Arkib 06/2018

"Ciri-ciri kesan Islam pada sejarah sesuatu bangsa harus dicari pada pemikiran sesuatu bangsa yang terkandung dalam bahasa

"Ciri-ciri kesan Islam pada sejarah sesuatu bangsa harus dicari pada pemikiran sesuatu bangsa yang terkandung dalam bahasa..
Acropolis Yunani, persepolis Iran, piramid-piramid Mesir tiada menyorotkan sinaran kemajuan budi dan akal. Dalam menilai peranan dan kesan Islam, ciri-ciri yang harus dicari bukan pada tugu dan candi, pada pahatan dan wayang, akan tetapi pada bahasa dan tulisan yang sebenarnya mencarakan daya budi dan akal merangkum pemikiran."
(Islam dalam sejarah dan kebudayaan melayu ms 19)
"Unity has two aspects: the outward, external unity manifested in society as communal and national solidarity; and the inward, internal unity of ideas and mind revealed in intellectual and spiritual coherence that encompasses realms beyond communal and national boundaries. Understanding of our identity as Muslims pertains to the second aspect, which is fundamental to the realization of the first. The coherence of this second aspect depends upon the soundness and integrity of concepts connoted in language, the instrument of reason which influence the reasoning of its user. If the soundness and integrity of concepts in language is confused, then this is due to a confusion in 'worldview' caused by the corruption of knowledge."
(Al Allamah as Syaikh Prof Dr Syed Naquib Al-Attas hfz, Prolegomena, page 29)
Idea-idea Prof al Attas ketika dibaca sering menyiram kekusutan dan kelayuan akal dan jiwaku. Ketika kita baca pelbagai disiplin ilmu dan turath dengan bahagian dan juzuk2 idea yg seolah2 terpisah, Prof al Attas lah yang biasanya ketika kita taamul idea beliau, seolah2 mencantumkan dan menjadikan juziyyat ilmu menjadi kulli dalam minda.. Seterusnya kita kan menyingkap lebih luas dan faham lebih jelas akan ilmu dan realiti.. Allah.. ajeeb..
Terutamanya kebelakangan ini aku membaca karya2 sasterawan pemikir tradisionalis hebat semisal al Allamah al Muhaqqiq Mahmud Syakir dan muridnya al Muhaqqiq Mahmud at Tonahi.. kedua2 tokoh besar yang telah berkhidmat kepada turath Islam dan mempertahankannya dari serangan orientalis ini adalah sasterawan unggul, ahli bahasa, pentahqiq manuskrip, sejarawan dan pemikir unggul di Mesir.. Namun kadang kala tertanya-tanya, mengapa bahasa memainkan peranan penting dalam pemikiran, kemajuan, worldview dan intelektualisme.. dan ianya biasanya terjawab ketika kuteliti dalam karya2 al Attas.. hafizahullah..
Moga diberi rezeki untuk berjumpa beliau satu hari nanti....
(Faedah: buku Abātīl Wa Asmār karangan Mahmud Syakir ra ini merupakan satu karya yang sangat penting bagi setiap Azhari dan tradisionalis, terutamanya tentang kebudayaan, pendidikan, sastera, isu pemikiran dan kritik syubhat orientalis. Buku ini diwasiatkan dan diwajibkan untuk dibaca oleh guru yg mulia as Syaikh Dr Usamah Sayyid al Azhari hfz)
#cintakanideanamuntakpernahbersua

وبعض الناس يعرفون قيمة علم الكلام لكنهم يريدون تحديثه أو تقريبه إلى الناس بدفع...

وبعض الناس يعرفون قيمة علم الكلام لكنهم يريدون تحديثه أو تقريبه إلى الناس بدفع عجلته إلى مناقشة الإشكالات التي طرأت على الأمة الاسلامية والتشكيكات التي ترد عليهم من المخالفين، فهؤلاء نشد على أيديهم ونقول لهم إنا إلى هذا الهدف سائرون، ولكن عجلة التجديد لن يقوم بها فرد من الأفراد، ولن تأتي نتيجة جهد واحد في عصر قد انقطعت فيه السبل، ولكن التجديد الحقيقي سيكون أثره ظاهرا نتيجة تراكم الجهود وتوالي الهمم على حمل هذا المهم.
فنحن بحاجة إلى دفع طليعة حاذقة من شباب الأمة من ذوى القدرات المتميزة إلى الاهتمام أكثر باستيفاء علوم المتقدمين، والتمكن في علوم الغرب والشرق في هذا الزمان، حتى يمكن لهم أن ينتجوا الجديد النافع.. فنحن نبغي أن نبني لا أن نهدم..
-شيخنا العلامة المتكلم د سعيد فودة حفظه الله
(مناقشات وردود مع أبي يعرب المرزوقي ص٦)

Hari ini terlepas pula talaqqi bahasa jepun di masjid azhar syarif

Hari ini terlepas pula talaqqi bahasa jepun di masjid azhar syarif.. besok insyaAllah sambungannya..
Seronok di al Azhar, ilmu apa nak, semua ada.. dan semuanya free..
الحمد لله على نعمة الأزهر الشريف

Zmn Abbasiya Bgaimana Muktazilah Pupus? Sbb matlamat debat terlaksana

Zmn Abbasiya Bgaimana Muktazilah Pupus? Sbb matlamat debat terlaksana. Muktazilah kalah, hilang jawatan & kuasa, diganti Asyairah.Zmn Abbasiya Bgaimana Muktazilah Pupus? Sbb matlamat debat terlaksana. Muktazilah kalah, hilang jawatan & kuasa, diganti Asyairah.

فن المناظرة و آدابه, قال العلامة ابن خلدون في المقدمة عن معالم هذا العلم،...

فن المناظرة و آدابه
قال العلامة ابن خلدون في المقدمة عن معالم هذا العلم، ومسوغاته وغاياته :
"فإنه لما كان باب المناظرة في الرد والقبول متسعا، وكل واحد من المتناظرين في الاستدلال والجواب يرسل عنانه في الاحتجاج، ومنه ما يكون صوابا ومنه ما يكون خطأ، فاحتاج الأئمة إلى أن يضعوا آدابا وأحكاما يقف المتناظران عند حدودها في الرد والقبول، وكيف يكون حال المستدل والمجيب، وحيث يسوغ له أن يكون مستدلا، وكيف يكون مخصوصا منقطعا، ومحل اعتراضه أو معارضته، وأين يجب عليه السكوت ولخصمه الكلام والاستدلال، ولذلك قيل فيه إنه معرفة بالقواعد من الحدود والآداب التي يتوصل بها إلى حفظ رأي أو هدمه.
يقول أبي محمد عبد الله بن محمد الأندلسي القحطاني:
لا تفنِ عمرك في الجدال مخاصما... ***...إن الجـدال
يـخـلبـ الأديـان
واحذر مجادلـة الرجـال فإنهـا....*** ...تدعو إلـى الشحنـاءوالشنـآن
وإذا اضطررت إلى الجدال ولم تجد...*** ...لك مهربا وتلاقت الصفان
فاجعل كتاب الله درعا سابغا...*** ....والشرع سيفك وابد في الميدان
والسنة البيضاء دونك جنة…. *** ….واركب جواد العزم في الجولان
واثبت بصبرك تحت ألوية الهدى…. *** ….فالصبر أوثق عدةالإنسان
واطعن برمح الحق كل معاند …. *** ….لله در الفارس الطعان
واحمل بسيف الصدق حملة مخلص …. *** …. متجرد لله غير جبان
واحذر بجهدك مكر خصمك إنه …. *** …. كالثعلب البري في الروغان
أصل الجدال من السؤال وفرعـه …. *** …. حسن الجواب بأحسـن التبيـان
لا تلتفت عند السـؤال ولا تعـد …. *** …. لفـظ السـؤال كلاهمـا عيبـان
وإذا غلبت الخصم لا تهـزأ بـه …. *** …. فالعجب يخمد جمـرة الإحسـان
فلربما انهزم المحـارب عامـدا … *** …. ثمانثنى فسطا علـى الفرسـان
واسكت إذا وقع الخصوم وقعقعوا … *** …. فلربماألقوك في بحران
ولربما ضحك الخصـوم لدهشـة …. *** …. فاثبت ولا تنكل عـن البرهـان
فإذا أطالوا في الكلام فقل لهم …. *** ….إن البلاغة لجمت ببيان
لا تغضبن إذا سئلت ولا تصـح …. *** …. فكلاهمـا خلـقـان مذمـومـان
واحذر مناظرة بمجلـس خيفـة …. *** …. حتـى تبـدل خيـفـة بـأمـان
ناظرأديبا منصفـا لـك عاقـلا …. *** …. وانصفه أنت بحسب مـا تريـان
ويكـون بينكما حكيـم حاكمـا …. *** …. عـدلا إذا
جئـتـاه تحتكـمـان
والله ولي التوفيق..

Video khas bagi penuntut ilmu, terutamanya para doktor perubatan

Video khas bagi penuntut ilmu, terutamanya para doktor perubatan.. belajarlah dengan tekun, kerana kelak penyesalan sudah tak berguna, mudharat dan padah bukan hanya pada diri bahkan pada orang lain. Sekiranya ahli agama wajib menguasai ilmu agama untuk mengubati jiwa dan rohani umat, maka para doktor pula berhadapan dengan nyawa manusia.. ingatlah ianya bukan mainan..
#janganmenirudansuapcikguya ?
#BelajarSungguh2

Selamat ulang tahun kelahiran Syaikhuna al Allamah Dr Usamah as Sayyid al Azhari hafizahullah, moga diterima segala amal dan usahanya kepada ummah,...

Selamat ulang tahun kelahiran Syaikhuna al Allamah Dr Usamah as Sayyid al Azhari hafizahullah, moga diterima segala amal dan usahanya kepada ummah, dipanjangkan umurnya dengan kesehatan dan penuh keberkatan serta memberi manfaat kepada umat.
Beliaulah yang mengajarkanku erti Azhariy yang sebenar. Beliau membimbingku bahawa ilmu itu tidak boleh dipisahkan dengan manhaj. Ilmu tanpa manhaj itu boleh membawa mudharat dan implikasi buruk. Kerana itu ilmu itu diambil dari para guru secara lutut ke lutut. Kerana manhaj hanya ada pada dada dan tingkah laku ulama. Rasulullah SAW bukan hanya menyampaikan wahyu dan ilmu, tetapi manhaj nubuwwah dan manhaj kefahaman wahyu yang diwarisi hingga kini.
Suatu ketika aku pernah bertanya fadhilatu as Syaikh: Saat krisis bermaharajalela, fitnah dimana-mana dan yang membenci al Azhar dan para ulama berganda-ganda, apakah yang patut ku lakukan?
Kata beliau: Teruskan dengan menjalani perananmu. Kamu sebagai penuntut ilmu, kuasai ilmu sedalamnya kerana Allah memilihmu berkhidmat kepada ilmu, dan janganlah terlalu sibuk(insyighal) dengan sekelilingmu, ya, kamu harus peka dengan perkembangan semasa namun jangan sampai mengabaikan perananmu sebagai tolib ilm.
Ketahuilah bahawa apa saja dhojij(kacau bilau) dan krisis yang berlaku kini tidak akan kekal, semuanya akan berakhir. Semua ideologi songsang kan sampai ke penghujungnya. Namun hanya ilmu dan idea yang sahih sahaja kan kekal. Ikhlaslah dalam menuntut ilmu. Sidiqlah, jujurlah dalam belajar. Jangan belajar untuk orang, jangan belajar kerana selain Allah. Kerana hanya yang benar-benar menjalankan tugasnya dengan ikhlas kerana Allah yang kekal.
Imam Malik ketika mana ramai menciplak dan memanipulasi Muwatta' karangannya, beliau tidak berasa marah, emosi, mengkritik dan merespon musuhnya. Beliau hanya tersenyum dan mengatakan:
ما كان لله بقي
" Sesungguhnya apa saja yang dilakukan tulus kerana Allah kan kekal. "
Benar, terbukti setelah itu, hanya Muwatta' Malik saja yang kekal sehingga ke hari ini dan selainnya semua telah luput dan hancur dimamah waktu... Inilah manhaj yang diajarkan oleh Imam Malik kepada ummah. Iaitu mendepani masalah dengan tenang, bukan dengan emosi, provokasi dan gopoh.
Allah.. Ya robb..
Kurniakanlah kami ikhlas dan sidiq sungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Jadikanlah ilmu kami syafaat bagi kami di akhirat kelak dan bukan yang mencelakakan kami.
Sungguh sehingga ke hari ini, pesanan beliau ini tak pernah terlupa dan terngiang-ngiang di minda.. Moga Allah merahmati dan meredhaimu Syaikhunal Habib..

Syaikhul Azhar beri sponsorship pergi haji bagi kedua ibu bapa pelajar cemerlang di maahad Azhar (spm mesir) yang resultnya keluar baru2 ini

Syaikhul Azhar beri sponsorship pergi haji bagi kedua ibu bapa pelajar cemerlang di maahad Azhar (spm mesir) yang resultnya keluar baru2 ini..
Fuh! Ini baru betul2 penghargaan... kita macam mana? ?

Berkata syaikhuna al Allamah dr Ali Jum'ah hafizahullah, ada 3 tahap kelayakan bagi peraih sijil kealiman Alimiyyah al Azhar as Syarif sebelum muncul...

Berkata syaikhuna al Allamah dr Ali Jum'ah hafizahullah, ada 3 tahap kelayakan bagi peraih sijil kealiman Alimiyyah al Azhar as Syarif sebelum muncul sistem universiti, berdasarkan keputusan ujian yang dijalankan dihadapan para ulama muktabar:
1. Layak mengajar semua bidang ilmu yg dipelajari
2. Layak mengajar sebahagian bidang ilmu tertentu
3. Layak mengajar satu bidang ilmu sahaja
........
Sekarang pula? Mengaku layak jd mufti besar walau sijil hanya bidang hadis.. Itu pun entah diiktiraf ulama muktabar atau tidak...

Suasana berbuka puasa di masjid agung kekasih Allah, penghulu pemuda syurga Sayyiduna Husein r

Suasana berbuka puasa di masjid agung kekasih Allah, penghulu pemuda syurga Sayyiduna Husein r.a, bersama keturunan sohib maqam al Arif billah, as Syaikh al Muqri Sayyid Ibrahim al Huseini hafizahullah, seorang ali bait yg pakar dlm bidang al quran dan qiraat..beliau sgt memuliakan pelajar wafidin(selain arab) dan tidak langsung menerima wang daripada pelajar.. Seringkali mengajak kami berbuka puasa bersama beliau..
Majlis hafazan dan qiraat al Quran beliau diadakan setiap hari di masjid sayyiduna husein..sgt meriah.. Menariknya, teknik hafalan bersama beliau harus banyak menyalin al Quran(teknik lauh wal qolam).. Setiap sebelum tasmik harus tulis setiap ayat yg dihafal, kemudian setelah ditasmik juga ketika mengulang harus ditulis sekali lagi hafazan tapi tanpa melihat al Quran.. Seorang sahabat dari indonesia meggunakan teknik ini menghafal bersama beliau sebanyak 3 juz sebulan, ketika dilihat buku nota hafazannya, ianya penuh dgn tulisan tangannya bg ayat-ayat hafazan al quran beliau.. Subhanallah.. Moga Allah meredhai Ali bait baginda SAW..
#HubbAliBaitJalanMenujuAllah
#SalamRamadhanDariCairo