Arkib 11/2018

Dlm Sejarah Melayu lama telah dikisahkan perihal Raja Mendeliar si adu domba yg turut menjadi penyumbang utama perpecahan dalaman istana yg membawa...

Dlm Sejarah Melayu lama telah dikisahkan perihal Raja Mendeliar si adu domba yg turut menjadi penyumbang utama perpecahan dalaman istana yg membawa kepada kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.
Saya fikir Episod Raja Mendeliar ini dah berakhir. Rupanya masih ada lagi Raja Mendeliar versi moden yg kali ini cuba. membawa fahaman La Mazhabiyah dan memulakan bab adu domba agamawan dgn istana.
Malaysia adalah berpaksi kpd sistem Raja Berpelembagaan. Kita masih perlukan Majlis Raja Raja sebagai benteng akhir orang Melayu dan Agama Islam.
Ini bukan negara aspirasi Liberal, Wahhabi dan mainan dam Raja Mendeliar.....

Keliru manhaj dan laser komentar

Keliru manhaj dan laser komentar.
Saya tulis Zombies telah muncul mengejut di Kangar tetapi warga medsos melaporkan Mufti buat dono jer dgn penternakan Zombies dari bulan Ogos....
Malaysia kalah 0- 2 kepada Hong Kong tetapi kenapa dilaporkan Hong Kong memalukan pemain Malaysia yg lengkap berpakaian 2- 0 ?

Berakhirlah episod pelopor anti hadis

Berakhirlah episod pelopor anti hadis. Dia tidak temui kebenaran di alam nyata. Semoga dia temui kebenaran di alam sana.Berakhirlah episod pelopor anti hadis. Dia tidak temui kebenaran di alam nyata. Semoga dia temui kebenaran di alam sana.

Perani: Mak suka ceq jadi Zombie ka atau Ct Lgbt?

Perani: Mak suka ceq jadi Zombie ka atau Ct Lgbt?
Mak Perani: Dua dua mak tak suka !!Perani: Mak suka ceq jadi Zombie ka atau Ct Lgbt?
Mak Perani: Dua dua mak tak suka !!

Kaedah terbaik hindarkan diri dari menjadi Wahhabi ialah memahami erti Bidaah

Kaedah terbaik hindarkan diri dari menjadi Wahhabi ialah memahami erti Bidaah. Oleh itu jauhi ustaz-ustaz yg sering menidakkan keberadaan Bidaah Hasanah. Jauhi puak2 yg berasa cukup Sunnah tetapi terjerut dalam konsep bidaah sesat pada perkara agama dan bidaah tidak sesat pada hal dunia.
Apakah kalian memikirkan setiap turun naik nafas dari mula bangun tidur hingga ke dinihari membabitkan hal2 agama ataupun dunia tidak dihitungkan di Mahsyar kelak ..??

Bagus ada PPIM ni

Bagus ada PPIM ni. Gegar sikit ejensi kerajaan yg tiada enjin dan penguatkuasa yg tidak berdaya kuasa. Tapi PPIM ni sebagai jalan keluar sementara sahaja. Dikhuatiri Hero akan menjadi Villain dalam waktu yg sama.
Ambil yg jernih. Ad hominem tidak perlu.
Kitapun tak mahu sesiapa menangguk di air yg keruh. Kerajaan patut ambil iktibar.....

Melayu Teruja

Melayu Teruja.
Orang Melayu memang mudah teruja. Apabila ada orang Cina di Pantai Remis tampil baca terjemahan ayat Quran , maka dgn cepat mengambilnya sebagai teman yg boleh berpolitik dan berdakwah. Mungkin dia mesra Islam dan akan masuk Islam. Tapi sampai sekarang dia lah antara petualang menyerang orang Melayu dan Islam.
Teruja lagi bila ada SEBILANGAN artis yg ingin kembali ke jalan agama. Lalu artis yg ternyata kekurangan ilmu diangkat naik ke pentas politik dan dakwah baik di tv atau roadshow. Pull crowd konon. Alim ulama yg bertahun malah belasan dan puluhan tahun berjuang menadah kitab dipinggirkan. Agama ternyata jadi bahan gurau senda , tangkapmuat dan si bidan terjun gah merangkul pujian.
Terus teruja bila ada SEBILANGAN muallaf dijadikan pendakwah walau hujah hanya berasaskan Quran terjemahan. Rasa seronok melihat muallaf bijak berkata kata dibandingkan dengan Melayu Islam baka yg tidak bijak berpidato dan merangkai kata. Akhirnya ilmu semakin tirus , jumud dan berkisar di sekitar SEBILANGAN mereka ini sahaja.
( Masa ke Madinah tahun 2013 dahulu , saya teruja melihat 3 orang anak muda dari Negara China menghafaz al Quran selama 6 hari di Masjid Nabawi bersama gurunya orang Turki. Saya teruja kerana ingatkan mereka muallaf yg baru mengaji. Rupa rupanya mereka adalah Islam Baka dari etnik Hui dari Xinjiang......)

Kepada teman2 yg telah berusia 40an dan ke atas

Kepada teman2 yg telah berusia 40an dan ke atas...jangan buru-buru bangkit dari tidur yg lama. Biarkan mata anda terbuka dan berbaringlah untuk beberapa saat. Biarkan sistem peredaran darah berjalan sekitar tubuh.
Setelah merasa seimbang dan aliran darah berjalan lancar, duduk sebaentar baru berdiri dan berjalan. Darah dan oksigen yg telah utuh di otak bisa menyelamatkan kita seandainya terjatuh. Maklumlah baru bangkit dan terus berjalan tanpa keseimbangan di kepala. Kadang2 mamun dan terhoyong hayang ini yg membuatkan kita mendapat strok bila berlaku hentakan di kepala sewaktu jatuh.

Meredah kepekatan malam bersama 102 jiwa ke Kaherah dari Port Said

Meredah kepekatan malam bersama 102 jiwa ke Kaherah dari Port Said.
Terima Kasih pihak keselamatan Mesir yang ekscort konvoi yang terdiri dari 2 buah Bas dan 102 pelajar Malaysia dan menjaga keselamatan semua peserta sepanjang perjalanan.

KALAU dibanci, entah berapa kerat sahaja orang Amerika Syarikat yang bergelar graduan Kuliah Bahasa Arab

KALAU dibanci, entah berapa kerat sahaja orang Amerika Syarikat yang bergelar graduan Kuliah Bahasa Arab.Tapi bagaimana mereka boleh mempunyai sikap mencintai AHMAD SYAWQI yang terkenal dengan jolokan RAJA PARA PENYAIR hingga kedutaan mereka di Kaherah memperingati majlis kelahirannya???
Begitu juga NOVEL-NOVEL NAGUIB MAHFOUZ, Tokoh Sasterawan Mesir yang mendapat anugerah NOBEL ANTARABANGSA, banyak diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris !
Hebat Omputeh nie....
kita belajar sahaja, tapi mereka belajar dan menjiwai bahkan pertukaran budaya !!
Kawan2 nampak apa yg saya nampak? Selamat Malam Kaherah!! تصبح على خير