Arkib 04/2019

Semoga client AAAAgency saudara Zulkarnain diberikan kesembuhan olehNya

Semoga client #AAAAgency saudara Zulkarnain diberikan kesembuhan olehNya. Masih tidak sedarkan diri dan memerlukan bantuan mesin pernafasan sejak kemalangan 3 hari lalu.
Pembedahan kepala telah dilakukan. Kaki yang patah masih menunggu green light dari keluarga utk dilakukan.
Menurut keluarga, Zul telah dilanggar oleh kereta yang melarikan diri dari sekatan jalanraya yang dilakukan oleh penguatkuasa dan memasuki lorong yang bertentangan. Kemalangan berlaku disebabkan ketidak warasan fikiran insan yang tidak bertanggungjawab.
Kesian keluarga Zul, menurut ibunya, Zul yang banyak membantu keluarga setelah ayah diserang penyakit jantung. Sama2 kita doakan yang terbaik untuk Zul dan keluarga.
Sesiapa yang sudi untuk membantu boleh menziarahi keluarga Zul di Hospital Besar Pulau Pinang ICU Neuro, blok A tingkat 2.
See Translation

Hari ini di UK sambutan besar besaran ulangtahun ke 800 pewartaan Magna Carta 1215 dokumen agung yang diangkat Barat sebagai dokumen pembebasan mereka dari kezaliman tirani salahguna kuasa ketidakadilan pemerintah dll

Hari ini di UK, sambutan besar-besaran ulangtahun ke-800 pewartaan Magna Carta 1215, dokumen 'agung' yang diangkat Barat sebagai dokumen pembebasan mereka dari kezaliman tirani, salahguna kuasa, ketidakadilan pemerintah dll.
Mereka tak membaca mungkin, satu dokumen teragung lebih 630 tahun sebelum itu, yang sudah terlebih dulu mengangkat nilai kemanusiaan, kebebasan, kesamarataan, pengiktirafan atas wanita, perlindungan dari salahguna kuasa dan kezaliman dan macam2 lagi hak asasi manusia yg lain.
Ataukah kita sebenarnya yang tak membaca dokumen teragung itu?
See Translation

Buku Dasar Buku Negara & TN50 tulisan YB Budiman Mohd Zohdi selamat disempurnakan pelancarannya oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Panglima Pandikar...

Buku Dasar Buku Negara & TN50 tulisan YB Budiman Mohd Zohdi selamat disempurnakan pelancarannya oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Panglima Pandikar Amin Mulia pagi tadi di Parlimen.

Saksikan kupsan tentang buku Akar Kami: Kisah Inspirasi Tokoh Profesional Generasi FELDA pada 5 Ogos 2017 (Sabtu) ini, pukul 8

Saksikan kupsan tentang buku Akar Kami: Kisah Inspirasi Tokoh Profesional Generasi FELDA pada 5 Ogos 2017 (Sabtu) ini, pukul 8.30 malam di Astro Awani.

Peraduan Kritik Buku ITBM 2017 selamat diumumkan semalam

Peraduan Kritik Buku ITBM 2017 selamat diumumkan semalam.
Dalam buku "Ulasan Buku", Datuk Jaafar Abdul Rahim tulis;
1- Kritikan buku yang dilakukan oleh pengkritik buku bererti usaha memaparkan, membuat tafsiran, membuat penilaian dan menghakimi seluruh buku yang dikritik.
2- Pengkritik buku yang melakukan kerja kritikan bukanlah untuk menunjukkan kelemahan buku semata-mata.
3- Pengkritik boleh memulakan kritikannya dengan memaparkan idea dan isi buku tersebut seperti yang dilakukan oleh pengulas buku.
4- Bezanya pengkritik buku berusaha menjadi pembaca yang lebih kritis yang cuba melihat setiap persoalan yang diungkapkan oleh buku tersebut.
Tahniah kepada semua pemenang;
1. Norhayati Ab. Rahman
2. Ridzuan Kamis
3. Abdul Karim Mohd
Sagu hati
- Ramlee Wahab
- Muhammad Za'im Mohamad Yusoff
- Nurfarah Hanani Amir Hamzah
- Emmy Hermina Nathasia Abdul Latif
- Hasni Hassim
- Mohd Nur Hakim Bahaman
- Atiqah Azman

Teman isteri berbuka puasa anjuran satu agensi kerajaan

Teman isteri berbuka puasa anjuran satu agensi kerajaan. Hmm terduduklah sekali dengan bos agensi itu. huhu.
"Patutlah saya perasan tadi macam kenal! Saya tinggal di Jalan Pelabur," kata bos itu. Saya jawab, "Rumah saya di Jalan Laba."
Tiba-tiba staf dia menyampuk, "Hah bos. Tahun ini ada dividen raya tak?" Bos dia jawab, "Jalan Dividen pun dekat dengan rumah kami!"
P/s Rozlan Mohamed Noor, aku baru teringat kisah ini. Terima kasih mengingatkan aku! hahaha

"Buku Ganti Duit Raya" akan berakhir pada Khamis ini (kalau walk-in ke Wisma ITBM)

"Buku Ganti Duit Raya" akan berakhir pada Khamis ini (kalau walk-in ke Wisma ITBM). Kalau pos, Pos Laju kata hari ini terakhir bagi membolehkan pelanggan menerima pesanan sebelum raya.
ITBM membeli iklan FB untuk menggalakkan budaya pemberian buku bagi menggantikan duit raya. Agak mengejutkan dapatan statistik pelanggan yang dikeluarkan oleh FB:
1- 53% yang melihat iklan ini adalah LELAKI - lebih sedikit daripada WANITA (47%). Mungkin kaum hawa melihat iklan lain yang lebih menjadi keperluan semasa Aidilfitri (busana, tudung, perabot, barangan elektrik dll).
2- 57% yang klik iklan Buku Ganti Duit Raya adalah REMAJA (13-17 tahun). Golongan yang "hampir" stabil kewangan (35-44 tahun) pula 11%, manakala golongan stabil kewangan (45-54 tahun) dan golongan pesara (65 tahun ke atas) masing-masing hanya 2%.
Kalau diikutkan, sasaran iklan ini lebih kepada 3 golongan terakhir yang disenaraikan di atas - sebab merekalah yang biasanya akan memberikan duit raya. Namun media sosial di Malaysia masih lagi menjadi trend golongan 13-17 tahun (budak baru nak up. Eh!)
3- Golongan 13-17 tahun paling banyak menggunakan telefon pintar. Hasilnya, 99% mengklik iklan Buku Ganti Duit Raya di telefon bimbit.
4- Daripada semua negeri, SELANGOR paling banyak. Kedua bukannya pelayar dari KL, tetapi dari Sabah. Kemudian dari Sarawak barulah KL menyusul.
Adakah statistik ini menggambarkan budaya pembacaan? Bagi saya, ia tidak sepenuhnya. Tapi kalau nak menggambarkan minat pada produk BUKU, mungkin ya.

Walaupun ambo puji PAKATAN HARAPAN dan ada ore kata ambo nak balik ke PH ambo nak royat ambo masih lagi ahli umno berdaftar dan ambo pilih umno dulu pun atas perjuangan ambo demi politik yang matang dan sejahtera

Walaupun ambo puji PAKATAN HARAPAN dan ada ore kata ambo nak balik ke PH...ambo nak royat ambo masih lagi ahli umno berdaftar dan ambo pilih umno dulu pun atas perjuangan ambo demi politik yang matang dan sejahtera.
Ambo puji kerana ada juga yb PH yang merendah diri dan tidak tamak.
Selepas kekalahan BN/UMNO ambo tak isi mana-mana borang PH kerana ambo rasa tak perlu sangat kita hipokrit dalam politik. Walaubagaimanapun ambo selesa berada tanpa NON PARTY buat masa sekarang.
Dan tak payah tanya ambo jawatan gapo dalam parti..ambo x da jawatan gapo..Masa ambo dok dalam umno dulu pun ada dah ore nak atar ambo kehulu kerana kenyataan ambo hak pedas dan penuh tajam menikam.Ambo juga sering ditegur oleh sesetengah pihak kerana lantang dan celupar menulis.
PAKATAN HARAPAN jangan dok tiru perangai sesetengah ore umno yang x boleh ditegur dan dinasihati dan sikap suka pong kepimpinan menyebabkan makan diri. Akibatnya kami rakyat kehilangan BN/Umno dalam Pru14 akibat sikap dan sifat pantang ditegur.
SO ambo bukan serupa sesetengah yang main politik kerana nak kedudukan,pangkat,projek dan etc..bila kalah teruk lari becudar tak tahu kemana hala..bab projek ambo x perlu belaka tu...cukuplah ambo jual kopi rerama dan jus kolestrol itupun datok vida kirim salam sokmo..
Dan ada yg tanya tahap pengajian ambo setara mana...ambo jawab marilah kerumah ambo kita pelaga sijil hak mana ada muga ambo x ngaji ober sea.
Akhir kata marilah kita bina negara baharu dengan kerajaan baru Pakatan Harapan..wakakaka...
Dan jangan atar ambo ke Hulu Kerana ambo akan tubuhkan parti baru Ki3..
Jangan serius sangat main politik ni nanti lekas tua.
JUS KOLESTROL amat baik untuk kesihatan anda.
See Translation

Salam Ramadhan untuk semua KETERUJAAN BERGANDA Kerana kalian benar benar SUPER Kalian bertiga telah menyiapkan diri untuk menerima pelajar diluar sana yang mahu belajar tentang ILMU KEJURUTERAAN INSAN abad ini

Salam Ramadhan untuk semua.
------
KETERUJAAN BERGANDA?
------
Kerana kalian benar-benar SUPER .
Kalian bertiga telah menyiapkan diri
untuk menerima pelajar diluar sana
yang mahu belajar tentang ILMU KEJURUTERAAN INSAN abad ini.
------
Ianya mengingatkan saya pada satu
kisah dimana seorang pemuda berusaha
sedaya upaya untuk berguru dengan seorang
guru yang handal dalam bidang bermain pedang. Pemuda itu bertemu dengan tok guru
itu, lantas menyatakan hasratnya yang sudah
tersimpan lama.
------
Tok guru tersebut menerima pemuda itu dan
diberikan tugas harian untuk mencuci pinggan
mangkuk, membersih persekitaran rumah dan
kerja-kerja berkaitan pembersihan.
------
1 tahun berlalu, namun pemuda ITU tetap melakukan tugasan hariannya hingga dirinya sudah merasa bosan.
-------
" Tok guru, bila nak ajar seni bermain pedang
pada saya? Saya sudah malas nak buat kerja rutin harian ni.", ujar pemuda itu.
--------
Agak-agaknya, apa respon tok guru itu?
Saya menanti jawapan anda mulai sekarang.
#certifiednlpmasterpractitioner#
www.nlpmalaysiamudah.blogspot.my
See Translation

Tips Cepat Kurus 1 Senaman Di Waktu Pagi Bagi saya waktu awal pagi utk bersenam adalah paling terbaik kerana apa

Tips Cepat Kurus 1: Senaman Di Waktu Pagi
Bagi saya, waktu awal pagi utk bersenam adalah paling terbaik kerana apa:
1) badan anda dalam keadaan segar sekiranya cukup rehat 5-6 jam minima. Sistem hormon dalam keadaan seimbang, perasaan, semangat, emosi sangat stabil.
2) Selepas bangun pagi, hormon testosterone adalah tinggi yang mana hormon ini dpat meningkatkan kadar penguncupan otot, metabolisma meningkat untuk pembakaran kalori dari deposit lemak.
3) Dalam Video ini: Sempat sya cerita ttg "EPOC- Excess Post Exercise Oxygen Consumption"....apa benda niii????
? selepas buat senaman "INTENSITI TINGGI", seperti HIIT Tabata,
?Kadar pernafasan adalah tinggi, menyebabkan oksigen tidak mencukupi (senaman anaerobik)
?selepas habis bersenam, anda balik rumah dan rehat, sistem badan masih melakukan "Post Recovery" untuk membayar hutang oksigen yg tidak mencukupi semasa bersenam dan tenaga yg hilang kesan pembakaran glikogen dan pemecahan otot.
?Pemulihan inilah dipanggil EPOC dan, anda akan rasa badan anda panas membakar menandakan pembakaran kalori yg banyak sehinggakan sehari suntuk.
?Xperlu lama pun, ckup 10 minit sahaja
Okay, selamat mencuba????
#coachdan