Rakyat persepsi adalah masyarakat yang ditundukkan dengan kelicikan politik

Rakyat persepsi adalah masyarakat yang ditundukkan dengan kelicikan politik. Di mana, penguasa boleh menabur janji sebanyak manapun kepadanya dan selepas itu mungkir janji sewenang-wenangnya tanpa penguasa tadi dikritik atau dipersoal, dengan syarat sang penguasa memberikan mereka harapan-harapan palsu tertentu yang mana tuntutannya boleh disenyapkan pada tempoh masa tertentu. Ini berdasarkan teori bahawa emosi seseorang makin bertenang melawan masa.
Harapan itu adalah satu harapan popular yang dikehendaki rakyat persepsi, walau jelek atau tidak masuk akal sekalipun permintaan rakyat persepsi, sang penguasa wajib memberikan keutamaan pada kehendak rakyat persepsi bagi kelangsungan kekuasaannya.
Dengan cara ini, sang penguasa telah melakukan satu kelicikan yang benar-benar seperti silap mata bagi mengekalkan kekuasaan secara autotarian namun tidak disedari oleh rakyat persepsi. Mengekalkan minda rakyat di dalam mode 'rakyat persepsi' adalah teramat penting. Propaganda, berita palsu, khabar angin, tajuk-tajuk berita yang mengelirukan dan tuduhan adalah perkakas penting bagi menerbitkan persepsi tertentu bagi disuap kepada rakyat persepsi.

Seloka delima Melayu episod ke-dua

Seloka delima Melayu episod ke-dua
Gelisah atas karenah-karenah
mereka berjuang atas fitnah-fitnah
tersembur liur yang baunya nanah
riuh seantero dituju panah-panah
akhirnya yang dibina semakin punah
hilang maruah dengan tergadai tanah
gelisah tun diranjang wadah
termakan hasutan yang terdedah
rancak seloka semuanya dibedah
kini suram hati angkara padah
akta-akta bukan main pindah
sedang sibukit turun meredah
mengatur plan yang diatur sudah
dibiar luncai berebut ghanimah
sedang itu bukan emas tetapi timah
dipenghujung nanti melutut lemah
delima Melayu bukunya tamat sudah
tapi episod baru dicipta sendiri atas lidah
sedang waktu tiada lagi bermadah-madah
dimana tuntutan hak tiada berpadah-padah
kembalilah pada petunjuk sunnah
itulah penyuluh agar kembali indah

Cerita malam kelmarin Balik dari minum di kedai mamak dengan marka aku paling lawa Marhaini Jalil ada kereta wira brake down depan simpang masuk kampung aku

Cerita malam kelmarin...
Balik dari minum di kedai mamak dengan marka aku paling lawa Marhaini Jalil, ada kereta wira brake down depan simpang masuk kampung aku.
Seorang brader motor kapcai berhenti dok tolak kereta tu . Dalam kereta, ada seorang perempuan usia lingkungan 50an.
Aku tumpang toi masuk dalam drama tu. Tolak kereta parking tepi.
" Kereta tiba-tiba mati" Kakak tu bagitau kat kami walaupun x disoal.
"Akak ada nak call sesapa ke?" "Tak da adik, handphone Akak habis bateri"
Mamat sorang tu beredar, tinggal aku dok berlagak gaya pomen.
Cuba start, bateri OK , tapi tanda Pam minyak nyala kat meter. "Minyak habis kot akak? "
"Entah la Adik, rasanya macam ada lagi"
"Akak, saya gi beli minyak dulu"
" Adik ambik duit Akak ni, akak ada RM5 untuk beli minyak"
"Tak apa, akak tunggu sini saya belikan pakai duit saya dulu"
Hampir 3 botol 1.5l air mineral kosong aku isi minyak. Tuang dalam tangki kereta, start hidup.
" Alhamdulillah. Terima kasih Adik, berapa harga minyak tadi? duit akak tadi ingatkan ada RM5 tapi cuma RM2 jer Adik" " minta no telefon Adik nanti akak bayarkan" Sengaja aku tak beri no telefon aku.
Aku selak dalam dompet " Duit RM20 ni akak isi minyak RM10, bakinya akak gunalah "
"Rumah Adik kat mana?Nanti akak nak bayar duit ni"
" x perlu la akak. Hari ni saya bantu akak, dah lama Allah bantu saya, tentu ada kebaikan dlm diri akak hingga Allah lorongkan saya utk bantu akak"
Ini hanya secebis kisah realiti kesempitan hidup hari ni.
Saat para "elites" empuk beradu, hamba rakyat
rata-rata dihidangkan kisah duka disekeliling kita.
Bukan saja-saja akak tu nak keluar rumah dengan hanya RM2 dalam dompet.
Tentunya ada ujian yang sedang beliau tempuhi.
Maafkan aku akak, cuma itu yang mampu dibantu.
Semoga Allah memudahkan urusan duniamu dan memuliakanmu di akhirat .
See Translation

Hijjaz Lukisan Alam Hidup tidak selalunya indah Langit tak selalu cerah Suram malam tak berbintang Itulah lukisan alam Begitulah aturan Tuhan Jadilah rumput nan lemah lembut Tak luruh dipukul ribut Bagai karang didasar lautan Tak terusik dilanda badai Dal

Hijjaz: Lukisan Alam
Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan
Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai
Dalam sukar... Hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang... Awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung Kurniaannya
Usah mengaharpkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
Dalam diam... Taburkanlah baktimu
Dalam tenang... Buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu
Di dalam jiwamu itu

80 peratus penjawat awam dari Komuniti Melayu Islam, 10 peratus Bumiputera Sabah dan Sarawak dan 10 peratus Komuniti Cina dan India

80 peratus penjawat awam dari Komuniti Melayu Islam, 10 peratus Bumiputera Sabah dan Sarawak dan 10 peratus Komuniti Cina dan India. Rata-rata peratus penjawat awam ini adalah komuniti Melayu-Islam, sekiranya mereka menganggur, siapa yang akan memberi mereka pekerjaan?
Ingat balik apa yang Penang Institute dan DAP pernah cakap dulu sebelum mereka berkuasa. Mereka hendak buang penjawat awam. Ramai yang tidak percaya tetapi kini bukan sahaja penjawat awam Melayu yang ramai kena buang kerja pada bulan Ramadhan ini, seakan institusi berkaitan Islam juga mahu dibuang oleh kerajaan PH. Ternyatalah apa yang DAP hendak diikutkan sahaja. Benarlah kata Hew Kuan Yaw, Supermaan DAP bahawa DAP mahu perkudakan Tun Mahathir sahaja. https://utaranews.wordpress.com/…/kit-siang-gunakan-mahath…/
Dikhabarkan berbelas ribu dibuang kerja, termasuk 3,600 guru agama dan semua ketua-ketua kampung di seluruh negara turut dibuang kerja. Tok Imam, Tok Siak dan bilal masjid pula hanya menunggu masa.

Way down to south and passing gotthard tunnel

Way down to south and passing gotthard tunnel. (Salah satu terowong terpanjang didunia, 17 km) The Gotthard Road Tunnel in Switzerland runs from Göschenen in the canton of Uri at its northern portal, to Airolo in Ticino to the south, and is 16.9 kilometres (10.5 mi) in length below the St Gotthard Pass, a major pass of the Alps. At time of construction, in 1980, it was the longest road tunnel in the world; it is currently the ninth-longest.

Fitnah itu hukumnya sangat berat, malah fitnah lebih kejam dari pembunuhan, ini kerana kesan fitnah sampai boleh menghancurkan seluruh negara,...

Fitnah itu hukumnya sangat berat, malah fitnah lebih kejam dari pembunuhan, ini kerana kesan fitnah sampai boleh menghancurkan seluruh negara, sebagaimana kita lihat banyaknya negara Islam telah hancur lantaran fitnah kaum kufar, munafik serta kaum muslim yang terperangkap dengan persepsi-persepsi palsu lalu menyebarkanya.
Fitnah menimbulkan kesengsaraan, oleh sebab berita yang disebarkan tidaklah benar, fitnah sangat merugikan terutama bagi orang yang difitnah dan boleh jadi harga dirinya hancur di mata masyarakat dan menjadi bahan cemuhan. Dan bagi yang memfitnah sendiri, akan menanggung dosa yang akan dipersoalkan dimahkamah Allah.
Fitnah menimbulkan keresahan, oleh sebab fitnah yang disebarkan masyarakat menjadi tidak tenang kerana takut. Misalnya, ada yang difitnah menjadi pencuri, pastinya orang akan takut jika suatu masa mereka akan menjadi korban.
Fitnah memecahkan tali silaturrahim, satu fitnah mampu menghancurkan satu bangsa kerana satu fitnah saja boleh menimbulkan berbagai masalah yang akhirnya akan menjadi seperti lingkaran syaitan dimana akan terjadi permusuhan yang tiada akhirnya.
Fitnah dapat mencelakai orang lain, lantaran itu fitnah lebih kejam daripada pembunuhan. Fitnah umumnya dilatar-belakangi ketidak-sukaan atau kebenciaan terhadap orang lain, tidak menutup kemungkinan turut membangkitkan niat jahat untuk membuat kejahatan yang dapat mencelakai orang lain.
Fitnah merugikan orang lain, ini sudah sangat jelas bahawa fitnah banyak memberikan mangsanya kerugian, bermula daripada fizikal, minda sehingga harta benda dan keluarga. Yang paling menyakitkan adalah hancurnya harga dan maruah diri yang difitnah.
Fitnah adalah tanda orang munafik, ciri-ciri orang munafik ialah; bicaranya dusta, ketika diberi kepercayaan (amanah) lalu mengkhianatinya, dan melanggar janji.

Kisah Nabi Yunus a

Kisah Nabi Yunus a.s kalah mengundi lalu terpaksa dibuang dari kapal, kerana meninggalkan dakwah.
Setelah berputus-asa dalam dakwahnya. Nabi Yunus pun meninggalkan bandar Niwana membawa diri tanpa tujuan,beliau berjalan naik-turun bukit-bukau, gunung-ganang, merentasi daratan sehingga akhirnya sampai dipinggiran pantai. Kebetulan ketika sampai dipelabuhan dipinggir pantai tersebut, beliau melihat sebuah kapal hendak belayar,maka dia pun menghampiri pemilik kapal itu untuk turut serta belayar bersamanya.
Setelah diberi keizinan maka Nabi Yunus pun menumpang kapal tersebut. Dalam pelayaran kapal yang ditumpangi oleh Nabi Yunus telah dilanda ribut taufan yang amat kuat. Lantaran keadaan genting yang menyebabkan kapal terhumban-ambing, kapten kapal memutuskan supaya muatan barang-barang yang dibawa hendaklah dikurangkan dengan membuang kedalam laut namun ianya tetap tidak mencukupi lantas difikirkan mereka yang berada didalam kapal juga wajar dikurangkan agar kapal tidak tenggelam.
Maka satu pengundian pun dibuat dan dalam undian tersebut, Nabi Yunus telah kalah dan dipilih sebagai orang yang pertama harus dibuang ke laut. Disebabkan Nabi Yunus adalah orang yang sangat dihormati dan disanjungi dalam kapal tersebut, maka mereka menundakan pemilihan undi sekali lagi.
Kali kedua pun undian tetap pada nama Nabi Yunus. Maka mereka mengundi sekali lagi, namun kali ketiga pun undian jatuh pada Nabi Yunis. Akhirnya Nabi Yunus menyedari bahawa ini adalah kehendak Allah SWT kerana kesalahanya meninggalkan dakwah di Niwana dan ini adalah khafarat, menebus buat dosanya meninggalkan dakwah. Tanpa berfikir panjang, Nabi Yunus pun terjun kedalam laut.
Ketika Nabi Yunus sedang melawan gelombang air, maka Allah SWT menghantar seekor ikan paus untuk menelan Nabi Yunus hidup-hidup dan menyimpan dalam perutnya. Ketika Nabi Yunus berada dalam perut ikan paus, beliau meminta do’a kepada Allah supaya mengampuni dosa-dosa yang telah dilakukannya. Nabi Yunus membaca do’a zikir berulang-ulang tanpa henti yang bermaksud: “Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”
Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun Nun (gelaran bagi Nabi Yunus), ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakanya kesusahan atau cubaan; maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: “Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.- [al-Anbiya’ 21:87]
Maka Kami kabulkan permohonan doanya dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan demikianlah kami selamatkan orang-orang yang beriman. - [al-Anbiya’ 21:88]
Maka kalaulah dia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah, tentulah dia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur. - [al-Shaffat 37: 142-143]

Machiavellisme merupakan falsafah tentang kenegaraan dan pemerintahan

Machiavellisme merupakan falsafah tentang kenegaraan dan pemerintahan. Falsafah ini dicetuskan oleh N. Machiavelli (1469 – 1526).] Aliran falsafah ini menganggap bahawa segala sesuatu apa pun yang dilakukan demi pemerintahan dan negara, adalah sah dan baik untuk dilakukan. Machiavellisme menjadi dasar sebuah pemerintahan yang absolut (mutlak) dan otoriter.
Kekuasaan menurut Machiavelli merupakan alat yang mengabdi pada kepentingan negara serta merupakan dasar negara yang utama, bahkan melampaui hukum. Lantaran itu negara adalah tujuan akhir dari kekuasaan. Bahkan demi tujuan akhir tersebut, Machiavelli mengabaikan tujuan-tujuan lainnya seperti keadilan, kebebasan dan kebaikan bagi warga-negara.
Walaupun dilihat unsur pemikiran Machiavelli tidak selari dengan konteks negara demokrasi, namun realiti sebenarnya falsafah ini adalah bayangan pada kebanyakan negara demokrasi hari ini terutama dalam hal meraih kekuasaan. Untuk seseorang dapat meraih kekuasaan, menurut Machiavelli, wajar ada dalam dirinya terdapat dua perkara iaitu keberuntungan (fortuna) dan kecerdikan (virtu). Keberuntungan menentukan separuh dari usaha meraih kekuasaan manakala separuh lagi ditentukan oleh kecerdikan individu tersebut. Digambarkan olehnya bahawa seseorang tersebut harus mempersiapkan diri dengan kecerdikan agar ketika menghadapi suasana keberuntungan, dirinya telah sedia untuk menghadapinya dan menggunakan keberuntungan tersebut sebaik-baik mungkin demi meraih kekuasaan.
Niccolo Maciavelli dalam bukunya II Principe menyatakan, “penguasa", iaitu pimpinan negara haruslah mempunyai sifat-sifat seperti kancil dan singa. Ia harus menjadi kancil untuk mencari lubang jaring dan menjadi singa untuk mengejutkan serigala. Jadi jelaslah bahawa raja atau pimpinan negara harus memiliki sifat-sifat cerdik pandai dan licin seibarat seekor kancil akan tetapi disampibg itu harus pula memiliki sifat-sifat yang kejam dan tangan besi seibarat singa.
Berhubung dengan hal itu, pimpinan negara boleh berbuat apa saja asalkan tujuan wajar tercapai maka dengan demikian terjadilah het doel heilight de middeled (tujuan itu menghalalkan/membenarkan semua cara atau usaha). Maka falsafahnya, negara harus diutamakan dan apabila perlu negara boleh mengabaikan kepentingan individu. Falsafah Niccolo Machiavelli disebut machiavellismus.

Keperitan itu rempah kehidupan Sempat menghulurkan salam persaudaraan disebuah khemah penempatan muslim Rohingya di Balukali

"Keperitan itu rempah kehidupan"
Sempat menghulurkan salam persaudaraan disebuah khemah penempatan muslim Rohingya di Balukali .
Perhatikanlah semua struktur khemah yang menggunakan buluh.
Berlantaikan tanah .
Dinding dan atap dari plastik.
Dalam khemah berkeluasan 8x8 inilah mereka 7 sekeluarga berlindung.
Sedikit ruang dikhusus untuk memasak.
Tanpa ada bilik-bilik lain.
Masih bertenaga makcik ini menggiling rempah untuk kegunaan keluarga dan selebihnya dijual kepada jiran-jiran yang kalaupun ber"wang" untuk membelinya.
"Wahai Allah , Tuhan yang Maha Mengkabulkan segala DOA. Ampunilah kami semua, permudahkanlah urusan saudara kami di Arakan sana.
Berilah kekuatan kepada kami untuk bersama membantu mereka.
Wahai Allah , Rabb yang menguasai Hari Pembalasan.
Janganlah engkau hukum kami yang tidak pernah peduli apatah lagi mengasihi mereka. "
See Translation