Arkib 09/2018

Sukarkan proses damai? Pelik bin ajaib BERNAMA nie

Sukarkan proses damai? Pelik bin ajaib BERNAMA nie..... kenapa ambil sesi pandang Isreal? Kenapa tak ambil Dunia Arab atau lebih tepat, Liga Arab.Perdamaian mereka (Fatah - Hamas) adalah sesuatu yang baik untuk proses damai !! Itu suara Liga Arab dan dilaksanakan oleh Mesir !! Sebut last2 sahaja, macam sampingan !! Padahal, itu yg utama!!
P/S : Jangan baca akhbar Malaysia untuk isu timur tengah.

PERISTIWA BERSEJARAH hari ini 12 oktober 2017, wakil HAMAS dan FATAH telah menandatangani persefahaman perpaduan اتفاق المصالحة di...

PERISTIWA BERSEJARAH hari ini 12 oktober 2017, wakil HAMAS dan FATAH telah menandatangani persefahaman perpaduan اتفاق المصالحة di Kaherah di mana Mesir sebagai penaung dan perantara.
P/S : Pertelingkahan antara HAMAS dan FATAH selama 11 tahun akhirnya tamat dan perpaduan ini adalah asas untuk proses damai yang lebih berkesan di Palestin.

Pesta Buku Antarabangsa Kaherah Ke 49 akan berlangsung pada 27 Januari 2018 - 10 Februari 2018 dan tetamu kehormat kali ini adalah negara Algeria

Pesta Buku Antarabangsa Kaherah Ke 49 akan berlangsung pada 27 Januari 2018 - 10 Februari 2018 dan tetamu kehormat kali ini adalah negara Algeria.Maknanya juga, cuti musim sejuk kali ini pada tarikh berkenaan.
Selamat ke kuliah mahasiswa AL AZHAR sekalian.... Cuti dah tamat.P kuliah, stoudy group, dan stand by untuk exam.

Y

Y.A.B Presiden AL SISI merasmikan Pusat Persidangan Antarabangsa Kaherah yang baru di Tagammuk Khamis (bersebelahan Masjid Marsyal Hussein Tantawi) menggantikan Cairo International Conference Center (CICC) di Madinat Nasr.

Nampaknya FB hari ini meriah dengan ucapan tahniah atas kelayakan Mesir ke Piala Dunia

Nampaknya FB hari ini meriah dengan ucapan tahniah atas kelayakan Mesir ke Piala Dunia.Satu sahaja yg rakyat Malaysia di Mesir kena lihat, mereka tiada kontroversi sesama mereka dan kumpulan bola mereka bersaing dengan baik.Zamaleknya, Ahliynya, Ismailiah dsb.... bila pasukan bola bukan dipimpin oleh orang politik, atau "golongan yang untouchable" kerana keturunan, pasukan bola mereka lebih berkualiti dan berdaya saing.Persaingan bola dikalangan kelab2 mereka jadi lebih sihat dan tiada presiden kelab bola yang "poyor".Mereka bebas dikritik dan menerima perubahan.Akhirnya, setelah banyak cubaan sebelum2 ini, Mesir berjaya akhirnya.
Juga, kita perlu lihat, sekuat mana pun sokongan mereka kepada pasukan negara, hari ini, isnin 9 Oktober, pejabat kerajaan beroperasi seperti biasa termasuk sekolah dsb.Tiada CUTI PERISTIWA!!
Fikirkan ...

Bila FB ingatkn umur semasa, tiba-tiba malam di Kaherah ini terimbau kenangan lama semasa budak2

Bila FB ingatkn umur semasa, tiba-tiba malam di Kaherah ini terimbau kenangan lama semasa budak2... كنت صبيا في الثمانينات،،، Dan saya mengulang kembali nukilan Solah Abdul Sobur :
صباي البعيد
أحن إليه،،، لألعابه
لأوقاته الحلوة السامرة
حنيني غريب،،
P/S : Insyaallah esok saya akan menulis tentang usaha Mesir untuk kembali membina kekuatan perdagangan, perkapalan dan logistik yang menjadikan Singapura sebagai Model pembangunannya.

MESIR & PERPADUAN FATAH - HAMAS , Facebookers sekalian,, 1

MESIR & PERPADUAN FATAH - HAMAS
Facebookers sekalian,
1.Semalam 3 Oktober 2017 adalah satu tarikh yang bersejarah di mana Ketua Perisikan Mesir, Jeneral Khalid Fauzi telah mengadakan kunjungan rasmi ke Palestin termasuk Gaza selain Ramallah untuk pelaksanaan pembentukan Kerajaan Perpaduan Palestin dan Perpaduan PERGERAKKAN FATAH & HAMAS.
2.Kunjungan ini adalah arahan dari Presiden AL SISI sebagai melaksanakan pembentukan semula KERAJAAN PERPADUAN di Palestin antara FATAH dan HAMAS demi masa depan Palestin.
3.HAMAS telah menerima inisiatif PERISIKAN AM MESIR untuk pembentukan semula Kerajaan Perpaduan Palestin dua minggu lalu dengan menerima syarat - syarat berikut :
3.1 Menyerahkan pengganas - pengganas yang terlibat dalam serangan kem-kem tentera Mesir melalui terowong-terowong Gaza - Mesir.
3.2 Menutup terowong-terowong yang dikenali menyeludup senjata dari Gaza.
3.3 Membenteras kegiatan menyelinap terowong GAZA - MESIR untuk aktiviti pengganas.
4.Sebagai lambang penerimaan inisiatif penyatuan Kerajaan Perpaduan Palestin (FATAH - HAMAS), Ismail Haniah telah membubarkan JAWATANKUASA PENTADBIRAN HAMAS atau LAJNAH IDARIAH di Gaza dan menerima cadangan Kerajaan Perpaduan Palestin.
5.Jeneral Khalid Fauzi bertemu Ismail Haniah di GAZA mengadakan sidang video bersama Presiden AL SISI, turut memenuhi undangan majlis makan tengahari dan diakhiri dengan penyerahan jemputan rasmi ke atas Haniah untuk kunjungan ke Kaherah seterusnya memetrai perjanjian perpaduan yang dijangka selasa depan.
6.Pembentukan semula Kerajaan Perpaduan ini adalah usaha Mesir dalam memastikan perjanjian damai Palestin termetrai dan pembentukan Negara Palestin menjadi kenyataan selain mengembalikan keamanan yang menyeluruh di Utara Sinai dan memastikan Utara Sinai bersih dari unsur pengganas.
7.Pada minggu hadapan, dunia akan menyaksikan FATAH dan HAMAS menandatangani PERJANJIAN PEMBENTUKAN PERPADUAN FATAH DAN HAMAS di Kaherah.
RUMUSAN :
1.Berita ini bukan berita yang mengembirakan Ikhwan Muslimin terutama di Mesir.
2.Apa yang zahir ialah "Terowong yang digunakan untuk pengganas", tapi ada maksud tersirat iaitu "Terowong untuk bekalan kemanusiaan" dibenarkan, tapi ia adalah perkara yang amat sulit dan tidak mungkin sampai ke pengetahuan umum.Itu hanya antara HAMAS dan PERISIKAN AM MESIR.So, jangan emosi setiap kali ada isu "terowong yang dihapuskan" apabila disiarkan di Malaysia yang mana medianya suka bergantung dengan sumber AFP atau REUTERS.
3.Sebab itulah kematian pemimpin Ikhwan Muslimin adalah rahmat dan ia adalah masa depan keamanan yang cerah dan luas di Timur Tengah.

Selamat Pagi Mesir! Meneruskan kehidupan di negara kedua saya, Republik Arab Mesir

Selamat Pagi Mesir! Meneruskan kehidupan di negara kedua saya, Republik Arab Mesir.Banyak respond post saya sebelum ini.Ramai yang kepanasan.Ada juga yang acah - acah "sopan" konon dia "muslim terbaik".Maaf, saya tak berganjak walau seinci.Saya membaca dan saya juga pernah mendapat input dari sumber pertama.Bagi sesiapa rasa tak setuju, senang sahaja, sila tekan "unfriend".
Kepada yang menyokong, saya hargai persahabatan kita walaupun di alam maya.Saya yakin, mereka juga bukan menyokong peribadi kerana kita bukan mencari keuntungan peribadi atau mencari "syuhrah".Mereka menyokong prinsip kita dan kita perlu mempunyai pendirian yang jelas walaupun ia tidak popular dan dibenci.
Sebab.... itulah hakikat kebenaran.
صباح الفل والورد
P/S : Mesir baru jam 6.05 am
Satu hari nanti, kita akan bongkar kebejatan Ikhwan Muslimin dalam bentuk tulisan yang lebih terperinci di Malaysia dan diterbitkan untuk bacaan umum.

AL HAMDULILLAH, perginya Mahdi Akif buat selamanya

AL HAMDULILLAH, perginya Mahdi Akif buat selamanya.Hari ini hari paling gembira.Kalau saya sedang berada di Mesir, saya pasti akan meraikannya...
Pengganas.... ke tanah juga kamu akhirnya
انا مبسوط جدا برحيل مهدي عاكف المفكر والزعيم السابق للجماعة الاخوان الارهابي والمتطرف الى الأبد....لو كنت في مصر لاحتفلت بموته،،،،
يا أيتها النفس المتطرفة،،،، أسفل الأرض نهايتها مهما كانت شهرتها وفسدها

Uacapan Presiden AL SISI di PBB semalam menyentuh isu memerangi pengganas dan keamanan serantau termasuk isu Palestin dan Syria

Uacapan Presiden AL SISI di PBB semalam menyentuh isu memerangi pengganas dan keamanan serantau termasuk isu Palestin dan Syria.
Beliau setakat ini Presiden Mesir paling aktif menyampaikan ucapan setiap tahun di PBB sejak 2014 apabila memegang tampuk pemerintahan Mesir sebagai YAB Presiden Republik.