Diriwayat daripada Abu Hurairah r

Diriwayat daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda," Malaikat akan datang kepadamu secara silih berganti siang dan malam.Mereka berkumpul pada waktu solat Subuh dan Asar. Mereka yang melalui waktunya bersamamu naik ke langit, dan Allah kepada mereka ( sedangkan Allah sedia mengetahui) " Apakah yang dilakukan oleh hambaku ketika engkau tinggalkannya?" Mereka menjawab," kami tinggalkan mereka ketika dia( mereka) sedang solat, dan ketika kami mendatangi mereka - mereka juga sedang solat.
Sahih Bukhari No 343.

Diriwayat daripada an-Nu'man bin Basir, dia berkata," Aku mendengar Rasulullah s

Diriwayat daripada an-Nu'man bin Basir, dia berkata," Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda," Yang halal telah jelas dan yang haram telah jelas dan yang ada antara keduanya adalah hal syubhat( yang meragukan) yang tidak banyak diketahui oleh kebanyakan manusia. Sesiapa yang memelihara diri daripada hal yang syubhat, maka dia telah memelihara kehormatan dan agamanya. Sesiapa yang terjerumus ke dalam perkara yang syubhat, dia bagaikan pengembala yang mengembalakan ternaknya berdekatan dengan padang rumput larangan dan bila-bila masa sahaja dia terperangkap ke dalamnya. Wahai umatku, berhati-hatilah kerana setiap raja memiliki padang larangan dan padang larangan Allah di bumi ini adalah segala hal yang diharamkan-Nya. Hati-hatilah!. Sesungguhnya di dalam jasad terdapat seketul daging,jika seketul daging itu baik maka seluruh anggota badan akan menjadi baik dan jika ia rosak maka seluruh anggota badan akan rosak.Ingatlah itu adalah hati.
Sahih Bukhari No 48.

Diriwayat daripada Abu Hurairah r

Diriwayat daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda," Seandai manusia tahu keutamaan azan dan saf pertama lalu mereka tidak menemukan jalan mendapatkannya kecuali dengan undian, sudah tentu mereka akan mengundinya. Seandai manusia tahu keutamaan yang ada pada solat Zohor, tentu mereka saling mendahului. Dan seandainya mereka tahu keutamaan solat Isyak dan Subuh nescaya mereka akan memaksa diri mendatanginya ( untuk berjemaah) walaupun harus merangkak."
Sahih Bukhari No 377.

Diriwayat daripada Umar r

Diriwayat daripada Umar r.a, iaitu hadith yang berbunyi," Setiap amal bergantung kepada niatnya dan setiap orang akan memperoleh hasil daripada apa yang diniatkannya. Maka sesiapa yang hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya menuju Allah dan Rasul-Nya. Maka sesiapa yang berhijrah untuk mengejar keuntungan dunia atau kerana wanita yang akan dinikahinya, maka pahala hijrahnya sesuai dengan apa yang diniatkannya.
#segala sesuatu bergantung kepada niat.
Sahih Bukhari No 37.

Diriwayat daripada Abu Sa'id Al-Khudri r

Diriwayat daripada Abu Sa'id Al-Khudri r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda," Janganlah kalian mencela sahabat-sahabatku. Walaupun kalian bersedekah dengan emas sebesar gunung Uhud, nescaya tidak akan mencapai nilai satu mud sedekah mereka, bahkan setengah mud milik mereka sekali pun" .
Sahih Bukhari No 1526.
#Di bawah tajuk kelebihan para sahabat.

Diriwayat daripada Aisyah bahawa dia pernah tentang Rasulullah s

Diriwayat daripada Aisyah bahawa dia pernah tentang Rasulullah s.a.w, iaitu tentang apa yang Baginda lakukan di rumah, Aisyah menjawab," Baginda melayan keluarganya dan apabila masuk waktu solat maka Baginda keluar rumah ( ke masjid) untuk melaksanakannya.
#keluar rumah untuk solat berjemaah meskipun ada keperluan dalam keluarga.
#sahih Bukhari No 404.

Diriwayat daripada Umar bin Khattab bahawa seorang lelaki Yahudi berkata kepadanya," Wahai Amirul mukninin, sesungguhnya pada kitab yang kalian baca...

Diriwayat daripada Umar bin Khattab bahawa seorang lelaki Yahudi berkata kepadanya," Wahai Amirul mukninin, sesungguhnya pada kitab yang kalian baca terdapat satu ayat yang apabila diturunkan kepada kami orang Yahudi maka hari diturunkan ayat itu akan kami jadikan hari raya.Umar r.a bertanya, " Apakah ayat itu?" Orang Yahudi itu menjawab , iaitu ayat: Para hari ini telah kusempurnakan untuk kamu agama kamu,dan telah aku cukupkan nikmat-Ku kepadamu dan aku telah redha Islam itu menjadi agama bagimu," ( al Maidah 3).Umar r.a berkata, " Kami mengetahui hari itu ayat itu diturunkan kepada Baginda iaitu pada hari Jumaat dan Baginda sedang berdiri di Arafah."
Sahih Bukhari No 42

Diriwayat daripada Abu Sa'id Al Khudri r

Diriwayat daripada Abu Sa'id Al Khudri r.a bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda," Apabila seseorang hamba telah masuk Islam lalu keislamannya terus menjadi baik, maka Allah akan menghapuskan kesalahannya.Setelah itu baharulah dimulai hitungan amalnya. Pahala kebaikan sksn dilipatgandakan menjadi sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda, sedangkan dosanya hanya akan dicatat sebanyak yang dia lakukan sahaja, kecuali Allah berkenaan menghapuskannya.
#Penanda baiknya Keislaman Seseorang .
Sahih Bukhari No 28.

Diriwayat daripada Nu',man ibn Basyir r

Diriwayat daripada Nu',man ibn Basyir r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, " Engkau mendapati bahawa pada orang- orang mukmin yang paling mengasihi, saling mencintai, dan saling berbuat baik umpama satu tubuh. Apabila satu bahagian tubuh merasa sakit maka seluruh tubuhnya akan merasakan sakit tersebut dengan menunjukkan demamnya.
Sahih Bukhari No 2018.

Diriwayat dari Abu Sa'id Al Khudri bahawa dia mendengar Rasulullah s

Diriwayat dari Abu Sa'id Al Khudri bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, " Apabila seseorang hamba telah masuk Islam lalu keislamannya bertambah baik maka Allah akan menghapuskan kesalahannya.Setelah itu barulah dimulai perhitungan amalnya.Pahala kebaikannya akan digandakan menjadi sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda, sedangkan dosanya hanya akan dicatat sebanyak yang dia lakukan sahaja kecuali apabila Allah berkenaan menghapuskannya".
Sahih Bukhari No 39.