Machiavellisme merupakan falsafah tentang kenegaraan dan pemerintahan

Machiavellisme merupakan falsafah tentang kenegaraan dan pemerintahan. Falsafah ini dicetuskan oleh N. Machiavelli (1469 – 1526).] Aliran falsafah ini menganggap bahawa segala sesuatu apa pun yang dilakukan demi pemerintahan dan negara, adalah sah dan baik untuk dilakukan. Machiavellisme menjadi dasar sebuah pemerintahan yang absolut (mutlak) dan otoriter.
Kekuasaan menurut Machiavelli merupakan alat yang mengabdi pada kepentingan negara serta merupakan dasar negara yang utama, bahkan melampaui hukum. Lantaran itu negara adalah tujuan akhir dari kekuasaan. Bahkan demi tujuan akhir tersebut, Machiavelli mengabaikan tujuan-tujuan lainnya seperti keadilan, kebebasan dan kebaikan bagi warga-negara.
Walaupun dilihat unsur pemikiran Machiavelli tidak selari dengan konteks negara demokrasi, namun realiti sebenarnya falsafah ini adalah bayangan pada kebanyakan negara demokrasi hari ini terutama dalam hal meraih kekuasaan. Untuk seseorang dapat meraih kekuasaan, menurut Machiavelli, wajar ada dalam dirinya terdapat dua perkara iaitu keberuntungan (fortuna) dan kecerdikan (virtu). Keberuntungan menentukan separuh dari usaha meraih kekuasaan manakala separuh lagi ditentukan oleh kecerdikan individu tersebut. Digambarkan olehnya bahawa seseorang tersebut harus mempersiapkan diri dengan kecerdikan agar ketika menghadapi suasana keberuntungan, dirinya telah sedia untuk menghadapinya dan menggunakan keberuntungan tersebut sebaik-baik mungkin demi meraih kekuasaan.
Niccolo Maciavelli dalam bukunya II Principe menyatakan, “penguasa", iaitu pimpinan negara haruslah mempunyai sifat-sifat seperti kancil dan singa. Ia harus menjadi kancil untuk mencari lubang jaring dan menjadi singa untuk mengejutkan serigala. Jadi jelaslah bahawa raja atau pimpinan negara harus memiliki sifat-sifat cerdik pandai dan licin seibarat seekor kancil akan tetapi disampibg itu harus pula memiliki sifat-sifat yang kejam dan tangan besi seibarat singa.
Berhubung dengan hal itu, pimpinan negara boleh berbuat apa saja asalkan tujuan wajar tercapai maka dengan demikian terjadilah het doel heilight de middeled (tujuan itu menghalalkan/membenarkan semua cara atau usaha). Maka falsafahnya, negara harus diutamakan dan apabila perlu negara boleh mengabaikan kepentingan individu. Falsafah Niccolo Machiavelli disebut machiavellismus.

Keperitan itu rempah kehidupan Sempat menghulurkan salam persaudaraan disebuah khemah penempatan muslim Rohingya di Balukali

"Keperitan itu rempah kehidupan"
Sempat menghulurkan salam persaudaraan disebuah khemah penempatan muslim Rohingya di Balukali .
Perhatikanlah semua struktur khemah yang menggunakan buluh.
Berlantaikan tanah .
Dinding dan atap dari plastik.
Dalam khemah berkeluasan 8x8 inilah mereka 7 sekeluarga berlindung.
Sedikit ruang dikhusus untuk memasak.
Tanpa ada bilik-bilik lain.
Masih bertenaga makcik ini menggiling rempah untuk kegunaan keluarga dan selebihnya dijual kepada jiran-jiran yang kalaupun ber"wang" untuk membelinya.
"Wahai Allah , Tuhan yang Maha Mengkabulkan segala DOA. Ampunilah kami semua, permudahkanlah urusan saudara kami di Arakan sana.
Berilah kekuatan kepada kami untuk bersama membantu mereka.
Wahai Allah , Rabb yang menguasai Hari Pembalasan.
Janganlah engkau hukum kami yang tidak pernah peduli apatah lagi mengasihi mereka. "
See Translation

Alhamdulillah Tahniah rakyat Malaysia Melakar sejarah pertama negara Kejayaan ini bukan diraih percuma Perjuangan dan pengorbanan yang anda semua curahkan tentu ada harganya

Alhamdulillah.
Tahniah rakyat Malaysia. Melakar sejarah pertama negara. Kejayaan ini bukan diraih percuma.
Perjuangan dan pengorbanan yang anda semua curahkan tentu ada harganya.
Berapa ramai yang kehilangan kerja.
Ada yang terpaksa mengorbankan keakraban kehidupan berkeluarga.
Ada handai taulan yang terpaksa bermasam muka.
Ada jiran tetangga yang tak bertegur sapa.
Jemaah kariah yang berani menghukum sesama mereka.
Aku sendiri , entah berapa ramai sahabat terdekat yang menghukum kafir dan sebagainya.
Alhamdulillah, semuanya dengan kudrat dan iradatMu.
Tidak akan bergerak sesuatu tanpa keizinanMu.
Terima kasih rakan seperjuangan, saudara mara.
Rakan-rakan Pakatan Harapan, rakan -rakan PAS dan BN serta lain-lain yang memberi undi kepada Pakatan Harapan.
Walau mahal harganya, sejarah ini kitalah pelakarnya.
Bertasbihlah kepada Nya.
See Translation

Raja Suran, iaitu pada hemah saya adalah Rudra Vikraman yang merupakan seorang Maharaja ke-3 Srivijaya, selepas dari langgui Johor, menjadikan...

Raja Suran, iaitu pada hemah saya adalah Rudra Vikraman yang merupakan seorang Maharaja ke-3 Srivijaya, selepas dari langgui Johor, menjadikan Temasik (hari ini bernama Singapore) sebagai sebahagian dari empayar Srivijaya yang mana salah seorang dari keturunan berdarah beliau iaitu Sang Nila Utama kemudianya akan berpusat disitu sebelum generasi seterusnya iaitu Iskandar Shah (Parameswara 1344 - 1414 masihi) berundur ke Melaka dan membangunkan Kesultanan Melaka dari warisan empayar Srivijaya.
Sulasatus salatin :
" Apabila Raja Suran berada di Temasik, orang China telah membuat muslihat dengan menghantar orang-orang tua tiada gigi, pokok yang sudah berbuah, dan jarum berkarat dengan sebuah kapal sehingga Raja Suran membatalkan niatnya untuk menyerang China. Raja Suran turun ke laut dan apabila sampai di bumi Dika maka baginda berkahwin dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri, anak Raja Aktabu'l-Ard. Raja Suran dikurniakan tiga orang anak dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri dan telah mewasiatkan supaya Raja Aktabu'l-Ard menghantar anak-anaknya ke dunia apabila dewasa. Setelah itu, maka Raja Suran kembali ke dunia dengan kuda semberani jantan."
Rudra Vikraman (Raja Suran) telah menghantar dua utusan ke China pada tahun 728 dan 742 Masihi dengan dikenali atas nama liu-teng-wei-kung. Baginda juga dikurniakan gelaran kehormat Pin-i-wang oleh Kaisar China dan diberi begitu banyak hadiah-hadiah.
- Iskandar Shah ( Parameswara) tidak berundur dari Palembang, singgah Temasik dan kemudian ke Melaka sebagaimana didendangkan sejarahnya disekolah-sekolah sewaktu dahulu tetapi baginda sememangnya lahir di Temasik kerana Temasik telah lama wujud kerajaan bawah empayar Melayu Sri Vijaya.
- Penguasa di Temasik ( iaitu Singapore hari ini ), dari tarikh Sang Nila Utama (1299 - 1347 masihi) adalah Sri Wikrama Wira (1347 - 1362 masihi), Sri Rana Wikrama (1362 - 1375 masihi), Sri Maharaja (1375 - 1389 masihi) dan seterusnya kepada Sri Iskandar Shah (1344 - 1414 masihi) yang digelar juga Parameswara sebelum Temasik ditakluk kerajaan Majapahit

Raja Suran bukanlah Rajendran Chola (1012 - 1044) dari selatan India tetapi Raja Suran adalah salah seorang waris Kerajaan Srivijaya

Raja Suran bukanlah Rajendran Chola (1012 - 1044) dari selatan India tetapi Raja Suran adalah salah seorang waris Kerajaan Srivijaya. Raja Suran tarikhnya adalah lebih jauh awal iaitu abad ke-8 semasa expedisi mengembangkan Empayar Srivijaya kesekitar Nusantara seperti memasuki Gangga Negara (daerah Perak hari ini), menguasai seluruh Tanah Melayu sehingga ke Langgiu (daerah Johor hari ini). Penguasaan keatas semenanjung Tanah Melayu adalah dilakukan dengan kekuatan bala-tentera darat sedangkan kehadiran Rajendran Chola ke rantau Nusantara iaitu dalam 5 abad kemudiannya adalah menggunakan kekuatan bala-tentera lautnya namun hal ini samada sengaja atau tidak, telah disalah-fahamkan terutama oleh sesetengah pihak atas motif tersendiri dibelakangnya.
Raja Suran adalah waris dari Maharaja ke-2 Empayar Srivijaya (Sriwijaya) iaitu Sri Indrawarman (zaman pemerintahannya pada 702 - 728) yang mana Sri Idrawarman adalah merupakan seorang Muslim dan terdapat catitan surat beliau kepada Khalifah Umar Al Aziz pada tahun 100 hijrah iaitu 718 Masihi.
"Dari raja sekalian para raja yang juga adalah keturunan ribuan raja, yang isterinya pun adalah cucu dari ribuan raja, yang kebun binatangnya dipenuhi ribuan gajah, yang wilayah kekuasaannya terdiri dari dua sungai yang mengairi tanaman lidah buaya, rempah wangi, pala, dan jeruk nipis, yang aroma harumnya menyebar jauh.
Kepada Raja Islam yang tidak menyembah tuhan-tuhan lain selain Allah.
Aku telah mengirimkan kepadamu bingkisan yang tak seberapa sebagai tanda persahabatan. Kuharap engkau sudi mengutus seseorang untuk menjelaskan ajaran Islam dan segala hukum-hukumnya."
Beginilah surat dari Maharaja Sriwijaya Sri Indrawarman kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz (718-720 M) yang diangkat menggantikan Khalifah Sulaiman (715-717 M) pada era Kekhalifahan Bani Umayyah di abad ke-7 M.
Dua tahun kemudian, iaitu pada tahun 720 M, Sri Idrawarman mengucap dua kalimat syahadat dan menjadi salah seorang Raja Islam pertama di Benua Nusantara. Nama Kerajaan Sriwijaya juga disebut sebagai Kerajaan Sribuza dalam catitan sejarah dipihak Islam.
Raja Suran yang dipercayai besar kemungkinan adalah Rudra Wikraman (728 – 775), iaitu anakanda kepada Sri Indrawarman, zaman sebelum kerajaan Srivijaya dikuasai keturunan Wangsa Sailandra dimana sejarah Rudra Wikraman ini jarang diketahui.
Raja Suran juga dipercayai Maharaja beragama Islam terakhir Empayar Srivijaya sebelum kekuasaan Srivijaya diambil-alih oleh keturunan Wangsa Sailandra yang bukan beragama Islam, dimana ini menjadikan kemudiannya raja-raja sesudahnya buat Kerajaan Srivijaya adalah penganut dan pelindung agama Buddha Mahayana.

Sulalatus salatin 1, Bab 1: Raja Iskandar Zul-Karnain dari Makaduniah berperang dengan Raja Kida Hindi

Sulalatus salatin 1
Bab 1: Raja Iskandar Zul-Karnain dari Makaduniah berperang dengan Raja Kida Hindi. Raja Kida Hindi tewas dan diislamkan oleh Raja Iskandar Zul-Karnain. Kemudian Raja Iskandar Zul-Karnain berkahwin dengan Puteri Syahrul-Bariyah, anak Raja Kida Hindi dan mendapat seorang anak bernama Raja Aristun Syah.
Raja Suran, iaitu keturunan Raja Iskandar Zul-Karnain memerintah negeri Amdan Negara dan baginda ingin menyerang China untuk meluaskan jajahan takluknya. Raja Suran sampai ke Gangga Negara dalam perjalanannya ke China dan telah berjaya menewaskan Raja Gangga Syah Johan dan baginda berkahwin dengan Puteri Dara Segangga. Setelah itu, Raja Suran sampai di negeri Langgiu dan baginda telah menewaskan Raja Chulan. Raja Suran kemudiannya mengahwini pula Puteri Onang Kiu.
Apabila Raja Suran berada di Temasik, orang China telah membuat muslihat dengan menghantar orang-orang tua tiada gigi, pokok yang sudah berbuah, dan jarum berkarat dengan sebuah kapal sehingga Raja Suran membatalkan niatnya untuk menyerang China. Raja Suran turun ke laut dan apabila sampai di bumi Dika maka baginda berkahwin dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri, anak Raja Aktabu'l-Ard. Raja Suran dikurniakan tiga orang anak dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri dan telah mewasiatkan supaya Raja Aktabu'l-Ard menghantar anak-anaknya ke dunia apabila dewasa. Setelah itu, maka Raja Suran kembali ke dunia dengan kuda semberani jantan.
- Alexandre the Great dari Greek-Macedonia bukan Iskandar Zulkarnia dan Alexandra the Great bukan seorang Muslim. Ini telah lama dikaji dan diberitahu tetapi masih banyak buku-buku sejarah terutama dalam bahasa Melayu (sebelah Eropa dll tak pernah mengaku bahawa Alexandre the Great itu adalah Zulkarnia) sedang versi Bahasa Melayu masih mencatit sejarah palsu ini termasuk Wikipedia versi bahasa Melayu.
- Pasal terselitnya banyak mitos dan dongengan rasanya telah banyak ulasan tentangnya seperti dalam: http://pustaka2.upsi.edu.my/…/UNSUR%20TIPAINDUK%20DAN%20MIT…
- Tarikh yang selalunya tidak dicatit dalam kitab sejarah Melayu memberikan suatu kelemahan seperti bila tarikh zaman Raja Suran sehinggakan ada pihak menyatakan bahawa Raja Suran adalah Rajendra Chola dari selatan India yang menyerang kerajaan Melayu Srivijaya. Rajendra Chola adalah pada tarikh 1014-1044 selepas Masihi.
- Tarikh Alexdendra adalah dalam 3 abad sebelum Masihi manakala tarikh zaman Merong Wangsa adalah dalam abad kedua selepas masihi bermakna 5 abad bezanya. Penaklukan Alexendra hanya mencecah bahagaian utara India, jadi persoalannya bagaimana Merong Wangsa yang dikatakan dari keturunan Alexendra sampai ke Lembah Bujang. Dalam mana juga kapal pertama dari Eropa yang sampai ke Nusantara hanya sekitar abad ke 14, namun bagaimana semudah itu Merong Wangsa kemudianya kembali Rom dan menetap disana?

Bola api

Bola api... fireball... art from year 2007 zarch
As yearbook diaries once be open, memory’s catch-up deeds in the past, seem all was keep such save behind data cloud, just wait to keep back in touch. As that by the day which will rise, when all stand naked in raw meat hit by fireball, without knowing so much past deeds to be counted, each second action of life will be brought in courtyards, whether it means of everlasting salvation or opposite...

Salam, kalam, ikhtiram dan ikram-ikram-ikram

Salam, kalam, ikhtiram dan ikram-ikram-ikram.. this is the quality of Indien sati thats no others place in this world can beat.
Satu hari pun kami tiada berpeluang memasak sendiri, dijamu dari sarapan pagi kehingga makan malam. Malah disesetengah tempat, waktu tahajud pun dihidang chai. Dan ini bukan hanya pada jemaah kami malah pada setiap jemaah yang datang dari seluruh dunia ke setiap marhala di India termasuk markaz Nizamuddin. Bilangan yang telah keangka jutaan yang setiap hari datang buat tempoh yang telah lebih dari setengah kurun.
Ya Allah, bantulah kami untuk belajar sifat-sifat mulia ini...

PERUTUSAN PRESIDEN PAS SEMPENA HARI GURU 2017

PERUTUSAN PRESIDEN PAS SEMPENA HARI GURU 2017
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengambil kesempatan pada hari bermakna tanggal 16 Mei 2017 untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru dengan mengangkat tema “Guru Pembentuk Generasi Rabbani”.
Kita menerima hakikat bahawa institusi perguruan dalam sektor pendidikan merupakan faktor utama kejayaan dalam pembangunan insan dan jati diri rakyat Malaysia. Bermula dengan pendidikan pra sekolah, peringkat rendah, sekolah menengah sehingga universiti mahu pun ditempat pengajian pondok tidak dapat lari daripada peranan seorang guru.
Peranan guru sebagai pendidik untuk melahirkan manusia bukan sahaja diberi ilmu bahkan diasuh dengan acuan yang memenuhi fitrah, naluri, sifat semulajadi dan tujuan diciptakan manusia oleh Allah SWT untuk mengabdikan diri kepada Allah, memakmurkan bumi (khalifah) dan menunaikan amanah dengan adil.
Negara perlu mengikut acuan pendidikan yang diajar oleh Allah SWT berteraskan pendidikan holistik (menyeluruh dan bersepadu) berpaksikan ketuhanan yang selari dengan ayat pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, إقرأ باسم ربك الذي خلق (Bacalah! Dengan Nama Tuhanmu yang menciptakan).
Apabila pendidikan negara yang menjadi acuan pembangunan insan tidak mengikut ciri-ciri kejadian dan peranannya, nescaya melahirkan manusia yang tidak mengikut petunjuk Allah dalam melaksanakan cara hidup sama ada individu atau bermasyarakat yang melibatkan politik, ekonomi, sosial kemanusiaan dan masyarakat madani.
Maka guru yang cemerlang ialah guru yang memikul tanggungjawab untuk mengisi jiwa anak muridnya dengan nilaian roh, akal dan jasad bagi memenuhi fitrah insani demi mencapai matlamat manusia diciptakan.
Akhirnya, saya ingin mengucapkan sekali lagi selamat menyambut Hari Guru kepada semua warga pendidik walau di mana anda berada.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 19 Syaaban 1438H / 16 Mei 2017M

Rogol Masanya Untuk Syariah Islam Diperkasa

Rogol : Masanya Untuk Syariah Islam Diperkasa
1. Kes bapa merogol dan liwat anaknya sehingga lebih 600 kali sangat meruntun jiwa masyarakat. Hati kita bagai disiat-siat membacanya, apatah lagi membayangkan derita mangsa selama dua tahun.
2. Lebih malang, ini bukanlah kes pertama seumpamanya. Anak gadis kita diperkosa oleh ahli keluarga yang merupakan wali mereka, yang sepatutnya bertanggungjawab memberi perlindungan buat si gadis.
3. Di dalam Islam, rogol didefinisikan sebagai jenayah zina secara paksaan. Walau bagaimanapun, Islam sebagai agama rahmat tidak memberi hukuman kepada mangsa rogol.
Firman Allah s.w.t :
"Dan janganlah kamu memaksa hamba perempuan-perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia" (Surah An Nur : 33)
Dan firman-Nya lagi :
"Dan sesiapa yang memaksa mereka, sesungguhnya Allah -- sesudah paksaan yang dilakukan kepada mereka -- Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" (Surah An Nur : 33)
4. Hukuman bagi jenayah rogol dalam Islam adalah sebagaimana dalam hukmum hudud. Jenayah rogol adalah disamakan dengan jenayah zina.
5. Terdapat dua bentuk hukuman yang boleh dikenakan ke atas perogol yang disabitkan kesalahan:
Rejam sehingga mati jika pesalah pernah melakukan persetubuhan melalui perkahwinan yang sah.
100 sebatan ke atas pesalah yang belum pernah melakukan persetubuhan melalui perkahwinan yang sah dan penjara selama setahun.
6. Namun, sekiranya kesalahan tidak dapat dibuktikan melalui empat orang saksi atau pengakuan tertuduh ia boleh disabitkan berdasarkan keterangan lain seperti DNA, laporan perubatan dan lain-lain keterangan yang boleh dijadikan bahan bukti kes dan dikenakan hukuman yang dipanggil Takzir mengikut budi bicara mahkamah.
7. Hukuman Takzir boleh berlaku lebih keras daripada Hudud sekiranya mahkamah berpandangan ada keperluan untuk itu. Hukuman Takzir boleh mencapai tahap hukuman mati. Apatah lagi dalam kes rogol berkumpulan yang mendatangkan trauma dan kecederaan besar kepada mangsa dari sudut fizikal dan mental
8. Dewan Muslimat PAS Malaysia mendesak Kerajaan Persekutuan lebih serius menggubal undang-undang berasaskan hukum jenayah Islam sebagai alternatif kepada undang-undang sivil sedia ada yang terbukti gagal menyekat jenayah rogol.
9. Dewan Muslimat PAS Malaysia juga menyeru pengukuhan keluarga yang merupakan unit kecil yang terpenting dalam membina sebuah negara. Masyarakat perlu sama-sama diberikan ingatan demi peringatan akan kepentingan membentuk keluarga yang rukun berteraskan nilai-nilai Islam.
Firman Allah s.w.t :
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka" (Surah At-Tahrim : 6)
“Muslimat Memacu Kemenangan”
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Malaysia
20 Zulkaedah 1438 H
13 Ogos 2017