Amsterdam

Amsterdam.. zarch 06.02.17
ride a cycles across the city
city where bicycles got right
through daily traffic at daylight
some rush with big cycles bike
Some with flower on handle side
Some with fully stuff pack bag
Some flow rolling crash stone
Some slow follow sweat windy sea
So i keep riding bike
Coast breath air seaside
Keep on calm seeing side
Drains path ferry night
Keep on standing right
Free from drugs stuff
Keep on saying loud
Nature mind keep remind
..........

Terasa sangat hari ini ialah Hari Raya kedua aku

Terasa sangat hari ini ialah Hari Raya kedua aku. Jujurlah, jika orang merasa sedih kerana Ramadhan meninggalkannya, aku macam tak terasa begitu.
Aku carilah juga sedih tu, tapi entah, kurang asam sungguh perasaan tu tak muncul pula. Mungkin sebab aku tak dapat hidayah macam orang lain. Adalah ... aku cuba-cuba hipokrit kata ",
ha'ah lah, sedih Ramadhan sudah mahu habis".
Bila fikir balik, biadap sungguh berlagak hipokrit!
Masa Hari Raya pertama tahun 2015 itu, kawan datang ke rumah. Katanya,
"ini belum raya sangat. Kalau kau buat puasa sunat 6 , kau rasalah happy dia lain macam. Kalah Raya Aidilfitri!"
Terima kasih Tuhan yang baik kerana memberi ketahanan untuk menyelesaikan syarat "seakan berpuasa sepanjang tahun".
Semoga kau orang sihat sejahtera. Salam Sayyidul Ayyam!
#peaceandlove
#ninjakecik

Kekanda dan adinda,, Hari ini dan pada tahun ini aku tidak berhari raya seperti tahun sudah

Kekanda dan adinda,
Hari ini dan pada tahun ini aku tidak berhari raya seperti tahun sudah. Pada hari raya pertama ini, aku membaca Yaasin di rumah orang meninggal.
Alhamdulillah, surat Tuhan ini sudah aku hafal setelah 3 tahun berusaha. Hari ini Allah memberi keizinan kepada aku untuk membaca tanpa tulisan.
Kekanda dan adinda,
Apabila ke rumah orang meninggal hari ini, ada ibrah yang aku kutip. Sungguh! Tidak semua kepulangan kita ke rumah indah dan cantik itu, berakhir dengan gelak ketawa.
Benar!
Kunjungan Hari Raya kali ini, membekas ke dalam lubuk sanubari.
" Salammun kaulammirrobbir rahim "
#ninjakecik

Pagi semalam, kakak angkatku datang ke rumah

Pagi semalam, kakak angkatku datang ke rumah. Gembiranya hati ini bila dia datang bawa anak kecilnya. Ini saat yang aku tunggu.
" Macha kakak ambil pukul berapa?"
Aku bertanyakannya.
"Eh, bukan macha. Macha kakak mana ada sini. Dekat Semenanjunglah."
" Tadi tu? Bukan macha?"
"Tu kan laki kakak."
Aku bingung. Bukankah macha itu boyfriend atau kekasih? Atau suami atau ... sepertinya.
" Itulah, kakak selalu juga dengar tu orang panggil macha dengan sembarangan orang. Macha tu kalau bahasa laki kakak ialah 'brother in-law'. Bukan abang kandung. Bukan kawan."
" Betul bah ni, kak?"
" Betul. Silap hari bulan, nanti dia orang tanya kau balik, bila pula kau kahwin dengan ahli keluarga dia?"
Kakak angkat menerangkan kepadaku.
Matilah nakkkkkk!
Aku pernah panggil seorang 'waiter' dekat kedai mamak macam itu. Anda rasa, dia akan anggap aku ini adik iparnya?
OMG!
#ninjakecik

Sebenarnya bersangka baik ini amalan yang baik

Sebenarnya bersangka baik ini amalan yang baik.
Janganlah tunggu masa kita benar-benar sudah bertaraf ustaz atau ustazah baru kita kenal erti bersangka baik.
Berbaik sangkalah kepada diri sendiri bahawa diripun boleh bersangka baik.
#ninjakecik

Hidup ini, jangan terlalu serius, kawan

Hidup ini, jangan terlalu serius, kawan.
Jika ada di dalam wad pesakit kanser, kita suka stress dan serius, sakit akan makin teruk. Sel-sel kanser turut aktif.
Ada peluang ketawa, ketawalah. Jika tidak mampu tertawa, jangan dipertikai orang lain tertawa.
Rasulullah pun tertawa, bukan?
#ninjakecik

Kawan aku ni memang lawak

Kawan aku ni memang lawak. Kalaulah aku tengah berdukacita, aku cari dia. Kalau aku cari dia, mesti aku tengah berdukacita.
Hmm. Entah mengapa, hati gatal sangat bertanyakan dia. Lalu aku buat panggilan, sembang pasal persiapan raya.
"Kau raya di mana, Belle?"
" Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung."
Jawapannya ringkas. Dan aku murung kembali.
#ninjakecik

Kalaulah ini Ramadhan terakhir aku dan kamu, semoga beroleh rahmah dan pahala berganda pada bulan ini

Kalaulah ini Ramadhan terakhir aku dan kamu, semoga beroleh rahmah dan pahala berganda pada bulan ini.
Jalan ini banyak liku. Lorong menuju Allah penuh duri. Jika tidak kuat, mungkin kita berhenti tak mahu bangkit lagi.
Jangan lemah!
#ninjakecik

Apabila sudah dewasa, aku semakin hampir faham bahawa hidup ini ialah tentang perjuangan

Apabila sudah dewasa, aku semakin hampir faham bahawa hidup ini ialah tentang perjuangan.
Bukan semata-mata rebah menunggu mati.
Sekarang ini pun aku sedang berjuang.
Aduhhhhh! Lama lagi waktu Maghrib, kan ?
#ninjakecik

" Anty tahukah saya benci dengan seorang kawan sebab dia sombong?", Ah

" Anty tahukah saya benci dengan seorang kawan sebab dia sombong?"
Ah. Budak berusia 10 tahun meluahkan begitu. Masa aku tengah berpuasa pula.
" Kenapa pula sampai benci?"
"Sebab dia selalu menayang harta dia pada kami di dalam kelas."
" Oh. Okey. Kenapa sampai berfikir dia sombong?"
"Sebab dia tidak faham perasaan kawan-kawan dia yang miskin."
" Oh, itu salah. Janganlah anggap dia sombong. Mungkin dia mahu berkongsi kegembiraan sebab ada barang-barang cantik."
"Dia sombong!"
Kanak-kanak itu masih terus teguh dengan pendapatnya. Untuk memberikan pendapat kepada kanak-kanak seusia dia, agak payah.
Sebenarnya, ada baik dan buruknya menayang kemewahan dan harta benda. Jika yang berhati sempit, mereka panggil itu berlagak. Untuk yang berhati putih, mereka akan beranggapan si polan yang menayang itu sebenarnya sebagai inspirasi dan misi untuk turut berjaya.
Pendapat berbeza. Memandang sesuatu perkara pun , kita tidak selalu sama.
Peranan hati ialah berbaik sangka. Jika tidak mampu, ada baiknya berdiam saja. Sebenarnya kita tidak mampu mengubah orang lain, kitalah yang kena ubah pemikiran dan mencuci keladak dalam jiwa.
#ninjakecik