Arkib 05/2018

"Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagiaan kita

"Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagiaan kita. Ada kalanya setelah kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila-bila, ada kalanya menjadi hitam dan menyusahkan"

[NESCAFE HUB PROGRAM 2016], Untuk makluman dan promosi,, Kiosk Nescafe kini di buka diperkarangan foyer berhadapan Perpustakaan Al-Bukhari 2 dan...

[NESCAFE HUB PROGRAM 2016]
Untuk makluman dan promosi,
Kiosk Nescafe kini di buka diperkarangan foyer berhadapan Perpustakaan Al-Bukhari 2 dan beroperasi sehingga 03 Jun 2016. Pelbagai produk menarik dijual dan anda berpeluang untuk memiliki Nescafe kit, perisa Nescafe yang terbaru dan lain-lain lagi.
Pembukaan Nescafe Hub ini adalah bertujuan sebagai satu hub penyaluran informasi tentang pertandingan yang sedang dijalankan oleh pihak Nestle. Adakah anda berminat memenangi wang tunai sebanyak RM5,000 dan mendapat peluang internship bersama Nestle?
Nescafe mempelawa mahasiswa UiTM yang berminat untuk menyambut cabaran nescafe bagi membuka kiosk Nescafe di UiTM dengan modal daripada Nescafe.
Program ini adalah berbentuk pertandingan dan terbuka kepada semua IPTA di seluruh Malaysia.
Kepada mahasiswa yang berminat, berikut adalah langkah-langkah penyertaan;
1. Sila tubuhkan kumpulan yang mempunyai 6 orang
2. Buat bisnes proposal
3. Hantar proposal secara online di https://www.dearnestle.com.my/contest/nescafehub/eform atau serahkan proposal anda ke kiosk Nescafe yang di buka di hadapan Perpustakaan Al-Bukhari 2 (Lama), UiTM Cawangan Pahang.
Penghantaran proposal ini adalah bermula dari 1 Mei 2016 hingga 15 Ogos 2016.
Jom Mahasiswa! Serlahkan kemampuan kita!
Sekian, terima kasih .

Assalamualaikum w

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera
Untuk makluman, UiTM Cawangan Pahang sedang mengadakan kutipan bagi membantu lebih 250,000 rakyat Aleppo, Syria yang disekat bantuan kemanusiaan. Tabung-tabung sumbangan telah ditempatkan di 3 lokasi iaitu di Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang, Bilik Rehat Pensyarah dan bahagian Operator UiTM Cawangan Pahang. Sekiranya anda ingin menyumbang secara peribadi, boleh salurkan sumbangan anda ke My Care Pahang, 013-9835689 (En. Zool) dan nyatakan kemasukan untuk 'Aleppo'
#AleppoIsBurning #SaveSyria

[Perkongsian maklumat], Assalamualaikum w

[Perkongsian maklumat]
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera
Perhatian kepada pelajar semester akhir mahupun graduan UiTM yang mencari tempat untuk latihan industri ataupun “internship”!
myASEANintenship 2016 (Pelajar Ijazah) Sesi ke-2 (Julai-Desember)
myASEANinternship ialah satu program dibawah kerjasama Talent Corporation Malaysia Berhad dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Program ini membolehkan pelajar Malaysia menjalani Latihan Industri di negara-negara ASEAN seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan sebagainya. Program ini juga memberi peluang kepada pelajar ASEAN yang belajar di Malaysia untuk menjalani Latihan Industri di Malaysia.
Terdapat 24 organisasi yang menyokong perlaksanaan program ini seperti AirAsia, BDO, KPMG, Unilever, Frost & Sulivan, Axiata dan lain-lain.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari pautan ini:
http://www.talentcorp.com.my/myaseaninter…/myaseaninternship
Jika anda berminat ataupun mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Hanizah Abd Latiff
Industry Partnerships
Talent Corporation Malaysia Berhad (HQ)
Level 6, Surian Tower, No. 1 Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
GL: +603 7839 7000 | DID: +603 7839 7003
Email: hanizah.latiff@talentcorp.com.my | www.talentcorp.com.my
Please visit the album below, you can see the minimum requirements and some of the experiences from the Alumni!

Sempena Hari Pekerja 1 Mei ini, Perpustakaan akan ditutup dari 1 Mei hingga 2 Mei 2016

Sempena Hari Pekerja 1 Mei ini, Perpustakaan akan ditutup dari 1 Mei hingga 2 Mei 2016.
Kepada semua staf UiTM, diucapkan SELAMAT HARI PEKERJA, lepas cuti nanti pastikan kerja dengan lebih semangat lagi yer..
~ PEKERJA BERKEMAHIRAN PENGGERAK EKONOMI ~

Macam mana anda boleh kenal Syahirah Omar ?, Boleh tolong jawab soalan bancian ni tak? Hahahaha, 1

Macam mana anda boleh kenal Syahirah Omar ?
Boleh tolong jawab soalan bancian ni tak? Hahahaha
1. Tidak kenal pun
2. Rakan FB
3. Pernah jumpa dulu tapi tak ingat
4. Zaman sekolah
5. Sama dalam group whatsapp
6. Kawan rekemen
7. Ter-add di FB dan berkawan .
8. Saja add nak stalk (sila jujur).
9. Jiran
10. Kawan kerja
11. Kawan universiti
12. Housemate dulu
13. Kawan wife/husband
14. Ahli Keluarga, saudara mara, sepupu sepapat
15. Kekasih lama...?
16. Lain lain (sila nyatakan)
17. Musuh
**Lepas komen, Copy Paste di wall anda.
?❤?❤?❤

Assalamualaikum,, Ada sesiapa nak join lagi tak untuk peti food for needy ni?, InsyaAllah saya letak before solat jumaat di peti ni

Assalamualaikum,
Ada sesiapa nak join lagi tak untuk peti food for needy ni?
InsyaAllah saya letak before solat jumaat di peti ni.
Plan untuk letak
mineral water
nasi goreng and ayam goreng tepung
Croissant 7 days
Kalau nak saya tolong belikan inbox saya ya.Thank you ?

This is a bit like pandan but not

This is a bit like pandan but not.its kuey katayap
Its me lana.my mom made these food.come on!its easy!do you like katayap?my mom and my brother loves katayap.

Masa kita buat kad oku lana umur 5 Tahun

Masa kita buat kad oku lana umur 5 Tahun.
Waktu tu saya baru pulang ke Malaysia bertiga dengan anak-anak.Malaysia lebih sesuai untuk Lana.
Waktu tu berdua je dengan Luqman. tulis borang, mata berkaca jer.
Tapi waktu tu kita rasa tough la sgt.supermom la konon.banyak benda kita lalui and kita harung seorang diri dan akhirnya membunuh diri sendiri perlahan lahan.
Tiada istilah superwomen kawan kawan.kita perlukan bantuan.walaupun tak ada pilihan tapi tak bagus untuk diri jika kita push habis limit.
Itu yang selalu saya buat sehingga kini, saya masih push diri saya cuma bukan sehingga habis limit.
Ok sambung balik cerita kad oku.
Waktu dapat tu,
Sebak meleleh air mata.tak tahu nak explain
Waktu tu Lana bukan mcm sekarang tau.dia non verbal..masih mencederakan diri..gigit leher baju..main air liur sapu muka.jauh bezanya.( banyak lagi tak larat nak listkan )
Pastilah saya sedih bila dapat kad tu.
Cepat cepat saya simpan dalam purse.malas saya nak layan perasaan sedih tu.
Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?
Tak sempat wey.
Selepas 5 tahun berlalu.
Lana 10 years sekarang.1st soalan dia tanya bila dia ternampak kad ni semula
"Am I OKU mama?"
"Is this card for person with disabilities?"
Waktu 10 tahun ni baru kita nangis teruk ?
Ntah kenapa.rasa sedih soalan tu?
Alhamdulillah.banyak dia berubah.kalau diuji fikirlah bahawa ramai lagi insan lain diuji dengan lebih hebat.
Ini hanyalah sekadar kad.
Awak lana? Awak tetap sempurna dimata mama ?
-makcik kentin kadang kadang pun nak emo jugak?

Lama tak update milestone ameerah humayraa ni?, Mayraa kalau dengar azan, terus capai tudung and tertonggeng tonggeng solat

Lama tak update milestone ameerah humayraa ni?
Mayraa kalau dengar azan, terus capai tudung and tertonggeng tonggeng solat.sangat independent (akan buat apa saja sampai boleh dengan sendiri).
Suka zikir, mengaji sendiri bahasa apa tak pasti.Alhamdulillah vocab dia dah banyak.kalau buat ayat tu dah 3 patah perkataan.
Mama, what's this?
Mama, not working ( tunjuk pc tak boleh on )
Mama, what's that?
Boleh faham instruction simple dalam 2 bahasa.english and bahasa malaysia.
Suruh naik tangga, ambil remote tv, ambil diaper, bagi barang, ambil barang dia kenal, salam orang and kenal semua family terdekat.
Mudah expresskan perasaan.kalau merajuk , kalau marah, kalau pujuk, kalau happy dll.
Kalau baca buku dah boleh point bila kita tanya mana satu.suka bergaya..suka paw mama kalau pergi mana mana..termasuklah kasut ke handbag ke..??
Kalau nak keluar dia capai tudung and kasut.suka sorok hp kita dlm handbag dia.dia jumpa coins pon dia simpan dalam handbag dia.
Mayraa belajar secara kinestetic.sangat cpt tiru apa saja kita buat.so bahaya budak ni.kalau salah contoh..habislahh..hahaha.
Rajin kat dapur.kalau takder order pun dia bukak periuk nasi besar tu belakon isi nasi susun bekas makanan mcm mama selalu buat.hahahha?
Alhamdulillah.besar dah anak bongsu mama ni.semoga dapat jodoh yang baik baik nanti????