLITIK

ISU BUGIS CUBA DIPERBESARKAN OLEH PEHAK TERTENTU UNTUK MERAIH SOKONGAN POLITIK..
BILA SULTAN JUGA BERSUARA DAN MASUK CAMPUR SEOLAH2 MENYOKONG SATU PEHAK DAN MEMUKUL SATU PEHAK INI SEOLAH2 SULTAN DAH MULA MENDEDAHKAN DIRI KEPADA MAINAN SEPAK TERAJANG POLITIK.
SULTAN2 SEPATUTNYA MENJADI PENDAMAI DAN MENCARI JALAN PENYELESAIAN TERHADAP APA SAHAJA KEMELUT YG BERLAKU TERUTAMA YG MELIBATKAN RAKYAT DAN PEMERENTAH SERTA KERAJAAN.
APA YANG BERLAKU SEKARANG INI AMAT MENYEDIHKAN APABILA TINGKAH LAKU SULTAN DILIHAT DIPERHATI DAN DINILAI OLEH RAKYAT.
KADANG2 ORG DISEKELILING SULTAN NILAH YG MENJADI PUNCA KEPADA PERTELAGAHAN ANTARA RAKYAT DAN ISTANA KERANA MENJAGA KEPENTINGAN MEREKA...
Ini antara luahan dan kata rakyat terhadap SULTAN secara terbuka dan berani.
Yg mana sebelum2 ini banyak juga diperkatakan tentang istana tapi hanya sekadar kedai2 kopi warung2 atau sembang2 sesama mereka.. Tapi sekarang rakyat dah mula bercakap secara terbuka..
PEDAS PEDIH SULTAN SELANGOR DI BELASAH BLOGGER ISU BUGIS/....
Hussein Abdul Hamid, penyokong Pakatan Harapan, sepupu arwah Tun Endon Mahmood Ambak, membelasah DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor.
Apakah yg si Idris dari Selangor ni fikirkan dia sedang lakukan?
Pada 2 Nov, Sultan Sharafuddin menyatakan bahawa baginda amat murka dan memandang serious ucapan Tun M. "Berdasarkan klip video ucapan tersebut yg tular di media sosial, tuduhan Tun M telah terang2an menyinggung dan menyekutukan org Bugis sbg org yg berketurunan lanun, pencuri dan penjenayah.
Ahli2 Majlis Diraja Selangor juga merasakan ucapan itu ekstrim dan boleh menimbulkan perasaan benci serta persepsi negatif org2 Bugis mengarah kpd menimbulkan kekecohan. Tuduhan ini secara tidak langsung menyinggung keturunan kesultanan Selangor yg diasaskan oleh org Bugis" katanya.
Idris, kamu dan ayahanda kamu bukanlah meluhurkan sifat2 baik org2 Bugis, betul? Sy tidak akan bercerita ttg perkara2 yg ayahanda kamu lakukan oleh sbb org yg telah mati tidak boleh membela diri mereka sendiri tetapi utk kamu Idris, boleh. Dh berapa ramai isteri yg kamu ada? Dh berapa ramai gadis yg kamu adakan hubungan di luar ikatan perkhahwinan?
Kamu Ketua Agama Islam di negeri kamu. huh kamu dan anak kamu begitu sinonim dgn arak spt mana org arab sinonim dgn air zam zam. betul? Dan drpd segi merompak dan melakukan jenayah. dh berapa byk tender dan peluang perniagaan yg telah kamu dan keluarga kamu sapu? Kamu fikirkan rakyat Selangor begitu bodoh dan tidak nampak apa yg kamu dan keluarga kamu lakukan dgn kehidupan kamu yg tidak berguna itu?
Mungkin benar kesultanan Selangor diasaskan oleh org Bugis tetapi kamu tidak membanggakan org Bugis malah kami juga tidak boleh berbangga dgn apa yg kamu lakukan di Selangor.
Kamu katakan dlm soal org Bugis ini kamu hanya berkata2 slps mendapatkan fakta! Sy juga mempunyai byk fakta ttg apa yg kamu lakukan semasa memerintah sbg Sultan dan ramai yg lain juga tahu. Apa kata kalau kami menyebarkan apa yg kami tahu utk pengetahuan umum. apakah kamu mampu menahan malunya? Fikirkan dahulu sblm kamu buka mulut kamu dan mula bercakap ttg perkara yg tidak patut kamu katakan. dan melibatkan diri di dalam politik adalah salah satu drpd perkara yg kamu tidak patut lakukan.
Kamu itu bukan satu per sepuluh pun dibandingkan dgn Tun M! Kamu tidak perlu pun utk merestui keputusan Tun M dan isterinya Tun Siti yg memulangkan pingat2 yg dikurniakan kamu. mereka mahu pulangkan, terima sajalah! Sy berharap nnt kedudukan kamu sbg Sultan tidak perlukan restu Tun M!
Idris, dengan menyerang Tun M kamu telah membolehkan kedudukan kamu diserang oleh kami para blogger. jadi bersedialah utk permainan dimulakan.

Lepas maghrib tadi aku duduk di ruang tamu bersama Mikail

Lepas maghrib tadi aku duduk di ruang tamu bersama Mikail.
Tengah dok syok baca efbinovela Puaka Bersekutu siri 7 nukilan Cikgu Mohd Fadli Salleh tiba-tiba...Gedegang!!! Pintu bilik di tingkat atas seperti dihempas.
Ish! Aku pandang Mikail. Mikail pandang aku. "Bunyi apa tu yah?"
Emmm...takkanlah kan? Ishhh... takkan lah Begu Ganjang datang menyakat?
Nah! Kau bacalah sendiri. Kalau ada bunyian pelik kau hadap sendiri ya.
KUDAMPING SETIAP LENAMU EPISOD 7
"Jika kau mahu perkara ini di selesaikan kau mesti bawa Rokiah berjumpa aku kerana hanya Rokiah sahaja yang dapat membantu kita mendapatkan semula Kadir." Sambung Tok Guru Osman Janggut Merah.
"Aku dapat merasakan sesuatu yang ganjil dan pelik sedang berlaku di antara Haji Leman, Kadir dan Begu Ganjang. Aku yakin sangat!" Kata Tok Guru Osman Janggut Merah lagi.
“ Tapi Tok, perjalanan pulang nak ambil dan bawa Rokiah ke sini mengambil masa Tok. Bukan dekat jarak rumah Rokiah dengan tempat pertapaan Tok ini. Apa kata Tok sahaja ikut saya pulang,” balas Haji Kahar dengan nada memujuk.
Tok Guru Osman Janggut Merah hanya diam sambil mengurut janggut. Dipejam mata beberapa ketika, mulutnya terkumat kamit. Sesekali dia menggelengkan kepala. Sebaik mata dibuka, Tok Guru Osman Janggut Merah berkata,
“ Sebenarnya, tinggi risiko jika aku ke sana. Untuk melawan semua iblis puaka itu, aku perlu buat di sini. Di tempat aku, di gelanggang aku. Tapi memandangkan nyawa ramai orang dalam taruhan, kali ini aku turutkan. Ke gelanggang setan aku akan berpencak. Kau tunggu dalam kereta, sebentar lagi aku sampai.
” Tapi Tok, tempat saya letak kereta jauh. Lagi pun di celah puluhan kereta lain. Kita pergi sama-sama. Nanti Tok tak jumpa pula cari kereta saya,” kata Haji Kahar.
“ Pergi saja!” keras balas Tok Guru Osman Janggut Merah seraya merenung tajam.
Terdiam Haji Kahar bila dijerkah begitu. Terus dia berlalu tanpa sepatah kata. Lalu dia melalui jalan kecil menuju ke kereta.
Sebaik sampai dikereta, Haji Kahar tersentak melihat Tok Guru Osman Janggut Merah sudah menunggunya. Pakaian Tok Guru Osman Janggut Merah sudah ditukar, dikenakan baju Melayu putih, berkain pelikat putih. Di tangannya ada sebuah beg coklat yang entah apa isinya.
“ Tinggi betul ilmu orang tua ni,” kata Haji Kahar dalam hati.
“ Jalan cepat!” ujar Tok Guru Osman Janggut Merah membentak. Seolah dia dapat baca apa yang Haji Kahar fikirkan.
Setelah 4 jam dalam perjalanan, Tok Guru Osman Janggut Merah minta Haji Kahar berhenti di sebuah surau untuk solat Asar. Surau kecil, tapi kemas dan rapi. Sebelum turun kereta, Tok Guru Osman Janggut Merah berpesan,
” Apa yang kau lihat, jangan cerita pada orang. Jika Nampak pelik, jangan ditegur. Jangan ditenung.”
Haji Kahar berasa pelik. Mereka berhenti nak solat Asar sahaja, kenapa Tok Guru Osman Janggut Merah berpesan sebegitu rupa? Namun kali ini dia diam. Tidak lagi bertanya, hanya mengangguk tanda faham.
Sebaik naik ke surau, bilal tengah qamat. Suaranya lunak merdu mendayu-dayu. Makmum masuk berpusu-pusu. Anehnya semua mereka berpakaian hijau. Wajah seakan bercahaya dan mereka hanya diam tanpa bicara. Semasa berjalan,tiada satu pun bunyi kedengaran, lantai pun tidak bergegar.
Haji Kahar berasa pelik, namun mengingatkan pesanan Tok Guru Osman Janggut Merah, dia diamkan sahaja.
Selesai salam, semuanya hilang! Yang tinggal hanya dia dan Tok Guru Osman Janggut Merah. Haji Kahar diam lagi. Membontoti langkah Tok Guru Osman Janggut Merah ke kereta kerana dia sendiri mulai merasa seram.
Tiba-tiba hidung Haji Kahar tercium bau yang sangat hanyir. Bulu lehernya meremang, sekilas pandang Nampak bayangan Begu Ganjang disebalik pokok besar tempat dia parker kereta.
“ Pegang hujung bajuku kuat-kuat. Jangan dilepas walau apa yang terjadi. Waktu antara Asar dan Maghrib ini waktu dia kuat. Sampai ke sini kau diekori. Diam sahaja. Pegang baju aku jangan dilepas,” pesan Tok Guru Osman Janggut Merah berkali-kali.
Sebaik hujung baju Tok Guru Osman Janggut Merah dipegang, bau hanyir mulai hilang. Sejuk menyapa muka, dia terbuai begitu sahaja.
Antara sedar dan tidak, Haji Kahar perasan berpuluh budak kecil yang berbogel, bergigi taring cuba memegang kakinya. Namun tidak dapat, agaknya kerana dia tidak melepaskan hujung baju Tok Guru Osman Janggut Merah.
Sebaik mereka masuk ke dalam kereta, Haji Kahar terasa sangat lega. Terus dihidupkan enjin kereta dan berlalu pergi. Sejam perjalanan, tiada sepatah pun Tok Guru Osman Janggut Merah bercakap.
Matanya pejam, namun Haji Kahar tahu Tok Guru Osman Janggut Merah tidak tidur.
Sampai di satu simpang, tiba-tiba kereta mati. Kali ini bau harum pula menerjah rongga hidung Haji Kahar. Haji Kahar ingin turun nak melihat apa yang rosak. Baru hendak membuka pintu, tangannya disentak kuat.
“ Jangan!” kata Tok Guru Osman Janggut Merah dengan keras.
**** bersambung ****
Ikuti sambungan kisah seram bersiri ini di wall Norizwan Azlan malam esok.
#puakabersekutu
#MFS

23 Disember 2017 Telah berlangsung dengan jayanya Liga Sepak Penalti Rakyat 2017 Piala YDP PAS Kawasan Jerantut yang telah dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerantut

23 Disember 2017- Telah berlangsung dengan jayanya Liga Sepak Penalti Rakyat 2017 Piala YDP PAS Kawasan Jerantut yang telah dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerantut. Sebanyak 29 pasukan telah menyertai liga ini. Pasukan Chebong FC telah menjuarai ini sekaligus membawa pulang piala dan wang tunai berjumlah RM 700. Manakala tempat kedua liga dimenangi oleh pasukan Nasib FC dari Kg. Koi, tempat ketiga UNA FC dari Bt. Embun dan tempat keempat Batu Balai FC. Liga yang telah dirasmikan oleh Ust Yohanis Ahmad selaku YDP PAS Kawasan Jerantut ini telah berakhir pada pukul 3 petang.
Program Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerantut ini diteruskan pula pada sebelah petangnya dengan membuat edaran Buletin Sejahtera yang diterbit oleh PAS Pahang di Pasar Malam Jerantut yang diketuai oleh Ust Yohanis Ahmad dan Ust Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin selaku Ketua Pemuda PAS Kawasan Jerantut. Program berakhir pada sebelah malam dengan BBQ bagi meraikan petugas-petugas.

Felda Kota Gelanggi 2 I 13 Feb 2018 Ziarah Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Jerantut hari ini di Felda Kota Gelanggi 2

Felda Kota Gelanggi 2 I 13 Feb 2018
Ziarah Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Jerantut hari ini di Felda Kota Gelanggi 2. Sebanyak 10 buah rumah dikunjungi dan disantuni yang terdiri daripada orang uzur, OKU dan asnaf. Ziarah yang diketuai oleh Ust Yohanis Ahmad selaku YDP PAS Kawasan Jerantut dan Ust Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin selaku Ketua Pemuda PAS Kawasan turut disertai oleh Haji Hashim selaku Pengarah MTD Pulau Tawar, AJK Muslimat PAS Kawasan Jerantut dan pimpinan PAS Cawangan Felda Kota Gelanggi 2.

“O Piah

“O Piah. Nei aku nengar anak kau test aher tahun ya tek dapat rizat bagus. Benarkah?”
“Alhamdulillah koh Net. Syukor benar-benar ku Net nanggar rizat si Boontat ku sorang ya.”
“Dolok nang susah hati juak ku koh ngenangnya. Rizat nang terok tapi Alhamdulillah lamak nya dah tuisyen di Mesjid Jamek ya, nang banyak perubahan nya koh Net.”
“Aiee… nya tuisyen di Semejid Jamek ya? Nang ada berpolah tusyen juak kah sidak semejid ya?”
“Aok lah! Bukan setakat tusyen akademik jak ada disia, kelas Irqa’ ngan Qoran pun ada ngek!”
“Apa tek? Kelas Irqa’? Irqa’ kah Iqra’?”
“Eh…eh, saruk indah. Kelas Iqra’. Sorry!”
“Dah lamak kah anak ko tusyen sia Piah?”
“Belum juak lamak Net. Awal tahun tok tek nya start. Nang bagus juak tusyen sia aih. Cikgu-cikgunya pun bukan sebarangan. Semua cikgu-cikgu terlatih ngan ada pengalaman berpuluh tahun ngajar.”
“Dah ya eh, mun tusyen sia banyak juak untungnya Net. Ko bayang jak…kau berjalan ke masjid, setiap langkah kau dikira Allah pahala bah. Selain tusyen, dapat juak ko pahala berjemaah semayang maghrib ngan Isyak.”
“Lamak-lamak tok Bang Ed ko nang rajin juak berjemaah di sia sementara nunggu si Boontat ya habis tusyen.”
“Eee…bestnya! Bestnya! I loike! Apa lagik kelebihan tusyen sia tek Piah?”
“Tauk ko, mun tusyen sia…bulan posa kelak semua dak anak-anak tok ada program Tadarrus Al Quran tiap hari Sabtu ngan Ahad sepanjang bulan posa. Dah ya ada Malam Khatamal Qoran. Ada berik duit raya gik ya! Tapi kita tok sik lah ngarap duit raya. Mesti lah ikhlas kerana Allah..kan?"
"Dah ya mana anak-anak yang ada nak ngambik ekzem UPSR, PT3 ngan SPM, ada dipolah bengkel peperiksaan gik. Free jak oii!”
“Apa juak sabjek ada ditusyen sia? Darjah berapa? Berapa yurannyey?”
“Sia ada tusyen sabjek Matematik, Sains ngan Bahasa Inggeris Net. Pakey miak darjah 4, 5 & 6 ngan sidak Tingkatan 2, 3 ngan 5. Macam Boontat aku ya, baruk darjah 5…bayar yurannya nggak RM5 sigek sabjek koh.”
“Dengar aku, mun sidak sekolah menengah yurannya RM20 sigek sabjek. Ndakkah murah ya! Mun tempat lain lom tentu dapat rega ya Net. Aku rasa nang sidak Lembaga mesejid tok molah tusyen ya nang k nulong ajak. Sikda sidak nak ngambik untung. Nang pakey amal jariah sidaknya jak bah.”
“Aok koh Piah. Aku pun rasa giya. Bertuah kita di Kuching tok ada dak lembaga mesejid yang prihaten ngan anak-anak kita tok kan? Udahlah berkualiti, murah juak agik. Aku rasa nak ngantar juak dak anak-anakku ke sia Piah. Siya ada ngaji juak kan?”
“Ada Net. Ngaji di siya mana yang Iqra’, ada kelas Iqra’. Mana yang dah ngaji Quran, ada kelas Quran. Mana anak yang dah pandey benar ngaji, boleh juak belajar Tarannum. Yuran pun murah benar koh Net. RM5 jak sebulan dicas sidaknya.”
“Yarabbi! Untung benar lah mun dapat ngantar anak tusyen ngan ngaji disiya oh Piah! Sapa nak ku kontek mun nak rejister Piah?”
“Nah! Ambik ko nombor tok. 082-446544… aku ulang 082-446544. Ko carik orang nama Ahmad Rabbani Taufek. Rejister ko ngan nya. Mun ko terlebih rajin, ko pegi ke masjid nun. Opis sidak rah tanggak dekat ngan menara.”
"Eh! Apa bau angit tok Net!? Ko ada ngoreng ikan tek kah?
“Ya Allah! Aok eh...angit ikan ku goreng ku nun. Aku mupok lok Piah! Assalamualaikum.”
“Alaikumsalam.”
#ahboonohahboon
#ahbooniklankhidmatmasyarakat
Glosari
nei = mana
nengar = dengar
rizat = result
nang = memang
disiya = disana
juak = juga
ngenangnya = mengenangkan dia
saruk = tersasul
lagik = lagi
ekzem = exam
sabjek = subjek
dicas = dicaj
mupok = move off (gerak dulu)
ngan = dengan
madah = memberitahu
lamak-lamak = selama
tok = ini
tauk = tahu
polah = buat