"Red Fort", adalah terjemahan dari Hindustani Lal Quila berasal dari dinding merah-batu pasirnya

"Red Fort", adalah terjemahan dari Hindustani Lal Quila berasal dari dinding merah-batu pasirnya. Bendeng ini awalnya dikenal sebagai "Benteng yang diberkati" (Quila-i-Mubarak).
Dibangunkan oleh Shan Jahan bila memindahkan ibukotanya dari Agra ke Delhi dibawah nama Shahjahanabad, ibukota kelima Kaisar Mughal Shah Jahan, pada tahun 1648. Red Fort salah satu seni-beni terulung Mughal dibawah Shah Jahan yang bertulang-belakang seni-beni Islam. Seni-beninya dihasilkan oleh seorang tukang-seni terulung dalam sejarah Islam bernama Ustad Ahmad Lahauri, dimana beliau juga yang membina design buat Taj Mahal.

tali-tali ini, mahu ku cantas kembali, buat kembara siapan diri, setelah lama bertangguh sepi, dibuai henjutan irama duniawi, kali-kali ini, ku...

tali-tali ini
mahu ku cantas kembali
buat kembara siapan diri
setelah lama bertangguh sepi
dibuai henjutan irama duniawi
kali-kali ini
ku bisikan kata hati
jemari ku yang menari tadi
telah resah dibuai mimpi
lantas hajati dipasang gari
untuk keluar lagi dan lagi
Hari-hari ini
sedang dalaman memanggil diri
desakan duniawi tetap berapi
mujur sebaldi air diceduk dari kali
berwuduk dan esok membawa diri
buat qurbani mengislah nafsi ini
diatas usaha zuhud dan yakin hakiki
zarch... 9/2017 on the road again

*Puisi Al Marhum Prof Hamka

*Puisi Al Marhum Prof Hamka..*
TERLENA
_Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena_
_Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi._
_Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.._
_Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan._
_Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan._
_Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia?_
_Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua._
_Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah buat...._
_Astaghfirullah, ternyata tidak seberapa sedekah dan infak cuma sekadarnya, mengajarkan ilmu tidak pernah ada, silaturrahim tidak pernah buat._
_Justeru, apakah roh ini tidak akan melolong, meraung, menjerit menahan kesakitan di saat berpisah daripada tubuh ketika Sakaratul Maut?_
_Tambahkan usiaku ya Allah, aku memerlukan waktu untuk beramal sebelum Kau akhiri ajalku._
_Belum cukupkah kita menyia-nyiakan waktu selama 30, 40, 50 atau 60 tahun?_
_Perlu berapa tahun lagikah untuk mengulang pagi, siang, petang dan malam, perlu berapa minggu, bulan, dan tahun lagi agar kita BERSEDIA untuk mati?_
_Kita tidak pernah merasa kehilangan waktu dan kesempatan untuk menghasilkan pahala, maka 1000 tahun pun tidak akan pernah cukup bagi orang-orang yang terlena._
Pak Hamka.
(Pujangga Nusantara)

Seni kebodohan, suatu seni yang dimiliki oleh sesetengah pihak tanpa disedari

Seni kebodohan, suatu seni yang dimiliki oleh sesetengah pihak tanpa disedari. Contohnya, hanya kerana ianya dimiliki oleh seorang kapitalis Yahudi yang kaya, David Rockefeller, maka sesuatu yang jelas kurang bernilai boleh mencecah ke harga berjuta-juta dollar, seperti lukisan seorang pelukis bernama Mark Rothko, dibeli oleh David Rockefeller 47 tahun dahulu dengan harga 10 ribu dollar kemudian kini dijual dengan harga 72 juta dollar.
Kalangan penilai seni mereka cuba membicarakan akan harganya mencecah sekian-sekian kerana adanya sesuatu nilai didalamnya namun jelas ianya hanya bernilai kerana seni kebodohan yang dibakati oleh sesetengah pihak.
Dibawah ini gambarnya, nilaikan sendiri. Tidak dinafikan ianya adalah sebuah seni lukisan aliran abstrak expresionnist terawal namun harganya dinilaikan bukan melalui seni...

John Crawfurd memetik catatan De Burros dalam bukunya, A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries, bahawa ketika Portugis...

John Crawfurd memetik catatan De Burros dalam bukunya, A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries, bahawa ketika Portugis menawan Melaka dahulu, mereka berjaya merampas antara 3000 hingga 8000 senjata api daripada Melaka, dan De Burros sendiri mengatakan bahawa Portugis sendiri tidak mampu untuk menghasilkan senjata api sebanyak itu. Bahkan catatan De Burrous menjelaskan lagi kepada kita bahawa Portugis menjumpai sebuah meriam Melayu Melaka yang jauh lebih besar daripada meriam yang dipunyai oleh Portugis dan meriam itu telah dihantar ke India.
Catatan yang lain pula, seperti yang dinukilkan oleh Godinho Eredia dalam buku Asia Portugueza, karya Manuel de Faria Y Souza dalam E. Koek, Portuguese History of Malacca, sewaktu kedatangan Portugis di Melaka, jumlah meriam yang dipunyai kerajaan tersebut adalah sangat banyak. Tiga ribu pucuk meriam besar telah dijumpai dalam kota Melaka, 5000 pucuk lagi telah sempat dibawa lari oleh tentera Melaka apabila kota itu tumbang.
Albuquerque menyatakan bahawa terdapat 2000 pucuk meriam yang diperbuat daripada tembaga dan yang lain diperbuat daripada besi di Melaka. Faria y Souza mengatakan bahawa sebahagian besar daripada 8000 pucuk senjata api atau meriam yang dipunyai kerajaan Melaka adalah berasal dari Pahang. Ini bermakna Pahang merupakan sebuah negeri penghasil senjata api yang berkualiti dan banyak pada zaman itu.
Menurut Eredia lagi, semua meriam-meriam itu dihasilkan dengan amat baik dan tidak dapat ditandingi walaupun dengan meriam buatan Portugis. Daripada catatan Eredia ini, dapat disimpulkan bahawa teknologi senjata api yang dimiliki oleh bangsa Melayu Melaka pada waktu tersebut adalah sama tarafnya dengan teknologi persenjataan orang Eropah, malahan mungkin lebih baik.
Seorang berbangsa Itali yang terlibat di dalam penyerangan terhadap Melaka pada tahun 1511 menyatakan bahawa terdapatnya penggunaan pelbagai jenis senjata api berat yang telah menyebabkan kehilangan nyawa yang agak ramai di pihak portugis. Menurut beliau, walaupun akhirnya tentera Melayu Melaka kalah, namun mereka digambarkan mempunyai semangat keperwiraan yang tinggi, sangat terlatih dalam ilmu peperangan dan mempunyai simpanan senjata yang bermutu serta pelbagai.

Selepas berjaya membebaskan seluruh kota-kota Srivijaya dari pengaruh Chola, maka Maharaja Samara Vijayatungga sendiri telah pergi ke Sri Lanka dan...

Selepas berjaya membebaskan seluruh kota-kota Srivijaya dari pengaruh Chola, maka Maharaja Samara Vijayatungga sendiri telah pergi ke Sri Lanka dan membantu pulau tersebut bebas dari kekuasaan Chola. Baginda Maharaja Samara Vijayatungga telah menjalankan pakatan dengan raja Sri Lanka yang bernama Putera Kasyapa yang ketika itu, belum menjadi raja lagi. Ibu kota Sri Lanka iaitu Anuradhapura telah berjaya ditawan oleh pakatan askar Melayu Srivijaya-Sri Lanka. Lalu kemudian, Maharaja Samara Vijayatungga sendiri telah membantu raja Pandya yang bernama Sundra Pandya untuk mendapatkan kembali kotanya Madura yang ditawan oleh Chola. Dari situ, Maharaja Samara Vijayatungga telah mewujudkan pakatan tiga serangkai antara Empayar Melayu Srivijaya bersama sebuah kerajaan Tamil bernama Pandya dan kerajaan Sri Lanka sendiri untuk melawan tentera dari Empayar Chola.
Kejayaan Maharaja Samara Vijayatungga ini telah dipahatkan dalam sebuah Prasasti di Sri Lanka iaitu Prasasti Madirigiri:
“…digubal sebagai memperingati Maharaja Samara yang menghalau keluar Chola dari seluruh bumi Sri Lanka. Kampung Mehendibapiti,yang mana dimiliki oleh oleh Maharaja Samara,hendaklah diberikan kepada penyewa, ia hendaklah diingati bahawa pada masa ini, kita telah dibebaskan oleh raja ini, ia harus diingati bahawasanya,kampung-kampung dan tanah kami telah dibebaskan oleh raja ini, ia juga hendaklah diingati bahawa walau bagaimanapun banyak kampung yang dimiliki,berapa banyak rumah-rumah dan taman-taman yang dimilki,rumah-rumah dan taman-taman akan kekal tanpa pegawai dari istana menceroboh hak mereka dan merampasnya dari mereka.”

Rom adalah suatu bangsa yang kewujudannya dijelaskan dalam al-Quran sebagaimana didalam surah al-Rum ( الروم )

Rom adalah suatu bangsa yang kewujudannya dijelaskan dalam al-Quran sebagaimana didalam surah al-Rum ( الروم ). Ia menjadi isyarat bahawa Rom adalah suatu bangsa yang perlu diberi perhatian dari sudut kekuatan dan beberapa kelebihan yang ada pada mereka. Allah berfirman :
الم (1) غُلِبَتِ الرُّومُ (2) فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ (3) فِي بِضْعِ سِنِينَ لِلَّهِ الْأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ (4)
بِنَصْرِ اللَّهِ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ (5)
Maksudnya : “ Alif Laam Miim (1) Telah dikalahkan bangsa Rum ( 2 ) Di negeri yang terdekat dan mereka sesudah kekalahan itu akan menang ( 3 ) Dalam beberapa tahun lagi. Bagi Allah urusan sebelum dan sesudah ( mereka menang ) Dan hari tu bergembiralah orang-orang yang beriman ( 4 ) Kerana pertolongan Allah . Dia menolong siapa yang dikehendakiNya. Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang ( 5 ) ( Surah al-Rum : 1-5 )
Umat Islam bergembira dengan kemenangan Rom
Kata al-Qurtubi umat Islam gembira dengan Rom mengalahkan Parsi kerana Rom adalah ahli kitab. Sementara itu Quraisy Mekah berdukacita dengan kekalahan Parsi kerana mereka dan Parsi bukan ahli kitab yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. ( al-Qurtubi, Tafsir al-Qurtubi, hlm. 197/9 )
Ini bermakna umat Islam berkongsi kegembiraan di atas kemenangan ini kerana Rom beragama nasrani yang diturunkan kitab Injil dan umat Islam mempunyai kitab al-Quran. Akidah Rom lebih dekat akidah dengan umat Islam. Parsi pula beragama Majusi yang menyembah api dan Quraisy sembahan mereka adalah patung berhala. Kedua-dua akidah ini sangat jauh daripada petunjuk Allah seperti yang diturunkan kepada nabi Isa a.s dan nabi Muhammad s.a.w.
Siapakah Rom ?
Berkata ibn Kathir Rom berasal daripada keturunan al-´Iss bin Ishaq bin Ibrahim. Mereka juga dikenali Bani al-Asfar dan mereka beragama seperti bangsa Yunan. Yunan pula berasal daripada keturunan Yafis bin Nuh. Mereka menyembah bintang yang tujuh. Rom ini beragama Yunan selama 300 tahun sehingalah kebangkitan nabi Isa a.s. ( Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-Azim, hlm. 306/6, Dar al-Toyyibah )

Waduh, dah jumpa planet yang dikatakan seperti bumi tapi nak sampai sana kena ambil pulak lebih kurang 174,516 tahun dengan peralatan yang paling...

Waduh, dah jumpa planet yang dikatakan seperti bumi tapi nak sampai sana kena ambil pulak lebih kurang 174,516 tahun dengan peralatan yang paling laju dalam sejarah manusia ? , bila le nak sampai ni....
Hari ini NASA mengumumkan mereka menemui tujuh eksoplanet seumpama bumi di sistem Trappist-1. Ketujuh-tujuh planet ini dipercayai mempunyai cecair yang membolehkannya menampung kehidupan. Menurut NASA lagi Trappist-1 terletak 39 tahun cahaya dari bumi. Mungkin ramai yang tertanya-tanya berapa lamakah masa yang diambil untuk sampai ke planet-planet ini?
Tahun cahaya ialah terma yang sedikit mengelirukan. Walaupun mempunyai perkataan “tahun” ia bukanlah unit pengukur untuk waktu. Sebaliknya ia unik ukuran jarak perjalanan yang dilalui oleh cahaya di dalam vakum untuk tempoh satu tahun Julian. Ini bersamaan dengan 365.25 days.
Cahaya bergerak pada kelajuan C= 299 792 458 m/s
Ini bermakna;
1 tahun cahaya = 9 460 730 472 580 800 meter
≈ 9.461 Trillion kilometer
≈ 5.878625 Trillion batu
≈ 0.306601 parsecs
Dengan kata lain sekiranya anda bergerak pada kelajuan cahaya, jarak 9.461 Trillion kilometer ini akan mengambil masa setahun kehidupan anda. Malang sekali bagi umat manusia teknologi semasa masih belum mampu membolehkan manusia bergerak pada kelajuan hampir 300 Juta meter sesaat ini.

Google merekod semua suara pengguna Android sekiranya tidak ditutup fungsinya

Google merekod semua suara pengguna Android sekiranya tidak ditutup fungsinya. Ianya mampu merekod segala percakapan sipenguna Andriod dan menyimpannya samada melalui komputer yang digunakan mahupun semua sistem android yang di Log-in samada Tab atau telefon.
Untuk mereka yang mahukan privacy dan mahu menutup fungsi ini, pergi ke Settings, kemudian General tab dan dibawah "Personal" cari "Language and Input", kemudian "Ok Google" dan ke "Google voice typing" dan dibawah "From the Google app", tutup fungsi ini.
According to The Independent, Google’s voice search function doesn’t just turn on when you ask it to. Rather, it records almost everything.
The outlet reports that Google began doing this in June of 2015.
Feeling unnerved yet? Well, it gets even wilder. You see, you can listen to the recordings Google has stored and associated with your name simply by visiting this webpage (https://myactivity.google.com/?restrict=vaa&utm_source=help) the company set up.
There’s also this webpage (https://myactivity.google.com/…) that will show you how much Google knows about your every move on the internet.
Both webpages will contain information from not only computers but any Android device you’ve logged in to your Google account with.
Luckily, if you’re not too happy about Google having potentially hours of your voice in its database, you can delete those files.
Now, as The Independent points out, stopping Google from recording you does result in some limited functionality if you’re using an Android phone or the company’s search.
However, you may be someone whose concern for privacy is much greater than finding what you’re looking for easily. If so, begin by never using Google’s voice search functions again. Follow up by disabling Google’s voice search.
BetaNews.com outlines the following instructions for Android users.
Navigate to Settings
Tap the General tab
Under “Personal” find “Language and Input”
Find “Google voice typing” and tap the Settings button
Tap “Ok Google” Detection
“Under the”From the Google app” option, move the slider to the left-
https://www.davidwolfe.com/google-recording-you/ https://www.youtube.com/watch?v=TtmR9L0ITlM

Sementelah

Sementelah ... zarch 08/02/17
Sementelah jauh berkelana
Rehat berteduh buat hari malam
Pondok kayu pain beratap runcing
Sedang suhu jatuh bawah sifar
melambai bayu dingin membeku
dari menara tinjauan lahir takjub
Akan alunan-alunan alam sekitarnya
Merangkap merdu dari pinggiran
pantai lautan barat utara jerman
Sementelah dibeku angin utara
Segalanya sunyi tanpa nada lazim
Ketam bersembunyi disebalik lumpur
Burung lain lari didaerah panas selatan
Sang camar terpacak dipadang kelam
Serangga-serangga hilang entah kemana
Sedang si rusa mengintai-intai digigi hutan
Mengkhabarkan kepayahan dimusim dingin
Namun tetap diharungi hari demi hari
Dengan impian hadirnya musim bunga
agar segalanya kembali riang bertenaga
dan diri digurukan akan apa erti optimis